Siapa kata batik sudah ketinggalan zaman?

Ia merupakan pakaian yang mudah dibawa ke mana-mana dengan penuh selesa dengan corak etnik . Jadi, tidak hairanlah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan tarikh 3 Disember iaitu esok sebagai Hari Batik Malaysia bermula tahun ini dan akan disambut setiap tahun.

ARTIKEL BERKAITAN : Adoi! Netizen ‘Troll’ Baju Batik Menteri Pertahanan Jadi Kuih Muih Dan Manisan

Perkara ini juga bagi mengangkat hasil kraftangan orang melayu yang kian lama dilupakan terutamanya bagi anak muda dan remaja.  Dalam ucapan khas disiarkan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) di saluran TV1 dan media sosial malam ini, beliau berkata kerajaan berharap dengan pengisytiharan hari tersebut ia dapat menggalakkan seluruh rakyat termasuk pihak swasta dan semua masyarakat berbilang kaum untuk memakai pakaian batik Malaysia.

IKLAN
3 Disember Hari Batik Malaysia Mulai Tahun Ini, Demi Pemerkasaan Industri Kraf
Perdana Menteri Malaysia yang dilihat sering mengenakan baju batik.

Katanya, usaha berkenaan bertepatan dengan konsep Keluarga Malaysia di mana seluruh rakyat berbilang kaum bersatu hati dalam menggayakan keunikan dan keindahan batik tempatan.

“Saya percaya pengisytiharan hari tersebut juga dapat menjadi pemangkin kepada pemerkasaan industri kraf batik tempatan dan rantaian pengeluaran batik negara,” katanya.

Jelas Ismail Sabri pemilihan tarikh itu yang dipersetujui Jemaah Menteri pada 26 Nov lepas adalah sebagai tanda penghargaan atas sumbangan, sokongan dan minat dalam kraf batik ditonjolkan Allahyarhamah Tun Endon Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Badawi.

IKLAN

BACA LAGI : Pakai Batik Cetak Indonesia Pada Hari Raya? Why Not – Berbaloi & Tak Panas

Rentetan dari itu, kerajaan juga telah tetapkan setiap hari Khamis sebagai hari pemakaian batik Malaysia untuk semua penjawat awam dan Keluarga Malaysia termasuk di Parlimen.

IKLAN

Batik secara amnya berasal dari bumi jawa, menggabungkan dua perkataan asli orang Jawa berbunyi “Amba” bermaksud menulis dan “Titik” bermaksud titik. Cara penghasilan kain batik juga sedikit rumit dan rata-ratanya menggunakan tangan menjadikannya sebuah kraf tangan yang sangat halus bahkan, harganya juga boleh melambung tinggi hingga ribuan ringgit bergantung kepada corak dan jenis fabrik yang digunakan.

Sumber: Bernama

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI