Semalam tular di media sosial berkaitan seorang pekerja minyak sebuah stesen minyak di Johor Bharu (di bajunya tertulis stesen BHP). Dalam satu temuramah berkaitan politik, lelaki berkenaan ketika diajukan berkaitan politik tetapi telah memberikan satu jawapan yang begitu berbeza dengan soalan ditanyakan.

Akibatnya baik akak bawang dan abang bawang telah memberikan komen-komen negetif seolah-olah mempersendakan “IQ” lelaki berkenaan.

Rentetan dari berita dianggap cubaan memalukan abang kandungnya yang dipercayai pernah alami tekanan beberapa kali, adik kepada mangsa buli siber ini, Syiqin Yahya telah membuat rayuan agar video yang telah viral itu didelete kerana dia mengakui abang kandungnya iaitu Mohd Baharudin bin Yahya begitu tertekan dengan “hinaan” masyarakat. Malah dalam post itu juga katanya, abangnya mungkin bakal kehilangan kerja.

“Maruah Diaibkan”, Lelaki Jawap Soalan Salah Tentang PRU Ini Dahulunya Anak Orang Kaya Sebelum…

Ini rayuannya di facebook miliknya kira-kira 18 jam yang lalu.

slm ..tlg hide an yee..
sy sedih gile ari ni..
video abg sy yg kerja bhp tu viral..
ramai yg kecam..
sedih la..

IKLAN

ari ni abg sy dtg jumpe sy mgamuk2..
mukin dy kne buli xpon kne buang kje..
xpon org hina-hina dy..
“dy sakit..drpd video pon korg dh blh agak dy ok ke x..

dy jd mcm tu sbb jge kami adk bradik..
dulu ayah kami kaya kontraktor..
bile satu tahap ayah sy jatuh bankrup..
abg sy ni la yg jge kami..dy xdpt smbng bljr..
abg sy ni baik dan xkacau org..

dy jadi mcm tu sbb xblh nk bdikari dan terima hakikat..
yla dugaan kami tlapau berat..
ad satu masa tu makn ubi je..
ad satu mase tu xmkn langsung..
setiap manusia ad dugaan masing2..
dan sy pon xsangka abg sy blh jd mcm ni..

IKLAN

mukin rezeki abg sy bkn kat dunia ni tp kat syurga nti..
allah dh jnji org istimewa akn ke syurga..
nak cerite pjng lebar pon xguna..????
cume nk mtk admin viral an la..
dan kwn2 yg lain tlg la share2 ye..
kpd admin2 page2 sy mohon tlg delete video tu..

sekian.

“Maruah Diaibkan”, Lelaki Jawap Soalan Salah Tentang PRU Ini Dahulunya Anak Orang Kaya Sebelum…

IKLAN

Menurut Syiqin, dahulu keluarganya kaya  tetapi suatu masa, Allah menguji keluarganya dan perniagaan diusahakan bapanya jatuh. Malah abangnya itulah yang telah tampil membantu keluarga dalam segala segi. Tidak dapat sambung belajar selepas kejadian itu. Malah katanya lagi abangnya itu baik dan tak pernah kacau orang.

Mungkin merasakan buli siber ini keterlaluan dan lelaki yang membuat rakaman itu tahu “kekurangan” abangnya, namun video itu tetap dirakam dengan satu niat yang tidak pasti. Ekoran kejadian itu, keluarganya telah membuat satu laporan polis demi memastikan kehormatan abangnya dipelihara dan bukannya dimalukan di media sosial sebegitu rupa.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI