Tidak semua perjalanan hidup bermula dengan mudah. Bagi Alma Nur Fajrina Abdul Razak, 26, kehadirannya ke dunia tanpa sebarang dokumen pengenalan diri bukanlah penghalang untuk mengubah takdir hidupnya sendiri.
Hari ini, Alma melakar sejarah peribadi apabila berjaya menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera Kesusasteraan Kontemporari dan Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan lebih membanggakan, dengan kelas pertama!
“Saya Bermula Dari Kosong”
Alma memperoleh MyKad pada tahun 2022, selepas melalui pelbagai cabaran dalam urusan pengesahan identiti, ini bermakna selama 23 tahun pertama hidupnya, beliau tidak diiktiraf sebagai warganegara mana-mana negara.
Kini bekerja di Bank Islam Kuala Lumpur, Alma mengakui kejayaan ini amat bermakna kerana dia tidak pernah bersekolah secara formal sebelum menyertai Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Chow Kit.
“Saya sangat bersyukur akhirnya dapat menamatkan pengajian seperti yang diimpikan. Perjalanan saya penuh liku kerana saya bermula dari kosong dan perlu belajar banyak perkara sendiri.
Ads
“Pernah juga saya hampir berputus asa pada semester ketiga, namun berkat nasihat pensyarah, saya teruskan hingga berjaya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Ke-38 UUM di Dewan Mu’adzam Shah.
Dari Chow Kit ke Menara Gading
Alma menerima ijazahnya dalam sesi kedua yang disampaikan oleh Pro-Canselor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah.
Dalam nada penuh syukur, Alma turut menzahirkan penghargaan kepada SBJK dan UUM yang banyak membantu sejak awal perjalanan pendidikannya.
Ads
“Saya amat menghargai bantuan SBJK yang memberi peluang untuk saya belajar walaupun ketika itu saya masih tiada dokumen, serta UUM yang sudi menerima saya sebagai pelajar,” ujarnya.
Bermula Lewat, Tapi Tidak Pernah Terlambat
Kisah Alma pernah menarik perhatian ramai apabila beliau tidak dapat bersekolah di peringkat rendah dan menengah kerana ketiadaan dokumen pengenalan diri. Ayahnya merupakan warganegara Malaysia dari Pahang, manakala ibunya berasal dari Indonesia.
Namun pada usia 18 tahun, Alma memulakan semula langkahnya apabila diterima bersekolah secara formal di SBJK Chow Kit selama setahun, dan berjaya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan cemerlang.
Ads
Dengan bantuan pihak sekolah, dia kemudiannya menyambung pengajian ke Kolej Tingkatan Enam Pudu Jaya, Cheras, memperoleh keputusan baik dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dan akhirnya diterima masuk ke UUM pada April 2021.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UUM News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah diucapkan kepada Kelab Koir Sekolah Menengah Swasta St Joseph (SJPS) kerana memenangi tempat pertama, juga Anugerah Emas pada Pertandingan dan Festival Choral Busan Kategori Belia.
Kumpulan ini merupakan satu-satunya wakil Malaysia yang membuat persembahan secara maya dan membawakan lagu tradisional ‘Ikan Kekek’.
Kelab Koir SJPS berjaya menewaskan tiga peserta termasuk dua dari Indonesia dan satu dari Korea Selatan.
St Joseph Private School Chamber Choir ditubuhkan pada 2017 dan terkenal dengan pementasan The White Rajah pada 2017 dan 2019.
Sebelum ini, mereka pernah memenangi Pingat Emas di Festival Koir Maya Dunia ke-2 pada 2020 dan Anugerah Emas di Malaysian Choral Eisteddfod International Choral Festival.
Malah pada 2018, mereka juga pernah merangkul pingat perak menerusi Festival Choral Antarabangsa Orientale Concentus ke-11 di Singapura.
Wah, memang berbakat pelajar-pelajar SJPS ni. Tahniah sekali lagi Remaja ucapkan atas kejayaan yang diterima.
Pemain catur muda daripada Pulau Pinang, Poh Yu Tian raih anugerah gelaran International Master (IM) selepas memperoleh kedudukan 2,429 dalam Kejohanan Catur Remaja Asia Timur (EAYCC) Ke-8 di Pulau Pinang.
Remaja berusia 15 tahun itu telah mempamerkan persembahan cemerlang secara keseluruhan dalam kalangan pemain Malaysia apabila berjaya merangkul tempat pertama bagi kategori bawah 18 tahun terbuka, juara acara rapid serta penyertaan dalam acara Blitz (catur kilat).
Kejayaan tersebut sekali gus menjadikan Yu Tian sebagai pemain termuda dan ke-10 di Malaysia yang mendapat gelaran IM, sekali gus membolehkan dirinya menjadi penerima pertama trofi Piala PMX, yang disampaikan oleh anak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Nurul Nuha pada acara penutupan kejohanan berkenaan.
Selain Yu Tian, pemain catur Malaysia di bawah Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE) yang turut berjaya mempamerkan kejayaan cemerlang dalam kejohanan itu ialah Ainul Mardhiah Afif (Woman FIDE Master-WFM) pemenang kategori bawah 14 tahun perempuan; Kavin Mohan, Chess Master (CM) yang menang tempat kedua kategori bawah 14 tahun terbuka dan Chow Yi Chen dan Yap Ray Jin yang turut memperoleh gelaran CM selepas masing-masing memperoleh tempat kedua dan ketiga kategori bawah 10 tahun terbuka.
Seramai 358 peserta lelaki dan wanita daripada 17 negara mengambil bahagian dalam kejohanan yang bermula pada 12 Julai lepas anjuran PCA bersama Persatuan Catur Malaysia (MCF), dengan Malaysia menghantar 74 pemain untuk bertanding dalam enam kategori iaitu bawah 8 tahun, bawah 10 tahun, bawah 12 tahun, bawah 14 tahun, bawah 16 tahun dan bawah 18 tahun.
Pasukan Malaysia berjaya merangkul tempat kedua keseluruhan kejohanan selepas memungut dua emas, dua perak dan satu gangsa.
Johan menjadi milik pasukan dari China selepas menamatkan kejohanan dengan memperoleh lima emas, tiga perak dan lima gangsa, manakala tempat ketiga Vietnam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi satu kenyataan pada 9 Mei lepas berkata, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM 2023 dari sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh tersebut.
Bagi calon persendirian pula, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri di tempat calon mendaftar menduduki peperiksaan itu.
“Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui dua kaedah.
Kredit: X Kem Pendidikan
“Pertama, semakan dalam talian menerusi pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2023 mulai jam 10 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga pukul 6 petang pada 2 Jun 2024.
“Kedua, secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM 2023 dengan menaip SPM No. Kad Pengenalan Angka Giliran dan hantar ke 15888, menurut kenyataan itu.
Kredit: X Kem Pendidikan
KPM memaklumkan, sistem ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga jam 6 petang pada 2 Jun 2024.
“Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM 2023 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur,” katanya.
Seramai 395,870 calon telah mendaftar menduduki peperiksaan SPM 2023 di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara.
KPM mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPM 2023 dan berharap kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus cemerlang serta menyumbang khidmat bakti kepada negara pada masa hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah kejayaan Dr Amalina PhD yang menamatkan pengajian Doktor Falsafah di UK sambil berkongsi pengorbanan sebagai ibu dan pakar bedah yang menjadi inspirasi ramai.