Berita yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba! Seramai 23 Sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) Malaysia yang ditahan rejim Israel kini sudah dibebaskan dan dalam perjalanan pulang ke tanah air.
Menurut laporan Harian Metro, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa kesemua sukarelawan tersebut akan menaiki pesawat khas ke Istanbul, Turkiye terlebih dahulu sebelum pulang ke Malaysia.
Transit Di Istanbul Sebelum Pulang Ke Malaysia
Menurut Anwar, para sukarelawan akan berada di Istanbul sekitar satu hingga satu setengah hari untuk pemeriksaan kesihatan.
DATUK Seri Anwar Ibrahim. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
Ini kerana mereka baru sahaja melalui pengalaman penuh tekanan, termasuk trauma akibat layanan zalim rejim Israel.
“Lebih baik mereka itu menginap di Istanbul sekitar satu atau satu setengah hari untuk siasatan kesihatan akibat trauma dan tekanan rejim zalim Israel dan saya setuju sebelum mereka dilepas pulang mungkin esok malam atau lusa (Selasa). Itu kita akan aturkan,” jelas Perdana Menteri melalui perkongsian di Facebook rasminya.
Ads
Keluarga & Rakyat Malaysia Menanti Kepulangan
Pembebasan ini bukan sahaja melegakan ahli keluarga yang sekian lama menunggu, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang sejak awal lagi mendoakan keselamatan sukarelawan GSF.
Ramai yang berkongsi rasa syukur di media sosial apabila berita ini diumumkan. Malah, nama-nama sukarelawan Malaysia ini dianggap sebagai wira negara kerana keberanian mereka menyertai misi membantu rakyat Palestin walaupun berdepan risiko besar.
Ads
Pengorbanan & Keberanian Sukarelawan GSF
Misi Global Sumud Flotilla (GSF) membawa mesej kemanusiaan untuk Palestin. Kehadiran rakyat Malaysia dalam misi ini membuktikan bahawa anak muda Malaysia tidak hanya berdiam diri, sebaliknya berani turun padang menentang kezaliman.
Walaupun mereka ditahan, keberanian ini menjadi inspirasi buat rakyat Malaysia lain, khususnya generasi muda.
Perjuangan Untuk Palestin Masih Belum Selesai
Selain berkongsi perkembangan mengenai pembebasan sukarelawan, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa usaha Malaysia melalui Pelan Damai Gaza akan terus diteruskan.
Ads
Ini membuktikan bahawa perjuangan membela rakyat Palestin bukan hanya di medan, tetapi juga melalui diplomasi dan solidariti antarabangsa.
Kepulangan 23 sukarelawan Malaysia ini dijangka paling awal esok malam atau selewat-lewatnya Selasa, selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Istanbul.
Semoga mereka semua kembali dengan selamat ke pangkuan keluarga dan rakyat Malaysia yang sentiasa menanti dengan penuh doa.
✨ Selamat pulang wira Malaysia. Terima kasih kerana berani berdiri bersama Palestin! 🇲🇾❤️🇵🇸
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korea Utara mungkin merupakan sebuah negara yang paling tertutup di dunia di mana masyarakat antarabangsa tidak begitu mengetahui serba-serbi mengenai sistem pemerintahan serta cara rakyatnya melalui kehidupan harian.
Justeru, apabila Korea Utara baru-baru merasmikan sebuah resort peranginan bertaraf antarabangsa di Pantai Wonsan Kalma yang terletak di pantai timur negara berkenaan; dunia terkejut dengan perkembangan terbaru itu memandangkan perspektif mereka kononnya Korea Utara bersifat ‘kuno’ dan tidak maju seperti negara-negara lain ternyata meleset.
Perasmian Wonsan Kalma Coastal Resort ini telah disempurnakan pada 24 Jun lalu oleh Kim Jong Un.
Pemimpin Korea Utara itu menyifatkannya sebagai salah satu kejayaan terbesar Korea Utara pada tahun ini dan bakal menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan negara itu.
REMAJA difahamkan pembinaan Wonsan Kalma Coastal Resort telah mengambil masa selama lebih sedekad dan ia merupakan salah satu visi Jong Un pada tahun 2013 untuk mengubah Wonsan daripada lokasi pelabuhan menjadi pusat peranginan budaya pelancong bertaraf dunia.
Ia merentasi sejauh empat kilometer dengan kemudahan seperti hotel, hostel asrama, restoran, pusat membeli-belah, pusat rekreasi dan suka serta taman tema air sepanjang garis pantai tersebut.
Sejak dibuka pada 1 Julai lalu, Wonsan Kalma Coastal Resort hanya menerima kunjungan penduduk tempatan terlebih dahulu.
Manakala untuk pelancong asing pula, tidak lama lagi ia akan dibuka kepada pelancongan dari Rusia yang boleh mendapat akses terhad untuk melawat ke beberapa kawasan di Korea Utara.
Kerajaan Korea Utara juga dijangka akan melonggarkan sekatan kepada pelancong asing dari negara lain secara berperingkat bermula daripada China yang mempunyai hubungan perdagangan dua hala dengan Korea Utara.
Apa pendapat korang, teringin tak nak melancong ke sini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sepanjang kira-kira lima hari yang lalu, pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim mengambil peluang untuk menghabiskan masa berharga dengan anak tunggalnya, Khalish Aryan Faisal sempena cuti Hari Kebangsaan.
Namun, perkhabaran menyedihkan pula menunggunya pada hari ini apabila isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap pemain tersebut.
Berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim sekitar jam 2.30 petang, sebutan kes berlangsung dengan lancar. Memetik laporan mStar yang meninjau di kawasan mahkamah berkenaan, sebutan kes pasangan itu tertera pada papan info jadual kes harian pada hari ini.
Terdahulu, Faisal yang mesra dengan panggilan Mickey telah mengahwini Nur Syazwani pada 9 Mac 2019. Hasil ikatan selama enam tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Nama Faisal menjadi perhatian setelah memenangi anugerah Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023.
Namanya sekali lagi menjadi tumpuan dunia pada tahun 2024, namun malangnya kali ini akibat insiden disimbah asid oleh seorang individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.
Akibat insiden terbabit, Faisal mengalami kecederaan parah sehingga memaksanya menjalani empat pembedahan pada wajah dan tubuhnya. Faisal kemudia bangkit membina semula kerjayanya dalam sukan bola sepak tempatan.
“Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, selepas melakukan aksi cemerlang pada malam Rabu semalam, penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi meluahkan bahawa peluang beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) merupakan impian dirinya sebagai pemain bola sepak profesional.
Arif Aiman atau nama sebenar Arif Aiman bin Mohd Hanapi berkata, beliau komited untuk bekerja keras bagi membantu pasukannya mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan akan datang.
“Perlawanan malam ini agak sukar buat kami, tidak kira apa terjadi kami memberikan aksi terbaik kami bersama perjuangan, karakter ketika beraksi di atas padang. Kami meletakkan sasaran untuk menang malam ini tetapi hanya dapat satu mata”
“ACLE merupakan kejohanan yang tinggi, ini adalah impian saya untuk bermain di AFC Champions League Elite. Saya banyak berkorban untuk sampai ke sini dan mahu terus bermain di peringkat tinggi. Saya akan bekerja keras untuk berikan aksi yang lebih baik dalam perlawanan akan datang,” katanya.
Pemain yang kini berusia 22 tahun itu menyumbangkan dua gol buat Harimau Selatan bagi mengikat Shanghai Port 2-2 di Stadium Bola Sepak Pudong pada Rabu, sekaligus membawa pulang satu mata.
Dalam pada itu, JDT akan meneruskan kempen ACLE berdepan satu lagi wakil China, Shanghai Shenhua, bagi aksi kedua di Iskandar Puteri pada 1 Oktober akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!