Pakaian rasmi kontinjen Malaysia yang diperkenalkan baru-baru ini menerima kecaman hebat daripada masyarakat.
Malah, ada segelintir pengguna di media sosial turut menyalahkan Kementerian Belia dan Sukan kerana dikatakan membuat rekaan pakaian yang dilihat ketinggalan zaman dan buruk.
Ads
Hal itu diperjelaskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bahawa pihaknya tidak mempunyai kaitan sebaliknya rekaan itu diurus oleh Majlis Olimpik Malaysia.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia juga turut mengambil kesempatan dalam masa yang singkat dalam menghasilkan banyak rekaan semula baju kontinjen Malaysia kerana kurang berpuas hati dan kecewa dengan rekaan sebelum ini.
Ads
Kredit: Instagram @kool101my
Menurut beberapa komentar yang dilontarkan di media sosial, ramai bersetuju bahawa baju yang telah direka untuk para atlet negara itu akan kelihatan memalukan kerana ia nampak tidak menarik jika dibandingkan dengan rekaan baju dari negara lain.
Walau bagaimanapun, menurut Ketua Kontinjen Negara, Datuk Hamidin Mohd Amin yang menerima maklum balas negatif orang ramai berhubung pakaian berkenaan berkata mereka tetap dengan pendirian untuk tidak melakukan sebarang perubahan rekaan baju.
Tegasnya, apa yang penting ketika ini pemburuan emas di Olimpik lebih menjadi keutamaan berbanding rekaan pakaian rasmi kontinjen negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam tempoh minggu lalu nama Little Miss Khan atau Ameera Khan yang juga merupakan adik kepada Neelofa telah menjadi bualan ramai. Kontorversi kecil yang tercetus berlaku kerana dia dikatakan telah memperlekehkan sebuah jenama telefon pintar dari Korea Selatan iaitu Samsung di dalam salah sebuah vlog-nya di YouTube yang berjudul ‘Quickfire Q&A with LMK‘.
Dan seperti mana yang korang mungkin sudah maklum menerusi sesi soal jawab quickfire itu Ameera telah ditanya tentang pilihannya antara Apple atau Samsung. And the rest is history…
Namun Ameera telah tampil secara terbuka memohon maaf menerusi akauan Instagram miliknya kerana telah secara tidak langsung menyinggung perasaan mana-mana pihak di atas insiden tersebut.
Foto: Instagram @littlemisskhan
Jelasnya, ketika penggambaran tersebut dijalankan dia berada dalam keadaan terlalu selesa di depan kamera dan orang-orang persekitaran. Dan disebabkan itu jugalah perkataan ‘ewww’ tersebut terkeluar secara spontan. Tambah Ameera lagi, pihaknya juga sepatutnya memotong scene berkenaan sebelum di muat naik. Dia sedar perkara tersebut telah menyinggung sesetengah pihak dan dia juga tidak bermaksud untuk berbuat demikian.
Malah jelas Ameera lagi dia sangat menghormati jenama antarabngsa berkenaan dan berazam untuk lebih berhati-hati di masa akan datang.
Selain itu, Ameera juga menegaskan tentang kisah tular yang mendakwa ‘bekas gurunya’ adalah tidak benar. Dan perkara tersebut sangat mendukacitakan baginya.
Walau apapun Remaja berharap Ameera terus tabah dan sabar. Jadikanlah setiap apa yang berlaku sebagai pengajaran. Mungkin ramai yang sudah lupa bahawa Ameera masih muda dan merupakan seorang remaja yang sedang belajar.
Mimpi suami meninggal dunia dua minggu lalu ternyata memberi petanda bahawa dia akan kehilangan orang dikasihinya buat selama-lamanya.
Jika dua minggu lalu, saat dia berkongsi mimpi itu dengan suaminya, Mohd Fatah Hashim, suaminya itu hanya tersenyum mendengarnya tanpa mempedulikan mimpi tersebut.
“Saya maklumkan mimpi itu padanya tapi arwah hanya tersenyum. Tak berkata apa pun tentang mimpi sedih itu. Saya jadi tertanya-tanya tentang mimpi itu sehinggalah mendapat jawapannya semalam. Tak sangka ia menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui pagi ini.
Arwah sempat balik tengahari itu, jamah kuih sebelum balik semula – Nadia
Penantiannya untuk suami balik selepas habis syif malam sekitar jam 8 malam ternyata menjadi cetik kesedihan berpanjangan buatnya apabila dia dihubungi oleh anggota bomba memaklumkan bahawa suaminya lemas.
Tubuhnya lemah dan kakinya longlai kerana sebelah tengahari ketika kali terakhir bertemu, suaminya memanggil anak-anak dan mahu memeluk mereka seolah-olah ingin memaklumkan bahawa itulah pelukan akhir kasih sayang seorang ayah.
Tapi hari ini, Nadia Kamaludin harus menerima hakikat bahawa dia telah kehilangan suami buat selama-lamanya. Suaminya, allahyarham Mohd Fatah yang bertugas di Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Pelabuhan Klang dianggap sebagai wira negara apabila arwah bersama lima lagi rakannya meninggal dunia dalam satu operasi menyelamat seorang remaja di lombong di Putra Perdana Puchong semalam.
Foto keluarga yang menjadi kenangan
Berkongsi kesedihan yang sukar dimengertikan, Nadia yang tidak bekerja dan hanya berjualan kuih secara kecil-kecilan berkata, kali terakhir dia bertemu suaminya sebelah tengahari tersebut.
“Suami sempat menjamah kuih yang saya sediakan. Tak sangka itu kali terakhir bertemu,”katanya yang terus menitiskan air mata. Dua anak kecil, Nor Medina Aisya, 3 dan Muhammad Meka Al Asyraf, dua tahun menjadi tanda bukti cintanya dan Nadia harus menerima hakikat bahawa dia sudah kehilangan suaminya sampai bila-bila.
Tambah Nadia lagi, malam sebelum itu suaminya mengalami sakit perut dan hanya mampu terbaring.
“Arwah suami masuk tidur awal. Dia tak banyak cakap pun,” katanya begitu sedih. Dalam pada itu, seorang ahli keluarga mangsa memaklumkan, arwah nampak lebih senyap berbanding sikapnya yang ceria.
“Masa kenduri pun arwah nampak diam, tak banyak cakap macam biasa. Memang nampak ketara perubahan sikapnya,” katanya memaklumkan.
Baru berkahwin tujuh tahun lalu, arwah suaminya sudah hampir lapan tahun bertugas di unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Menjelaskan lagi, kata Nadia dia mendapat panggilan dari pihak bomba memaklumkan suaminya mati lemas sebelum pegawai mengambilnya di rumah untuk dibawa ke hospital Serdang untuk pengecaman mayat.
Inilah 6 wira negara yang terkorban ketika operasi menyelamat seorang remaja yang lemas di lombong Taman Putra PerdanaDi lokasi inilah nyawa 6 anggota bomba menjadi taruhan
Tragedi yang menimpa enam anggota bomba yang lemas ini merupakan kejadian pertama seumpamanya dan ia menjadi sejarah buat Jabatan Bomba dan Penyelamat. Ketika upacara solat jenazah diadakan pelajar yang mati lemas di lombong di Puchong ini masih belum lagi ditemui.
Tular di media sosial bagaimana kesemua anggota bomba ini berusaha menyelamatkan diri tetapi masing-masing terperangkap selepas tali yang mengikat di tubuh terbelit antara satu sama lain selepas seorang anggota bomba tergelincir ketika operasi mencari remaja tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau selalunya kita dengar orang mengunakan teknologi ‘virtual reality’ atau VR untuk bermain game. Tetapi, seorang petani Turki memakaikan cermin mata realiti maya (VR) kepada lembunya dalam usaha meningkatkan hasil harian susu lembu ternakannya.
Izzet Kocak terpaksa membawa masuk lembu-lembunya ke dalam kandang akibat cuaca sejuk. Namun dia masih mahukan haiwan itu menganggap ia sedang bermain di atas padang rumput hijau yang segar.
Petani itu berkata, dia mendapat inspirasi menggunakan kaedah berkenaan daripada sebuah artikel berita mengenai lembu yang memakai cermin mata realiti maya di Rusia.
Izzet tertarik dengan idea tersebut lalu menghubungi syarikat yang membuat cermin mata khas untuk lembu dengan memesan beberapa beberapa set. Menurutnya, lembu-lembunya semakin gembira dan menghasilkan lebih banyak susu selepas memakaikan cermin mata realiti maya itu.
“Saya mendapat purata 22 liter susu setiap hari daripada lembu ternakan. Ada dua lembu yang memakai cermin mata VR dan menonton padang rumput hijau yang luas sepanjang hari dan pengeluaran susu harian meningkat sehingga 27 liter.
“Cermin mata ini secara emosi baik untuk haiwan kerana membuatkannya kurang tertekan dan hasilnya dapat dilihat menerusi kuantiti pengeluaran serta kualiti susu,” katanya.
Dia sebelum ini memasang muzik klasik untuk 180 ekor haiwan ternakannya bagi meningkatkan emosi gembira dan membuatkannya berasa lebih santai. Malah bercadang untuk membeli lebih banyak cermin mata itu bagi kegunaan lembu-lembunya.
“Buat masa ini, kami memakaikan cermin mata VR kepada dua lembu dan memerhatikan peningkatan pengeluaran susu.
“Kami kini dalam fasa percubaan pertama. Untuk peringkat kedua kami menempah 10 set cermin mata VR. Jika percubaan itu berjaya, kami memesan cermin mata untuk semua haiwan ternakan,” jelasnya.
Selain itu, dia turut memantau emosi dan tingkah laku lembu ternakannya dengan alat bantuan penjejakan dengan menerima data daripada cip yang dipasang pada buku lali lembu.
Difahamkan, keluarga Izzet mempunyai ladang menternak lembu sejak tiga generasi lagi. Perniagaan mereka bertahan lama kerana sentiasa berusaha mengikuti perkembangan zaman.
Oleh itu, kini gilirannya pula memastikan perniagaan keluarga berjalan dengan lancar untuk diteruskan kepada generasi akan datang. Dia cuba menggunakan pelbagai pendekatan tidak konvensional seperti kaedah yang dibuat ini.
Untuk info, Teknologi VR telah muncul selama beberapa dekad. Untuk memberi anda idea, paparan headset yang pertama ialah peranti yang dipanggil Headsight yang diwujudkan pada tahun 1960-an. Sebenarnya banyak lagi kegunaan VR dalam bidang-bidang lain yang lebih mencabar atau luar biasa.
Malah, teknologi ini telah digunakan untuk pelbagai benda selama 200 tahun dari sains dan perubatan hingga melatih juruterbang dan membantu arkitek membentangkan lukisan pencakar langit mereka.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hampir sebulan selepas kehilangan isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa syukur kerana...