Siapa sangka, seorang pelajar yang pernah bergelut dalam subjek Matematik ketika zaman persekolahan kini berjaya melakar kejayaan sehingga bergelar pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Lebih menyentuh hati, kejayaan tersebut turut disaksikan sendiri oleh insan yang pernah memainkan peranan besar dalam perjalanan pendidikannya, iaitu bekas guru Matematiknya, Puan Azian Zakaria.
Itulah kisah inspirasi Dr. Sivam G. Tamilselvam yang berkongsi detik penuh bermakna apabila dipertemukan semula dengan gurunya selepas 13 tahun, bersempena Istiadat Konvokesyen PhD yang baru-baru ini berlangsung.
Pernah Bergelut Dengan Matematik, Tiada Kemampuan Ikuti Kelas Tuisyen
Menerusi perkongsian di Facebook, Sivam mendedahkan bahawa Matematik merupakan antara subjek yang paling sukar untuk dikuasainya ketika di bangku sekolah.
Malah, ketika itu dia merupakan pelajar kelas paling belakang dan sering berdepan kesukaran untuk memahami pelajaran berkenaan.
Keadaan keluarga yang mempunyai kekangan kewangan juga menyebabkan Sivam tidak berpeluang mengikuti kelas tuisyen tambahan seperti pelajar lain.
Bagaimanapun, kesukaran tersebut tidak pernah menjadi alasan buat Puan Azian untuk mengalah dalam membimbing anak muridnya itu.
Ads
Sebaliknya, guru berkenaan sanggup meluangkan masa selepas tamat waktu persekolahan, di luar jadual mengajarnya semata-mata untuk membantu Sivam memahami Matematik dengan lebih baik.
Berkat Kesabaran Guru, Berjaya Raih Kredit Matematik SPM
Segala usaha dan kesabaran Puan Azian akhirnya membuahkan hasil apabila Sivam berjaya memperoleh sekurang-kurangnya gred kredit bagi subjek Matematik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2013.
Walaupun mungkin kelihatan seperti pencapaian biasa bagi sesetengah orang, kejayaan tersebut cukup besar buat Sivam yang sebelum itu sering bergelut untuk menguasai subjek berkenaan.
Ads
13 Tahun Kemudian, Guru Hadir Sendiri Raikan Kejayaan PhD
Tidak menyangka akan dipertemukan semula selepas lebih sedekad, Sivam menerima kejutan istimewa apabila Puan Azian hadir sendiri pada hari konvokesyen PhD-nya.
Lebih menyentuh perasaan, bekas gurunya itu turut membawa sejambak bunga sebagai tanda meraikan kejayaan yang telah dikecapinya.
Malah, Puan Azian juga tidak dapat menahan air mata kegembiraan melihat bekas anak murid yang pernah dibimbingnya suatu ketika dahulu kini berjaya melangkah sejauh itu.
Ads
“𝗛𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝘀𝗲𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗸𝗲 𝘁𝗮𝗵𝗮𝗽 𝗶𝗻𝗶,” kata Puan Azian kepadanya.
Dalam perkongsian sama, Sivam turut memuat naik gambar catatan yang pernah ditulis oleh gurunya itu di dalam buku nota ketika zaman persekolahan, selain beberapa foto kenangan pertemuan mereka pada hari konvokesyen.
Tidak Pernah Bezakan Anak Murid, Terus Percaya Pada Potensinya
Bagi Sivam, Puan Azian bukan sekadar seorang guru yang membantunya memahami Matematik, malah insan yang sentiasa melihat potensi dirinya tanpa mengira perbezaan latar belakang.
Walaupun mereka datang daripada agama dan budaya yang berbeza, perkara tersebut tidak pernah menjadi penghalang buat Puan Azian untuk memberikan bimbingan serta sokongan kepada anak muridnya.
Sivam turut menzahirkan rasa penghargaan kerana gurunya itu terus mempercayai kemampuan dirinya, khususnya ketika dia sendiri pernah kehilangan keyakinan terhadap potensi yang dimiliki.
Kadangkala, kepercayaan seorang guru terhadap anak muridnya mampu menjadi titik permulaan kepada sebuah kejayaan yang tidak pernah disangka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemenang tempat kedua Asia’s Got Talent musim kedua, Yaashwin Sarawanan atau lebih dikenali sebagai manusia kalkulator kini sudah menerbitkan komik matematiknya sendiri untuk berkongsi teknik mengira yang digunakan sepantas kalkulator.
Apa yang menarik tentang komik ini adalah semua pengisiannya berdasarkan watak Yaashwin sendiri bersama seorang lagi rakannya, di mana dia akan mengajar tip dan trik kepada rakannya itu. Lukisan dalam komik ini juga berwarna-warni dan mempunyai penceritaan yang menyeronokkan.
“Sebenarnya sudah lama saya nak menulis buku. Cuma idea saya hanyalah buku yang biasa dan bukannya dalam bentuk komik. Jadi bila saya berjumpa dengan penerbit dan illustrator, illustrator saya, Abang Farish memang pelukis komik. Jadi Abang Farish terus suggest untuk buat dalam bentuk komik supaya menarik perhatian kanak-kanak untuk membaca buku ini,”
“Buku ini sebenarnya mengajar cara penggunaan sempoa serta pengiraan jari (pengiraan dalam minda). Trik lain juga seperti punca kuasa tiga, trik kalendar (meneka hari minggu seawal tahun 1700) dan banyak lagi yang saya muatkan ke dalam buku ini, seperti apa yang saya telah buat di pentas Asia’s Got Talent dan Ceria Megastar,” jelasnya.
Ketika dihubungi, Yaashwin menjelaskan buku ini juga sesuai dibaca oleh kanak-kanak yang mempunyai pengetahuan asas tambah, tolak, darab dan bahagi. Mereka boleh belajar bersama bimbingan ibu bapa yang mungkin akan memberi sedikit bantuan untuk pengiraan lebih rumit seperti punca kuasa (penerangan yang terang sudah ada dalam buku).
Komik Human Calculator ini ditulis dalam bahasa Melayu dan mengikut perancangan akan datang, ia bakal diterbitkan dalam bahasa Inggeris pula.
“Menurut publisher, kami mungkin akan menerbitkan versi Bahasa Inggeris. Kami juga dalam perancangan untuk membuat kolaborasi dengan pakar matematik yang lain dan saya berharap dapat menerbitkan buku kedua saya dalam masa terdekat ini,” sambungnya lagi.
Tahniah Remaja ucapkan kepada Yaashwin kerana telah menerbitkan komiknya sendiri dan apa yang menariknya, dia turut berkongsi tip dan trik untuk mengira dengan pantas.
Kami percaya dengan adanya komik ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk lebih mahir dalam membuat pengiraan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin sekali korang sudahpun berjaya menerima slot suntikan vaksin AstraZeneca
Seperti yang semua tahu, rakyat Malaysia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak semalam telah gigih ‘bertarung’ di laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) bagi menempah slot suntikan dos vaksin AstraZeneca masing-masing.
Biarpun begitu, proses yang memakan masa kira-kira sejam sebelum kesemua slot habis ditempah itu telah mendatangkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat. Ini berikutan gangguan teknikal yang menyebabkan laman web JKJAV tergendala disebabkan jumlah trafik pemohon yang terlalu ramai pada satu-satu masa.
Warganet membawa isu tersebut ke media sosial untuk mengadu mengenai kelemahan laman web tersebut yang dipercayai kurang efisien selain sistem tempahan satu hari bagi kesemua 5 buah negeri yang diakui ramai tidak rasional.
Setelah menerima ribuan aduan rakyat, badan bertindak imunisasi COVID-19 (CITF) menerusi sebuah kenyataan malam tadi telah memohon maaf di atas gangguan teknikal yang berlaku dan segala kesulitan yang dihadapi oleh orang ramai ketika mencuba membuat tempahan slot suntikan itu.
Untuk makluman, kesemua 1,261,000 dos vaksin yang ditawarkan habis ditempah.
Namun begitu, tinjauan REMAJA kepada aplikasi MySejahtera pada pagi tadi mendapati notifikasi slot suntikan dos vaksin secara tiba-tiba muncul!
Perkara ini turut dialami oleh beberapa lagi warganet yang yang mendapat notifikasi lambat itu. Kata mereka, sangkaan awal bahawa mereka gagal untuk mendapatkan slot ternyata meleset apabila tarikh temujanji baru saja didapati pada hari ini.
Guy I secured appointment for AZ vaccine 😭😭😭 pada siapa yg failed registration semalam try check MySejahtera maybe korang dapat. @day_rainee bring me luck today 💛 pic.twitter.com/89PzMJ5ipq
Sementara itu, ada juga pemohon yang mendapati mereka telahpun dijadualkan menerima suntikan dos di lokasi berbeza berbanding yang dimohon oleh mereka.
Biarpun masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak JKJAV mahupun CITF berkenaan kelewatan sistem ataupun lokasi penerimaan vaksin tersebut, mungkin sekali ia berlaku akibat gangguan teknikal semalam ataupun terdapat kekosongan di hub berbeza yang perlu dipenuhi.
Masalah besar bagi kaum perempuan adalah time nak balik raya, pening kepala nak pilih baju mana yang nak dibawa. Bila dah buat keputusan, nak susun bagi muat dalam beg pun dah jadi satu hal.
Relaks girl. Bukan korang je yang alami masalah macam ni. Kadang-kadang lelaki pun serabut otak nak pack baju dorang dalam satu beg yang tak berapa nak besar. Iye la kalau balik kampung takkan pula nak bawa beg sebesar guni kan?
Nah, REMAJA bagi tip macam mana korang boleh bawa pakaian yang banyak tapi tak perlu banyak-banyak beg. Cukup satu beg je, asalkan tahu macam mana nak susun dengan baik.
1. Asingkan jenis pakaian, mana yang ringan boleh digulung dan jenis tebal dilipat dua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!