Seorang warga emas positif COVID-19 selepas menghadiri ‘ijtimak tabligh’ di Masjid Seri Petaling, pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.
Warga tempatan berusia 60 itu adalah kes ke-131 yang dikesan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mula mempunyai gejala deman, batuk serta selesema pada 4 Mac lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pesakit itu sesak nafas pada 8 Mac dan dimasukkan ke Hospital Bentong pada hari yang sama.
“Beliau kemudiannya dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada 9 Mac dan ujian pengesanan COVID-19 yang diambil bagi kes ini disahkan positif pada keesokan hari.
“Ketika ini pesakit ini sudah diasingkan dalam wad isolasi dan sedang menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.
Ads
Majlis ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling dianggarkan dihadiri 10,000 orang peserta dari seluruh dunia
Beliau berkata, kes yang dikesan melalui survelan KKM itu adalah kes dalam kalangan ‘severe acute respiratory infection’ (SARI) dikesan dijangkiti COVID-19.
Noor Hisham turut menjelaskan, satu siasatan teliti dilakukan terhadap pesakit ke-131 itu dan mendapati dia mempunyai sejarah menghadiri perjumpaan ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling.
Ads
“KKM menasihatkan mereka yang menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling dari 28 Februari hingga 1 Mac lalu segera menghubungi pejabat kesihatan daerah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19. Sila hubungi CPRC hotline atau Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya.
Terdahulu, Noor Hisham berkata, berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh itu membabitkan anggaran 10,000 orang dari beberapa negara termasuk Malaysia dengan penyertaan melebihi 5,000 orang.
Ads
Maklumat itu adalah berdasarkan kes positif yang disahkan COVID-19 di Brunei melalui International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei yang memaklumkan kepada IHR FP Malaysia.
Pesakit pertama COVID-19 yang diuji positif di Brunei, pada Isnin lalu menghadiri perhimpunan di sebuah masjid di Sri Petaling dan terbang kembali dengan penerbangan AirAsia melalui Miri, Sarawak.
Sumber : BERITA HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khasiat buah oren memang tidak boleh disangkal lagi kerana ia merupakan sumber terbaik vitamin C, khususnya bagi manfaat kecantikan kulit.
Vitamin C merupakan agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Selain itu, kulit oren juga dapat merawat sel kulit mati, jerawat, liang-liang, luka, lingakaran hitam, kulit kering serta mampu mencerahkan kulit korang.
Berikut kami sertakan lagi antara manfaat lain dari buah oren yang boleh korang gunakan untuk penjagaan diri.
1. Bantu sistem pencernaan
Kulit oren sangat membantu dalam mengurangkan masalah sembelit. Ia dapat mengurangkan gas dan pedih ulu hati.
2. Kandungan kalsium yang tinggi
Mampu menguatkan gigi dan meningkatkan ketahanan badan, terutamanya mengelakkan tulang daripada simptom osteoporosis.
3. Mengandungi asid folik
Sebiji buah limau dapat memenuhi 20% daripada keperluan asid folik setiap hari. Ia juga dapat merupakan sumber utami bagi mencegah kecacatan bayi dalam kandungan serta mampu melawan penyakit jantung.
4. Jus limau mandarin
Dikatakan mampu mengubati asma, tuberculosis, demam, penyakit bronchitis dengan merangsang larutan bergaram dalam paru-paru untuk melegakan serta mengeluarkan kahak berlebihan.
Jus limau mandarin juga baik untuk kesihatan
5. Kaya vitamin C
Melindungi tubuh daripada serangan kanser, meransang pengaliran darah serta menyembuhkan luka di bahagian dalaman dan luaran dengan lebih cepat.
6. Sebagai suplemen kulit
Selain daripada mengamalkan makan buah oren, korang juga boleh memilih produk kecantikan yang berasaskan daripada buah ini juga. Hyaluron-Filler Vitamin C Booster daripada Eucerin merupakan kombinasi unik dari vitamin C yang dapat meningkatkan ketegangan kulit dan menghilangkan kedutan agar korang nampak lebih muda berseri dengan peningkatan ketara selepas hanya 7 hari penggunaan.
Kandungan vitamin C dalam booster ini adalah 200 kali ganda lebih tinggi daripada sebiji buah oren.
Wah, kalau macam ni maksudnya produk ni benar-benar bagus dan berkesan. Korang boleh dapatkan Eucerin Hyaluron-Filler Vitamin C Booster ini di semua gedung Watsons dalam pek tunggal berharga RM59 atau pek bertiga dengan harga RM199.
Terbukti, khasiat buah oren ini mampu mengekalkan keremajaan kulit korang. Cubalah!
***
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Definisi kecantikan sememangnya adalah sesuatu yang subjektif dalam diri semua orang. Tidak dinafikan, for girls who LIVE for new cosmetic products, mereka pasti tidak akan lepaskan peluang untuk mendapatkan keluaran produk terbaharu pada setiap bulan. Tidak kurang juga, ada remaja yang memandang kecantikan dari sudut kekemasan dan penjagaan diri. Apabila diri kemas terjaga, keyakinan diri juga tampak lebih menyerlah.
Baru-baru ini, penggemar dunia kecantikan dan produk penjagaan diri di Malaysia telah menyambut baik kemasukan jenama K-beauty, Ulike ke dalam pasaran tempatan. Bagi korang yang baru pertama kali mendengar jenama ini, Ulike merupakan pengeluar produk-produk membuang bulu roma popular di Korea Selatan dengan menggunakan teknologi terkini.
Dalam banyak-banyak produk membuang bulu roma yang berada di pasaran antarabangsa, Ulike telahpun meraih respon memberangsangkan daripada pembeli apabila ia berjaya mengekalkan kedudukan jualan nombor satu untuk tujuh tahun berturut-turut di Korea Selatan, China dan Amerika Syarikat! That must really mean their products work miraculously, right!
Rahsia di sebalik keberkesanan produk-produk dari Ulike ini terletak pada teknologi IPL yang menjadikan pembuangan bulu roma mudah dilakukan dan tanpa rasa sakit. Malah, perubahan jelas dapat dilihat dalam tempoh tiga minggu penggunaan sahaja (bergantung kepada jenis bulu roma pada tubuh pengguna).
Produk terbaru oleh Ulike yang diperkenalkan baru-baru ini bersama selebriti jemputannya seperti Uqasha Senrose, Fasha Sandha, Anzalna Nasir dan Aprena Manrose tidak lain tidak bukan ialah Ulike Sapphire Air-3. Bukan sahaja ia disyorkan oleh pakar dermatologi antarabangsa dari sudut keberkesanannya. Malah, Ulike Sapphire Air-3 juga dilengkapi dengan Sapphire Ice-Cooling Technology dan Graphene Cooling Solution VC Liquid Cooling Solution yang selamat digunakan terutamanya pada bahagian kulit sensitif.
Korang juga boleh mengubah mod penggunaan daripada Soft Mode untuk bahagian wajah, atas bibir dan bahagian intim ke Body Mode untuk kaki dan lengan serta Powerful Mode untuk bahagian dada dan bawah lengan.
“Jimat Masa Kalau Tak Sempat Ke Salun..”
Bercakap dengan salah seorang selebriti jemputan Ulike, Uqasha Senrose yang diangkat sebagai ‘Future Beauty of the Year’ pada acara tersebut, pelakon jelita itu cukup berbesar hati untuk penghargaan yang diberikan. Tambahan pula, jenama Ulike baru bertapak di Malaysia dan mereka sudahpun mempercayai Uqasha sebagai selebriti bertepatan dengan sasaran jenama itu.
“Jujurnya, saya ada mengikuti perkembangan jenama ULike di luar negara seperti di Korea Selatan dan China. Tetapi ini adalah kali pertama saya mencubanya bersama-sama tiga lagi selebriti lain. Tentunya kami berbangga memandangkan tidak ramai selebriti yang terpilih pada hari ini.”
“Ulike adalah di antara jenama paling ke hadapan untuk menghilangkan bulu roma efektif tanpa cukuran. Saya tidak lagi wajib bergegas ke salun selepas ini jika kesuntukan masa. Apatah lagi kini saya sudah berumah tanggah, saya ada alternatif lain untuk melakukan proses menghilangkan bulu roma di rumah sahaja.
“Sebagai selebriti, saya bersyukur adanya teknologi terkini seperti yang diperkenalkan oleh ULike kerana ia menyenangkan keperluan kita semua di Malaysia untuk menjaga kekemasan peribadi. And boys! This is not just for girls, lelaki pun boleh mencubanya,” ujar Uqasha.
Jika korang juga teruja seperti Uqasha Senrose untuk mencubanya di rumah, Ulike Sapphire Air 3 kini hadir dalam dua warna berlainan iaitu ungu dan merah jambu. Pembeli di Malaysia boleh mendapatinya di platform rasmi Ulike di Shopee dan Lazada.
Untuk yang ingin mengumpul bajet secukupnya sebelum membeli, tak ada masalah pun kerana Ulike bakal melancarkan stor fizikal pertamanya di Malaysia pada suku pertama tahun 2024. Jadi, sempatlah untuk korang bersiap sedia dengan bajet masing-masing, hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
It is like the end for beauty world apabila innisfree Malaysia mengumumkan mereka bakal menamatkan salah satu produk paling terkenal milik mereka bermula Mac ini.
Tiada angin, tiada ribut, KESEMUA Green Tea line keluaran innisfree tidak lagi akan dijual di stor innisfree Malaysia secara berkala bermula 31 Mac 2018. Ini termasuklah produk Green Tea Serum mereka. Ia dianggap sebagai berita yang cukup mengejutkan kerana semua orang tahu,Green Tea Serum adalah produk Best Seller innisfree setelah sekian lama dipasarkan.
Senarai Best Seller daripada innisfree Malaysia pada bulan ini.
Malah pada bulan Disember tahun lalu, innisfree Malaysia melalui Amore Pacific telahpun menerima pengesahan sijil Halal setelah melakukan pelbagai uji kaji dan percubaan bagi mendapatkan kelulusan tersebut.
Sebagai jenama pertama daripada grup Amore Pacific yang mendapat kelulusan itu, semua peminat produk kecantikan tidak lagi perlu ragu-ragu untuk memilih koleksi Green Tea line mereka. Mungkin itu juga adalah salah satu faktor ia begitu popular di kalangan pembeli pada tahun ini.
Namun menurut innisfree Malaysia dalam kenyataan rasmi hari ini, mereka ingin memperkenalkan lebih banyak produk baharu yang sama kualitinya dan sama keberkesanannya seperti Green Tea Line.
Tak sabar juga untuk menantikan produk baru daripada innisfree Malaysia. But for now, lebih baik korang borong koleksi Green Tea Line mereka sebanyak mungkin jika ia adalah produk kecantikan favourite korang selama ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi perkahwinan Taylor Swift dan Travis Kelce di Madison Square Garden mencetuskan perhatian dunia hiburan dengan majlis dua hari yang dikatakan sangat eksklusif dan mewah.