Hari ini terlampau banyak produk kosmetik yang dijual sama ada secara online atau pun di kedai-kedai yang kita sendiri pun tak tahu sama ada bahan apa yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut.
Terbaru, bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik yang dikesan mengandungi racuan berjadual.
Antara produk yang terbabit adalah seperti berikut:
1. Natural Plant Skin Refining Moisturizer Cream
Racun berjadual yang dikesan: Miconazole
Anti-fungal (miconazole) yang diguna secara tidak terkawal boleh meningkatkan risiko kerintangan dan seterusnya mengurangkan keberkesanannya merawat jangkitan pada masa hadapan.
2. Sparkle Moon Night Cream
Ads
Racun berjadual yang dikesan: Merkuri dan Betamethasone 17-Valerate
Betamethasone valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
Merkuri juga dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.
Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
3. V3 Premier Beauty Facial Night Cream
Ads
Racun berjadual yang dikesan: Hydroquinone
Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Racun berjadual yang dikesan: Hydroquione dan Tretinoin
Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Jadi, sekiranya korang menggunakan produk-produk kosmetik tersebut adalah dinasihatkan untuk segera berhenti dan dapatkan nasihat daripada pakar jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan-kesan sampingan yang lain.
Korang juga boleh menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman website rasmi NPRA di www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh didownload daripada Google Play Store.
Kalau korang menonton drama atau filem negara Thailand, salah satu benda yang kita teruja adalah melihat kecantikan kulit wanita Thailand. Terfikir juga, apakah rahsia mereka?
Jawapannya ialah mereka biasanya amalkan masker beras untuk penjagaan wajah.
Amal Masker Beras Pulut, Ini Rahsia Orang Thai Berkulit Cerah
Kalau anda rajin, boleh lah cuba petua cantik orang belah sana. Nah, cuba godek sendiri buat pakai di rumah. Masker daripada beras pulut ini dikongsikan oleh Siti Zainab, jom tengok apa bahan-bahannya.
Masker Beras Pulut
Bahan-Bahan:
4 sudu besar beras pulut
2 sudu besar Rose Bud
1 sudu besar susu tepung
Sedikit air mawar
Cara Buat:
1. Kisar kering semua satu persatu. Kisar sampai jadi halus.
2. Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.
3. Kemudian baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.
4. Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.
5. Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.
6. Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulurkan dahulu sebentar.
7. Sental kulit muka dengan perlahan-lahan.
8. Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.
Kelebihan Masker Rose & Beras Pulut
Setelah dah cuba baru anda akan tahu hasilnya. Gabungan beras pulut dan rose bud ini buat muka jadi lebih cerah dan gebu. Malah ia juga boleh menghilangkan parut-parut jerawat serta menghaluskan lagi kulit anda. Jadi rugi kalau tak cuba!
Rose bud mengandungi dua kali Vitamin C berbanding buah oren. Susu tepung pula bagi kesan cerah dan lembap. Lakukan rawatan ini dua tiga kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerabat Diraja Britain memiliki pelbagai koleksi mahkota dan tiara yang akan digunakan oleh ahli perempuan dalam keluarga tersebut. Namun akesori mewah itu bukanlah menjadi milik sesiapa kerana setiap satunya dipinjamkan oleh mendiang Ratu Elizabeth II untuk dipakai di majlis tertentu.
Namun tahukah anda ada satu tiara digembar gemburkan menjadi pemberian kekal mendiang Ratu Elizabeth II kepada menantu kesayangannya, Sophie Helen Rhys-Jones. Beliau yang berasal dari golongan rakyat kebanyakan diberi gelaran Countess of Wessex apabila berkahwin dengan anak bongsu mendiang, Putera Edward.
Sophie yang berkahwin dengan Putera Edward pada 19 Jun 1999 menjadi rapat dengan ibu mentuanya dan dikatakan hubungan baik mereka berkekalan sehinggalah Ratu Elizabeth II menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Tatkala berkahwin dengan Prince Edward, Ratu Elizabeth II telah memberi sebuah tiara yang dihasilkan khas menggunakan perhiasan kemas milik baginda. Menurut sumber, tiara tersebut dihasilkan daripada koleksi perhiasan kemas yang sebelum itu dimiliki moyang Ratu Elizabeth II, Ratu Victoria.
Digelar The Anthemion, tiara tersebut memiliki motif dedaun yang berbentuk kipas dan disusun daripada empat perhiasan yang diganding rapi. Walaupun tiara tersebut kelihatan ringkas namun memiliki sejarah dan nilai sentimental yang tinggi memandangkan ia dihasilkan dari perhiasan kemas yang sudah berusia ratusan tahun.
Walaupun ringkas namun ia cukup klasik dan regal. Kredit foto: Order of Splendor
Tiara tersebut dipakai oleh Sophie pada hari perkahwinannya sehingga kini jika beliau menghadiri majlis-majlis keramaian kerajaan ataupun majlis melibatkan kerabat Diraja seluruh dunia.
Perkahwinan Sophie bersama Putera Edward dikurniakan dua cahaya mata iaitu Lady Louise Windsor, 18, dan James, Viscount Severn, 14. Adakah tiara tersebut akan diperturunkan kepada anakanda perempuannya kelak, atau menjadi harta warisan keluarga?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Barang-barang kulit memang timeless dan stylish, tapi penjagaannya perlu betul untuk pastikan ia kekal cun dan tahan lama.
Dalam dunia di mana gaya hidup kita penuh dengan aksi, memiliki gear kulit yang kekal menarik adalah must-have. Jadi, apa rahsia untuk menjaga barang-barang kulit supaya sentiasa nampak baru dan on point?
Ayuh, ikut langkah demi langkah ini untuk memastikan barangan kulit anda terjaga sebaiknya.
Kaedah Disarankan:
1. Elakkan guna tisu untuk membersihkan kesan kotoran. Serpihan dari tisu akan melekat pada material kulit.
2. Jika terdesak, cuka dan perahan lemon dapat menyingkirkan kotoran dengan segera.
3. Minyak dari buah zaitun atau kelapa dapat membersihkan kotoran yang melekat sekali gus mengekalkan kelembapan kulit.
4. Pastikan anda melakukan ujian pada bahagian kecil dan tidak terlalu kelihatan.
5. Campuran air mineral dan sabun bayi atau sabun cuci muka dengan nisbah 8:1. Basahkan campuran itu pada kain mikro fiber atau span. Kemudian, usapkan pada kawasan kulit yang terkena kotoran.
6. Biarkan material kulit yang basah kerana terkena air hujan atau selepas dibersihkan, mengering secara semula jadi. Elakkan menjemur di bawah sinaran matahari kerana warna produk akan pudar.
Ini Yang Perlu Anda Buat:
– Gilap setiap tiga hingga empat bulan sekali.
– Bersihkan kotoran dan debu sebelum menggilap. Kotoran yang melekat tanpa disedari akan mengikis permukaan kulit dan timbulnya calar.
– Agar pori-pori kulit boleh bernafas dengan baik, elak gunakan kotak dan beg dari plastik untuk storan.
– Elakkan penggunaan produk yang mengandungi pelarut petroleum dan silikon punca kotoran sukar dihilangkan dan merosakkan tekstur kulit.
– Gunakan berus khas untuk mencegah perubahan warna pada bahan kulit.
– Untuk menghilangkan kesan debu atau contengan pensel, segera bersihkan dengan pemadam dari getah yang kenyal.
– Simpan item kulit dalam beg kapas dengan pengudaraan udara yang baik. Letakkan pada kawasan yang jauh daripada udara lembap bersama dengan silika gel.
– Pastikan produk kulit tidak digayakan semasa hujan.
– Khas untuk hilangkan kesan minyak, segera taburkan tepung jagung dan biarkan hingga 10 jam agar kandungan minyak diserap sepenuhnya.
K.O.I mencipta kejutan gemilang apabila lagu Tiwikarma dinobatkan sebagai juara AJL 40, sekali gus membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM100,000.