Komposer dan penyanyi terkenal, Ajai bakal hadir dengan lagu duet terbaharu bersama penyanyi berbakat besar, Nadeera.
Perkhabaran gembira itu dikongsi sendiri Ajai menerusi satu hantaran di Instagram. Menurutnya, proses rakaman bersama Nadeera berjalan lancar dan dia amat kagum dengan kualiti vokal penyanyi tersebut.
“Alhamdulillah. Selesai recording dengan Nadeera. Saya hendak berkongsi seni dengannya.
Ads
“Melamarnya berduet bersama-sama untuk lagu terbaharu.
“Nadeera, awak mempunyai kawalan suara yang bagus setiap kali capai notasi tinggi. Saya harap semuanya dipermudahkan,” tulis Ajai.
Dalam hantaran sama, Ajai turut memuat naik beberapa foto ketika mereka berada di studio rakaman untuk tatapan peminat.
Ads
Bukan sekadar memuji vokal, Ajai juga mengagumi semangat juang Nadeera yang tidak pernah mengenal erti putus asa sejak awal pembabitannya dalam industri.
“Seorang insan seni yang bersuara merdu dan tinggi. Mengenalinya sejak dari dahulu lagi ketika dia memasuki beberapa pertandingan nyanyian.
“Dia tidak pernah berputus asa, sebab dia percaya pada bakat besar yang dimilikinya. Saya seronok melihat pencapaiannya sekarang,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tidak sabar menantikan hasil kolaborasi dua nama besar ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika selalunya ada kawan atau ahli keluarga yang korang kenali pergi melancong ke Yogyakarta Indonesia, mesti feed di Instagram mereka penuh dengan foto kawasan tarikan popular.
Antaranya, di Candi Borobudur, Kota Gede dan Gunung Merapi.
Ada juga antara mereka yang sempat untuk ke Pantai Parangtritis iaitu salah satu pantai yang semakin popular impak daripada scene filem Ada Apa Dengan Cinta.
Tetapi, tak ramai yang tahu bahawa di Pantai Parangtritis, selain daripada menunggang kuda, korang pun boleh cuba aktiviti sand boarding di Gumuk Pasir.
Bermula sejak tahun lalu, pengunjung Yogyakarta pasti tak lepaskan peluang untuk ke Gumuk Pasir sebelum pergi ke Pantai Parangtritis untuk melihat momen matahari terbenam.
Gumuk Pasir adalah kawasan lambakan – yes pasir – seakan gurun dan merupakan satu-satunya lokasi sandboarding yang ada di Asia Tenggara.
Berbeza dengan Pantai Klebang Melaka yang juga mempunyai lambakan pasir hasil projek menambak. Gumuk Pasir pula terhasil secara semulajadi akibat ‘aktiviti’ gunung berapi di Gunung Merapi dan Merbabu.
Ada juga banyak buaian di sini untuk korang ambil gambar lovey-dovey macam ni.
Tiada bayaran dikenakan kepada pengunjung, cuma mereka perlu membayar Rp. 3000 untuk parkir kenderaan iaitu lebih kurang RM9.00.
Untuk bermain sand boarding pula, sewa board yang dikenakan lebih kurang dalam Rp. 100,000 atau RM29.90. Ada juga yang berkata mereka pernah menyewa board pada harga Rp. 70,000. Hhm, macam biasalah, korang pandai-pandai kena tengok penyewa mana yang lagi berbaloi dekat sana.
Pengunjung akan ditemani oleh instructor yang akan mengajar terlebih dahulu cara sand boarding. Kalau korang bertuah, instructor akan membawa ke kawasan ‘bukit’ pasir setinggi 15 meter dan jarak meluncur lebih kurang 200 meter!
Boleh Juga Terus Terjun Ke Dalam Tasik
Kalau yang sukakan aktiviti basah pula, di Gumuk Pasir ini mempunyai sebuah tasik yang terletak betul-betul di sebelah ‘bukit’ pasir’. Daripada atas, korang slide je sampai ke bawah dan terjun ke dalam air.
Ada part yang pasirnya kering, ada juga part yang memang dicipta khas untuk water sliding. Macam yang dicuba oleh kawan kami, Dimas ni:
Bestkan! Jadi, bagi yang merancang untuk ke Yogyakarta pada tahun ini, janganlah nak acah-acah romantik macam Rangga dengan Cinta je. Cuba tempat baru seperti Gumuk Pasir ni. I had fun, and so will you!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau bercakap soal percutian, rasanya semua orang pun excited sebab siapa je yang tak suka berjalan kan? Tak kisahlah dalam atau luar negara, kalau ada peluang dan rezeki memang atleast setahun sekali korang kena pergi travel.
Bukan saja dapat merehatkan diri, malah korang juga boleh menimba pengalaman baru di tempat orang.
Tiket pesawat dah beli, hotel dah book, tour guide pun dah ada, cuma ramai yang masih kurang kesedaran tentang travel insurans yang sebenarnya penting untuk korang ambil ketika pergi bercuti.
Disebabkan sepanjang percutian tidak pernah berlaku apa-apa, jadi ramai yang menganggap bahawa mengambil insurans semasa travel adalah satu pembaziran.
Guys, malang tidak berbau. Kalau sebelum ni korang rasa semuanya ok, esok lusa kita tak tahu. Bukanlah nak mendoakan perkara yang tidak baik berlaku, tapi lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan. Betul tak?
Seperti yang pernah dikongsi oleh Joe di laman twitternya, jika sebelum ini dia tidak ambil kisah sangat tentang travel insurans, tapi semasa percutiannya di China tahun lepas berlaku rebut taufan. Airport tutup, flight delayed kepada empat hari selepas kejadian.
Jadi, dari situ dia mula sedar bahawa betapa pentingnya travel insurans.
Jom kita baca thread yang telah dikongsi oleh lelaki ini.
Risiko semasa travel
Ada banyak risiko yang boleh dihadapi sepanjang percutian korang dan antaranya adalah seperti berikut:
Contoh coverage travel insurans
Jangan terkejut kalau flight cancel korang boleh dapatkan ganti rugi sebanyak RM50k dan flight delayed minima 2 jam pun dah boleh dapat dalam RM5k.
Berbaloi kan?
Berikut antara coverage yang korang akan dapat melalui travel insurans dan mengikut pakej yang mereka tawarkan.
Cara nak apply?
Korang boleh apply secara online. Mudah je tak sampai 10 minit. Harganya pun tak mahal. Sewaktu Joe ke China, harga travel insurannya tak sampai RM50 pun. Memang berbaloi dengan coverage yang diberikan.
Takaful travel insurance
Ha, korang dah faham kenapa travel insurans tu penting? Harganya pun bukanlah mahal sangat. Tak kisahlah kalau kena bayar sikit asalkan boleh membantu di waktu susah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kepada pelajar yang sudah tiba, boleh terus kekal di kampus dan nantikan arahan seterusnya oleh pihak universiti.”
Itu merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad setelah teruk diasak oleh para pelajar di media sosial berikutan keputusan Kementarian Pengajian Tinggi (KPT), kelmarin untuk menangguhkan proses pendaftaran dan orientasi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Keputusan yang dikeluarkan pada saat-saat akhir itu adalah berikutan kenaikan kes positif Covid-19 di luar jangkaan di seluruh negara pada minggu ini.
Ia jelas telah meresahkan bukan saja pelajar baharu malahan penjaga pelajar yang telah melakukan persediaan rapi menghantar anak mereka ke kampus untuk sesi pendaftaran bermula hari ini.
Justeru pagi tadi, Dr Noraini telah tampil di akaun Facebook beliau dengan permohonan maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan keputusan yang dibuat oleh KPT.
Sumber foto: BERNAMA.
“KPT telah berbincang dengan semua pihak pengurusan IPT termasuklah Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Saya mengambil maklum rintihan dan keluhan pelajar serta ahli keluarga mereka susulan keputusan pihak IPT menangguhkan pendaftaran fizikal.
“Kepada pelajar yang sudah tiba, boleH terus kekal di kampus dan nantikan arahan seterusnya oleh pihak universiti. Kepada pelajar yang masih lagi di kediaman dan kampung halaman masing-masing, saya mohon untuk tangguhkan seketika pergerakan untuk pulang ke universiti.
“Akhir sekali, saya ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul,” catat beliau. Posting tersebut telah menarik perhatian netizen terutamanya pelajar serta penjaga. Setelah 4 jam dimuat naik, ia telahpun menerima lebih daripada 1,400 komen balas.
Kampus IPT Masih Terima Pendaftaran
Sementara itu, suasana lengang pada hari pendaftaran telah dilaporkan di kampus universiti seluruh negara, hari ini.
Ia susulan arahan daripada KPT kepada pihak IPT untuk menangguhkan pendaftaran secara bersemuka bagi pelajar baharu dan lama bagi sesi Oktober 2020/2021.
Antara IPT yang telah memaklumkan kepada pelajar untuk meneruskan pengajian menerusi kaedah terbuka, jarak jauh dan dalam talian ialah Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Universiti Teknologi Malaysia.
IPT lain turut dipercayai mengambil langkah yang sama, serta-merta.
Bagaimanapun, bagi pelajar yang telahpun tiba lebih awal sebelum notis dikeluarkan semalam, pihak universiti tetap memberi pilihan sama ada untuk terus berada di kampus atau pulang ke rumah.
*
Bercakap kepada rakan media di Awani, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya iaitu Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Raman memahami situasi pelajar yang telah tiba dari jauh ataupun sedang dalam perjalanan dari negeri lain.
Sumber Foto: Universiti Malaya.
“Hari ini, kami tetap teruskan acara sambutan pelajar baharu.
“Yang masih berada di rumah, tak mengapa. Boleh teruskan pendaftaran dan mengikuti semua aktiviti dan pembelajaran secara dalam talian.
“Yang sudah dalam perjalanan, boleh teruskan perjalanan dan kami sentiasa bersedia menerima kehadiran mereka,” kata beliau.
Sumber Foto: Universiti Malaya.
Sementara itu, Universiti Sains Malaysia pula mengambil inisiatif untuk meneruskan proses pendaftaran pelajar dengan mekanisma pandu lalu ataupun drive-through.
Proses yang mengambil masa hanya 3 minit itu adalah bagi pelajar yang telahpun tiba di kampus.
Sumber Foto: NST.
Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USM iaitu Aldrin Abdullah berkata pelajar diberi pilihan untuk mendaftar dan pulang ke rumah, mendaftar-meletakkan barangan peribadi di hostel dan pulang ke rumah ataupun mendaftar dan terus menetap di hostel yang ditetapkan.
*
Adakah korang di antara pelajar yang masih meneruskan niat untuk mendaftar masuk ke kampus? Ataupun korang mengambil keputusan untuk mendaftar secara online sahaja?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!