Tahun 2020 nyata tak mengecewakan pelanggan platform penstriman video atas talian, Netflix.
Untuk bulan Januari ini saja, banyak siri kegemaran ramai akan kembali dengan musim terbarunya! Lihat 5 drama bersiri di Netflix pilihan REMAJA ini.
01
Anne With An E (Musim 3)
OMG, keseluruhan musim ketiga (dan musim terakhir) Anne With An E akan menemui korang pada hari ini. Siri adaptasi novel Anne of Green Gables ini menceritakan perjalanan Anne dari zaman kanak-kanak, dewasa, kolej, perkahwinan dan sebagai ibu. Tarikh Tayangan: 3 Januari
02
Gotham (Musim 5)
Not another one! Gotham juga bakal berakhir dengan musim kelimanya yang akan ke udara esok. Gotham mengulang kembali kisah Bruce Wayne semasa masih muda ketika memulakan kerjayanya. Tarikh Tayangan: 4 Januari
Ads
03
Brooklyn Nine-Nine (Musim 6)
Ya, setelah siri ini berdepan dengan isu sama ada akan disiarkan di Fox atau NBC untuk musim keenam, ia kembali semula dengan kisah jabatan polis NYPD ke- 99. Tarikh Tayangan: 11 Januari
04
Sex Education (Musim 2)
Ads
8 lagi episod baru untuk Sex Education, yass! Kesemua watak utamanya akan kembali dalam musim baharu ini termasuklah Otis. Sebagai seorang late bloomer, dia sedang bergelut dengan hubungan bersama GF-nya Ola. Tarikh Tayangan: 17 Januari
05
Chilling Adventures of Sabrina: Part 3
Ads
Klip trailer menunjukkan bahawa Sabrina dan kawan-kawannya akan ke dunia penuh jahat. Di akhir musim kedua, Sabrina sedang merancang untuk ke neraka untuk menyelamatkan Nick yang telah dipenjarakan oleh Dark Lord. Tarikh Tayangan: 24 Januari
…oh, kami juga tak dapat melupakan kemunculan siri terbitan Malaysia iaitu The Ghost Bride!
Drama 6 episod yang diadaptasi daripada novel tulisan Yangsze Choo ini menceritakan bagaimana seorang perempuan menerima lamaran keluarga kaya untuk mengahwini mendiang anak lelaki mereka. Amacam? Tarikh Tayangan: 23 Januari.
*
Dengan banyak siri baru yang menanti kita di Malaysia, berbaloilah ia dengan kenaikan harga langganan Netflix.
Satu ketika dulu, tular di media sosial apabila pengguna Twitter ini memuat naik gambar kad pengenalan yang dilihat namanya bercampur antara nama Melayu dan Jepun.
Persoalannya, adakah dibenarkan untuk rakyat Malaysia memberikan nama-nama asing? Atau ada juga yang menamakan anak mereka dengan nama-nama yang pelik. Kalau kita lihat nama pada zaman dahulu mungkin sedikit aneh kerana masyarakat pada ketika itu kurangnya pendidikan dan hanya beri nama apa yang mereka tahu sahaja.
Menurut Ask Legal, secara undang-undang bukanlah satu kesalahan untuk menamakan seseorang itu dengan nama buah atau nama Jepun. Namun, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah menetapkan garis panduan yang menghalang nama-nama yang boleh menyinggung dan tidak sesuai.
Seksyen 16, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 ada menyebut:
Jika pada pendapat pendaftar bahawa nama kanak-kanak yang diminta untuk dicatatkan ke dalam suatu daftar kelahiran itu adalah tidak menyenangkan atau tidak diingini, dia hendaklah merujuk perkara itu kepada Pendaftar Besar dan Pendaftar Besar boleh menyebabkan nama itu didaftarkan atau tidak didaftarkan sebagaimana yang difikirkannya patut.
Pendaftar mempunyai kuasa untuk menolak nama yang tidak diingini dan nama itu tidak akan diterima oleh pihak pendaftaran seperti mana dalam akta.
Kredit foto: Twitter @rhuichiar
Berikut adalah antara jenis-jenis nama dan senarai kriteria nama-nama yang tidak akan diterima di Malaysia.
1. Nama yang dilarang sama sekali
• Nama yang boleh membawa makna menyinggung: Contohnya, nama Woti yang membawa maksud hubungan seks, ia adalah dilarang sama sekali untuk digunakan
• Nama yang ada singkatan perkataan: Kalau korang ada rancangan nak bagi nama anak dengan gabungan nama lain, tapi nama tu tak muat pada kad pengenalan dan korang pun pendekkan dengan huruf seperti ABCD, maka JPN tidak akan menerima nama tersebut
• Nama yang merujuk profesion tertentu: Walaupun ada mak ayah yang nak anaknya jadi doktor atau jurutera bila dewasa nanti, tapi tak boleh bagi nama anak korang dengan gelaran DR atau IR.
• Gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan: Bagi nama anak dengan gelaran Dato’ Sri atau Tan Sri yang hanya boleh dianugerahkan oleh kerajaan juga adalah dilarang sama sekali
2. Nama yang tidak sesuai untuk seseorang
• Nama haiwan: Monyet, Lipan, Babi, Ular, dll
• Kejadian alam: Hujan, Batu, Angkasa, Panas, dll
• Nama dari angka: 007 atau kosongkosongtujuh, K9
Sebenarnya, terdapat peningkatan bilangan orang yang nak tukar nama asal mereka di Malaysia kerana nama yang tidak sesuai. Contohnya, nama yang mungkin tidak sesuai dengan jantina tertentu atau boleh merujuk kepada haiwan, cuaca atau menamakan seseorang berdasarkan nombor/digit
Gambar hiasan
3. Nama-nama dari gelaran keturunan
Korang mesti pernah dengar nama-nama seperti Syed/Syarifah atau Nik di Malaysia. Jadinya, untuk guna gelaran ini korang mesti dapatkan kebenaran dari pihak berkuasa dan kena buktikan yang korang memang dari keturunan yang membawa gelaran tersebut.
4. Nama yang tidak sesuai dengan bahasa lain
Perkara seperti ini boleh terjadi jika seseorang itu tidak tahu konteks makna namanya dalam bahasa lain. Berikut contoh tiga kategori bahasa utama di Malaysia yang antaranya dikelasan sebagai nama tidak sesuai:
• Bahasa Melayu: Zaniah (pelacur), Khinzir (babi), Ketiak dan Kemek
• Bahasa Mandarin/Hokien: Ah Chaw (ular), Khiow Choo (bongkok) dan Chow Tow (kepala berbau)
• Bahasa Tamil: Kalavani (pencuri), Karrupasamy (dewa hitam) dan Motayyan (lelaki botak)
Kredit foto: kisahdunia.com
5. Nama tidak boleh lebih daripada 80 aksara
Nama terpanjang di Malasia dipegang oleh seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Princess Aura Nurr Emily Amara Auliya Bidadari Nawal Eh Zendra Mohd Suffian yang mempunyai 63 aksara dan 12 perkataan.
JPN juga telah membuat pengumuman bahawa nama tidak melebihi 80 aksara supaya ia muat di tulis di dalam kad pengenalan. Sila ambil perhatian – jarak antara nama tu pun dikira sebagai aksara tau.
Walau bagaimanapun, nama yang panjang atau bawa makna yang tidak baik bukan bermaksud seseorang itu membuat kesalahan di Malaysia. JPN memberi kebebasan penuh kepada ibu bapa untuk beri nama kepada anak-anak mereka asalkan selaras dengan peraturan.
Jika kedua-dua ibu bapa sudah setuju untuk namakan anak mereka dengan nama tertentu, tidak ada peraturan tegas yang mengatakan tidak boleh. Ia juga mengikut budi bicara pendaftar sama ada nama itu boleh diterima atau digunakan.
Ha, sekarang korang dah faham kan? Semoga informasi ini sedikit sebanyak pengetahuan baru untuk kita semua.
Bila tiba hari minggu memang kebanyakan daripada kita mengambil masa ini untuk berehat di rumah sekiranya tidak mempunyai apa-apa keperluan penting di luar.
Bila dah duduk di rumah tu pula, mulalah otak berfikir nak masak apa, lebih-lebih lagi untuk minum petang.
Kali ini Remaja nak kongsikan kepada korang resipi mudah garlic bread bersama sup cendawan daripada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nurul Balqis.
Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
– Sup cendawan
– Susu krimer sejat
– Bawang putih
– Butter/marjerin
– Daun parsli kering
– Roti baguette Perancis
Bahan-bahan untuk sapu pada roti:
– Butter
– Bawang putih (hiris halus-halus)
– Daun parsli kering
Cara menyediakan:
1. Gaul rata sampai jadi seperti dalam gambar dibawah. Kalau ada lebih boleh simpan dalam peti sejuk, next time boleh guna lagi
2. Potong roti Perancis secara menyerong
3. Kemudian, sapu campuran bawang putih, butter dan daun parsli pada sebelah bahagian roti sahaja
4. Goreng tanpa minyak sampai garing dan pastikan jangan hangus
5. Bahan untuk sup cendawan tersangatlah senang hanya guna sup campbell, susu cair dan daun parsli sahaja. Ada juga yang letak isi ayam dan kiub pati jadi lebih sedap. Tapi kalau nak buat simple pun boleh sahaja
Pelakon drama Korea Selatan, Jung So Min seringkali dikaitkan dengan watak dalam drama bergenre komedi romantik.
Dengan personaliti, wajah dan karakternya yang bersesuaian dengan drama sebegitu rupa, So Min menjadi pilihan ramai pengarah K-drama.
Namun menerusi drama yang kini tular menerusi saluran penstriman Netflix berjudul Alchemy of Souls, So Min pantas mencipta fenomena dalam industri lakonan di sana.
Jung So Min
Alchemy of Souls menceritakan tentang ahli sihir wanita yang memasuki roh seorang wanita buta dan bertemu dengan seorang lelaki yang meminta pertolongannya untuk mengubah nasib.
Selain So Min, drama berkonsepkan fantasy-period itu turut dibintangi Lee Jae Wook, Hwang Min Hyun, Shin Seung Ho dan Arin daripada grup OH MY GIRL.
Alchemy of Souls berterusan menduduki tangga pertama dalam carta rating saluran televisyen Korea Selatan; besar kemungkinan disebabkan pelbagai plot twist yang menemui penonton.
Menerusi episod yang ditayangkan pada 31 Julai, ia merekodkan rating tertingginya 7.6 peratus; lalu menjadi program nombor satu di Korea Selatang sewaktu slot siarannya.
Menghampiri penghujung drama ini, hari ini So Min dilaporkan telahpun dilamar oleh syarikat TH Company untuk menandatangani kontrak eksklusif dengannya.
Kata Kim Tae Ho yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif TH Company, “Bersama-sama Jung So Min yang teruja dengan masa hadapannya, kami merancang untuk menyokongnya bagi sebarang promosi supaya dia dapat mempertontonkan kelebihannya menerusi pelbagai bidang.”
Selain Alchemy of Souls, Jung So Min juga pernah membintangi drama alin seperti My Father Is Strange, Because This Is My First Life, The Smile Has Left Your Eyes dan Monthly Magazine Home.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!