Hutang oh hutang. Kerana hutang dari kawan boleh jadi lawan. Siapa pernah alami hal begini? Semuanya kerana hutang. Masa meminjam muka nampak manis tapi bila part bayar semula, akhirnya boleh jadi musuh.
Di sebalik ramai yang pernah terkena beri pinjam tapi kawan lambat bayar, ada tak bayar terus, ada yang sengaja tak nak bayar (korang yang mana satu eh!, hope tak masuk dalam apa-apa kategori nie) rupanya ramai antara kita tak sedar bahawa semakin lama orang berhutang dengan kita (kerana keenggananya membayar) maka setiap hari kita akan dapat pahala sehinggalah orang yang meminjam membayar hutang-hutang kita tu. Untungnya!
Baca perkongsian ilmu dari fb Majlis Ilmu ini dan semoga ada manfaat yang memberi kebaikan kepada kita semua.
PERKARA biasa jika ada kawan-kawan yang berhutang. Perkara biasa juga jika ada kawan-kawan yang tak bayar hutang. Ada ketika tuntut semula hutang seolah-olah seperti kita pula yang meminta sedekah. Mukanya selamba, muka kita pula yang malu-malu alah. Ada juga sehingga putus silaturrahim.
Ramai yang malas ambil pusing lalu halalkan sahaja. Sikap yang bagus tapi agak kurang beruntung. Saya nasihatkan jangan dihalalkan orang berhutang itu. Tapi berikan dia masa untuk membayarnya. Dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya katanya;
“Saya mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat pahala satu sedekah untuk setiap hari’.
“Kemudian aku mendengar baginda berkata, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang yang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat dua pahala sedekah untuk setiap hari’.
“Aku pun bertanya, Wahai Rasulullah, engkau kata, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat pahala satu sedekah untuk setiap hari’. Kemudian aku mendengar engkau berkata, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang yang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat dua pahala sedekah untuk setiap hari’.
.
Lalu baginda bersabda, ‘Dia akan dapat pahala satu sedekah untuk setiap hari sebelum tiba waktu pembayaran. Jika tiba masa pembayaran lalu dia masih memberi masa, dia akan mendapat pahala dua kali sedekah untuk setiap hari’.” [HR Ahmad 22942; Isnaduh Sahih]
Contoh, jika anda memberi tempoh 2 bulan untuk melunaskan hutang kepada si peminjam, maka selama 2 bulan itu anda akan mendapat satu pahala sedekah setiap hari, Insya’Allah.
Apabila telah sampai tempoh dua bulan tadi, anda beri lagi masa kepada peminjam, maka ketika itu anda akan mendapat 2 pahala sedekah setiap hari, Insya’Allah. Tapi apa nilainya satu pahala sedekah itu? Banyakkah? Saya bawakan beberapa hadis lain untuk menunjukkan betapa besarnya satu pahala sedekah itu. “Sedekah memadamkan dosa sepertimana air memadamkan api.” [HR al-Tirmidzi 2616; Sahih]
“Hindarkan dirimu dari Neraka walaupun hanya dengan separuh kurma, jika tidak ada maka dengan bertuturlah kata yang baik.” [Muttafaq ‘alaih]
“Setiap orang di bawah naungan sedekahnya sehingga diputuskan hukum di antara manusia.” [HR Ahmad dan Hakim dan disahihkan oleh Al-Albani] Dan ada banyak lagi hadis tentang kelebihan sedekah termasuklah mengubati penyakit jasmani. Begitu besar pahala sedekah sehingga boleh menghapuskan dosa, menghindarkan Neraka, menjadi naungan di Mahsyar, dan ada pelbagai hadis lain yang jika anda teliti menunjukkan amalan sedekah ini adalah amalan yang besar manfaatnya.
.
Dan anda pula memiliki pahala sedekah setiap hari, hanya kerana anda melanjutkan tempoh kepada peminjam untuk membayar hutang. Boleh jadi hutang itu hanya RM10 sahaja. Atau bahkan mungkin RM1?
Jadi, biarlah jika hutang anda berpuluh tahun tidak dibayar, anda tetap mendapat pahala sedekah setiap hari yang sebenarnya sangat besar di sisi Allah. Dan akhir sekali, jika si peminjam telah mampu untuk membayarnya walaupun setelah dia mati melalui warisnya, maka ketika itu, anda sedekahkanlah sahaja kerana ada hadis lain yang berbunyi;
“Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan atau menghalalkan hutang itu, Allah akan melindunginya di bawah bayanganNya.” [HR Muslim 7512]. Allahua’lam. Semoga bermanfaat. Barakallahufikum. Sumber : Majlis Ilmu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan ikonik K-Pop, BIGBANG akhirnya disatukan kembali selepas sekian lama, bersempena ulang tahun ke-20 mereka sejak debut. Apa yang lebih istimewa, kali ini mereka dikhabarkan bakal membuat persembahan besar-besaran di pentas utama festival muzik terkenal dunia, Coachella 2026.
Menerusi sebuah perkongsian oleh pihak penganjur Coachella Valley Music and Arts Festival baru-baru ini mengumumkan barisan artis yang bakal menghiasi festival tahun depan. Namun, kemunculan nama BIGBANG sebagai salah satu barisan artis nyata mencuri perhatian para peminat muzik di seluruh dunia, lebih lagi ia akan menjadi penampilan rasmi mereka setelah beberapa tahun mendiamkan diri.
Dalam pada itu, ahli kumpulan iaitu G-Dragon, Taeyang dan Daesung bakal bersatu semula di bawah nama BIGBANG dijadualkan membuat persembahan pada 12 dan 19 April 2026 sekaligus mengimbau semula perjalanan muzik mereka sepanjang dua dekad.
Menurut wakil agensi, YG Entertainment dalam satu kenytaan kepada OSEN berkata pihaknya telah meluluskan penggunaan nama BIGBANG.
“Kami meluluskan penggunaan nama kumpulan BIGBANG selepas menerima permintaan daripada pihak Coachella dan juga para anggota yang terlibat”
Sekadar info, kali terakhir BIGBANG tampil dengan projek rasmi adalah pada tahun 2022 menerusi lagu Still Life. Pada tahun lalu pula, Taeyang dan Daesung sempat tampil sebagai artis jemputan dalam lagu baharu G-Dragon berjudul Home Sweet Home.
Sementara itu, di media sosial reaksi para peminat apabila YG Entertainment memutuskan untuk membenarkan penggunaan nama rasmi kumpulan turut meraih komen positif selain ada yang sudah berteka-teki tentang konsep dan kejutan apa yang bakal dipersembahkan oleh BIGBANG di festival muzik terbesar dunia itu.
Terdahulu, selepas G-Dragon berpindah ke Galaxy Corporation, YG juga telah menyerahkan sepenuhnya hak tanda dagangan bagi nama pentas penyanyi rap itu iaitu “G-Dragon” dan “GD.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kadang-kadang dek terlalu banyak bahan disimpan dalam peti sejuk sehingga tak sedar ada yang sudah tamat tempoh.
Sumber Gambar : The Daily Meal
Salah satu makanan yang cepat expired ialah susu.
Tarikh luput dan lain-lain penanda tarikh pada produk makanan digunakan untuk menunjukkan hayat penyimpanan (shelf life) produk makanan tersebut. Hayat penyimpanan bertujuan membantu pengguna membuat pilihan yang selamat dan membantu membuat pilihan yang betul berkaitan dengan cara makanan itu dimakan – dimasak, dibuat jeruk,disimpan dalam peti sejuk, dimakan segar dan sebagainya.
Walaupun tidak boleh dimakan tapi ia masih berguna. Jadi jangan membazir okay!
Menurut Gardening Know How, susu kaya dengan kalsium, protein, vitamin dan gula yang dapat membantu menambah nutrisi serta membantu pertumbuhan tanaman yang lebih besar dan kuat.
Meskipun susu bukanlah sesuatu yang diperlukan oleh tanaman sepanjang waktu, ini adalah cara yang bagus untuk penggunaan semula yang biasanya akan terbuang sia-sia, ianya memberi manfaat kepada tanaman dan bumi.
Bukan hanya susu basi kita boleh gunakan, malah sebenarnya boleh juga menggunakan susu segar, susu evaporasi atau bahkan susu formula. Pertama sekali larutkan terlebih dahulu susu dengan nisbah air dan susu yang sama banyak. Kemudian, masukkan campuran ke dalam botol semburan dan semburkan ke daun tanaman atau tuangkan sedikit di sekitar pangkal tanaman seperti menyiramnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas ahli kumpulan terkenal Dolla, Syasya Rizal akui sedih sehingga mengalirkan air mata selepas menonton muzik video lagu terbaharu berjudul Here4U.
Menurut Syasya, lagu tersebut sepatutnya dinyanyikan oleh mereka berempat, namun akur apabila dia sudah mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada kumpulan tersebut.
“Sebenarnya saya sudah dengar lagu ini (Here4U) sebelum dilancarkan. Kami sepatutnya menyanyi bersama empat orang, tetapi saya sudah mengambil keputusan untuk keluar Dolla.
“Saya sangat gembira apabila lagu ini berjaya dilancarkan. Dapat tengok muzik video istimewa lagu ini, menangis juga lah saya dan sangat comel,” katanya.
Syasya berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemu bual oleh penyampai radio segmen 3 Pagi Era.
Walaupun dirinya tidak lagi bersama Dolla, Syasya memberitahu dia tidak akan berhenti memberikan sokongan buat ketiga ‘kakak’ kesayangannya itu.
“Apa pun berlaku, saya tetap menyokong Dolla. Kepada kakak-kakak saya (Tabby, Angel, Sabronzo) yang amat saya sayangi, terima kasih untuk semua yang pernah kita lalui sejak dari awal kita mula.
“Terima kasih beri layanan yang sangat baik dan anggap saya sebagai adik bongsu kalian. Saya akan sentiasa sokong kalian dan bawa nama Dolla ke peringkat antarabangsa. Buat Malaysia dan kelab peminat bangga,” tuturnya lagi.
Terdahulu, industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pengunduran Syasya menerusi hantaran dalam akaun rasmi mereka pada 8 Mac lalu.
Sekadar info, Dolla ditubuhkan pada April 2019 yang dianggotai oleh empat gadis muda yang berbakat dalam nyanyian dan tarian iaitu Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Syasya Rizal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!