
Setiap orang pasti memiliki individu yang paling rapat dengannya selain daripada ahli keluarga sendiri. Sahabat baik menjadi tempat untuk kita meluahkan rasa susah dan senang, tatkala berhadapan dengan pelbagai masalah hidup.
Seperti kita semua, golongan selebriti juga tidak terkecuali mempunyai teman baik yang sering meluangkan masa bersama jika tidak mempunyai sebarang aktiviti lakonan atau nyanyian.
Jika di Malaysia korang boleh lihat keakraban persahabatan yang ditunjukkan oleh Sharnaz Ahmad, Shukri Yahya dan Zizan Razak kerana sering melakukan IG Live bersama, di Korea pula selebriti-selebriti mereka juga turut mempunyai jalinan persahabatan yang kukuh.
Berikut merupakan antara selebriti Korea yang menjadi best friend dalam kehidupan sebenar.
1. Jung II Woo & Lee Min Ho

2. IU & Yoo In Na

3. G-Dragon & Taeyang

4. Lee Kwang Soo & Song Joong Ki

5. Lee Jong Suk & Kim Woo Bin

6. Gong Yoo & Lee Dong Wook

7. Taemin (SHINee) & Kai (EXO)

8. Jungkook BTS & Yugyeom GOT7

9. Nam Joo Hyuk & Ji Soo

10. Lee Sung Kyung & Kim Go Eun

11. Song Hye Kyo & Yoo Ah In

12. Park Seo Joon & Choi Woo Sik

13. Hyeri & Rose Blackpink

14. Lee Sung Kyung & Lee Jong Suk

15. Lee Min Ho & Lee Seung Gi

Walaupun sibuk dengan kerjaya masing-masing, tetapi mereka tetap mempunyai masa untuk keluar bersama dan menghubungi satu sama lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jadi Salah Seorang Penerima Master UPSI! Arja Lee Titip Rasa Syukur

Terbaharu, pelakon tinggi lampai, Arja Lee, menzahirkan kesyukuran apabila berjaya menjadi salah seorang penerima Ijazah Sarjana dalam jurusan Pendidikan Persembahan pada Majlis Konvokesyen Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
Menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya, pelakon naskhah Bahagia Bukan Bidaan itu mendedahkan perasaannya yang tidak dapat terungkap dan bercampur baur pada majlis tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua Graduan Berbeza Bangsa Kongsi Pentas Terima Anugerah Pelajaran DIRaja UM

Bagaimanapun, segala perasaan gementar dan gemuruh yang dirasainya sebelum itu terus ‘lenyap’ di saat mendengar jeritan penuh kasih sayang dari keluarga tercinta yang hadir bagi meraikan kejayaannya.
“Debarnya sungguh berbeza kali ini! Tak dapat saya gambarkan perasaan dan apa yang bermain di fikiran saya pada waktu ini… teramat berbeza!
“Tatkala nama saya disebut sehinggalah terdengar jeritan penuh kasih sayang dari keluarga tercinta di depan mata menjadi penawar dikala gugup setelah menerima ijazah di atas pentas. Ya, aku kini bergelar graduan Ijazah Sarjana,” coretnya ringkas.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut sama menumpang gembira selain mengucapkan kata tahniah buat Arja atas kejayaannya itu.
Dalam perkongsian lain, pelakon itu juga berkesempatan menitipkan penghargaan buat sahabat handai dan orang sekeliling yang tidak pernah lekang mendoakan sepanjang pengajiannya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Arja Lee
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hun Haqeem Didakwa ‘Kacang Lupakan Kulit’, David Teo Tuntut Saman Ganti Rugi RM600,000

Pelakon terkenal tanah air, Hun Haqeem baru-baru ini diminta membayar ganti rugi lebih RM600,000 susulan isu pelanggaran kontrak bersama syarikat Metrowealth International Group (MIG) pada 2021.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Sangat Sweet, Baik & Berbakat” -Daiyan Trisha Teruja Berganding Dengan Hun Haqeem

Kenyataan tersebut dimaklumkan Pengarah Urusan MIG, David Teo yang baru menerima keputusan daripada Mahkamah Rayuan pada 27 November lalu.
“Mahkamah membenarkan rayuan daripada pihak kami dan dia (Hun) diminta untuk membayar ganti rugi sebanyak RM 613,950 dengan syarat kami tampilkan bukti-bukti kos kerugian.
“Dia juga diminta untuk bayar kembali wang berjumlah RM 30, 240 iaitu bayaran tunggakan kepadanya yang pernah kami bayar sebelum ini,” katanya kepada sumber.

Sebelum ini, David memaklumkan bahawa Mahkamah Shah Alam pada awalnya memutuskan kes ini selesai tanpa menang atau kalah, namun, pihaknya membuat rayuan.
Hun yang setakat ini baru membayar separuh daripada jumlah pertama, menamatkan kontrak pada 2021 dan masih berbaki lebih kurang dua tahun.
Sementara itu, David bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menganggap pelakon Kampung People itu melupakan asal usulnya yang memulakan karier bersama MIG.

“Dia sudah tanda tangan kontrak, jadi dia tetap salah. Dia keluar pun ketika namanya sedang meningkat. Bagai kacang lupakan kulit.
“Ketika itu banyak tawaran kerja termasuk menjadi duta tetapi dia menolak.
“Disebabkan itu kami alami kerugian. Nilai tersebut akan kami kira semula untuk dihantar ke mahkamah,” jelasnya lagi.

Menurut KOSMO, David turut memaklumkan bahawa Hun sudah menjelaskan bayaran separuh daripada jumlah RM30,240.
Sebelum ini timbul khabar angin mengatakan Hun sudah angkat kaki dari MIG sejak Januari 2021 dan menguruskan diri tanpa bergantung pada mana-mana syarikat.
Namun sehingga kini, tiada pengesahan mengenai alasan jejaka berusia 26 tahun itu keluar dari MIG.
BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: KOSMO, Instagram Hun Haqeem
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Generasi: Perfect 10 – Apabila Dua Gimnas Bertembung, Magis Tercipta! Jom ‘Sneak Peak’

Astro terus menetapkan standard yang lebih tinggi untuk drama premium bersiri di bawah jenama Home Of Originals, Astro Originals dengan memperkenalkan satu lagi karya segar, Generasi: Perfect 10.
Drama ini menampilkan produksi dan barisan pelakon yang kebanyakannya terdiri daripada perempuan, sekaligus menunjukkan bahawa golongan wanita juga mampu mencuri perhatian penonton dari pelbagai latar di Malaysia.
APAKAH YANG CUBA DISAMPAIKAN MENERUSI GENERASI: PERFECT 10?
Sebagai drama bersifat coming of age, tentunya ramai yang menelah Generasi: Perfect 10 (GP10) bakal menjadi sebuah naskah yang comel, mempunyai konten ringan dan sama seperti drama-drama remaja lain yang pernah menghiasi kaca televisyen kita selama ini.
Well, you can’t be more wrong! Benar, GP10 berpaksikan kepada kehidupan sekelompok remaja sekolah menengah tetapi ia mendalami sisi realiti mereka yang mencari sumber untuk menggilap diri dalam bidang sukan yang amat kompetitif.
Elemen keinginan peribadi ditentang pemikiran kekeluargaan menjadi katalis awal yang menarik penonton untuk mendalami siapakah Ezrina ‘Ezie’ Riyad yang sebenar. Turut diceritakan adalah bagaimana love interest dan semangat persahabatan boleh menjadi sebahagian daripada rencah kehidupan seorang remaja.
Naskah nukilan Nas Addina ini menggarap konteks kehidupan Ezie yang merupakan seorang gimnas muda di sekolah menengahnya. Apabila kelab gimnastik di sekolahnya dibubarkan, Ezie nekad untuk memohon pertukaran sekolah sukan paling berprestij di negara iaitu Akademi Sukan Permai (Permai); walaupun keputusan itu tidak direstui oleh ibunya, Nazma.
Ezie ‘degil’ untuk mengikut kata hati dan impiannya itu lalu memohon biasiswa yang ditawarkan oleh Permai dengan bantuan rakan lamanya yang juga merupakan seorang atlet tinju di Permai, Jun. Ezie berjaya membuktikan kemampuannya kepada ketua jurulatih di situ, Jurulatih Sue dan akhirnya diserap masuk (meski gimnas-gimnas Permai masih skeptikal dengan kehadirannya, feisty!).



Ezie sedar realiti tidak seindah yang disangka. Walaupun peluang di Permai terbentang luas, suasananya penuh tekanan dan persaingan sengit. There can only be one champion, oleh itu Ezie dan nemesis Victoria yang juga merupakan seteru utamanya memasang niat untuk menakluk puncak podium.
Hari demi hari, semangat Ezie semakin teruji untuk menyesuaikan diri dalam kalangan pelajar lain yang berdaya saing. Pada masa yang sama, dia masih terpaksa merahsiakan segalanya daripada ibu dan tidak mempunyai outlet untuk mengadu.
GP10 menyoroti perjalanan Ezie dalam memastikan semua aspek dalam kehidupan seimbang – impian dalam bidang sukang, kesihatan mental dan fizikalnya serta hubungannya dengan orang tersayang.
SIAPAKAH YANG MEMBINTANGI GENERASI: PERFECT 10?
Sebilangan besar pelakon-pelakon yang menjayakan drama bersiri Astro Originals Generasi: Perfect 10 (GP10) terdiri daripada barisan pelakon pelapis bersesuaian dengan genre naskah ini yang mengintai ke dalam kehidupan remaja yang mengimpikan kejayaan.
Rata-rata daripada barisan pelakon muda berdiversiti ini tidak mempunyai pengalaman dalam bidang kesukanan apatah lagi beraksi sebagai seorang gimnas kecuali salah seorang teraju utamanya, Arabelle Ellen. Namun itu tidak sesekali menjadi halangan buat mereka memastikan aksi yang diperagakan cukup realistik buat tontonan korang semua.
Kongsi mereka, hampir sebulan tempoh yang diperuntukkan untuk mereka menjalani latihan intensif bersama jurulatih serta bekas atlet gimnastik kebangsaan. Itulah pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi memberikan yang terbaik menerusi watak masing-masing sebagai gimnas berkaliber daripada PERMAI.

Pencipta dan penulis GP10, Nas Addina berkongsi kepada REMAJA mengenai cara pemilihan setiap pelakon. Gelarnya, proses pemilihan pelakon ini adalah ibarat sesi speed dating berintikan emosi. Mereka tidak mencari pelakon yang flawless, sebaliknya mereka mencari seseorang yang mempunyai semangat yang membara dan memahami karakter yang mereka bawakan.
“Sebagai contoh teraju utama kami, Arena Wan yang blanked out sewaktu di tengah-tengah sesi uji bakat. Dia tidak panik tetapi hanya tertawa dengan keadaannya pada waktu itu di hadapan kami. Keunikan karakter yang ada pada Arena itulah yang menyakinkan kami untuk memberikan watak Ezie kepadanya,” ujar Addina.
Tambah penulis GP10 iaitu Ilya Karnain pula, “60 peratus daripada keputusan yang kami buat untuk memilih pelakon GP10 hanya diketahui setelah kami katakan cut semasa uji bakat.
“Kami tidak lepaskan pandangan terhadap bakat-bakat yang datang, sebaliknya kami melihat cara mereka menguasai rasa cemas, ketakutan dan cara mereka mendalami karakter masing-masing tanpa pengaruh skrip yang kami berikan.
“GP10 isn’t about unbreakable, it’s about how well you fake it when the world expects perfection,” katanya.
Menarik juga untuk pengetahuan korang, dua teraju utama GP10 merupakan bekas finalis pencarian Dewi Remaja! Biarpun mereka menyertainya dalam kelompok ‘batch’ berlainan, Arena Wan (pencarian Dewi Remaja 2018/19) dan Arabella Ellen (pencarian Dewi Remaja 2023) tetap berjaya mencari titik tengah untuk beraksi sebagai rakan sebaya dalam drama ini.
Berikut merupakan barisan pelakon muda dan senior yang telah disunting untuk GP10:
Arena Wan: Ezrina ‘Ezie’ Riyad
Arabella Ellen: Victoria Zahra Hadi
Ellyza Azizi: Amalina ‘Amal’ Johar
Aaliyah Natasha: Yasmin Safira
Aila Azizul: Imann Khalisa
Hazi Juzaili: Grace Natalie Annabelle Wong
Chadni Nagadurga: Catherine ‘Cat’ Michael
Dhabita Auji: Soraya ‘Sora’ Rahman
Sofia Jane: Coach Suhaila ‘Sue’ Ghazali
Sharifah Sakinah: Coach Farah
Sherie Merlis: Nazma
Qi Razali: Azfar
Daniel Fong: Wong ‘Jun’ Junhao
Aiman Ameer: Tengku Mukhriz
Haa, bukan sebarangan kan nama-nama di atas! Behind every rhinestone and ribbons lies a battlefield. Begitulah bagaimana karakter-karakter GP10 di atas menerokai dunia kompetitif di dalam dan di luar gelanggang. Walaupun dari luaran terlihat mereka cukup sempurna dengan rutin gimnastik masing-masing, ternyata ada kegusaran, kepedihan serta pengorbanan yang harus mereka sedia terima.
Dan… dengar cerita terdapat juga nama-nama besar yang bakal muncul. Kalau korang nak tahu apakah peranan bekas gimnas kebangsaan, Farah Ann Abdul Hadi dan abang Keluang Man kita, Nas Muammar Zar dalam GP10, kenalah tonton sampai ke penghujung!
ADA TAK IKLAN ACAH UNTUK GENERASI: PERFECT 10?
Pada sidang media yang berlangsung baru-baru ini, REMAJA telah diberikan kesempatan untuk menonton iklan acah (trailer) rasmi Generasi: Perfect 10 buat julung kalinya.
“Hidup ni sekali je kan. Hidup ini tak akan bermakna kalau kita tak akan fight untuk impian kita…” – tutur Ezie dalam trailer tersebut dan ia sudah memadai untuk memberi gambaran mengenai keperibadian Ezie yang tidak mudah berputus asa.
Tidak kurang juga, REMAJA gemarkan ‘side-eye’ Victoria saat Ezie menerjah masuk ke gelanggang gimnastik Permai. Girl… if looks could kill!
Nah! Jom tonton iklan acah GP10 di bawah ini:
NAK TENGOK GAMBARAN AWAL GENERASI: PERFECT 10!
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Intagram Astro Shaw, kemungkinan korang pernah melihat ‘countdown posts’ yang dimuat naik sebelum tayangan Generasi: Perfect 10 (GP10). Nampaknya, mereka masih ingin memberi kejutan kepada korang semua. But here at REMAJA, kami ingin belanja sedikit beberapa gambaran awal daripada episod pertama GP10.








BILAKAH GENERASI: PERFECT 10 AKAN DITAYANGKAN?
Good news! Generasi: Perfect 10 (GP10) telah mula ditayangkan sejak 19 September 2025 selama lapan episod di Astro One menerusi saluran Astro Ria & Astro Citra, Astro Go, On Demand dan sooka. Jangan lepaskan peluang untuk menonton GP10, pastinya ia akan menjadi naskah kegemaran terbaru korang.
Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmati hiburan tempatan dan antarabangsa tanpa henti dengan Astro One kini dengan bundle eksklusif Disney+ Hotstar dan HBO Max, dari RM69.99/sebulan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

