Pelakon terkenal tanah air, Hun Haqeem baru-baru ini diminta membayar ganti rugi lebih RM600,000 susulan isu pelanggaran kontrak bersama syarikat Metrowealth International Group (MIG) pada 2021.
Kenyataan tersebut dimaklumkan Pengarah Urusan MIG, David Teo yang baru menerima keputusan daripada Mahkamah Rayuan pada 27 November lalu.
“Mahkamah membenarkan rayuan daripada pihak kami dan dia (Hun) diminta untuk membayar ganti rugi sebanyak RM 613,950 dengan syarat kami tampilkan bukti-bukti kos kerugian.
“Dia juga diminta untuk bayar kembali wang berjumlah RM 30, 240 iaitu bayaran tunggakan kepadanya yang pernah kami bayar sebelum ini,” katanya kepada sumber.
Ads
Sebelum ini, David memaklumkan bahawa Mahkamah Shah Alam pada awalnya memutuskan kes ini selesai tanpa menang atau kalah, namun, pihaknya membuat rayuan.
Hun yang setakat ini baru membayar separuh daripada jumlah pertama, menamatkan kontrak pada 2021 dan masih berbaki lebih kurang dua tahun.
Sementara itu, David bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menganggap pelakon Kampung People itu melupakan asal usulnya yang memulakan karier bersama MIG.
“Dia sudah tanda tangan kontrak, jadi dia tetap salah. Dia keluar pun ketika namanya sedang meningkat. Bagai kacang lupakan kulit.
Ads
“Ketika itu banyak tawaran kerja termasuk menjadi duta tetapi dia menolak.
“Disebabkan itu kami alami kerugian. Nilai tersebut akan kami kira semula untuk dihantar ke mahkamah,” jelasnya lagi.
Menurut KOSMO, David turut memaklumkan bahawa Hun sudah menjelaskan bayaran separuh daripada jumlah RM30,240.
Sebelum ini timbul khabar angin mengatakan Hun sudah angkat kaki dari MIG sejak Januari 2021 dan menguruskan diri tanpa bergantung pada mana-mana syarikat.
Namun sehingga kini, tiada pengesahan mengenai alasan jejaka berusia 26 tahun itu keluar dari MIG.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa yang tidak kenal dengan Datin Anne Ngasri atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, pelakon dan juga aktivis politik ini merupakan seorang figura hebat dunia dalam dunia seni hiburan di Malaysia.
Imbas kembali, Anne sangat popular ketika kecil sebagai seorang pelakon iklan sebelum menjadi pelakon kanaka-kanak dan namanya mekar menerusi drama bersiri popular antaranya seperti seperti Cili Padi.
Menceburkan diri sejak kecil lagi, bakatnya terserlah dan boleh dikatakan ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.
Ibu bapa Anne, Ngasri Sain dan Habibah Jaaffar bukanlah asing dalam dunia penyiaran lantaran mereka antara figura hebat suatu ketika dahulu di RTM sebagai penyampai.
Baru-baru ini, belau yang juga isteri kepada Datuk Sumali Reduan telah memuat naik sebuah hantaran di Instagram mengenai sambutan hari jadi ibunya. Dalam hantaran tersebut dapat dilihat Anne tersenyum manja di samping ibu tersayang.
“Alhamdulilah dengan izin Allah SWT sekali lagi tahun ini saya dapat meraikan ulang tahun Mama saya. Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa kedua ibubapa saya, berikan beliau kesihatan yg baik juga dilindungi dan dirahmati Allah SWT.
“Love you Mama. Terima kasih atas segala budi dan jasa yang mama telah lakukan buat Anne,” tulisnya panjang.
Menarik perhatian, penampilan ibu Anne yang sangat anggun saling tak tumpah seperti anak perempuannya. Ya lah, dari ibu turun ke anak. Dalam usia emas, bekas personaliti radio itu masih lagi kelihatan menawan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan lagu “Pasar Ikhwan Di Putrajaya” sentiasa menjadi perbualan masyarakat dan ramai di antara kita ada yang terikut-ikut menyanyikan lagu berkenaan dan terbawa hingga berhari-hari.
Terbaru, Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad tampil menasihatkan orang ramai supaya tidak terikut-ikut dengan lirik lagi lagu GISB Holdings (GISBH) yang didakwa membawa fahaman sesat.
Menurutnya, tundakan menyanyi walaupun sekadar parodi, ianya bercanggah dengan agama Islam dan meminta supaya perbuatan itu segera dihentikan.
Kredit: Berita Harian
“Lirik lagu ini umpama zikir kerana ia sudah ada ketika pengasas pertubuhan Al-Arqam, Asaari Muhammad masih hidup dan kini parodi lagu berkenaan kembali tular di media sosial”
“Justeru itu, saya menasihatkan supaya hentikannya segera kerana boleh memesongkan akidah,” katanya.
Kebelakangan ini, media sosial dibanjiri dengan parodi ke arah lagu yang menyanjung Abuya (Asaari selaku pengasas Al-Arqam).
Kredit: The Star
Sebelumnya, pihak polis telah melancarkan tindakan besar-besaran ke atas rumah kebajikan yang dikendalikan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan.
Serbuan menyaksikan 402 kanak-kanak, berusia antara satu hingga 17 tahun diselamatkan daripada dakwaan eksploitasi dan penderitaan termasuk diliwat.
Harap selepas ini, ramai yang berhenti dari menyanyikan lagu itu ya…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aksi pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa kerap memegang perut ketika di sebuah acara sekali lagi meraih perhatian warganet sehingga mencetuskan andaian yang dia kini hamil cahaya mata kedua.
Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna akaun TikTok, Neelofa dilihat memegang perutnya ketika memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran putera sulungnya, Muhammad Bilal yang pertama, semalam.
Lebih menguatkan andaian lagi, pemilik video tersebut turut mencoretkan kapsyen mengatakan Bilal bakal bergelar abang.
Menjengah di ruangan komen, meskipun tiada pengesahan daripada bekas pengacara program MeleTop itu mengenai perkara berkenaan, namun rata-rata warganet menzahirkan ucapan tahniah buat Neelofa.
“Alhamdulillah tahniah Neelofa dan keluarga. Seronoknya dapat hamil lagi” komen seorang pengguna.
“Memang dia mengandung sebab wanita hamil akan automatik selalu pegang perut,” kata pengguna lain.
“Alhamdulillah kalau hamil. Tahniah Neelofa, Haris Ismail dan Bilal kerana bakal dapat ahli keluarga baharu,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada tanggal 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Hasil perkahwinan, pasangan merpati dua sejoli itu dikurniakan Bilal pada 29 Januari tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.