Bukan semua orang tahu cara untuk menguruskan kereta, lebih-lebih lagi kaum perempuan. Nak tak nak, at least korang kena alert sikit tentang penjagaan kereta ini. Maklumlah, nak pakai lama kan.
Sebenarnya tak susah pun nak jaga kereta. Kalau cukup servis, insyaAllah semuanya baik-baik belaka. Tapi apa yang korang perlu servis? Dan macam mana kita nak tahu waktu bila nak hantar kereta pi servis?
Nah, berikut merupakan 15 panduan yang dikongsi oleh Izz di laman twitternya tentang info-info berguna kepada korang yang mungkin tak tahu macam mana nak servis kereta.
1. Minyak hitam
Minyak hitam yang bukan sintetik tu perlu ditukar setiap 5,000 km atau dalam tempoh tiga bulan. Kalau korang guna yang sintetik, mungkin dalam 7,500 km atau 10,000 km.
2. Filter
Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa, 5,000 km. Minyak sintetik dalam 7,500 km hingga 10,000 km juga. Maksudnya, bila tukar minyak enjin , korang kena tukar juga filter minyak tu sekali (oil filter).
3. Spark plug
20,000 km mengikut schedule maintenance book. Tapi korang boleh pakai sampai 30k hingga 40,000 km, tak ada masalah. Benda ni tak kritikal sangat, tapi kalua dah lebih 40k tak tukar, dia punya electrode pun nak nipis, elok tukar saja. Harganya sekitar RM20-25 untuk empat biji.
4. Bateri kereta
18 bulan hingga 2 tahun, tepulang pada cara penggunaan. Kalau korang selalu top up air suling tu, ia boleh tahan sampai dua tahun. Bagi free maintenance battery tak perlu top up air, harganya lebih mahal.
Beli bateri daripada jenama yang boleh dipercayai sebab di Malaysia ni ada banyak barangan tiruan. Tapi ada juga jenama tak terkenal tapi elok. So, korang kena pandai pilih!
Ads
5. Timing belt
Timing belt ni ikut jenis kereta. 60,000 km untuk kereta Proton Wira, Saga. Proton Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Ramai orang tak tahu, sampai saja 60,000 km mereka terus tukar tak kiralah pakai kereta apa pun.
6. Clutch plate
Clutch plate ni perkara subjektif. Kalua ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom ‘clutch slipping’ berlaku sewaktu pemanduan. Ini perkara yang susah nak terangkan sebab ada yang kata bila 100,000 km baru tukar clutch.
7. Fuel filter
Tukar je bila dah sekitar 40,000 km sekali. Harganya pun murah dalam RM15-20.
Ads
8. Air filter
Ditukar setiap 20,000 km, tapi kalua korang tukar kepada K&N type, benda ni tak perlu tukar, cukup dibersihkan saja.
9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting untuk korang yang pakai kereta auto. Kalau tak tukar lebih daripada 30,000 km boleh menyebabkan kerosakan pada auto gearbox dan sekiranya berlaku, ia memerlukan perbelanjaan yang besar.
10. Gear oil
Untuk korang yang pakai manual gearbox, kereta tak perlu pakai ATF, tetapi kena guna gear oil. Minyak ini boleh ditukar setiap 60,000 km.
Ads
11. Brake fluid & power steering fluid
Kalua rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator coolant
Sebotol RM15-20, tukarlah dalam 60,000 km sekali. Kalua air radiator korang warna clear je, maknanya pakai air paip biasa je tu. Pakai coolant enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih.
13. Air-cond belt/alternator belt
Belt ini perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau bahagian ribs dah ada crack-crack halus, maka eloklah korang tukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak tukar belt-belt ni.
14. Water pump
Ditukar bila korang menukar timing belt untuk kali kedua. Katakan tukar timing belt setiap 80,000 km, jadi apabila menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Tukar water pump kena buka timing belt, so kalau buat sekali tak ada extra labor charge.
15. Brake pad
Tukar bila haus atau rasa brek kurang mengigit. Biasanya kereta tiga hingga empat tahun sekali. Minyak brek pun sama.
Begitulah sedikit sebanyak perkongsian yang dibuat dan kami harapkan semoga info ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecoh di media sosial semalam apabila pempengaruh dan usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri meninggalkan sebuah komen di Instagram penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi coretan komen tersebut, penyanyi lagu hit Abang Nak Tegur itu menitipkan pujian buat idolanya selain sempat bertanyakan soalan adakah penyanyi lagu popular Nirmala itu mengenali dirinya mahupun tidak.
“Cantiknya awak idola saya, awak kenal tak saya artis nombor 1 ini,” tulisnya di ruangan komen.
Di samping itu, coretan tersebut sekaligus menerima perhatian daripada Siti Nurhaliza yang lebih disapa Tokti dengan mengakui Aliff merupakan penyanyi nombor satu negara selain menjawab yang dirinya turut mengenali bapa kepada enam orang cahaya mata itu.
Bukan itu sahaja, penyanyi lagu popular Jerat Percintaan itu turut akui dia di belakang usahawan sensasi berkenaan.
“Mestilah saya kenal awak, penyanyi nombor 1. Saya di belakang awak ya,” balas penyanyi kelahiran negeri Pahang itu.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen tersebut dibanjiri pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya menzahirkan rasa terhibur selain menganggap Siti ‘terpaksa’ untuk menjawab komen yang diajukan itu.
Bukan setakat itu sahaja, usahawan kosmetik itu juga menyatakan hasrat untuk berduet dengan Siti Nurhaliza pada tahun hadapan tahun depan, menerusi sebuah hantaran di Instagramnya.
Katanya, ibu kepada dua cahaya mata itu adalah penyanyi yang setaraf dan bersesuaian dengan bakat yang dimiliki olehnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selain Instagram, channel YouTube juga menjadi platform anak muda untuk mendapatkan pendapatan. Disebabkan itu ramai yang berlumba-lumba untuk menghasilkan video terbaik demi meraih jumlah viewer yang tinggi.
Pernah tak korang terfikir berapa keuntungan yang mereka boleh dapat dengan hanya membuat video di YouTube? Ha, berikut kami senaraikan antara 10 YouTuber terkaya di dunia. Laporan ini diambil direkodkan pada 7 Disember lalu oleh Forbes.
1. Ryan ToysReview
Menjadi YouTuber paling muda dengan penghasilan sebanyak USD 22juta atau RM90,552,000. Korang tengok la viewers satu video budak ni pun dah berpuluh juta. Mana la dia tak dapat pendapatan yang masyuk macam ni kan.
Perghh, kecil-kecil lagi dah pegang duit berjuta-juta. Hebat sangat!
2. Jake Paul
Menampilkan content komedi, muzik dan isu-isu yang menarik perhatian netizen membuatkan lelaki ini memperoleh pendapatan sekitar USD 21.5 juta bersamaan dengan RM88,494,000 setahun.
3. Dude Perfect
Mempunyai seramai 38 juta subscribers di YouTube, dua beradik ini, Cory Cotton dan Coby Cotton menerima pendapatan sebanyak USD 20 juta iaitu RM82,320,000. Mereka menampilkan content-content seperti tips dan trik yang boleh menarik perhatian netizen.
4. DanTDM
Merupakan seorang YouTuber yang memberi fokus kepada gaming content. 20 juta subscribers yang diperolehinya membuatkan dia berada di tempat ke empat dengan pendapatan sebanyak USD 18.5 juta, RM 76,146,000 setahun.
5. Jefree Star
Seorang beauty blogger yang hanya mempunyai 11 juta subscribers, Jefree Star sering membuat make up review dan tutorial yang mencecah hingga berjuta viewers. Personaliti ini mampu meraih pendapatan sehingga USD 18 juta iaitu RM74,088,000 dalam setahun.
6. Markiplier
YouTuber gamer ini mampu menghasilkan sebanyak USD17.5 juta atau RM72,030,000 setahun denga jumlah subscribers seramai 22 juta orang.
Okay korang nampak tak macam mana social media boleh menjana pendapatan yang lumayan? Jadi apa lagi gaiss, cubalah fikirkan sesuatu dan try untuk hasilkan content menarik di socmed. Tapi, janganlah pula korang buat content-content yang merapu.
Carilah sesuatu content yang boleh mendorong remaja untuk lebih berjaya dan memberi faedah. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Markah undian peminat sekali lagi menjadi faktor penentu kepada siapakah peserta yang meninggalkan program nyanyian Big Stage pada minggu ini.
Jika pada minggu lalu, Lia Aziz menjadi peserta kedua tersingkir akibat kutipan peratusan undian peminat terendah. Pada minggu ini, nasib tidak menyebelahi penyanyi dan komposer muda, Tuah Adzmi atas faktor yang sama.
Biarpun Tuah atau nama sebenarnya Arumi Nafiz Mohd Adzmi mengutip markah yang lebih tinggi (62.6 markah) berbanding Megat Rahim pada tangga terakhir (54.4), namun peminat yang setia memberikan sokongan kepada Megat sehingga membantunya untuk mara ke minggu seterusnya.
Tuah Adzmi
Tuah, 24 telah menyampaikan lagu nyanyian asal Tajul dan Afieq Shazwan yang berjudul Malam Semakin Dingin. Biarpun telah mencuba sedaya upaya membawakan lagu tersebut, komen yang diterima daripada panel juri terutamanya juri pedas jemputan minggu ini, Datuk Syafinaz Selamat tidak begitu berpihak kepadanya.
Dalam pada itu, beberapa lagi perkara yang berlaku di Big Stage pada malam ini telah menarik perhatian penonton sehingga mencetuskan perbualan hangat di media sosial.
Antaranya termasuklah ketiadaan hos, Sherry Alhadad yang digantikan oleh Elly Mazlein dan ketiadaan salah seorang pesertanya, Sofia Marrieylla. Tiada alasan atau komen diberikan oleh kedua-dua pihak buat setakat ini namun ramai merasakan ia disebabkan faktor kesihatan.
Sambil itu, komen yang diberikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza peserta, Daniel Chuerpada malam ini agar tampil lebih maskulin sewaktu membuat persembahan juga telah mencetuskan persoalan dalam kalangan warganet.
Daniel Chuer
Ramai yang tidak begitu menyenangi apabila komen tersebut hadir daripada seorang juri sewaktu program bersiaran langsung. Begitupun, Daniel masih memperolehi markah yang tinggi daripada panel juri sehingga membolehkannya menduduki tiga tangga teratas minggu ini.
Bercakap mengenai Datuk Seri Siti, beliau juga pastinya tidak sabar menantikan konsert kelima Big Stage kelak apabila lapan peserta yang tinggal akan membawakan lagu-lagu hit nyanyian beliau. Antara lagu yang diumumkan oleh Ajai sewaktu konsert malam termasuklah Ku Milikmu, Purnama Merindu, Cindai dan Antara Permana.
Siapa yang tidak sabar menantikannya, kenalah pastikan korang menonton Big Stage pada hari Ahad hadapan hadapan.
Ihan Foto : Astro
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!