Markah undian peminat sekali lagi menjadi faktor penentu kepada siapakah peserta yang meninggalkan program nyanyian Big Stage pada minggu ini.
Jika pada minggu lalu, Lia Aziz menjadi peserta kedua tersingkir akibat kutipan peratusan undian peminat terendah. Pada minggu ini, nasib tidak menyebelahi penyanyi dan komposer muda, Tuah Adzmi atas faktor yang sama.
Biarpun Tuah atau nama sebenarnya Arumi Nafiz Mohd Adzmi mengutip markah yang lebih tinggi (62.6 markah) berbanding Megat Rahim pada tangga terakhir (54.4), namun peminat yang setia memberikan sokongan kepada Megat sehingga membantunya untuk mara ke minggu seterusnya.
Tuah Adzmi
Tuah, 24 telah menyampaikan lagu nyanyian asal Tajul dan Afieq Shazwan yang berjudul Malam Semakin Dingin. Biarpun telah mencuba sedaya upaya membawakan lagu tersebut, komen yang diterima daripada panel juri terutamanya juri pedas jemputan minggu ini, Datuk Syafinaz Selamat tidak begitu berpihak kepadanya.
Ads
Dalam pada itu, beberapa lagi perkara yang berlaku di Big Stage pada malam ini telah menarik perhatian penonton sehingga mencetuskan perbualan hangat di media sosial.
Antaranya termasuklah ketiadaan hos, Sherry Alhadad yang digantikan oleh Elly Mazlein dan ketiadaan salah seorang pesertanya, Sofia Marrieylla. Tiada alasan atau komen diberikan oleh kedua-dua pihak buat setakat ini namun ramai merasakan ia disebabkan faktor kesihatan.
Sambil itu, komen yang diberikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza peserta, Daniel Chuerpada malam ini agar tampil lebih maskulin sewaktu membuat persembahan juga telah mencetuskan persoalan dalam kalangan warganet.
Ads
Daniel Chuer
Ramai yang tidak begitu menyenangi apabila komen tersebut hadir daripada seorang juri sewaktu program bersiaran langsung. Begitupun, Daniel masih memperolehi markah yang tinggi daripada panel juri sehingga membolehkannya menduduki tiga tangga teratas minggu ini.
Bercakap mengenai Datuk Seri Siti, beliau juga pastinya tidak sabar menantikan konsert kelima Big Stage kelak apabila lapan peserta yang tinggal akan membawakan lagu-lagu hit nyanyian beliau. Antara lagu yang diumumkan oleh Ajai sewaktu konsert malam termasuklah Ku Milikmu, Purnama Merindu, Cindai dan Antara Permana.
Siapa yang tidak sabar menantikannya, kenalah pastikan korang menonton Big Stage pada hari Ahad hadapan hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (33) sekali lagi mencuri perhatian warga internet selepas dilaporkan menyumbang keseluruhan bayaran RM100,000 yang diterimanya sebagai duta minyak wangi kepada rakyat Muar.
Menerusi perkongsian terbaru Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah (31) di media sosial, penyanyi dan pelakon berkenaan memuat naik gambar bersama Syed Saddiq sambil mempromosikan wangian jenama tempatan, Dolcea.
Apa yang lebih menarik, Bella turut mendedahkan bahawa semua bayaran duta yang diterima oleh ahli politik muda itu juga disalurkan terus ke parlimennya Muar, Johor.
Kredit foto: Instagram Bella AstillahKredit foto: Instagram Bella Astillah
“From Parliament to Perfume, now we’re making scents together”
“Syed Saddiq menyumbangkan kesemua RM100,000 dari ambassadorship dengan Dolcea ke Muar,” tulisnya menerusi perkongsian tersebut.
Dalam pada itu, tindakan mulia yang dilakukan Syed Saddiq turut menerima pujian orang ramai dan rata-rata bersyukur dengan keikhlasan dan tanggungjawab beliau terhadap masyarakat di kawasannya.
Kredit foto: Instagram Bella AstillahKredit foto: Instagram Bella Astillah
Pada masa sama, bagi penggemar pasangan ini, ramai teruja melihat gandingan Syed Saddiq dan Bella Astillah yang sekali lagi bergabung selepas berjaya menghangatkan kempen baju raya sebelum ini.
Terdahulu, Syed Saddiq dilaporkan menyumbang RM1 juta hasil kolaborasi duta pakaian raya bersama Bella kepada penduduk Muar. Namun, sumbangan RM1 juta itu bukan diberikan dalam bentuk wang tunai, sebaliknya diagihkan dalam bentuk pakaian dan barangan keperluan harian untuk membantu golongan memerlukan.
Wah! Memang bertuah sungguh rakyat Muar dikurniakan wakil rakyat yang bukan saja muda, tapi juga prihatin dan mesra seperti Syed Saddiq!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang penganjuran konsert solo berskala mega tidak lama lagi, Ratu Rock Negara, Ella menegaskan dirinya tidak berasa tertekan walaupun konsert Majlis Tertinggi Rockqueen yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sering menjadi bahan perbandingan dengan artis lain.
Penyanyi berusia 60 tahun itu, sebaliknya memilih untuk kekal berfikiran positif dan menganggap segala bentuk perbandingan sebagai satu pembakar semangat buat dirinya untuk memberikan persembahan terbaik kepada para peminat.
“Tak ada tekanan, sebenarnya lebih memberi kita semangat untuk pergi lebih jauh.
“Jadi saya fikir benda itu kita ambil positif dan rasa macam lagi seronok dan semangat. Semua kawan-kawan pun bagi semangat,” katanya kepada Remaja ketika ditemui pada majlis makan tengah hari bersama Ella di Cili Kampung, Sunway Pyramid.
Mengulas mengenai persediaan mental berdepan kritikan serta perbandingan daripada netizen, pelantun lagu popular Retak itu enggan membuang tenaga dengan perkara yang tidak memberi manfaat.
“Tapi kita semua tahu yang netizen memang suka buat macam itu (bandingkan). Biar sajalah.
“Jadi, saya rasa mereka dapat nilaikan. Kalau nak kena komen dan sebagainya, dia tetap akan berterusan sampai bila-bila, yang baik kita ambil, yang tak baik kita tak perlu tengok pun.
“Setakat ini pun saya tak ada apa-apa respons. Kalau rasa benda itu tak beri semangat, bagi manfaat jadi kita biarkan saja,” jelasnya.
Untuk rekod, konsert Majlis Tertinggi Rockqueen dijadualkan berlangsung pada 14 Februari ini dan bakal menampilkan beberapa penyanyi sebagai tetamu jemputan, antaranya Amir Masdi, Sam Bunkface, Tam Spider serta kumpulan The Boys (Ella & The Boys).
Lebih mengujakan, Ella turut memberi bayangan bakal ada kejutan dengan kemunculan beberapa lagi penyanyi dalam konsert solo berskala mega tersebut.
Dianjurkan oleh Hitman Solutions dan Rockqueen, tiket konsert berkenaan dilaporkan telah terjual sehingga 90 peratus sejak mula dibuka kepada umum pada 8 Disember lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh dan usahawan jenama kecantikan popular, Athirah Kamaruzzaman atau Tyra baru-baru ini meraih perhatian selepas berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan puteri kedua beliau pada 4 Mei lalu.
Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Tyra menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi satu hantaran, Tyra kelihatan tersenyum bahagia bersama suami setelah selesai melahirkan bayi kedua perempuan mereka.
“Alhamdulillah, MasyaAllah, TabarakAllah. Pada pagi indah 4 Mei yang lalu, kami telah menyambut satu lagi doa yang dimakbulkan hadir dalam hidup kami. Cahaya mata kedua kami, Elaira Emran,” tulis Tyra di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Tyra dan Emran meluahkan rasa syukur atas kehadiran zuriat yang dikurniakan Allah SWT dalam hidup mereka.
Sementara itu, perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada rakan selebriti dan pengikut yang rata-ratanya menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran cahaya mata kedua mereka.
Untuk rekod, Tyra dan Emran telah mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2024 dan pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Haji Kamaruzzaman pada majlis nikah yang berlangsung di Boathouse, Kuala Lumpur, Tyra menerima mas kahwin sebanyak RM1,111. Pada 19 Januari tahun lalu, mereka dikurniakan anak sulung yang bernama Tyara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!