Malam kemuncak Miss Universe Malaysia 2022 akhirnya tiba jua pada malam ini selepas penantian selama beberapa bulan oleh peminat dunia ratu cantik.
Sepanjang minggu Pageant Week sejak hari Isnin lalu, 13 finalis akhirnya telahpun mengikuti variasi aktiviti bagi melakukan persediaan menghadapi pertandingan sebenar.
Daripada 13 orang jelitawan yang mempunyai latar belakang impresif ini, tentunya wujud beberapa nama ‘favourite’ dalam kalangan peminat serta pengikut tegar Miss Universe Malaysia untuk membawa pulang gelaran keramat itu setelah negara tidak menghantar wakil pada edisi terdahulu.
Siapa agaknya yang bakal dimahkotakan selepas wakil dari Sarawak, Francisca Luhong James melakukan tugas dengan cukup baik sebagai Miss Universe Malaysia 2020?
Antara nama yang disebut-sebut akan memberikan saingan sengit termasuklah gadis kelahiran Kuala Lumpur, Ajunee Kaur; Wong Siu Jane dari Selangor; Annatasha Shantu ‘Asha’ Jeremiah dari Sabah dan juga wakil Sarawak, Joann Tiong Hau Ping.
Tidak ketinggalan juga ialah Buganna S. Saravana Kumar dari Melaka dan juga Lesley Cheam dari Selangor. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dari segi pembawakan diri, kegigihan mempersiapkan diri sebelum pentas akhir dan paling utama, aura sebagai seorang ratu dari Malaysia yang bakal membawa nama negara ke peringkat antarabangsa.
Adakah ramalan pencinta ratu cantik ini menepati keputusan panel juri pada malam ini? Sama-sama kita nantikan.
Untuk pengetahuan, pertandingan akhir Miss Universe Malaysia 2022 akan diiadili oleh pereka fesyen Rizma Nordin daripada Rizman Ruzaini; Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon; Dr Karen Po; Penata Gaya Fesyen, Andrea Wong; Don Teo; Pengasas Makeup Miracle Academy, Kenny Yee dan Datin Selwin.
Jadi, peserta manakah di antara mereka yang menjadi pilihan korang sebagai juaran Miss Universe Malaysia 2022 pada malam ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tentu kita biasa mendengar “bebelan” dari mak ayah yang mengatakan tidak elok mandi malam kerana angin masuk dalam badan selain boleh mengakibatkan paru-paru berair.
Sekian lama mempercayai pandangan orang tua terdahulu, tetapi nampaknya pandangan itu tidak tepat dari sudut perubatan kerana ia hanyalah mitos dan tidak sama sekali akan mengakibatkan individu yang mandi malam akan terkena paru-paru berair. Sebaliknya menurut Doktor Rafidah Abdullah, seorang pakar perubatan menulis, seandainya mandi dan kemudian berehat, tidur akan jadi lebih nyenyak.
Jelasnya lagi, mandi malam bukan penyebab kepada paru-paru berair. Baca perkongsiannya mengenai mandi malam yang boleh mengakibatkan paru-paru berair seperti dikongsinya di fb miliknya.
Soalan biasa:
“Doktor mandi malam penyebab paru-paru berair ke?”
Tidak.
Tolong lah hapuskan mitos itu.
Saya pun suka mandi malam-malam: nyenyak tidur
“Habis itu apakah penyebab paru-paru berair?”
Rasa dah sampai masanya saya “break the bubble”. Saya tidak suka istilah paru-paru berair. Cuba kita majukan sedikit minda kita dan beritahu saya apa yang anda maksudnya paru-paru berair itu. Rakan saya ada jelaskan 3 makna (atau deskripsi) utama: radang, oedema atau effusion.Berbeza bergantung kepada lokasi dimana air itu berada: rongga/ruang yang mana.
Kalau jumpa Doktor, tanya yang mana satu. “Paru-paru berair” sahaja tak cukup untuk kami fahami. Dan jika orang saja sebut itu sebab tak bagi mandi malam; cuba anda tanya diagnosa 1, 2 atau 3 yang dimaksudkan itu? Ketiga-tiga mempunyai fisiologi berlainan. Saya rasa akan senyap orang itu. Senang sikit nak masuk bilik air, mandi malam-malam.
Jom, lengkapkan diri kita dengan lebih ilmu pengetahuan☺.
Rafidah Abdullah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita sering membaca kisah kejayaan individu yang berjaya menguruskan berat badan masing-masing. Nah, kami nak kongsikan sebuah kisah benar (hehe) kejayaan tentang penurunan berat serta panduan untuk korang yang cuba ingin berdiet.
Baca perkongsiannya, moga bermanfaaat buat semua terutama yang ingin kekalkan gaya hidup sihat. Jom kita ambil inspirasi daripada rahsia kurus gadis ini.
Turun hampir 12kg dalam masa 79 hari, wanita ini kongsi cara dan menu makanan yang diamalkannya sebagai diet harian. Menurut individu yang menggunakan nama Juzzlika Jewellery di Twitter ini, dia mengamalkan intermittent fasting 16 jam dan diet ‘suku suku separuh’.
Alhamdulillah sampai hari ni still buat IF dengan cara diet suku suku separuh
11.9KG LOSS 🥰
Dalam masa 79 hari.
Hari ni ke 79
Siapa nak gambar2 menu kita REPLY nak k nanti kita update lagi pic.twitter.com/OcLeDMGUUD
Menurut gadis ini, dia mengamalkan intermittent fasting dimana berpuasa selama 16 jam dari jam 8 malam hingga 12 tengah hari keesokan harinya dan waktu makan hanya 8 jam sahaja dari 12 tengah hari hingga 8 malam.
Tapi korang still boleh minum teh,kopi dan sewaktunya cuma tanpa gula ya!
Masih mengamalkan nasi, Juzzlika memberitahu dia hanya makan nasi segenggam sahaja dan lauk tanpa sebarang kuah. Gadis ini akui pada awalnya agak sukar untuk menahan diri daripada makan di waktu malam.
Pengambilan Air Yang Cukup, 1 Liter Air : 25 Kg
Seperti anda ketahui, perkara paling penting jika ingin menurunkan berat badan adalah pengambilan air yang cukup. Juzzlika turut berkongsikan jumlah air yang perlu diambil mengikut berat badan masing-masing.
Sempat Berkongsi Menu Diet Suku-Suku Separuh
Beza Dulu Dan Sekarang
Secara keseluruhannya, terkini gadis ini berjaya hingga menurunkan berat badan hampir 13Kg. Pergh, bestnya. Apa lagi gais, jom kita diet dan amalkan gaya hidup sihat.
Sumber : Twitter Juzzlika Jewellery
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persis remaja yang baru tamat pengajian tinggi, supermodel dan aktres Nasha Aziz memang tak dimamah usia, tersangatlah awet muda! Meniti usia 52 tahun, wajah figura ini tetap cantik seperti dahulu. Sekiranya kamu tertanya-tanya apa yang Nasha lakukan, inilah petua yang sering diamalkan!
Menurut netizen, Nasha Aziz sering mengamalkan tabiat mandi awal pagi sebelum subuh.
Sangat cantik secara semula jadi, antara petua kecantikan yang Nasha amalkan adalah, mandi di awal pagi atau mandi sebelum waktu Subuh. Rajin mandi pagi sebelum waktu Subuh, tabiat ini membuatkan Nasha tampil awet muda dan tak nampak tua.
Selain itu, terdapat netizen yang mendedahkan rahsia awet muda Nasha dimana didakwa dia sering mandi awal pagi.
“Yes betul tu umur dia 51 tahun. Dia ni rajin mandi awal pagi sebelum subuh. Awet muda,” tulisnya.
Rahsia Nasha Aziz Mandi Sebelum Subuh
Untuk pengetahuan kamu, mandi awal pagi lebih-lebih lagi sebelum waktu Subuh menggunakan air sejuk ini ada banyak manfaatnya. Antaranya adalah:
Kulit menjadi semakin lembut dan halus
Kuku menjadi lebih sihat, kuat dan tak mudah retak
Peredaran darah lebih lancar menjadikan badan semakin sihat dan bertenaga
Meningkatkan hormon testosteron (lelaki) dan estrogen (wanita)
Risiko mendapat darah tinggi dapat dielakkan
Mengurangkan stress dan lebih menenangkan
Meningkatkan sel darah putih
Bukan hanya dengan mandi awal pagi korang boleh awet muda, Nasha juga sangat menjaga pemakanannya, bijak mengawal emosi dan mementingkan kesihatan mental.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aslam Marissa Mahkamah Syariah jadi tumpuan apabila pasangan ini hadir ke mahkamah bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk. Status hubungan mereka masih belum diputuskan.