
Pelakon terkenal, Zul Ariffin baru-baru ini memohon maaf kepada orang ramai berikutan kontroversi sebuah video yang menunjukkan dirinya sedang merokok sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga media sosial.
Menurut Zul atau pemilik nama sebenar Zulkifli Ariffin (40), beliau tidak berniat untuk mempromosi apatah lagi mengajak khalayak ramai melakukan tabiat tidak sihat itu serta mengakui perbuatan tersebut sememangnya tidak wajar dicontohi.
Zul ketika ditemui pihak media selepas majlis tayangan perdana filem ‘The Furious: Pertaruhan Maruah’ di Kuala Lumpur berkata, beliau menerima setiap teguran yang disampaikan secara baik malah menganggap perkara tersebut sebagai satu pengajaran buat dirinya.

“Saya nak ambil kesempatan untuk mohon maaf kepada semua yang tegur saya secara baik mengenai tabiat buruk itu sepanjang saya menggunakan media sosial. Kepada pihak KKM juga saya mohon maaf atas kandungan tersebut dan saya berjanji perkara sama tidak akan berulang lagi,” katanya.
Pada masa yang sama, pelakon filem ‘Tarung: Unforgiven’ tersebut bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada individu yang menurutnya sengaja menunggang isu dan meninggalkan komen melampau di media sosial. Jelasnya, setiap komen negatif yang dilemparkan sebenarnya lebih menggambarkan peribadi individu tersebut dan bukannya dirinya.
“Apa yang berlaku ketika itu hanyalah satu tabiat buruk yang saya sendiri tidak pernah berniat untuk menggalakkan atau mempromosikannya kepada orang ramai. Ketika itu saya cuma duduk menikmati angin, minum kopi dan secara spontan minta dirakam kerana suasana sangat cantik,” ujarnya lagi.
BACA: Zul Ariffin Naik Berat Cecah 105kg Demi Watak Dalam Filem Malam Terlarang

View this post on Instagram
Terdahulu, Zul mencuri perhatian selepas memuat naik video memaparkan dirinya sedang merokok menerima pelbagai reaksi warga media sosial termasuk komen daripada akaun tular Public Health Malaysia (PHM) yang mengucapkan tahniah kepada pelakon itu kerana sudah mempromosikan tabiat berkenaan kepada umum.
Untuk perkembangan terkini, Zul Ariffin bakal tampil dalam filem ‘The Furious: Pertaruhan Maruah’ yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 28 Mei ini. Antara barisan pelakon yang turut membintangi filem tersebut termasuk Sky Iskandar, Ikmal Amry, Marisa Yasmin dan Zamarul Hisham.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!





















