Dah jadi lumrah seorang perempuan bila mana mereka akan menggunakan pelbagai inisiatif untuk mendapatkan kulit yang licin, daripada pencuci muka sampai la mengamalkan supplement untuk kulit wajah.
Namun begitu, moisturizer juga memainkan peranan penting untuk kulit wajah. Mencuci muka akan menurunkan nilai pH pada kulit dan disebabkan itu, korang perlu mencari moisturizer yang sesuai untuk mengembalikan protein keratin pada kulit wajah.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, korang kena pandai pilih produk moisturizer yang sesuai dan berikut merupakan beberapa produk yang boleh korang dapatkan.
Tak dinafikan nak cari produk yang sesuai untuk kulit kita ni bukannya mudah. Tapi bila dah ada yang suggest macam ni, sikit sebanyak dapat membantu korang untuk try and error. Mana tahu berkesan kan?
Sumber: Product Review
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak semua orang memiliki zaman kanak-kanak yang membahagiakan. Bagi sesetengah anak kecil yang dilahirkan di negara bergolak, tersepit di celah-celah perang merupakan perkara malang.
Inilah yang terjadi kepada model terkenal berusia 22 tahun ini. Adut Akech dilahirkan di Sudan Selatan pada 25 Disember 1999 namaun disebabkan perang saudara yang berlaku,dia kemudian menghabiskan masa kecilnya di kem pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Kakuma, Kenya sehingga umur tujuh tahun. Selepas itu keluarganya ditempatkan di Adelaide dan dia menjadi warganegara sah Australia.
Ketika diangkat sebagai ‘Model of The Year’ 2019. Sumber gambar: Instagram Adut Akech
Mula di dekati oleh agensi peragaan ketika berusia 13 dan 14 tahun namun begitu dia hanya memulakan langkah sebagai peragawati ketika berusia 16 tahun dan bernaung di bawah agensi terkenal di Australia, Chadwicks Models. Kerjayanya mula memecut laju saat dia direkrut oleh jenama Saint Laurent sebagai model eksklusif mereka untuk musim bunga/panas 2017.
Sejak itu wanita kelahiran Sudan Selatan ini tidak menoleh kebelakang lagi dan menakluk dunia peragaan dengan keunikan yang dimilikinya. Dia tersenarai antara 50 model terbaik di dunia oleh models.com dan dinobatkan sebagai ‘Model of The Year’ tahun 2019 oleh British Fashion Council.
WAJAH ESTEE LAUDER
Kempen bersama Estee Lauder. Sumber gambar: Instagram Adut Akech
Khabar terbaru, dia telah dilamar oleh jenama kecantikan terkenal, Estee Lauder sebagai duta global. Oleh itu dia akan tampil dalam iklan dalaman butik, kempen digital, media cetak dan televisyen bagi rangkaian penjagaan kulit serta solekan.
Menyifatkan pemilihannya sebagai satu impian yang menjadi kenyataan, Adut berkata dalam satu penyataan, “Estee Lauder memiliki sejarah yang hebat dan cerita Puan Estee Lauder terus menajdi inspirasi wanita seluruh dunia. Sepertinya, saya berharap dapat memeberikan inspirasi kepada wanita yang berada di setiap ceruk dunia supaya tidak mengalah dan terus ikut impian yang ingin dicapai.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gadis berusia 23 tahun ini menangis saat dia dimahkotakan sebagai Miss Universe Kemboja 2022 yang baharu. Manita Hang tidak menyangka percubaannya kali ini membawa tuah dan memberi peluang kepadanya sekali lagi mewakili negara tercinta.
Sebelum ini ketika dia berusia 16 tahun, Manita pernah dinobatkan sebagai Miss Tourism Kemboja 2015 dan setahun kemudian dia mewakili negaranya ke Miss Tourism Metropolitan International 2016. Ketika itu di berjaya mendapat tempat ketiga.
Manita merupakan anak kacukan Perancis di sebelah ayahya dan Kemboja di sebelah ibunya. Dia dilahirkan di Mayotte yang merupakan sebuah tanah jajahan Perancis yang terletak berhampiran negara Mozambique. Jadi tidak hairanlah dia mampu menguasai tiga bahasa iaitu bahasa Perancis, bahasa Khmer dan juga bahasa Inggeris.
Dianggap sebagai peserta kegemaran untuk menjuarai pertandingan sejak awal, gadis dengan ketinggian 175cm ini merupakan seorang model dan bekerja sepenuh masa dalam sektor kewangan.
Menepati frasa beauty with brains, Manita merupakan seorang graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dan Kewangan daripada CamEd Business School. Walaupun begitu ia bukan penghalang kerana baginya dunia peragaan dan ratu cantik memberi dimensi berbeza dalam kehidupan.
Dalam satu temu bual bersama media, dia berkata, “Bidang peragaan membolehkan anda menunjukkan diri dan fesyen anda, termasuk solekan dan segala-galanya, mankala dunia ratu cantik adalah lebih kepada memartabatkan negara anda dan membina diri sebagai wakil negara.”
Dalam pertandingan yang dilangsungkan secara gilang gemilang di Phnom Penh itu, Manita berjaya mengalahkan 19 peserta lain. Naib juara jatuh kepada Heng Sothnisay manakala tempat ketiga pula menjadi milik Heng Bonika. Ratana Sokhavatey dan Hun Geklang melengkapkan kedudukan di kelompok lima terbaik.
Kemboja mula menghantar wakil ke Pertandingan Miss Universe sejak 2017 dan sehingga kini belum pernah tembus sebagai semi-finalis.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila tengok tubuh orang kurus, langsing dan sado hasil workout di gym, mulalah kita berimpian yang sama. Berlatih berjam-jam di gym tak termasuk joging dan sebagainya.
Kawan-kawan pun mulai memuji, tubuh kita sudah kurus banyak. Makin semangatlah nak berlatih berjam-jam setiap hari tanpa sedar tubuh juga perlu berehat.
Pada yang obses terlampau nak bersukan, pendedahan doktor ini mungkin mengejutkan. Percaya tak, terlalu aktif bersukan mendedahkan kepada masalah air kencing bertukar kehitaman atau disebut hematuria.
Apa itu HEMATURIA? Bahaya apakah menanti bila air kencing bertukar kehitaman? Adakah ia satu penyakit serius yang mampu membawa maut jika tidak diubati? Atau ia satu petanda anda ada penyakit berbahaya?
Baca penjelasan dari Doktor Nurul Diyana Ab Mahat, yang cantik menawan ini.
Doktor cantik ini pernah bertugas di Hospital Selayang. Tetapi kini memilih sebagai “free lance” tanpa meninggalkan dunia perubatan. Masa yang sama, Doktor Diyana bersama keluarga memulakan bisnes kosmetik sendiri atas jenama DRX.
Hematuria berlaku bila terlalu aktif bersukan – Doktor Diyana
Kata Doktor Diyana, individu yang terlalu aktif bersukan lebih mudah terdedah kepada masalah hematuria. Semasa membuang air kecil, pada pandangan mata kasar ia berwarna hitam kemerahan tetapi sebenarnya ia adalah darah pekat.
Kehadiran darah di dalam air kencing dinamakan sebagai hematuria. Secara umumnya, hematuria ini terdapat dua jenis:-
“Jenis yang pertama ialah masalah di mana anda tidak dapat melihat kehadiran darah di dalam kandungan air kencing dengan mata kasar. Ianya dapat dikesan hanya apabila dilihat menggunakan mikroskop. Hematuria jenis ini dipanggil sebagai microscopic hematuria.
“Jenis yang kedua pula ialah anda dapat melihat dengan jelas air kencing berwarna merah. Keadaan yang kedua ini pula dinamakan gross hematuria. Ini bermakna pada pandangan mata kasar, anda boleh melihat air kencing bersama dengan darah,” kata Doktor Diyana yang memaklumkan, adakalanya, selepas seseorang bersenam, hasil “breakdown” darah merah dan muscle berada di dalam pundi kencing. Dan ini memberi kesan gelap dan sering disangka darah oleh kebanyakan pesakit.
Apakah penyebabnya?
Ada banyak sebab terjadinya hematuria. Sesetengahnya tidaklah begitu serius. Bagi sesetengah orang, darah di dalam air kencing boleh hilang dengan sendirinya dalam masa 72 jam.
“Kebanyakan senaman induces hematuria adalah kencing yang tidak mempunyai rasa sakit walaupun darah berada di dalam kencing
“Tetapi tidak kepada sesetengah individu yang lain di mana ianya memerlukan rawatan perubatan.
Punca berlaku masalah ini?:
Jangkitan pada saluran kencing :- Keadaan ini lebih banyak berlaku kepada golongan wanita. Walau bagaimanapun ia juga boleh berlaku kepada kaum lelaki. Jangkitan saluran kencing ini berlaku apabila mikroorganisma seperti bakteria memasuki saluran kencing anda dan mereka akan berkembang biak di sana di mana ianya akan menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran kencing dinamakan uretritis.
Kadang-kadang bakteria ini akan merebak ke organ-organ kencing lain seperti pundi kencing, ureter atau ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang.
Disebabkan aktiviti sukan :- Apabila kita bersenam, aktiviti penapisan kencing terganggu. Menyebabkan sel darah merah bercampur dengan air kencing kita.
Pengambilan ubat-ubatan seperti pencair darah, aspirin dan lain-lain lagi
Kanser dalam darah
Benarkah aktiviti sukan berlebihan mengakibatkan gejala ini?
Sukan memang baik tetapi ada hadnya. Badan bukan boleh dipergunakan sepenuhnya, perlu ada masa rehat dan sebagainya. kes hematuria ini biasanya pada atlet sukan, askar yang berkawat dan individu yang bersenam secara berlebih-lebihan. Contohnya atlet jarak jauh, orang yang sering angkat berat. ( diagnosis hematuria-induced exercise ini dilakukan setelah semua sebab di atas sudah diuji) ( diagnosis of exclusion ).
Apa kesan jika terjadi dan bagaimana tanganinya?
Pundi kencing akan mula mengalami masalah
Kesan pertama ialah, akan berlaku trauma pada pundi kencing. Lebam dan pendarahan pada tempat kencing lalu menghasilkan hematuria.
Keduanya ialah dehidrasi juga boleh menyebabkan hematuria pada kencing.
Cara atasi masalah ini?
1. Minum air secukupnya sebelum bersenam
2. Jangan bersenam terlalu lama. Warm up harus dilakukan dahulu dan jangan paksa tubuh ke tahap terlalu maksimum. Anda harus tahu cara senaman yang terbaik untuk tubuh badan sendiri.
3. Intensif senaman juga harus dititik beratkan
Ketahui bentuk senaman dan sukan yang betul dan tidak memberikan kesan pada tubuh sendiri. Apa perlu dibuat?
Cara bersenam terbaik adalah sebelum bersenam, lebih baik membuang air kecil terlebih dahulu (20-30 minit sebelum) dan bukan 2 atau 3 minit sebelum bersenam kerana dikhuatiri jika pundi kencing anda kosong sebelum bersenam, trauma akan lebih senang terjadi pada pundi kencing.
Nak tahu lelaki atau perempuan lebih mudah hadapinya?
Kedua-duanya tetapi lebih cenderung kepada lelaki. Justeru itu, perlu fahami hematuria ini dengan lebih teliti. Jika anda alami hematuria-exercise induced, masalah ini biasanya akan hilang selepas 72 jam.
Jika masih terdapat darah, dapatkan rawatan susulan kerana perlu tahu jika ada penyakit lebih serius berlaku pada tubuh.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dinda Anwar muncul sebagai pemenang utama All Stars Influencers Award (ASIA) 2026 selepas menewaskan 109 pempengaruh dari 20 negara sekaligus membawa pulang hadiah US$10,000 dan trofi.