Kehadiran Sandra Lim Shue Hui di pertandingan Miss Global 2022 sejak awal lagi menjadi perhatian ramai. Bukan sekadar cantik, bahkan keterampilan yang ditonjolkannya memikat hati para peminat dunia ratu cantik.
Berketinggian 175cm, gadis berasal dari Kuala Lumpur ini membawa nama Malaysia dengan baik dan dilihat bersiap sedia dari segala segi. Ini termasuklah dari gaya komunikasi, peragaan dan juga kecerdasan minda dalam menjawab soalan.
Ketika sidang media Miss Global 2022 dijalankan, dia telah menerima anugerah istimewa Media Choice Award yang dipilih para media tempatan Indonesia yang berada di lokasi.
Membuktikan kehebatannya pada malam finale, gadis berusia 21 tahun ini telah dinobatkan sebagai naib juara Miss Global 2022. Dari 74 peserta seluruh dunia yang menyertai dia berada pada kedudukan kedua secara keseluruhan.
Ads
Ketika berada di kedudukan top 13, dia telah menerima soalan tentang siapakah personaliti popular wanita yang disukainya.
Lantas dia menjawab, “Michelle Yeoh, dia juga merupakan seorang ahli sukan bela diri, Miss Malaysia dan dia menginspirasikan saya dari segala segi. Kerana juga dia percaya apa yang saya percaya. Saya percaya yang kita harus membawa tinggi kuasa wanita, versatiliti dan itu perkara yang saya percaya dan saya mahu semua wanita lihat perkara ini apabila mereka memandang saya sebagai Miss Global.”
Menjawab soalan tersebut dengan tenang, dia ternyata berjaya memenangi hati juri dan seterusnya berjaya melangkah masuk ke dalam kelompok lima peserta terbaik bersama wakil Filipina, Lithuania, Brazil dan Australia.
Top 5 Miss Global 2022
Ketika pusingan penentuan untuk memilih Miss Global yang baharu, setiap peserta diberikan petikan kata-kata hikmah tokoh wanita terkenal dunia. Sandra menerima huraian kata hikmah yang diutarakan Oprah Winfrey. Cabarannya, mereka perlu memberi huraian berdasarkan setiap potong ayat yang diberikan.
“Membesar sebagai seorang atlet saya harus menghadapi pelbagai stigma yang dilontarkan kepada wanita. Satu perkara yang saya belajar adalah keyakinan diri bukan datang dari kesempurnaan. Sebaliknya ia datang dari mengetahui yang tidak kira berapa banyak kali jatuh kita harus berdiri dengan lebih tinggi.
Ads
“Ini adalah perkara yang saya mahu semua wanita tahu yang mereka memiliki kuasa untuk bangun kembali dan melawan segala halangan, kerana semakin cepat kita belajar darinya maka semakin cepat kita berkembang. Suatu hari apabila anda berada dit empat yang lebih baik anda boleh menjadi seorang wanita yang kuat dan cantik,” ucapnya panjang lebar memberikan inspirasi.
Wakil Filipina,Shane Tormes telah dinobatkan sebagai Miss Global 2022 manakala wakil Australia, Brooke Rankin pula berada dikedudukan ketiga. Wakil Lithuania dan Brazil pula terpaksa berpuas hati berada di kedudukan keempat dan kelima.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bersedia untuk mempertingkatkan penampilan anda dengan menggayakan jenama pakaian wanita terkemuka, Love, Bonito, yang baru sahaja membuka kedai utama mereka buat pertama kali di Malaysia baru-baru ini.
Terletak di hab gaya hidup mewah, The Exchange TRX, kedai ini memenuhi ruang runcit premium yang berukuran 6,000 kaki persegi dan ia menjanjikan pengalaman membeli-belah yang selesa.
Untuk meraikan pembukaannya, Love, Bonito akan memberikan hadiah percuma kepada pelanggan yang membuat perbelanjaan minimum RM300 di cawangan baharu ini.
“Kami sering diberi sokongan oleh komuniti tempatan, dan kami ingin menguatkan lagi
usaha kami untuk memberikan pengalaman yang lebih holistik kepada pelanggan-
pelanggan kami di Malaysia,” kata Dione Song, Ketua Pegawai Eksekutif Love, Bonito.
Dilengkapi dengan ciri-ciri yang tiada tandingan, pelanggan kini boleh menikmati pengalaman yang lebih memuaskan dengan pengenalan sistem nombor giliran elektronik, bilik persalinan serta ruang istirahat.
Kedai utama ini tersedia dengan kemudahan yang dilengkapi inovasi terkini dengan ciri-ciri
canggih termasuk sistem nombor giliran elektronik, pertama seumpamanya yang diaktifkan
dalam industri fesyen tempatan.
Dengan kemudahan ini, pelanggan kami boleh meneruskan aktiviti membeli-belah di kedai sambil menunggu giliran ke bilik persalinan tanpa perlu beratur panjang.
Untuk pengalaman yang lebih memuaskan, bilik persalinan yang disediakan mampu
berubah menjadi ruang yang lebih besar untuk membolehkan pelanggan mencuba pakaian
bersama-sama ibu atau rakan-rakan sambil mengekalkan privasi.
Selain itu, ruang istirahat juga tersedia bagi teman yang menanti. Lurve sangat!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rona merah semakin menjadi pilihan dalam penggayaan tidak mengira usia. Jika sebelum ini ramai yang seperti tidak yakin untuk mengenakan warna tersebut, kini dunia fesyen semakin meluas. Rona merah sememangnya mudah di ‘match’ bagi individu yang bijak memilih warna.
Bagi industri fesyen sendiri, Kita dapat lihat warna merah terus menyemarakkan landskap fesyen antarabangsa dan tempatan sejak sekian lama. Kebanyakan pereka bereksperimentasi dengan segala rona merah bersama warna yang ada.
Menurut perkongsian Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka,
Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Faizal Hamid, warna terang atau gelap yang lain boleh dipadankan dengan pakaian rona merah untuk gaya berani dan feminin.
Selain itu, bagi memberi impak pada penampilan, variasi rona merah menjadi pilihan pada pakaian, aksesori dan alat solek selain warna berkenaan itu juga lebih hebat apabila digandingkan dengan hitam, jingga, merah muda terang mahupun perang.
Bangkitkan emosi
Rona merah adalah warna yang cukup terang dan kontras. Ia dapat membangkitkan pelbagai emosi jika dibandingkan dengan warna lain dan mungkin dapat meriah perhatian. Oleh itu, jika tidak cukup yakin dan selesa dengan warna ini, mungkin anda perlu elakkan trend ini.
Anda cuba dahulu sedikit demi sedikit warna ini dalam penampilan sehingga rasa cukup selesa untuk menggayakannya secara keseluruhan. Sentiasalah eksplorasi dan eksperimentasi untuk mendapatkan hasil yang paling sempurna bagi setiap individu.
Serikan wajah
Bagi gaya parti atau majlis tertentu, gayakan gaun parti dan skirt merah dalam fabrik tulle ala Dior untuk lebih anggun serta feminin. Rona merah yang sesuai juga boleh menyeri dan menyerlahkan lagi wajah dan tona kulit. Cuba gayakan reka corak dalam rona merah supaya kelihatan lebih ceria dan segar pada penampilan.
Gaya maskulin
Bagi yang gemarkan elemen gaya maskulin, dapatkan kemeja kotak-kotak rona merah dan padankan dengan jean biru serta but atau pumps untuk suntikan feminin. Anda juga boleh cuba padanan kot atau blazer merah dengan kemeja-T putih dan skinny jean serta kasut pumps sebagai pelengkap gaya. Kasut but rona merah cukup stylish dipadankan dengan jean biru dan baju panas high-neck dalam rona krim.
Aksesori ringkas
Untuk gaya jalanan yang hip, dapatkan hoodies saiz besar dalam rona merah. Gaya ini kontemporari dan hebat dengan konsep hyper haute. Tidak perlu aksesori yang berlebihan dengan gaya ini, cukuplah dengan aksesori ringkas dan paling minimum supaya rona merah menjadi fokus penampilan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Suka atau tidak, kita semua mementingkan paras rupa yang normal dan sama seperti orang lain. Namun, cuba bayangkan sekiranya ada sesuatu yang berbeza mengenai fizikal kamu, adakah kamu akan kekal yakin dengan diri sendiri apabila berhadapan dengan orang di sekeliling?
Ini adalah sesuatu yang dihadapi oleh Maci Currin dari Texas Amerika Syarikat apabila dia dilahirkan dengan fizikal kaki yang cukup panjang sehinggakan dia mampu mencatat rekod dunia baharu dengannya!
Remaja berusia 17 tahun itu disahkan kini memegang rekod kaki perempuan terpanjang setelah mengenepikan pemegang rekod terdahulu dari Rusia, Ekaterina Lisina.
Kaki Maci berukuran 134.3sm untuk sebelah kanan dan 135.3sm untuk sebelah kiri. Pergh, itu dah setingga ketinggian sehingga paras dada bagi kebanyakan daripada orang Asia.
Menurut Maci, pada mulanya dia tidak mengambil berat pun mengenai ketinggian di luar normanya kerana ada sahaja remaja perempuan di Amerika Syarikat yang tinggi-tinggi belaka.
Bagaimanapun, apabila dia terpaksa menempah khas seluar jenis leggings kerana tidak menjumpai ukuran leggings yang bersesuaian untuknya, barulah dia sedar bahawa dia mampu untuk mencatatkan rekod dunia dengan kakinya itu.
Bagi kebanyakan remaja, mereka tentunya tidak selesa dengan jika berdiri pada ketinggi 6 kaki 10 inci seperti Maci. Baginya Maci pula, dia mengajak remaja seusia dengannya untuk menerima fizikal yang unik pada diri masing-masing.
“Dengan rekod yang saya pegang ini, saya berharap agar saya mampu memberikan inspirasi kepada wanita-wanita tinggi di seluruh dunia. Don’t hide it, embrace it,” katanya.
Walaupun Maci memegang rekod kaki perempuan terpanjang dunia, rekod bagi perempuan tertinggi dunia masing dipegang oleh Sun Fang dari China dengan ketinggian 7 kaki 3 inci.
*
Walaupun apapun rupa fizikal yang kita miliki, seharusnya kita berbangga dengannya dan jangan sesekali membenarkan sesiapa untuk ‘membuli’ kita disebabkannya. Iyalah, sekarang kan tengah tular dengan kes body shaming di sana-sini.