Baru-baru ini, atlet olahraga, Danish Iftikhar Muhammad Roslee dan Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira berjaya mengekalkan status mereka sebagai raja dan ratu pecut Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 selepas masing-masing meraih pingat emas dalam acara 100 meter (m) lelaki dan wanita di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Ahad.
Difahamkan, atlet yang kini berusia 19 tahun itu, Danish Iftikhar, mencatat masa terbaik musimnya iaitu 10.27 saat (s) untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi beliau pada edisi SUKMA Sarawak 2024.
Bermula dari lorong keempat, pelari Johor itu menampilkan aksi konsisten untuk menamatkan perlumbaan di hadapan atlet Kedah, Muhammad Umaira Subri yang meraih perak dengan catatan 10.31s, manakala Muhammad Dzul Danish Jamari melengkapkan podium selepas merekodkan 10.37s.
Ads
Kejayaan tersebut menyaksikan beliau terus mengukuhkan penguasaannya dalam acara riben biru olahraga selepas muncul juara pada penampilan sulungnya di SUKMA dua tahun lalu, sekaligus membuktikan statusnya sebagai pelari terpantas temasya masih belum tergugat.
Dalam pada itu, Izzatul Musfirah akhirnya berjaya menukar pingat perak yang diraihnya di Sarawak kepada emas selepas tampil sebagai pelari terpantas dalam final 100m wanita pada edisi kali ini.
Ads
Atlet Terengganu berusia 18 tahun itu merekodkan catatan 11.73s untuk merangkul emas pertama dalam penampilan SUKMA, sekaligus merealisasikan misi memburu gelaran ratu pecut selepas kecewa dengan keputusan pada edisi 2024.
Pingat perak acara berkenaan menjadi milik wakil Selangor, Lim Mei Yin yang mencatat 11.96s, manakala atlet Sarawak, Alvinia Aivie Jackly meraih gangsa selepas menghabiskan perlumbaan dengan masa 12.07s.
Kejayaan kedua-dua pelari muda itu menyerlahkan dominasi mereka dalam acara pecut 100m, dengan Danish Iftikhar berjaya mempertahankan gelaran manakala Izzatul Musfirah pula mencipta detik manis menerusi emas sulungnya di pentas SUKMA.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebalik tirai besi, ia tidak menjadi halangan bagi dua banduan Sekolah Integriti Penjara Marang, meraih keputusan cemerlang.
Bagi Mohd Alif (bukan nama sebenar) berkata, status banduan menjadikan dirinya semangat untuk berjaya dalam SPM. Dia yang berjaya memperoleh 8A di dalam peperiksaan SPM bertekad ingin membuktikan kepada keluarga dan masyarakat bahawa dia mampu berjaya seperti pelajar lain.
Dia juga berhasrat untuk melanjutkan pengajian selepas dibebaskan dari penjara kerana ingin mengubah nasib keluarganya.
“Setiap cabaran sama ada kita boleh hadapi atau tidak dan alhamdulillah saya berjaya buktikan pada keluarga dan masyarakat bahawa banduan juga mampu meraih kejayaan” – Alif (bukan nama sebenar)
Dalam pada itu, rakannya Ahmad Abdullah (bukan nama sebenar) juga turut berbangga dengan keputusan SPM yang diperoleh Alif itu walaupun hanya mereka berdua saja menduduki SPM di sekolah berkenaan.
“Kejayaan yang dikecapi rakan saya membuatkan saya lebih bersemangat untuk menempuh cabaran hidup dan kami berdua berharap akan sama-sama ke menara gading selepas dibebaskan nanti” – Ahmad (bukan nama sebenar)
“Sebagai rakan Alif, saya bangga dengannya dan jauh sekali untuk cemburu keputusan yang diperolehnya, walaupun saya hanya memperoleh 4A sahaja” – Ahmad (bukan nama sebenar)
Katanya, mendapat 4A dalam SPM sudah memadai buatnya dan keputusan itu sudah mampu membanggakan keluarganya terutama ibunya.
Mereka juga selalunya akan mengulangkaji pelajaran bersama-sama dan sentiasa memberikan fokus ketika guru sedang mengajar memandangkan mereka berdua tidak mempunyai kemudahan seperti rakan-rakan lain untuk dijadikan rujukan.
Sementara itu, Pengarah Penjara Marang Mohamad Jusoh Ismail berkata, keputusan SPM yang diperoleh calon terbabit membuktikan tiada halangan untuk seseorang berjaya walaupun di mana mereka berada.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kolej Tunku Kurshiah (TKC) berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dengan pencapaian cemerlang dalam Pertandingan Sumo Robot Seluruh Jepun (All Japan Robot Sumo Tournament) 2024.
Pasukan TKC yang dikenali sebagai Team Ensis Kogeki TKC, terdiri daripada dua pelajar, berdepan dengan wakil dari kolej terkemuka di Jepun, Ooita Technical Kagetsu, dalam kategori robot seberat tiga kilogram.
Dalam perlawanan yang penuh debaran itu, pasukan TKC berjaya mencatat kemenangan 2-1, sekaligus melayakkan mereka ke pusingan seterusnya.
Kejayaan tersebut juga mencuri perhatian ramai apabila robot sumo milik TKC menunjukkan kepantasan luar biasa sehingga mampu menumpaskan lawan hanya dalam beberapa saat.
Momen kejayaan itu dirakam dan dimuat naik oleh Ikedo Kogeki Malaysia Robot Sumo Team di Facebook, di mana video tersebut mendapat perhatian luar biasa daripada netizen.
Namun, dalam pusingan seterusnya, pasukan TKC terpaksa akur dengan kekalahan apabila bertemu dengan wakil dari Perancis, Team Cecil Maxon.
Pencapaian membanggakan ini mendapat pujian daripada netizen, yang mengharapkan agar lebih banyak pendedahan dan perhatian diberikan terhadap industri robotik di negara ini, yang masih kurang mendapat perhatian.
Selain itu, ramai juga yang berharap agar tenaga pengajar lebih peka terhadap perkembangan bidang berkenaan dan menyediakan pendedahan lebih luas kepada pelajar, khususnya di institusi sekolah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB Ikedo Kogeki Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi menjadi sebutan apabila salah seorang atletnya, Ahmad Dani Amir Fariz dari Fakulti Undang-Undang, berjaya menamatkan cabaran IRONMAN 70.3 Langkawi 2025. Satu pencapaian yang membanggakan seluruh warga UKM!
Menurut laporan daripada Pusat Sukan UKM, kejayaan luar biasa ini turut melayakkan Ahmad Dani untuk menyertai Kejohanan Dunia IRONMAN 70.3 2026 yang akan berlangsung di Nice, Perancis.
Pencapaian itu sekali gus membuktikan semangat juang dan ketahanan fizikal serta mental yang tinggi dalam kalangan mahasiswa UKM.
Pengerusi Jawatankuasa Pusat Sukan UKM, yang turut diberi mandat membuat pelaporan khas bagi program Jejak Juara tahun ini, telah memaklumkan kejayaan tersebut kepada Ahli Parlimen UKM, sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan dedikasi Ahmad Dani.
Bukan itu sahaja, acara IRONMAN Malaysia dan IRONMAN 70.3 Langkawi 2025 kali ini berlangsung penuh semangat dengan penyertaan 1,888 atlet dari 68 negara, yang menguji ketahanan diri melalui tiga disiplin utama iaitu renang, berbasikal dan larian di sekitar pulau legenda, Langkawi.
Menariknya, antara nama lain yang turut mencuri tumpuan ialah Syed Saddiq, yang berjaya menamatkan cabaran penuh dalam tempoh kurang 13 jam, seperti dilaporkan oleh media tempatan.
Kejayaan Ahmad Dani bukan sahaja mengharumkan nama UKM, tetapi juga menjadi inspirasi buat anak muda lain untuk terus mencabar diri dan membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil bila semangat dan disiplin digabungkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!