Bila jerawat mula timbul di muka, risau bukan. Kalau boleh kita nak picit dan hilangkannya. Ada masa kita juga cemburu bila lihat kulit muka kawan lebih bersih dan nampak berseri tanpa ada cacat cela.

Kalau korang nak kulit cantik, bersih, tak nampak kusam dan  cantik tanpa jerawat senang je sebenarnya. Ini ada 10 tips bagaimana untuk mendapatkan kulit bersih yang diberikan oleh Puan Ony dari Kelab Sayang Kulit by Ony Nurhusni yang juga penerima anugerah Ikon Kosmetik Kedah 2018.

Baca perkongsian dan tips diberi olehnya. Saya yakin dan percaya ramai dalam kalangan kita masih berusaha untuk mendapatkan kulit yang sihat. Tak putih tak apa, asalkan bebas jerawat

 #1. Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Air adalah agen #Detox kulit terbaik!

#2. Kurangkan makanan manis seperti dessert, minuman soda, minuman instant 3in1 dan dairy-rich food. Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah antara punca pencetus hormonal acne. Jangan hairan kenapa dah tua pun masih naik jerawat.

IKLAN

#3. Apabila ingin membeli kosmetik, pilih yang tertera #noncomedogenic atau#nonacnegenic

#4. Kerap tukar sarung bantal. Cuba fikir berapa kerap kita tukar sarung bantal kita. Sebulan sekali? Seminggu sekali? Kulit wajah kita melekap pada sarung bantal pada waktu yang lama semasa tidur dan ia adalah antara tempat yang banyak bakteria membiak.

#5. Phone tu.. Phone.. Rajin-rajinkan diri juga untuk lap screen dan belakang phone dengan anti-bacterial wipes. Lebih-lebih lagi yang suka bawa phone masuk toilet kannnn… Dalam satu kajian mendapati telefon bimbit juga adalah antara tempat yang paling banyak bakteria membiak.

IKLAN

#6. Saya sangat suka minum air perahan lemon dan green tea kerana ia adalah minuman detox tinggi antioksida. Terbaik untuk lawan acne dan cuci dalaman.

#7. Rajin dan disiplin diri buat rutin asas skincare 1-2-3 : 1-cuci, 2-toner, 3-pelembap/sunblock

IKLAN

#8. Jika anda mempunyai kulit jenis kering, elak mandi air panas atau hot shower. Mandi air biasa atau sejuk.

#9. Pakai homemade mask ringkas untuk detox. Yogurt + madu + green tea. Buat seminggu sekali untuk tarik kotoran dari dalam kulit keluar ke permukaan. Ini antara kaedah untuk purify kulit wajah.

#10. Wap/stim muka sendiri. Saya ambil satu bekas besar untuk letak air panas di dalamnya. Titik minyak essential 2-3 titis. Lepas tu, kelubung kepala dengan tuala dan muka dihadapkan pada bekas itu. Jarakkan muka jangan terlalu dekat sangat. Agak-agak boleh bernafas dan tidak rasa terlampau panas. Kemudian, wapkan muka selama 15 minit. Kaedah ini sangat bagus untuk membuka liang pori dan mengeluarkan kotoran dengan lebih efektif. Namun, selepas itu jangan lupa sapu VCS untuk tutup semula liang pori ya.