Nama ‘Running Man’ mungkin sudah sangat sinonim dengan peminat program variety terkenal Korea Selatan . Menerusi program mingguan ini juga kalau kamu perasan, ianya menggelikan hati, membuatkan kita ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia dan kadang-kadang membuatkan kita melupakan segala sedih dan masalah.
Program yang menampilkan lapan orang selebriti iaitu Yoo Jae Suk, Haha, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo, Jeon So Min, dan juga Yang Se Chan ini turut mendapat sambutan baik seluruh dunia sejak ia mula ditayangkan pada 2010.
Tapi korang sedar tak program ini sebenarnya sudah berusia 10 tahun. Lama juga ye!
Namun ada berita yang kurang ‘manis’ apabila penerbit dan pengarah program realiti terkenal ini, Jung Chul Min mengumumkan pengunduran dirinya dan mendedahkan punca utama dia nekad untuk menarik diri daripada program berkenaan.
Menurut laporan portal Soompi, Jung Chul yang sudah mengendalikan program tersebut selama lebih 10 tahun menjelaskan kesihatannya tidak sebaik dahulu tambahan lagi mengalami kesukaran untuk mencari idea baharu untuk ditonjolkan dalam program popular itu.
Ads
“Saya sudah menjadi penerbit dan pengarah selama lebih 11 tahun dan tujuh tahun diabadikan untuk menghasilkan siri Running Man secara berterusan.
“Kesihatan saya semakin tidak baik ketika ini tambahan lagi lutut turut mengalami masalah.
“Malahan ia bukan satu kerja yang mudah untuk memerah idea baru bagi mencipta setiap cabaran untuk Running Man yang disiarkan saban minggu.
Posisi Jung Chul bakal digantikan oleh pembantunya iaitu Choi Bo Pil. Jung Chul bakal mengarahkan siri Running Man buat kali terakhir pada 18 Februari ini.
Ads
Respon Netizen
Bagaimanapun, kebanyakkan netizen memberikan respon sedih atas pengunduran pengarah dan penerbit program ini.
Ads
‘One of the best variety shows’
Ada juga yang berharap format program ini tidak ditukar!
So penulis harap penganti Jung Chul ni mampu la meneraju program variety popular Korea Selatan dengan baik dan membuatkan peminatnya terus gembira!
Mungkin ramai yang menganggap individu yang beragama Islam sukar menempa kejayaan di luar negara, terutamanya di negara yang didominasi oleh masyarakat bukan Islam.
Namun, sebenarnya tanggapan ini tidak benar kerana terdapat banyak pengiktirafan antarabangsa yang telah meraikan individu Muslim berpengaruh dengan mengambil kira imej positif yang ditonjolkan.
Baru-baru ini, seorang lagi wanita muslim diangkat martabatnya dan bakal melakar sejarah. Saima Mohsin seorang wanita muslim kelahiran Pakistan menjadi wanita muslim pertama yang menyandang jawatan sebagai peguam besar wilayah bagi negara Amerika Syarikat.
Walaupun Amerika Syarikat terkenal dengan ancaman Islamofobia yang bermaksud ‘takut, benci dan prejudis keatas agama Islam dan penganutnya’. Namun, ini tidak menjadi halangan buat wanita tersebut yang berusia 52 tahun itu.
Menurut laporan terbitan Geo News, Saima Mohsin bakal memulakan tugas beliau pada tarikh 2 Februari ini dengan menggantikan Matthew Schneider yang merupakan peguam semasa bagi daerah Detroit, Michigan.
Pengumuman tersebut telah dilakukan pada Khamis lalu bersama-sama dengan berita persaraan Matthew.
“Saya sangat komited untuk melengkapkan misi kami dalam penguatkuasaan undang-undang dan berlaku adil terhadap semua,” kata Saima sewaktu siaran akhbar.
Mengikut Perlembagaan Amerika Syarikat, peguam besar wilayah juga adalah ketua penguatkuasaan bagi undang-undang Persekutuan di kawasan mereka dan turut terbabit dalam proses litigasi yang membabitkan pemerintah negara itu.
Menurut sumber, Saima Mohsin telah memegang jawatan sebagai Pendakwa Raya Persekutuan selama lebih dari sedekad dan telah mula berkhidmat di Pejabat Peguam Amerika Syarikat sejak tahun 2002.
Tapi sebelum ini ada je wanita muslim yang berjaya dalam karier mereka di negara barat ini antaranya atlet lawan pedang AS Ibtihaj Muhammad, Halima Aden, model berhijab, G Willow Wilson yang merupakan seorang penulis komik, wartawan dan penulis yang pernah menghasilkan pelbagai novel grafik. Apapun kalau kita berusaha pasti Tuhan memudahkan kerja kita. InsyaAllah…
Mungkin ada di antara kita yang sudah membeli tiket penerbangan ke luar negara masih berharap sekiranya mereka tidak mengalami kerugian dan mendapat semula hak mereka sebagai pengguna.
Berita baik buat pelanggan AirAsia, syarikat penerbangan itu telah melanjutkan tempoh sah Akaun Kredit sehingga 730 hari atau dua tahun berbanding tempoh setahun yang diberikan sebelum ini.
AirAsia membuat kenyataan bahawa penumpang yang mempunyai tempahan penerbangan sedia ada dibuat pada atau sebelum 17 April 2020 dengan tarikh pelepasan antara 23 Mac 2020 dan 30 Jun 2020 kini diberi pilihan pertukaran penerbangan tanpa had.
Antara pilihan yang diberi adalah pertukaran tarikh penerbangan tanpa had meliputi menukar tarikh penerbangan sebelum 31 Oktober 2020 di laluan yang sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.
Selain itu, penumpang juga boleh mengekalkan nilai tambang tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa dua tahun.
Namun begitu, masih ada pengguna yang tidak berpuas hati mengharapkan agar mereka memperoleh duit refund dan bukannya akaun kredit seperti yang ditawarkan. Malah, ada juga pengguna yang mengatakan bahawa mereka masih belum menerima pindahan akaun kredit yang telah dibuat.
Mungkin kes korang masih lagi dalam rekod dek kerana terlalu ramai yang memohon penukaran kredit/refund sepanjang tempoh PKP ini. Diharap agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan harapnya korang pun bersabar sementara menunggu jawapan daripada pihak AirAsia.
Saban tahun, ada saja resepi baru yang diperkenalkan oleh Kentucky Fried Chicken (KFC) agar pelanggan tak mudah bosan.
Ternyata pandemic COVID-19 memberikan kesan yang bukan sedikit ke atas dunia perniagaan baik kepada syarikat yang sudah berjenama besar dan dikenali ramai.
Terkini, Kentucky Fried Chicken (KFC) yang cukup familiar dengan slogan finger lickin’ good atau sedap sehingga menjilat jari terpaksa menukar slogannya gaga-gara pandemik COVID-19.
Walau bagaimanapun, KFC mungkin terpaksa melupakan penggunaan slogan yang terpahat dalam minda orang ramai ini buat sementara waktu.
Hal ini demikian kerana slogan tersebut dilaporkan telah menimbulkan kebimbangan kepada segelintir pelanggan KFC terutamanya dengan penularan pandemik COVID-19.
Atas sebab itu, KFC telah membuat keputusan untuk menghentikan penggunaan slogan mereka buat sementara waktu untuk menjaga sensitiviti pelanggan.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripada pelanggan juga tidak mempunyai masalah dengan slogan yang telah digunakan KFC buat satu tempoh yang lama.
Dalam pada itu, Harland Sanders mengasaskan KFC pada tahun 1930-an. Walau bagaimanapun, KFC membuka francais pertama pada tahun 1950-an dan menggunakan slogan berkenaan sejak waktu itu.
Walau bagaimanapun, ia tidak lagi menggunakan slogan pada akhir tahun 1990-an. Slogan itu bagaimanapun dibawa semula pada tahun 2008.
Buat anda yang merindui slogan ini, KFC memaklumkan pihak mereka pasti akan menggunakan slogan ini apabila tiba masanya. Setakat ini, KFC mempunyai sekitar 22,500 cawangan di seluruh dunia.
Penulis berharap agar pandemik maut ini cepat la hilang dari bumi. So tak perlu nak tukar slogan KFC yang dah tersemat dekat jiwa kita ni. Tapi kalau KFC ni tukar slogan apa yang korang rasa sesuai?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!