2019 sudah lebih kurang dua bulan melabuhkan tirainya. Agaknya apa yang menarik sepanjang tahun baru ini? Remaja kupaskan antara 1 item terhangat yang pasti membuatkan masyarakat Malaysia teruja untuk menantikannya.
Fast & Furious 9
Merupakan naskhah kesembilan daripada francais “Fast & Furious” dan khabarnya ia adalah kesinambungan dari filem kelapan yang ditayangkan kira-kira dua tahun lalu. Fast & Furious 9 antara yang ditunggu-tunggu oleh pengikut tegar filem Hollywood dan kali ini korang bakal menyaksikan Dominic Toretto dan rakan-rakannya kembali beraksi.
Olimpik 2020
Juga dikenali sebagai Tokyo 2020, sukan antarabangsa ini dijadualkan akan bermula pada 24 Julai 2020 sehingga 9 Ogos 2020. Ia juga merupakan kali kedua Jepun menjadi tuan rumah bagi sukan Olimpiik. Disebabkan penganjuran acara terbesar ini, Haneda International Airport kini sedang direnovasi menjadi dua kali ganda lebih besar dan dijangka bakal siap pada Mac ini. Remaja mengucapkan selamat maju jaya buat kontinjen Malaysia yang bakal beraksi di Sukan Olimpik nanti.
BTS datang Malaysia?
Tahun lepas kecoh bila nama kumpulan popular Kpop, BTS disebut-sebut untuk mengadakan konsert di Malaysia. Berita ini diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman yang giat berusaha untuk membawa masuk BTS ke negara kita sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Usaha ini dilakukan bertujuan sebagai satu pelaburan yang mampu menguntungkan negara. Sama-sama kita nantikan sama ada impian ARMY ini menjadi kenyataan atau tidak.
Ads
Samsung Galaxy S11
Ura-ura mengenai Galaxy S11 sudah mula diperkatakan sejak beberapa bulan lalu selepas Samsung Galaxy Note 10 dilancarkan. Khabarnya, Galaxy S11 akan dilengkapi sistem kamera utama sebesar 108-Megapixel lengkap dengan kemampuan zoom optikal 5X menggunakan sistem periskop. Video konsep sistem periskop ini telah pun diperlihatkan oleh Samsung sebelum ini, tetapi kemampuan sebenarnya di dunia sebenar masih lagi belum diuji.
Ip Man 4: The Finale
Filem blockbuster kantonis ini menyaksikan Donnie Yen kembali menghidupkan wataknya sebagai Ip Man. Kali ini Mahaguru Wing Chun ini mengembara ke San Francisco, USA, di mana pelajarnya telah membuka sekolah Wing Chun tetapi ini membuatkan komuniti seni mempertahankan diri di sana tidak menyukainya.
Ads
Tahun Melawat Sepang 2020
Majlis Perbandaran Sepang menyasarkan lima juta pelancong dengan hasil pendapatan sebanyak RM5 billion untuk berkunjung ke daerah Sepang sempena Tahun Melawat Sepang 2020. Jumlah tersebut disasarkan melibatkam 80 peratus pelancong tempatan dan 20 peratus pelancong antarabangsa. dengan tema “Sepang Gerbang Negara”, Tahun Melawat Sepang 2020 dilihat menepati matlamat hala tuju Kerajaan Selangor yang mahukan sektor pelancongan menjadi penyumbang kepada pendapatan negeri.
House of The Dragon
Beberapa bulan lepas, HBO telah mengumumkan bahawa produksi mereka akan memulakan penggambaran spin-off dari Game of Thrones, House of the Dragon. Siri ini berdasarkan buku George R.R. Martin, Fire and Blood (2019) yang mengupas sejarah House Targaryen (ancestors Daenerys), 300 tahun sebelum Game of Thrones. House of The Dragon dijangka akan ditayangkan di HBO Max pada Mei 2020.
IPhone SE generasi kedua ini khabarnya menggunakan rekaan seperti iPhone 8 yang berukuran saiz 4.7 inci. Spesifikasinya pula dilengkapi dengan cip pemprosesan yang sama seperti iPhone 11 Pro iaitu Apple A13 Bionic dan masih mengekalkan fungsi Touch ID. Menurut Mac Rumors, iPhone SE2 ini akan dijual pada harga USD399 (RM1670.01) untuk storan 64GB dan bakal dilancarkan pada awal Mac nanti.
Neon Make-up
Gaya solekan rona Neon dijangka mendominasi pilihan remaja pada tahun ini. Jangan terkejut jika kamu melihat ada yang menggayakan gincu bibir berwarna ungu dan memakai maskara rona hijau. Calitan solekan rona terang menonjolkan sisi sebenar sikap berani si pemakai. Kalau nak cantik perlulah ada sifat yakin diri. Gincu, eye liner dan pembayang mata rona neon antara koleksi barangan mekap yang perlu kamu miliki!
Mulan
FIlem `live action` ini adalah adapatasi dari cerita lagenda mengenai pahlawan wanita Hua Mulan. Dia telah menyamar sebagai lelaki supaya dia dapat mengambil alih tempat bapanya dalam tentera. Dilakonkan oleh Crystal Liu Yifei, Donnie Yen, Jason Scott Lee, Yoson An, filem arahan Niki Caro ini dijangka akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada 26 Mac 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan keterujaannya apabila berpeluang untuk mempelajari seni mempertahankan diri dan aksi pertarungan yang sudah lama diimpikannya.
Aksi itu dilakukan ketika menjalani penggambaran muzik video terbaharunya berjudul Magisyang bakal dilancarkan pada 7 Oktober nanti.
Berkongsi video di sebalik tabir pembikinan muzik video itu di platform Instagram pada, pelantun lagi popular Kau Kekasihku itu merakamkan menzahirkan penghargaan atas segala bantuan dan kerjasama pihak lain yang membantunya mempelajar aksi melawan ala pahlawan srikandi tersebut.
“Terima kasih guru seni pertahan diri, pelakon utama lelaki bersama saya berlawan, pelakon kanak kanak yang hebat dan semua yang terlibat menjadikan muzik video ini lebih menarik.
“Memang impian saya untuk melakonkan aksi srikandi, semoga iadapat diterima baik,” katanya.
Dalam perkongsian tersebut turut dilihat, Siti memakai busana ala pahlawan wanita dilihat melakukan gerakan mempertahankan diri sambil memegang busur panah.
Sekadar info, Magis bakal dijadikan runut bunyi (OST) drama terbaharu berjudul Hikayat yang bakal ditayangkan tidak lama lagi di saluran Astro Ceria.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Siti Nurhaliza
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jangkitan kuman pada bahagian paru-paru yang dialami oleh penyanyi Ku Rela Dibenci, Aiman Tino sehingga memerlukan dirinya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan baru-baru ini merupakan detik mencemaskan yang telah membawa iktibar kepadanya.
Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri berkongsi punca masalah kesihatan itu adalah daripada penggunaan rokok elektronik ataupun vape.
Aiman juga katanya mempunyai tabiat berkongsi alatan tersebut dengan rakan-rakan lain; satu tabiat biasa yang sering dilakukan dalam kalangan remaja yang merokok vape. Tabiat ini secara tidak tidak langsung memudahkan penyebaran virus lebih mudah melalui mulut.
Katanya ketika dihubungi, dia memberitahu keadaanya semakin baik selepas menerima rawatan di hospital sejak Ahad lalu dan telahpun dibenarkan keluar pada hari Isnin. Kini, Aiman sedang berehat di kediaman ibunya sambil memantau tahap kesihatannya sebelum kembali bergiat aktif.
Tambah Aiman, 24; dia mula mendapati tahap kesihatan tekaknya merosot sejak tiga minggu lalu apabila dia bedepan gejala batuk teruk sehingga mengganggu vokal nyanyiannya.
“Disebabkan batuk tak henti itu juga menjadi punca kepada jangkitan kuman pada paru-paru. Disebabkan masalah ini, saya sukar untuk bernafas dan terpaksa turunkan ‘key’ ketika membuat persembahan baru-baru ini.
“Sebelum ini, saya hanya dengar kisah orang saja tentang akibat penggunaan vape. Sekarang ini terjadi kepada diri sendiri. Mujur paru-paru saya tidak ditebuk kerana doktor kata masih belum kronik.”
“Selepas ini, saya dikehendaki menjalani pemeriksaan susulan. Harap-harap tiadalah sebarang masalah serius kerana hal kerja tidak boleh nak tinggal terus. Saya masih lagi perlu memenuhi undangan menyanyi kerana sudah berjanji dengan pihak penganjur,” katanya.
Moga-moga sesiapa yang mempunyai tabiat menghisap vape selepas ini terus beringat soal kesihatan diri sendiri sebelum melakukannya. Bukan kisah Aiman Tino sahaja yang harus dijadikan iktibar untuk kita, ramai lagi remaja juga telah berdepan implikasi akibat tabiat ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyanyi popular, Shila Amzah yang mendakwa telah diserang oleh seorang selebriti bertaraf legenda ketika sesi latihan sebuah konsert di Stadium Merdeka, semalam.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden tersebut sekitar jam 5.31 petang.
“Ya kita (polis) ada terima laporan mengenai perkara tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita.
Terdahulu, Shila mendedahkan dirinya telah diserang secara terbuka di hadapan semua pekerja hingga menjejaskan emosi dan tahap keselamatannya.
Pendedahan tersebut nyata mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen, lebih-lebih lagi apabila beberapa nama artis yang terlibat dalam acara sama mula menjadi bualan hangat di media sosial.
Untuk info, Shila dijadualkan membuat persembahan sempena ulang tahun ke-20 syarikat runcit terkenal, Mr D.I.Y yang berlangsung di Stadium Merdeka, malam ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo! Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!