“Malaysia ni banyak sangat makanan sedap la. Susah nak diet”. Itu adalah antara kata-kata yang selalu kita dengar. Tapi sejauh mana kebenarannya atau ia hanya alasan kerana malas nak berdiet?
Namun begitu, tak dinafikan makanan di Malaysia ni memang sedap belaka. Cuma, kandungan setiap makanan yang dimakan tu mengandungi kalori, nutrisi dan lemak yang tinggi.
Tak caya? Ini antara senarai 10 makanan Malaysia yang paling menggemukkan menurut Kevin Zahri, personality fitness Malaysia.
1. Nasi lemak
Hidangan nasi lemak (karbohidrat, protein, lemak) mengandungi lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori dan kalau korang makan nasi lemak tambah ayam goreng (240 kalori) atau sambal sotong (170 kalori).Sedap kan?
Tapi, mampu tak nak bakar semula lemak tu lepas makan?
2. Roti canai
Sarapan favorite rakyat Malaysia
Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kenyang ke makan sekeping je? Kalau makan dua keping dah 600 kalori. Kalau nak bakar 600 kalori tu balik kena berlari 90 minit atas treadmill. Tu baru hidangan breakfast, belum masuk lunch, snek dan dinner lagi.
3. Nasi goreng
Ads
Biasanya sepinggan nasi goreng mengandungi kira-kira 630 kalori kerana ia adalah hidangan bergoreng, ditambah pula dengan ayam, telur dan sedikit sayur menjadikan nasi goreng kurang seimbang.Kalau nak makan juga, cuba jangan lebih daripada segenggam nasi.
4. Ais krim
Mengandungi tinggi lemak dan gula, serta kalori. Dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. So, sebelum makan fikir la dulu ye.
5. Burger
Meleleh air liur ni kalau tengok time tengah diet
Makanan ringan ini memang tinggi kalori kerana daging kisar mengandungi tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Kalau dah makan burger, takkan kosong je kan. Mesti ada keju, sos cili, mayones, kalau nak yang special ada pula telur.Jadi, sebiji burger boleh mengandungi lebih daripada 1000 kalori. Wow!
Ads
6. Mi kari
Hidangan mi kadang-kadang memang menyelerakan juga. Tapi, kandungan kalori dalam mi kari adalah 500. Kalau rasa teringin juga nak makan, apa kata gantikan dengan mi sup, sebabnya makanan ini hanya 380 kalori. Lebih rendah sikit berbanding mi kari.
7. Makanan bergoreng
Sekeping pisang goreng mengandungi 170 kalori. Makanan seperti ini tidak sesuai sebab digoreng menggunakan minyak (1g fat: 9 kalori) dan lebih-lebih kali kalau menggunakan minyak yang sama. Jadi, kurangkan makanan bergoreng dang anti dengan alternatif lain seperti rebus atau panggang.
Ads
8. Susu pekat manis
Satu sudu pekat manis biasanya mengandungi kira-kira 60 kalori dan sememangnya ia kurang elok kerana kandungan lemak yang tinggi walaupun merupakan sumber kalsium. Gantikan dengan minuman susu rendah lemak.
9. Roti manis dan donut
Kecur air liur kalau tengok
Ada yang tidak mengambil nasi dan menggantikannya dengan roti kerana menganggap ia tidak memberi kesan kepada kegemukan. Sebaliknya, roti manis atau donut memang tinggi kandungan lemak dan karbohidrat. Sebiji donut biasanya mengandungi 200 kalori.
Kalau nak lebih sihat, boleh gantikan dengan roti wholemeal.
10. Mayones
Suku cawan mayones mengandungi 360 kalori iaitu bersamaan dengan 40g. Untuk penggemar tegar mayones, rasanya boleh la ubah cara makan tu ya.
Sebenarnya, tak salah kalau korang nak makan. Tapi, perlu jaga portion makanan yang diambil. Lepas makan tu, pandai-pandai la bakar semula ok?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Acap kali dilihat memainkan watak wanita teraniaya, aktres jelita, Datin Elvina Mohamad kali ini menzahirkan rasa puas apabila diberi peluang membawa watak perempuan ‘gedik’ dan antagonis dalam naskhah terbaharunya berjudul Ternyata Sebuah Bahagia.
Berkata kepada Remaja, pelakon berusia 29 tahun itu memaklumkan sekurang-kurangnya dengab membawa karakter itu dapat menjadikan ia seorang aktor versatil.
“Penonton akan bosan bila kita asyik bawa watak yang sama. Bila saya fikir balik, kenapa kita cuba perkara yang baharu dengan membawa watak yang lain daripada sebelum ini.
“Sekurang-kurangnya kita boleh menjadi pelakon yang versatil, bukan hanya boleh bawa satu karakter sahaja iaitu wanita teraniaya,” katanya.
Selain itu, Elvina turut menekankan bahawa membawa watak-watak berkenaan adalah pengalaman baru yang menarik, berbeza dengan karakter wanita teraniaya yang sering dilakonkan.
“Bila saya dapat watak antagonis ini, saya sangat gembira dan saya sukakannya. Ia kerana, apabila kita bawa watak wanita teraniaya mahupun heroin dalam sesebuah naskhah.
“Kita sentiasa kena jaga perwatakan iaitu perlu menjadi lembut dan baik. Tetapi kali ini, kita boleh buat dialog sendiri ketika pengambaran,” ujarnya lagi.
Pelakon drama popular Cinta Si Wedding Planner itu juga bersyukur apabila pihak produksi menyukai lakonannya, ia sekali gus menandakan langkahnya untuk mencuba watak yang berbeza berhasil.
“Saya akui ada yang mudah, ada yang tak mudah apabila bawa watak perempuan gedik ini. Tapi ia satu perkara yang baharu buat saya. Saya risau juga jika watak ini tidak menjadi atau sebaliknua, tetapi pihak produksi suka apa yang saya lakonkan Alhamdulillah.
“Ya, sudah pastinya saya sangat puas kerana inilah watak yang saya tunggu selama ini. Hari-hari pergi ke set pengambaran pun tak stress. Jadi inilah karakter yang saya tunggu sebelum ini,” tuturnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Let’s face it, bukan mudah bagi mana-mana penyanyi untuk mengejar kutipan jualan album pada zaman ini.
Jika di peringkat antarabangsa sekalipun, penyanyi dan band terkenal lebih kerap mempromosikan single. Inikan lagi di pasaran Malaysia yang mana jauh lebih kecil.
REMAJA tak nafikan kredibiliti beberapa penyanyi Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah dan Yuna yang mampu mengeluarkan album demi rekod perjalanan karier serta sebagai buah tangan terbaik untuk peminat setia mereka.
Namun di kalangan penyanyi baru, masih kurang kemunculan nama-nama popular yang tampil dengan album sulung dan disebabkan itulah, REMAJA teruja apabila Haqiem Rusli mengumumkan bakal mengeluarkan album keduanya pada tahun hadapan, pada malam ini.
Dengan caption, “Get Ready”, Haqiem menyenaraikan 8 tajuk yang bakal dimuatkan ke dalam album yang masih belum berjudul. Ini termasuklah trek ‘Selamat Tinggal Sayang’ yang sedikit kontroversi dek kerana konflik promosi pada tahun lalu.
Antaranya termasuklah Lembah Kesepian, What I Can Do For You, Seniman, Aku Punya Hati Dan Perasaan, Senyuman, 1998 Heart dan Bangkit.
Para peminat penyanyi berusia 21 tahun ini yang dikenali sebagai Qiemilio juga meluahkan keterujaan mereka dengan memberi semangat buat Haqiem untuk menyiapkan album tersebut.
Ada yang meminta Haqiem untuk menyiapkan klip video untuk kelapan-lapan lagu, ada yang tak sabar untuk mendengar beberapa buah lagu demo seperti Senyuman dan Aku Punya Hati Dan Perasaan.
Apa-apa pun, REMAJA doakan agar segala persiapan berjalan lancar ya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita, Mimi Lana tampil berkongsi pandangan mengenai realiti industri hiburan yang menurutnya tidaklah seburuk atau ‘sekotor’ seperti sering digambarkan oleh segelintir pihak.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Mimi mengakui setiap industri pasti mempunyai sisi baik dan buruknya tersendiri. Namun, sepanjang pengalamannya bergelar anak seni, dia bersyukur kerana dipertemukan dengan ramai insan baik walaupun masing-masing menyimpan kisah hidup penuh ujian dan trauma.
“Saya bukan daripada keluarga yang kaya dan berharta ketika saya pertama kali melangkah di dalam industri ini. Saya datang tanpa apa-apa. Tiada wang, tiada keistimewaan, tiada perlindungan. Tapi pendek kata, Allah telah memberi saya banyak rahmat dan kebaikan daripada kesakitan Alhamdulillah.
“Saya berjumpa dengan ramai pelakon yang sangat bagus, tetapi membawa 1001 trauma dalam hidup mereka. Trauma yang membuatkan saya sendiri berfikir, ujian dan dugaan yang saya lalui ini tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan mereka.
“Ada yang dari kecil parents divorce, tinggal seorang diri. No parents, no grandparents to take care of them. Communication dengan ibunya hanya melalui telefon, dan hanya dapat berjumpa sekali-sekala bila ibunya pulang ke rumah,” kongsi Mimi di Threads.
Dalam perkongsian sama, isteri kepada aktor kacak Syafiq Kyle ini turut mendedahkan sikap baik seorang pelakon senior yang cukup dikaguminya iaitu Nabila Huda atau mesra disapa Abil.
Menurut Mimi, ketika dia masih baru dan belum mempunyai nama dalam industri, Abil tanpa ragu meminjamkannya sebuah bagasi besar yang dipenuhi pakaian musim sejuk bagi kegunaan kerja di luar negara.
“Saya masih ingat 10 tahun dulu ketika saya pertama kali melangkah di dalam industri. Nabila Huda, yang saya sentiasa panggil Abil, pernah pinjamkan saya satu luggage besar penuh dengan winter clothes sebab saya ada kerja di overseas.
“Zaman itu saya memang tak ada duit, kereta pun belum ada. And the truth is, I was nobody at that time. Tak ada nama, tak ada tempat Tapi dia sudi membantu seorang budak jalanan yang baru nak kenal dunia industri ini. Dan tidak pernah di war warkan,” dedah Mimi lagi.
Tambah Mimi, kebaikan yang diterimanya itu menjadi antara bukti bahawa masih ramai individu berhati mulia dalam dunia seni, sekali gus menolak persepsi negatif terhadap industri hiburan secara keseluruhan.
Pelakon filem The Expert itu turut menitipkan pesanan buat sesiapa sahaja yang berhasrat menceburi industri hiburan sebagai pelakon agar sentiasa bijak membawa diri, merendah diri serta menjaga hati dan keselamatan diri dengan sebaiknya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan membetulkan tidur, menyelesaikan puasa ganti, memperbaiki solat, kurangkan minuman manis, dan tetapkan niat, kita masuk Ramadan lebih tenang dan bermakna.