Semalam, Remaja telah kongsikan artikel tentang keluhan Beto Kusyairy terhadap formula kitar semula jalan cerita yang sama dihidangkan buat penonton. Daripada artikel itu Remaja rata-rata menerima respons yang majoritinya bersetuju dengan pandangan Beto dan juga pandangan yang kami lontarkan. Selain kisah kahwin paksa dan cinta berlainan taraf ada beberapa lagi klise yang Remaja perasan terdapat dalam drama tempatan.
Jom kita tengok apakah klise yang selalu muncul dalam drama. 😀
1. Karakter lelaki kaki buli
Karakter begini memang dah banyak sangat kita perhatikan sampaikan ada sesetengah tu semacam nak glorified buli pun ada. Mula-mula karakter lelaki macam poyo acuh tidak acuh selalu bercakap kasar dengan karakter heroin. Tapi lepas tu bertukar jadi baik hati and sebabkan dia handsome, si perempuan tu pun terima dia seadanya. Like, wadehell?!
2. Kisah cinta anak orang kaya
Kita sering disuap dengan cerita-cerita cinta anak orang kaya seolah orang yang tidak berapa kaya ini tak bercinta. Mungkin sasaran utamanya ialah mencipta fantasi kepada penonton untuk mencapai apa yang mereka tidak dapat dalam dunia sebenar. Blerghh!
3. Minum air ada payung kecil
Agak jarang scene bila dua karakter lelaki dan perempuan keluar bersama lepak di kedai biasa macam kedai mamak. Tak sah kalau mereka tak minum air warna-warni yang ada payung kecil dengan gelas berbentuk cukup fancy.
Ads
4. Babak borak dalam tempat bising
Pernah tengok drama yang karakternya berada di tempat bising seperti kelab malam atau konsert tapi dia berborak dengan member seolah macam tak ada apa. Like tempat itu bising kut! Tapi itulah mereka mungkin ada kuasa pendengaran ajaib.
5. Pembantu rumah berkening tirus dan bermekap
Bukan calang-calang pembantu rumah ya! Walaupun Mak Jah (nama biasa karakter pembantu rumah) seharian suntuk sibuk membantu tapi dia sempat trim kening dan kenakan mekap yang boleh mengalahkan Datin!
Kalau kisah orang kaya mesti biasanya melibatkan bisnes hartanah atau projek binaan yang bernilai jutaan ringgit. Dan scene di tapak pembinaannya mesti ada sebuah pacuan empat roda seperti Pajero, topi keselamatan warna kuning dan segulu pelan yang dibentangkan atas bonet kereta. Lepas tu buat-buat tunjuk arah bangunan diselang-selikan dengan peta.
7. Adegan orang kampung
Untuk adegan ayah dan ibu di kampung – si ayah mesti kalau tak baca surat khabar dia akan berada di kedai kopi. Manakala ibunya pula kalau tak menjahit mesti dia sedang lipat kain atau menyapu di halaman rumah dengan penyapu lidi.
Ads
8. Buka lampu dalam kereta
Mungkin pembikin drama agak pening bagaimana nak tonjolkan babak dalam kereta tanpa lampu di dalamnya dibuka. Kalau babak disunting untuk dalam kereta sahaja itu bolehlah kita faham. Tapi untuk babak dirakam dari luar pun sampai nampak lampu terpasang macam pelik je.
9. Flashback dengan rambut palsu
Ya, mungkin tahap kesan khas atau solekan kita belum mencapai peringkat Hollywood. Itu kita akui. Tapi kalau flashback 20 tahun ke belakang dengan karakter yang dah obviouly tua cuma pakai rambut palsu sahaja, itu memang nampak kelakarlah!
10. Macam Kuala Lumpur ini kecik sangat
Bagi orang yang tak biasa ke Kuala Lumpur dan Lembah Klang pasti mereka ingat “kecik sangat ke KL”? Ini kerana dalam drama mudah je semua karakter terserempak ke mana sahaja mereka pergi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini media massa dan cetak melaporkan perubahan cuaca pelik di Texas, Amerika Syarikat sehingga mengalami ribut salji dan mengorbankan sekurang-kurangnya nyawa selain jutaan terputus bekalan elektrik.
Perkongsian di media sosial pula menunjukkan cuaca luar biasa yang melanda di sebahagian besar AS itu juga turut menyebabkan kesejukan melampau selain mencetuskan puting beliung di tenggara negara terbabit dan barangan dan persekitaran di sekeliling pun menjadi beku.
Namun, baru-baru ini beberapa pengguna media sosial menyebarkan dakwaan bahawa salji itu merupakan salji palsu yang telah dicipta oleh kerajaan.
Menurut laporan Insider, video-video mengenai dakwaan itu bukan sahaja berlaku di Texas malahan dari United Kingdom.
Salah satunya adalah video di aplikasi TikTok yang menunjukkan seorang wanita cuba membakar bola salji namun ia tidak cair. Hal ini menyebabkan mereka mendakwa bahawa salji itu tidak normal.
Tapi sebenarnya tidak benar, semua salji akan bertindak balas dengan cara itu, melalui proses yang disebut pemejalwapan iaitu salji yang padat akan berubah menjadi gas.
Para saintis mengatakan pemanasan global khususnya pemanasan di Kutub Utara berkemungkinan punca perubahan iklim dan cuaca pelik yang melampau di Texas.
Maklumat yang tidak tepat dilaporkan terus berleluasa sejak ribut melanda Texas minggu lalu. Ingat dekat Malaysia je orang suka buat berita palsu rupanya dekat mana-mana pun sama je kan. Bagaimanapun, maklumat tidak tepat sebegini boleh menjejaskan banyak pihak.
Hah, dengar tu, jangan sesekali tular berita tidak tepat ya.
Anggota Running Man, Lee Kwang Soo dilaporkan cedera pergelangan kaki kerana terlibat dalam kemalangan pada hujung minggu lalu yang memerlukannya untuk melakukan pembedahan.
Menurut laporan eksklusif dari Sports Chosun, Lee Kwang Soo hanya mengalami cedera di pergelangan kaki dan tidak mempunyai kecederaan lain.
Namun begitu, dia dikhabarkan tidak akan mengambil bahagian dalam penggambaran Running Man untuk seketika.
Ramai yang mendoakan agar Lee Kwang Soo cepat sembuh dan berduka cita apabila mengetahui bahawa dia tidak dapat meneruskan rakaman program reality Running Man.
Kes buli dalam kalangan pelajar merupakan isu serius yang patut diambil perhatian. Kelakuan membuli ini sebenarnya meninggalkan kesan kepada mangsa buli seperti trauma dan paling sadis ia mampu meragut nyawa.
Lagi kes tentang pelajar dibuli, baru-baru ini satu lagi kes yang melibatkan pelajar dibuli apabila berang dengan gurauan mangsa yang dikatakan mempermainkan suspek dengan janji untuk belanja makanan segera menjadi punca seorang pelajar dibuli tiga rakan seasrama.
Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan laporan kejadian buli melibatkan tiga pelajar sekolah di Tanah Merah, Kelantan, yang tular di media sosial semalam.
“Berdasarkan keterangan awal daripada mangsa, ketiga-tiga suspek memukulnya kerana berang apabila mangsa dikatakan cuba mempermainkan ketiga-tiga mereka dengan gurauan hendak belanja KFC,” katanya.
Terdahulu satu rakaman video berdurasi selama 25 saat tular memaparkan sorang remaja dipukul dua remaja lelaki dalam sebuah bilik asrama di sekolah berkenaan.
Mangsa kemudiannya datang ke balai polis untuk membuat laporan. Polis sudah mengenal pasti suspek dan membuat tangkapan terhadap semuanya.
Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Rata-rata netizen naik marah dan geram dengan perlakuan pembuli ini.
Ishh…tahun 2020 pun dah nak habis tapi kes buli ni tak pernah berakhirkan. Paling malang ia melibatkan pelajar sekolah….huhu
So apa pendapat korang cara terbaik menangani isu buli dikalangan pelajar ni?
Sumber : Astro Awani, Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Senyuman manis yang terukir di bibir dua beradik ini saat menyarung jubah Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Teknologi MARA bukan sekadar meraikan kejayaan...