• 556
    Shares

 

Semua orang sedang bercakap mengenai pelakon berusia 18 tahun ini!

 

Mungkin sekali, fenomena yang pernah dicetuskan oleh pelakon baru drama sebelum ini seperti Alvin Chong dan Fikri Ibrahim sedang berlaku kepada diri Raja Muhammad Atiqullah atau lebih mesra dipanggil Atiq ini.

Sempena episod terakhir drama popular, Nur lebih kurang sejam saja dari sekarang, jom kenali Atiq dengan lebih dekat lagi. Siapa dia ni sebenarnya?

 

01

Mula Dari Usia 16 Tahun

Ya, lakonannya memang mendapat perhatian ramai melalui drama Nur sekarang ini. Watak Amirul yang dibawakan oleh Atiq bersebelahan dengan Syafiq Kyle, Amyra Rosli dan Nur Khiriah memang berkesan dan ‘punch’ di hati penonton.

 

 

Tetapi, Atiq sebenarnya mula berlakon sebagaipada usia 16 tahun. Pada waktu itu, Atiq sedang berniaga sotong goreng tepung di Cheras Kuala Lumpur. Bila ke sebuah set penggambaran berdekatan, barulah Atiq terasa untuk mencuba nasib ke sesi uji bakat dan diterima pula!

Antara telemovie lakonan Atiq terdahulu termasuklah Isteri Ku Cikgu Ku (TV3, bersama Syafiq Kyle), Petua Nenek (TV9) dan Sumpah Ibu (TV9).

 

😂😂😂 Me, every sahur. . #majalahremaja #remaja #dramanur

A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on

 

 

02

Background Sekolah Tahfiz

Ya, sejak tular episod ‘sup bunjut’ dalam drama Nur, ramai yang mula tahu bahawa Atiq pernah memasuki Maahad Tahfiz Nurul Huda, Kuala Lumpur,  Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Terengganu dan Maahad Tahfiz Mustaqim. Semuanya gara-gara suara merdu Atiq mengalunkan ayat al-Quran dalam sebuah episod drama tersebut.

Teringat pula kami akan kisah seorang lagi pelakon baru, Ikmal Amry yang juga mempunyai background pelajaran mirip dengan Atiq.

Selepas Tingkatan 3, Atiq ambil keputusan untuk memasuki Sekolah Menengah Perimbun Cheras. Mungkin untuk memberi lebih perhatian kepada peperiksaan SPM.

 

03

Nyanyi Pun Sedap Juga

Selain bacaan ayat suci, Atiq pun gemar untuk memuat naik video cover lagu-lagu favourite korang seperti Di Matamu dan Pesan. Nak dengar sedap ke tak, cuba follow Atiq dan kawan band-nya Triover di Instagram.

 

04

Kita Throwback Lagi Ke Belakang!

Sebelum bergelar pelakon semua tu, Atiq terlebih dahulu aktif dengan video Vine. Aktif sampai berepisod tau video-video lakonannya, seperti drama ‘Dah Susah Baru Ingat Kawan’. Amboi tajuk! Boleh guna lagu Haqiem Rusli dah untuk soundtrack hehe. Atiq pun rajin untuk memuat naik video Musically.

 

 

05

Drama Selepas Ini Ialah…

Kalau korang rindu nak lihat muka Atiq selepas ini, bolehlah nantikan drama terbarunya, Maryam Eliana di TV1 selepas ini. Walaupun drama ini terlebih dahulu habis dilakonkan sebelum drama Nur, tapi ia keluar kemudian.

Sekarang pun korang boleh menonton Atiq di TV2 melalui drama Air Mata Di Bumi Matador lakonan Ben Amir, Nazrief Nazri dan Puteri Aishah.

 

Kami rasakan Raja Atiqullah memang mempunyai potensi untuk pergi jauh, bukan disebabkan oleh fenomena drama Nur sahaja. Tetapi disebabkan bakat dan personaliti yang ada padanya.

Tak sabar nak tengok projek Atiq seterusnya! Bagi korang di rumah itu, jangan lupa untuk menonton episod terakhir drama Nur 10 malam ini, di TV3.

CER KOMEN SIKIT

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendalikan Oleh Astro Group

error: