Sekarang ni dah banyak perkongsian tentang DIY skincare di media sosial yang rata-rata daripada masyarakat kita pun memang percaya dan mengamalkannya.
Namun begitu, sejauh mana keberkesanan skincare ini pada kulit korang?
Menurut DrNorbaizura Mohd Ismail di laman Facebooknya, hati-hati ketika menggunakan DIY skincare .
Apa itu DIY skincare?
Mesti ramai yang pernah cuba skincare DIY ni kan? Ambil yogurt lepas tu campur timun la keledek la bayam la budu la (ok, over!), lepas tu tempek dekat muka. Haa, kalau korang biasa buat macam ni, hati-hati tau.
Ads
Terdapat banyak kes peradangan/burn (contact dermatitis) yang doktor ini terima di klinik akibat skincare DIY. Paling banyak kes yang ditemui adalah burn disebabkan menggunakan kunyit, bawang putih, limau, baking soda pada muka. Sampai terbakar hitam kulit, bengkak dan ada yang penuh naik jerawat nanah di muka.
Ads
Euww, seram kan?
Apa yang dijelaskan lagi oleh doktor Norbaizura, DIY skincare ni bukan semuanya tak bagus tapi ada bahan-bahan termasuk bahan alami yang sebenarnya dapat menjadi punca alergik, iritasi atau kulit terbakar.
Ads
Gambar hiasan sumber: Google image
So, jangan sesekali letak sebarangan benda pada muka korang. Walaupun daripada bahan alami/semula jadi pun tak semestinya tiada kesan sampingan/kesan alergik. Dapatkan nasihat doktor sebelum meletakkan sebarang bahan pada muka.
Senang cerita, tak semua bahan yang digunakan sesuai dengan kulit masing-masing. Mungkin, untuk mereka yang berkongsi tip memang serasi dengan bahan tersebut, tetapi tidak untuk kulit korang.
Kalau tak nak berlaku sebarang komplikasi, lebih baik rujuk pada yang arif kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wajah mulus, bersih dan berseri dambaan setiap insan bergelar wanita. Oleh itu, pelbagai cara dilakukan demi memastikan kulit sentiasa cantik dan lembap.
Maka sebab itulah amat penting untuk kita konsisten dengan rutin penjagaan harian yang telah ditetapkan. Selepas mencuci muka dan meletakkan toner, perlu pula menyapu pelembap muka agar wajah akan menjadi lebih hidrasi. Begitulah pelakon Luna Maya berkongsi cara dia menjaga kecantikannya di usia 40 tahun.
Memetik laporan Liputan6, dia mula menjaga kulitnya sejak usia 20-an dan antara benda wajib yang sentiasa dipakainya adalah pelembab wajah.
Menurut pelakon filem Bernafas Dalam Lumpur, dia juga sama seperti wanita lain yang mahukan kulit wajah cerah.
“Menjaga kebersihan kulit sangat penting sebab ramai wanita kerap menggunakan alat solekan dan terkena sinaran matahari.
“Saya mula merawat dan menjaga kulit ketika usia 20-an. Selain mencuci wajah selepas solekan, saya juga sentiasa menggunakan pelembab wajah.
“Sama seperti ramai wanita, saya juga ingin kulit cerah. Bukan putih tapi cerah. Cerah itu tidak semestinya putih,” katanya.
Jangan salah faham pula, maksud Luna Maya bukan pakai sebab nak kulit putih ya tetapi lebih kepada nak cerah dan sihat. Jadi korang pun perlu menjaga kulit dari remaja ini. Barulah kulit sihat dan bersih tanpa cela!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Ikmal Amry
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mesti ramai pembaca Remaja kaki wayang kan. Sekarang ini memang banyak movie best yang sedang ditayangkan. Kalau nak tengok kesemuanya di panggung wayang , memang boleh habis duit dibuatnya. Memang tiket wayang agak mahal sekarang ini. Tapi kini tak perlu risau!!!Ini cara korang nak berjimat sambil layan movie sampai lebam tanpa mencederakan akaun bank anda.
Promosi Selama Setahun
Jika anda merupakan pencinta wayang, anda patut teruja dengan berita ini. Kini, anda boleh mendapatkan promosi pembelian tiket wayang dengan harga RM10 sahaja sepanjang hari.
Menariknya, penawaran promosi ini telah boleh didapati sejak 1 September 2019 yang lalu dan akan berakhir pada 1 September 2020. Anda tidak salah lihat, promosi ini akan berlangsung selama setahun.
Bagaimana anda boleh mendapatkan promosi ini? Mudah sahaja, anda hanya perlu membeli tiket di kaunter tiket dan membuat pembayaran menggunakan aplikasi Touch ‘n Go.
Terma Dan Syarat
Promosi ini melayakkan setiap pengguna untuk hanya membeli 2 tiket dalam satu transaksi sahaja dan hanya tersedia dalam semda pawagam TGV Cinemas bagi pawagam jenis standard atau deluxe. Promosi RM10 ini tidak saha bagi pembelian tiket pawagam jenis 3D-X, Beanie, LUXE, IMAX, Indulge atau ONYX . Jangan cakap kami tak payung!
Jadi apa tunggu lagi. Selamat mencuba dan selamat menonton wayang sampai lebam…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pekerjaan sebagai seorang pramugari dan pramugara sememangnya satu pekerjaan yang disukai ramai. Mana taknya, mereka boleh mengembara keseluruh dunia menaiki pesawat moden, mengenali lebih ramai orang di atas sana sambil bekerja.
Selain memastikan keselamatan setiap orang yang terbang dalam pesawat, paling menarik menjadi anak kapal ini ialah kita akan sentiasa kelihatan cantik didepan penumpang, tambahan lagi dengan baju pakaian seragam untuk syarikat penerbangan yang unik.
Memang salute lah untuk semua pramugari dan pramugara di serata dunia!
Baru-baru ini hampir 20 tahun tidak menukar pakaian seragam, syarikat penerbangan British Airways kini memperkenalkan seragam jumpsuit baharu untuk kru kabin wanita, lapor NDTV.
British Airways uniforms
Pilihan Buat Yang Bertudung
Menariknya, syarikat tersebut menyifatkan pakaian seragam itu sebagai ‘airline first’ dan turut menyediakan seragam pilihan tunik dan tudung buat kru kabin wanita yang bertudung.
Reka bentuk pakaian seragam itu direka oleh pereka fesyen Britian, Ozwald Boateng selama lima tahun dan telah ditangguhkan selama dua tahun kerana wabak Coronavirus yang melanda negara.
Pakaian seragam itu juga menyediakan alternatif buat kru kabin lelaki yang boleh memilih untuk memakai sut tiga helai yang dipadankan bersama, manakala wanita boleh memakai gaun, skirt atau seluar selain daripada jumpsuit.
Difahamkan, pilihan tunik dan tudung juga telah dicipta oleh syarikat penerbangan global untuk anak kapalnya.
Tukang jahit Savile Row Ozwald Boateng telah mereka sut tiga helai untuk pekerja lelaki BA
Menjelang musim panas, seramai 30,000 kakitangan barisan hadapan akan dilihat dengan pakaian seragam baharu bermula dengan jurutera dan pengendali darat.
“Pakaian seragam kami mewakili ikonik jenama kami, yang akan membawa kami ke masa hadapan, mewakili yang terbaik dari Britain dan membantu kami menyampaikan perkhidmatan British yang hebat untuk pelanggan kami,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif British Airways, Sean Doyle.
Menurutnya, lebih 1,500 rakan sekerja di seluruh syarikat penerbangan mengambil bahagian dalam 50 bengkel untuk membantu memastikan kesesuaian pakaian, daripada bengkel reka bentuk kepada maklum balas prototaip dan percubaan pakaian.
Kitar Semula Pakaian Seragam
Bukan itu sahaja, kesemua pekerja diperlukan untuk memulangkan semula pakaian seragam lama kepada pihak atasan untuk tujuan mengitar semula atau didermakan kepada orang ramai.
Kira-kira 90 peratus daripada seragam itu adalah campuran fabrik yang diperbuat daripada polyester kitar semula. Boateng sangat berhati-hati dalam mencipta koleksi unik, mencari inspirasi daripada syarikat penerbangan itu dan kakitangannya.
Corak gelombang udara yang muncul pada jaket, kemeja, butang dan tali leher pada koleksi diilhamkan oleh pergerakan udara di atas sayap pesawat.
Semua pakaian menampilkan fabrik jacquard dengan variasi speed marque ikonik syarikat penerbangan itu. Sementara itu pada bulan November, syarikat penerbangan United Kingdom tersebut membenarkan semua kakitangan untuk memakai maskara, bulu mata palsu dan anting-anting serta membawa aksesori termasuk beg tangan mengikut peraturan baru yang dikemas kini.
Wah, agak-agaknya bila syarikat penerbangan di Malaysia nak tukar pakaian seragam meraka. Mungkin lelaki akan bertanjak pula selepas ini…hehe
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bola Keranjang 3x3 Malaysia mencipta sejarah apabila mara ke suku akhir Sukan Komanwel Glasgow 2026 pada penampilan sulung kategori lelaki selepas menewaskan Jamaica 21-15.