Biasalah bila bercakap tentang beauy trend, seorang buat, semua pun nak buat juga.

Terbaru, kita dilanda dengan trend eyelash extension untuk memanjangkan bulu mata. Ia umpama memakai maskara setiap hari tanpa perlu memakai pun maskara ataupun bulu mata palsu. Get it?

Memang guarantee bulu mata panjang setiap hari.

Terdapat banyak salun dan spa-spa yang baru je memperkenalkan perkhidmatan ini dek kerana popularitinya di negara Barat dan negara jiran kita.

Siapa yang tak nak bulu mata panjang, kan? Tapi ada perkara yang perlu korang tahu daripada pakar kecantikan sebelum korang decide untuk mendapatkan rawatan ini.

7 Perkara Yang Pakar Kongsikan Sebelum Cuba Eyelash Extension

01

Bulu mata separa permanent ini boleh bertahan selama dua ke empat minggu tanpa perlu membuat apa-apa. Selepas itu, barulah korang perlu mengadakan appointment semula untuk menyambung rawatan.

02

Sepanjang ‘memakai’ extension ini, korang perlu mengelakkan daripada memakai pencuci muka (cleanser) yang mempunyai kandungan minyak. Di samping itu pada waktu malam, korang digalakkan untuk ‘menyikat’ extension agar ia berada dalam kondisi terbaik dan teratur.

IKLAN

03

7 Perkara Yang Pakar Kongsikan Sebelum Cuba Eyelash Extension

Setiap rawatan kecantikan pasti mempunyai risiko tersendiri. Dalam hal eyelash extension ini, antara side effect yang ada adalah kegatalan dan tanda kemerahan.

Fungsi bulu mata secara semula jadinya adalah untuk mengelakkan peluh, bahan asing, habuk dan kotoran daripada memasuki mata. Eyelash extension walau bagaimanapun boleh memerangkap partikel-partikel kecil ini pada mata lalu meningkatkan risiko infection.

04

Terdapat juga risiko yang lebih teruk, seperti kehilangan bulu mata asli korang. Apabila eyelash extension diletakkan pada garisan mata, hair shaft pada bulu mata sedia ada menghadapi tension tambahan.

Ia boleh merosakkan folikel bulu sekaligus melambatkan proses penumbuhan bulu mata baru.

IKLAN

05

7 Perkara Yang Pakar Kongsikan Sebelum Cuba Eyelash Extension

Langkah terbaik sekiranya korang ingin juga mendapatkan eyelash extension adalah dengan mereviu terlebih dahulu sijil kelayakan salun tersebut, kelayakan pakar dan apa yang pernah diperkatakan oleh pelanggan mereka sebelum ini.

Selain itu, pakar juga haruslah memilika pengalaman dalam rawatan eyelash extension ini sekurang-kurangnya setahun. Dalam tempoh tersebut, mereka pastinya sudah memiliki senarai pelanggan yang pernah mendapatkan rawatan ini.

06

7 Perkara Yang Pakar Kongsikan Sebelum Cuba Eyelash Extension

Sebelum menempah sesi rawatan di salun, telefon atau hantarkan email kepada mereka untuk menanyakan soalan penting seperti 1) Apakah jenis bulu mata yang mereka gunakan 2) Bagaimana dengan berat extension yang akan digunakan agar mata tidak sembab dan bulu mata baru akan kelihatan natural dan 3) Adakah ia pernah mendapat ujian ophthalmologist?

IKLAN

07

7 Perkara Yang Pakar Kongsikan Sebelum Cuba Eyelash Extension

Okay, kita cakap pula tentang hukumnya dari sudut agama.

Menurut penceramah motivasi, Syamsul Debat, rawatan ini dianggap haram dari segi hukum kerana ia boleh menjadi fitnah akibat mengubah ciptaan Tuhan dan menyambung rambut ynag menyerupai kejadian asal bulu mata.

Namun, apabila menyentuh mengenai pemakaian bulu mata palsu pula, beliau menyatakan ada ulama yang berpandangan ia menyerupai kejadian asal bulu mata asli, jadi hukumnya haram.

Tetapi ada juga pandangan syarak yang membenarkan bulu mata palsu jika perempuan tersebut berniat menghiaskan diri untuk suami atau disebabkan masalah kesihatan atau kecacatan, dia terpaksa memakai bulu mata palsu.

7 Perkara Yang Pakar Kongsikan Sebelum Cuba Eyelash Extension

So, masih ingin meneruskan eyelash extension? Keputusan terletak dalam tangan korang.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI