Zoo Negara adalah tempat yang begitu dekat dengan masyarakat Malaysia terutamanya yang menetap di Lembah Klang.
Penulis pasti ramai yang pernah ke sana terutamanya semasa zaman kanak-kanak. Semuanya memori indah bukan?
Namun, hari ini tersebar sesuatu yang tidak indah berkenaan Zoo Negara.
Dalam satu paparan tular di media sosial pada hari ini, seorang pengiring daripada pihak zoo didakwa melebihi batas dan digelar ‘pervert’ oleh para sukarelawan zoo.
Ads
“Saya dan seorang kawan dituduh olehnya sebagai gadis liar (party girls). Dia kemudiannya berkongsi kisah bagaimana dia pernah berkelakuan seksual dengan beberapa rakan kerjanya serta sukarelawan juga!
“Dia secara terbuka mengaku dan kami terkejut. Apa tujuan dia memberitahu kami, dia ingat kami pun seperti itu?
“Selepas kami menolak dan mereka cipta mempunyai boyfriends, dia melabel pula kami ‘Banyak Makan Wang’ yang bermaksud kami perlu dibayar dan dibawa ke restoran mahal. Girls, keep an eye out for him!” katanya.
Tweet tersebut mendapat perhatian ramai terutamanya selepas isu viral di mana Zoo Negara didakwa tidak memberikan makanan secukupnya kepada haiwan di situ. Ini berikutan video seekor spesis monyet sedang mengigit plastik makanan yang tersebar 3 hari lalu.
We are trying to make things better but even zoo negara let their animals eat plastic 😔 pic.twitter.com/LW9mZHdIdv
Netizen turut mendakwa kini mereka gusar untuk (1) Melakukan kerja sukarelawan di Zoo Negara dan (2) gusar jika situasi haiwan di sana selepas ini lebih teruk memandangkan bilangan sukarelawan akan berkurangan.
*
Jika kedua-dua dakwaan di media sosial ini didapati benar, mungkin pihak pengurusannya perlu meneliti kes ini dengan lebih serius bagi memperolehi semula kepercayaan masyarakat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Remaja yang baru sahaja berusia 23 tahun ini, ‘kantoi’ dengan jiran hanya kerana rumahnya kelihatan seperti sedang ‘terbakar’. Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah sebaik sahaja ahli bomba sampai ke rumah tersebut, remaja itu akhirnya tertangkap kerana beliau menghantar santau melalui penghantaran pos.
Jiran tetangga juga mempunyai beberapa rakaman yang menunjukkan rumahnya itu seakan sedang terbakar, dan video tersebut telah dimuatnaik ke aplikasi TikTok dan video itu tular sejak semalam lagi.
Apa yang lebih mengerikan lagi, lelaki ini berjaya ditangkap oleh pihak bomba, dan beberapa gambar juga sempat diambil didalam rumahnya. Kelihatan didalam rumah tersebut, terdapat banyak barang yang digunakan olehnya untuk ‘ritual’ tersebut.
Sumber: Twitter
Hasil penemuan ini telah mengejutkan seluruh warga netizen di sosial media juga, dan semestinya ianya juga telah mengejutkan jiran tetangga yang tinggal di sekeliling kawasan perumahannya itu.
Remaja ini disyaki telah menghantar santau kepada ramai orang dan pihak bomba juga menjumpai beberapa keping gambar dan maklumat ‘mangsa’ tersebut didalam rumahnya.
Dipercayai jenis sihir yang dilakukannya itu adalah sihir pemisah kerana terdapat banyak gambar pasangan lelaki dan wanita, dan ada diantaranya tertulis ‘Separator’ yang membawa maksud pemisah. Kelihatan seperti banyak bekas ‘darah’, telur, dan juga beberapa jenis mangkuk dan peralatan lain yang digunakan olehnya.
Sumber: Twitter
Walaubagaimanapun, pihak polis kini sedang menjalani siasatan lebih lanjut, dan diharapkan kegiatan tidak bermoral ini dapat dihentikan serta-merta.
Sumber: Twitter
Sesungguhnya ini adalah perbuatan mungkar dan merupakan ajaran sesat. Allah adalah tempat kita memohon dan bergantung seratus-peratus, dan perbuatan syirik ini adalah perbuatan menduakan Tuhan. Semoga kita semua terlindung dari sihir dan santau.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang menangis kerana tidak percaya tapi masih ramai juga mengucapkan syukur dengan keputusan mahkamah semalam yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib semalam. Pendek kata ada penyokong DS Najib dan ada yang tidak menyukainya dan menyifatkan keputusan mahkamah semalam tepat.
Jika masih ramai tak boleh move on apatah lagi melihat tulisan kecewa Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham yang jelas kecewa kerana penjarakan sosial tidak dijaga semasa perhimpunan semalam tentu ramai antara kita masih tertanya-tanya kenapa DS Najib tidak di penjara terus walau disabitkan tujuh kesalahan.
Bacalah perkongsian dari peguam Nor Zabetha dari Tetuan Nor Zabetha Chinnai & Co mengenai isu mengapa DS Najib tidak di penjarakan walau sudah sabit kesalahan.
Eh? Kenapa DSN tak terus dipenjarakan?
Kenapa serentak? Kenapa tak asing-asing.
Sejak semalam ramai yang bertanya macam-macam dihujani soalan dari Whatsapp, komen di ruang FB dan juga messenger. Saya jawab di sini ya, supaya semua faham prosesnya.
Begini, asas konsep kemanusiaan di mana-mana negara membangun adalah "right to be heard" atau hak untuk didengar. Melainkan negara yang diperintah oleh diktator. Masih ada beberapa negara begini di dunia dan rakyatnya tiada hak berhak bersuara, begitu juga diadili dengan sistem keadilan yang betul.
Di Malaysia ini, kita bukanlah negara diktator ketenteraan atau bersifat diktator. Oleh yang demikian semua ada hak untuk membela diri di mahkamah.
Begitulah juga dalam mana-mana kes yang pernah dituduh sebelum ini, semua boleh membela diri. Tidak kiralah misalnya mediang Karpal Singh yang pernah dituduh dan didakwa untuk kes Akta Hasutan. Semuanya ada hak membela diri.
Setelah diputuskan di mahkamah walaupun diputuskan adalah bersalah dan menghadapi hukuman masih lagi hak tertuduh yang didapati bersalah didengar melalui rayuan.
Ini yang berlaku dalam kes DSN, iaitu DSN mempunyai hak untuk merayu di mahkamah yang lebih tinggi. Di sini sekali kes DSN akan didengari oleh tiga orang hakim yang berbeza dalam Mahkamah Rayuan. Manalah tahu sabitan dan hukuman dikekalkan atau dilepaskan dan dibebaskan.
Begitulah proses di mahkamah, tertuduh akan didengar melalui pembelaan dan rayuan. Jadi sementara menunggu rayuan, entah kalah atau menang, tertuduh boleh meminta penangguhan hukuman penjara.
Mana tahu kalau kes rayuannya menang di mahkamah, sabitan dan hukuman diketepikan. Bagaimana sekiranya hukuman penjara telah dijalankan sejak keputusan dibuat? Siapa yang hendak mengembalikan semula waktu-waktu yang dihabiskan dipenjara?
Berbeza dengan wang denda hukuman, memang perlu dibayar segera. Jika sudah dibayar setelah keputusan didapati bersalah dan kemudian rayuan berjaya diperingkat seterusnya. Wang denda ini boleh dipulangkan. Tidak sama macam penjara, tiada galang gantinya waktu yang telah berjalan. Bagaimana hendak pulangkan?
Walaupun denda perlu dibayar segera tetapi pihak pembelaan (peguam-peguam DSN) perlu membuktikan keadaan istimewa sekiranya mereka ingin memohon bagi penangguhan bayaran denda.
Jadi dalam kes ini pasukan pembelaan telah berjaya berhujah dan penangguhan diberikan, namun demikian mahkamah memerintahkan agar jumlah jaminan DSN perlu dinaikkan kerana denda RM210 juta tidak dibayar segera. Jaminan tambahan tersebut perlu dibayar hari ini.
Seterusnya, berkenaan dihukum serentak. Memang bagi kes-kes jenayah di mahkamah sekiranya terdapat sabitan dan hukuman bagi lebih 1 kesalahan, hukuman pemenjaraan biasanya dijalankan serentak. Bukan untuk kes DSN sahaja tetapi rata-rata kes jenayah pun begitu.
Dari sudut ini, wajar atau tidak hukuman serentak ini? Ada beberapa kes undang-undang diputuskan dan didebatkan tentang isu ini di mahkamah. Saya minta maaf tak sempat hendak buat kajian dalam penulisan ini.
Cukup saya maklumkan, memang kes-kes jenayah yang diputuskan di mahkamah memang dihukum serentak.
Oleh Nor Zabetha
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia bakal memperbesar skop perkhidmatan e-hailing ini dengan menawarkan pengalaman baharu buat pelanggan mereka.
Lapor Astro Awani, AirAsia merancang menawarkan perjalanan udara menggunakan pesawat elektric vertical take-off and landing (eVTOL).
Berita ini telah disahkan sendiri olah Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes menerusi perkongsian di laman instagram yang berbunyi, “Akan bermula (dari) Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke KL Sentral hanya dalam masa 11 minit,”.
Difahamkan, perkhidmatan secara ride sharing atau perkongsian penumpang oleh AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia) ini melibatkan kerjasama dengan syarikat penyediaan pesawat yang berpangkalan di Ireland, Avolon.
Sekurang-kurangnya 100 unit pesawat elektrik kecil jenis VX4 eVTOL akan disewa oleh AirAsia. Ini sekali gus mentransformasi perkhidmatan e-hailing dan perjalanan udara dengan sistem yang lebih canggih untuk keselesaan pelbagai segmen dan pengguna sasaran.
Bagaimanapun, perincian berkenaan operasi e-hailing ini masih belum didedahkan. Malah kita masih perlu menunggu pelancarannya hanya seawal tahun 2025.
Hm, ada lebih kurang tiga tahun lagi untuk kita merasa perjalanan dari KLIA ke KL Sentral hanya 11 minit. Agak-agaknya berapa pula harga e-hailing udara ini ya?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.