Pelakon Hollywood, Zoe Saldaña kini mencipta sejarah baharu apabila dinobatkan sebagai pelakon dengan kutipan filem tertinggi sepanjang zaman, memintas rekod yang sebelum ini dipegang oleh Scarlett Johansson.
Pencapaian itu dicapai susulan kejayaan filem terbaharunya, Avatar: Fire and Ash, yang menyumbang lebih USD1.2 bilion kepada jumlah kutipan keseluruhan kerjayanya.
Menurut data pangkalan industri The Numbers, keseluruhan filem lakonan Saldaña kini mencatat kutipan melebihi USD15.46 bilion di seluruh dunia.
Laporan The Guardian turut mengesahkan kejayaan itu, sekali gus meletakkan Saldaña, 47, di puncak senarai pelakon paling laris dalam sejarah box office global.
Kejayaan luar biasa Saldaña banyak dipacu oleh penglibatannya dalam beberapa francais berskala mega. Antaranya termasuk siri Avatar arahan James Cameron, selain wataknya sebagai Gamora dalam Marvel Cinematic Universe menerusi trilogi Guardians of the Galaxy dan beberapa filem Avengers.
Ads
Selain Marvel dan Avatar, Saldaña turut mencatat kejayaan menerusi francais Star Trek serta filem pertama Pirates of the Caribbean, menjadikan beliau antara pelakon paling konsisten dalam filem berunsur komersial berskala besar.
Menurut The Guardian, walaupun Avatar: Fire and Ash mencatat prestasi sedikit rendah berbanding dua filem terdahulu, ia masih kekal sebagai filem nombor satu box office domestik sejak ditayangkan pada Disember lalu.
Rekod Baharu, Projek Masa Depan Menanti
Sebelum ini, Scarlett Johansson mendahului senarai selepas filem Jurassic World Rebirth mencatat kutipan global sekitar USD869 juta, dibantu oleh pelbagai penampilannya dalam filem Marvel.
Ads
Dalam perkembangan lain, Saldaña turut menyumbangkan suara dalam filem animasi Pixar, Elio, namun filem tersebut dilaporkan kurang memberangsangkan di box office.
Bagaimanapun, tahun lalu tetap menjadi detik manis buat beliau apabila memenangi Anugerah Akademi (Oscar) bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem muzikal jenayah Netflix, Emilia Pérez.
Ketika ini, Saldaña sedang terlibat dalam penggambaran musim terbaharu siri drama aksi Lioness.
Sementara itu, pengarah Avatar, James Cameron, memaklumkan dua lagi filem susulan telah dirancang, namun masih belum menerima pengesahan rasmi.
Ads
Menurut The Numbers, Saldaña diikuti oleh Scarlett Johansson, Samuel L. Jackson, Robert Downey Jr. dan Chris Pratt dalam senarai pelakon dengan kutipan tertinggi dunia.
Bagi pelakon yang tidak pernah membintangi filem Marvel, kedudukan teratas dikuasai oleh Tom Cruise, Dwayne Johnson dan Tom Hanks.
Sumber : The Guardian, Instagram Zoe Saldaña
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah filem terbaharu gandingan Sandra Bullock dan Channing Tatum yang berjudul The Lost City bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi.
The Lost City mengisahkan tentang seorang novelis cinta bersama model muka depan novelnya terlibat dalam satu penculikan yang secara tidak sengaja membawa mereka masuk ke dalam hutan. Pengembaraan itu menyedarkan mereka bahawa kehidupan boleh menjadi pelik dan romantis daripada novel-novel fiksyen.
Dibintangi oleh bintang-bintang terkenal seperti Sandra Bullock, Channing Tatum, Patti Harrison, Oscar Nunez, Da’Vine Joy Randolph, Daniel Radcliffe dan Brad Pitt, The Lost City bakal menemui penonton pada 7 April 2022 di seluruh pawagam tanah air.
Seperti biasa, Remaja ingin mengajak korang untuk menjadi yang pertama menonton filem ini menerusi Tayangan Perdana ‘The Lost City’ yang akan berlangsung minggu hadapan. Kami akan memberikan dua tiket kepada pemenang bertuah dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah.
Tarikh: 6 April 2022 Masa: 8.45 malam Lokasi: TGV 1 Utama
Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19. Pemenang bertuah akan diumumkan di DM instagram. Korang berpeluang memenangi sepasang tayangan perdana secara percuma dan pastikan akaun Instagram korang boleh diakses secara umum.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehidupan wanita Korea, You Narae mungkin telah berubah selepas berkahwin dengan jejaka Malaysia dari Kelantan Ryzal Ibrahim yang merupakan seorang pempengaruh media sosial. Selepas memeluk Islam, isteri kepada pempengaruh itu menukar nama Islamnya iaitu Maryam.
Ramai yang sudah sedia maklum, masyarakat Malaysia memang meminati industri hiburan Korea, maka dengan itu mungkin tuah juga menyebelahi Maryam kerana rakyat kita begitu selesa menerima kehadirannya.
Apa sahaja yang dilakukan oleh Maryam pasti mendapat perhatian ramai, tambahan pula wanita itu seorang yang lucu, lebih-lebih lagi apabila dia cuba untuk mempelajari bahasa Melayu.
Terbaharu, Maryam ada memuat naik video melakukan cabaran ‘Seberapa Korea Kamu’ di laman TikTok, di mana beberapa ayat dalam bahasa Indonesia perlu di teka dengan penggunaan bahasa Korea yang betul.
Pasti ramai yang menganggap Maryam dapat menjawab kesemuanya dengan betul, namun dia gagal menterjemah satu perkataan iaitu ‘Kangen’ dalam bahasa Korea. Sesuai dengan kapsyen yang dibuat olehnya, ‘Mana senang’.
Rata-rata warganet terhibur dengan video yang telah dimuat naik itu dan memberi komen ia terlalu mudah untuk Maryam.
Malah, ramai yang memberikan komen ‘sarkastik’ bergurau dengan kemampuan Maryam berbahasa Korea dengan baik.
Suaminya turut membuat cabaran itu dan berjaya menjawab kesemuanya dengan betul.
Tidak hairanlah sekiranya pasangan suami isteri ini dapat menjawab cabaran ‘Seberapa Korea Kamu’ dengan baik kan? Ramai juga peminat k-drama mampu memberikan jawapan yang betul dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabar baik buat peminat bintang terkenal BTS apabila empat ahli iaitu RM, V, Jimin dan Jungkook bakal muncul menyapa para ARMY sebaik sahaja mereka tamat latihan ketenteraan pada 10 dan 11 Jun ini.
Menerusi sebuah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh agensi, BIGHIT MUSIC pada 5 Jun lalu, RM dan V dijadualkan untuk bertemu peminat di pangkalan tentera Chuncheon. Manakala Jimin dan Jungkook pula akan berada di lokasi berbeza iaitu pangkalan tentera Yeoncheon.
“Mereka akan muncul di markas ketenteraan masing-masing dan berkongsi ucapan ringkas serta luahan rasa selepas menamatkan perkhidmatan wajib di lokasi yang ditetapkan,” jelas BIGHIT dalam kenyataan tersebut.
RM & V yang akan menamatkan latihan ketenteraan pada 10 Jun ini.Jimin & Jungkook yang akan menamatkan latihan ketenteraan pada 11 Jun ini.
Walaupun begitu, para peminat diminta agar tidak mengunjungi unit kem tentera tempat keempat-empat ahli tersebut berkhidmat serta tiada acara rasmi yang akan diadakan di sana bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan dan kejadian tidak diingini berlaku.
“Bagi mengelakkan sebarang himpunan besar di kawasan yang sempit dan berisiko. Jadi kami amat berharap agar peminat tidak berkunjung ke markas tentera,” ujar kenyataan yang sama dalam nada tegas.
Pada masa yang sama, langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan dan privasi pihak orang ramai terjaga, di samping memberi ruang buat anggota BTS menamatkan perkhidmatan mereka dengan tertib dan aman.
Setelah 18 bulan menjalani kehidupan sebagai anggota tentera, pastinya kemunculan semula RM, V, Jimin dan Jungkook paling dinanti-nantikan oleh peminat seluruh dunia, lebih-lebih lagi dengan peluang untuk melihat mereka kembali di pentas selepas ini.
Sekadar info, ketujuh ahli kumpulan BTS secara rasmi akan menyelesaikan perkhidmatan latihan ketenteraan pada penghujung Jun. Dua orang anggota iaitu Jin dan j-hope telah rasmi menamatkan latihan beberapa bulan lalu dan kini fokus dengan beberapa projek solo.
RM dan V dijadualkan tamat pada 10 Jun, diikuti oleh Jimin dan Jungkook pada 11 Jun. Manakala, SUGA yang sedang berkhidmat wajib ketenteraan sebagai pekerja sektor pelayanan publik akan selesai pada 21 Jun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor berpengalaman, Kamal Adli berkongsi bahawa Ramadan tahun ini terasa sangat berbeza, lebih-lebih lagi selepas hidup bersendirian.“Ramadan tahun ini sangat berbeza sebab bila balik...