Khabar baik buat peminat bintang terkenal BTS apabila empat ahli iaitu RM, V, Jimin dan Jungkook bakal muncul menyapa para ARMY sebaik sahaja mereka tamat latihan ketenteraan pada 10 dan 11 Jun ini.
Menerusi sebuah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh agensi, BIGHIT MUSIC pada 5 Jun lalu, RM dan V dijadualkan untuk bertemu peminat di pangkalan tentera Chuncheon. Manakala Jimin dan Jungkook pula akan berada di lokasi berbeza iaitu pangkalan tentera Yeoncheon.
“Mereka akan muncul di markas ketenteraan masing-masing dan berkongsi ucapan ringkas serta luahan rasa selepas menamatkan perkhidmatan wajib di lokasi yang ditetapkan,” jelas BIGHIT dalam kenyataan tersebut.
RM & V yang akan menamatkan latihan ketenteraan pada 10 Jun ini.Jimin & Jungkook yang akan menamatkan latihan ketenteraan pada 11 Jun ini.
Walaupun begitu, para peminat diminta agar tidak mengunjungi unit kem tentera tempat keempat-empat ahli tersebut berkhidmat serta tiada acara rasmi yang akan diadakan di sana bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan dan kejadian tidak diingini berlaku.
Ads
“Bagi mengelakkan sebarang himpunan besar di kawasan yang sempit dan berisiko. Jadi kami amat berharap agar peminat tidak berkunjung ke markas tentera,” ujar kenyataan yang sama dalam nada tegas.
Pada masa yang sama, langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan dan privasi pihak orang ramai terjaga, di samping memberi ruang buat anggota BTS menamatkan perkhidmatan mereka dengan tertib dan aman.
Ads
Setelah 18 bulan menjalani kehidupan sebagai anggota tentera, pastinya kemunculan semula RM, V, Jimin dan Jungkook paling dinanti-nantikan oleh peminat seluruh dunia, lebih-lebih lagi dengan peluang untuk melihat mereka kembali di pentas selepas ini.
Ads
Sekadar info, ketujuh ahli kumpulan BTS secara rasmi akan menyelesaikan perkhidmatan latihan ketenteraan pada penghujung Jun. Dua orang anggota iaitu Jin dan j-hope telah rasmi menamatkan latihan beberapa bulan lalu dan kini fokus dengan beberapa projek solo.
RM dan V dijadualkan tamat pada 10 Jun, diikuti oleh Jimin dan Jungkook pada 11 Jun. Manakala, SUGA yang sedang berkhidmat wajib ketenteraan sebagai pekerja sektor pelayanan publik akan selesai pada 21 Jun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman kanak-kanak merupakan antara momen yang paling diingati oleh setiap individu kerana di waktu itu, banyak kenangan pahit manis yang dilalui sebelum menginjak usia remaja. Antara memori yang ditinggalkan adalah foto-foto kenangan sewaktu kanak-kanak.
Kami pasti semua orang mempunyai simpanan peribadi foto kanak-kanak mereka. Sebelum zaman teknologi canggih seperti hari ini, ada ibu bapa yang sanggup membawa anak-anak mereka ke studio fotografi semata-mata untuk merakamkan foto bersama.
Bukan hanya korang, para selebriti juga tidak ketinggalan memiliki foto kanak-kanak yang diabdikan sebagai kenangan. Mesti korang teringin nak lihat gambar selebriti pujaan korang sewaktu kecil kan?
Berikut kami kongsikan foto-foto selebriti Korea ketika zaman kanak-kanak. Serius memang comel!
Baru-baru ini, hasrat skuad sepak takraw negara untuk mempertahankan gelaran Piala Dunia ISTAF dalam acara double lelaki tidak kesampaian apabila tumbang kepada musuh tradisi Thailand 2-1 di peringkat separuh akhir di Bihar, India, semalam.
Walau bagaimanapun, Malaysia yang diwakili oleh Aidil Aiman Zawawi, Shahril Aiman, dan Noraizat Nordin berjaya bangkit selepas tewas pada set pertama 9-15 sehingga mencatat kemenangan pada set kedua 17-15.
Kredit: Persatuan Sepaktakraw Malaysia – PSM
Momentum tersebut gagal diteruskan di set penentuan apabila skuad negara tewas tipis 15-17 kepada seteru utama mereka, sekaligus terlepas peluang untuk beraksi di perlawanan akhir.
Kegagalan ini juga menyaksikan skuad kendalian Zulkarnain Arif tidak dapat menyamai pencapaian gemilang tahun lalu apabila muncul juara dalam acara tersebut.
Namun, skuad negara tetap membawa pulang pingat gangsa, satu pencapaian yang wajar dibanggakan.
Skuad negara yang menggalas cabaran di Bihar, India (Kredit: ersatuan Sepaktakraw Malaysia – PSM)
Aksi skuad negara turut membuktikan semangat juang yang tinggi serta kesungguhan untuk bersaing di pentas antarabangsa. Kekalahan tipis kepada Thailand, yang juga merupakan pasukan terbaik dunia dalam sukan ini, menjadi petunjuk bahawa Malaysia masih berada di landasan yang tepat untuk terus mencabar dominasi mereka.
Sekadar info, pada edisi 2024 di Kuala Lumpur tahun lepas, Aidil-Noraizat mencatat kemenangan 17-16, 15-13 ke atas gandingan Thailand Seksan Tubtong-Kittiphum Sareebut dalam final double untuk merangkul pingat emas.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susalan pengumuman tiga penyampai radio ERA FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Effendy direhatkan buat sementara waktu akibat penglibatan mereka dalam video tular yang menyentuh sensitiviti masyarakat kaum India, Astro Audio kembali dengan satu lagi pengumuman baharu pada Selasa.
Menurut pihak Astro Audio, mereka akan terus mengadakan siasatan dalaman terperinci bagi menyiasat bagaimana insiden tersebut boleh tercetus. Difahamkan juga, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan tertinggi Astro Audio telah mengadakan perjumpaan bersama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebentar tadi bagi membantu siasatan.
Selaras dengan itu, Astro Audio mengumumkan akan menggantung dua lagi kakitangan ERA FM sebagai tambahan kepada penggantungan tiga orang penyampai segmen 3 Pagi ERA iaitu Nabil, Azad dan Radin sehingga diberitahu kelak.
Mereka sekali lagi menegaskan kekesalan yang dirasai oleh pihaknya atas insiden yang telah menyakiti hati dan mengundang kekecewaan orang ramai.
Terdahulu, media melaporkan gesaan parti politik MIC terhadap kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap radio ERA FM setelah tular video beberapa kakitangannya menghina kepercayaan dan tradisi tarian kavadi penganut Hindu di Malaysia.
Ia memaparkan Azad menari dengan nyanyian ‘Vel Vel’ oleh beberapa kakitangan lain sebelum mereka bergelak-tawa.
Rakaman video itu kemudian dimuat naik ke akaun media sosial TikTok stesen radio berkenaan sebelum ia dipadamkan. Bagaimanapun, salinan video itu telahpun tular di media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...