Zendaya sememangnya merupakan puteri Disney yang benar-benar wujud di kalangan kita semua.
Pagi ini, pemerhati fesyen seluruh dunia sedang bercakapkan mengenai pakaian paling cantik dan menarik yang disarungkan ke atas tubuh selebriti A-list Hollywood sempena acara tahunan Met Gala.
Dianjurkan oleh jenama fesyen berpengaruh Vogue, acara tahun ini mengangkat konsep CAMP yang bermaksud fesyen yang tidak semestinya perlu difahami oleh orang ramai.
Malah, pakaian seseorang itu harus menimbulkan tanda tanya di kalangan kita semua. Tiada yang betul dan tiada yang salah, asalkan ia boleh dijadikan topik perbualan bermakna selebriti itu sudah berjaya menilai konsep CAMP yang diperkenalkan oleh Vogue.
Lady Gaga menukar pakaian sekerap 4 kali!Billy Potter sekali lagi mengulangi impak ‘grand entrance’ seperti semasa Anugerah Golden Globes awal tahun ini.
Sudah tentu, ramai selebriti yang tampil – err – menarik perhatian semua orang. Lady Gaga, Jared Leto dan Billy Porter ialah antara yang disebut-sebut sebagai selebriti yang hadir dengan pakaian paling menarik.
Tetapi, kami tertarik dengan kelibat selebriti yang seorang ini.
Ads
Pelakon, Zendaya Coleman telah bekerjasama dengan pereka fesyen Amerika, Tommy Hilfiger untuk mencipta kostum persis dress yang dipakai oleh karakter fantasi Disney iaitu Cinderella.
Menariknya, ia bukanlah konsep yang dipetik begitu saja. Tommy ingin meraikan perjalanan karier Zendaya sejak usianya 14 tahun dalam industri lakonan.
Ads
Kini pada usia 22 tahun, Zendaya telah berkembang daripada status pelakon cilik saluran Disney menjadi pelakon A-list yang membintangi filem blockbuster seperti Spiderman: Far From Home. Dalam tempoh 8 tahun ini, Zendaya juga telah menjadi selebriti tetap yang dijemput ke acara Met Gala pada setiap tahun.
Semasa tiba di karpet merah, Zendaya memulakan persembahan teaterikal dengan ‘Stylist Godmother’-nya yang ‘menjampi’ dress tersebut supaya ia mula bercahaya (dengan lampu LED dari dalam dress) dan berkembang menjadi ballgown.
Ads
Ada juga komen nakal yang menganggap Kendall Jenner dan Kylie Jenner sesuai memainkan karakter kakak tiri Cinderella.
pKemudian semasa berjalan menaiki tangga tinggi Met Gala, Zendaya sengaja menanggalkan kasut kacanya seperti yang selalu diceritakan dalam cerita dongeng itu.
Apa pendapat korang? Love ke tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi bersuara merdu asal sabah ini. Biarpun sudah lama tinggal di semenanjung namun kampung halaman tetap tidak dilupakan.
Baru-baru ini Marsha atau nama penuhnya Marsha Milan Londoh yang berasal dari kawasan Tamparuli, Sabah ini telah bekerjasama dengan IKHLAS yang merupakan sebuah pertubuhan di bawah airasia.com untuk mengalakkan lagi orang menderma bagi membantu mereka yang terjejas dek pandemik ini.
Namun apa yang uniknya adalah kolaborasi ini dilakukan menerusi muzik yang mana dia telah melancarkan satu single baharu ‘Insan Tadau’ bersama seorang lagi penyanyi asal Sabah, Velvet Aduk.
Mesej yang disampaikan menerusi lagu ini menitip harapan berikutan pandemik selaras dengan objektif IKHLAS yang giat membantu komuniti di Sabah.
“Melihat inisiatif yang dilaksanakan oleh IKHLAS bagi membantu meringankan beban orang Sabah, saya tersentuh hati dan ingin memainkan peranan saya untuk membantu walaupun saya tidak dapat pulang ke Sabah pada masa ini.
“Saya berharap usaha ini dapat mendorong lebih ramai orang untuk menderma melalui ikhlas.com agar kita sama-sama dapat membantu seberapa banyak orang yang memerlukan bantuan di Sabah,” cerita Marsha tentang kolaborasi ini.
***P/S- Jom kita dengar lagu ini sambil-sambil tu boleh lah hulurkan sedikit sumbangan jika berkemampuan, kalau tak share and like pun mencukupi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang kita tahu, DYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah cukup disayangi oleh rakyat kerana memiliki keperibadian yang sangat murni dan berjiwa rakyat.
Sifat murni baginda berdua nampaknya diwarisi oleh anakanda baginda yang sentiasa tampil positif dan tinggi nilai pekerti setiap kali bertemu dengan rakyat. Ini boleh dilihat menerusi perkongsian di laman sosial ramai memuji anakanda baginda berdua ini yang sentiasa mengambil berat dan membantu rakyat marhaen setiap kali musibah melanda.
Hari ini, 17 September 2020 merupakan hari keputeraaan Tengku Mahkota Pahang, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang ke-25 tahun.
Tunku Azizah menerusi laman Instagram baginda @airtangan_tunkuazizah memuatnaik gambar Tengku Hassanal yang kacak dalam persalinan serba kuning.
“Happy 25th Birthday Hassanal Ibrahim Alam Shah …. semoga Allah sentiasa cucur rahmat dan keampunan ….. murahkan rezeki, sihat waalfiat, diberi petunjuk, taufik dan hidayah …… dan yang penting, di temukan dengan sebaik2 jodoh , wanita yang solehah , beriman dan bermaruah mulia … ini doa seorang IBU …. saya bersyukur kehadrat Ilahi yangtelah mengurniakan saya Hassanal … besar dah anak Mamma!” ucap Tuanku Azizah dalam hantaran di laman Instagram.
Dapat kita lihat doa seorang ibunda yang sangat mementingkan kesihatan, agama serta jodoh yang baik buat anakandanya.
Kami di pihak editorial Remaja mengucapkan selamat hari keputeraan kepada Tengku Hassanal semoga sentiasa di dalam peliharaan Allah SWT dan terus menjadi pemimpin yang terbaik dan contoh yang positif untuk remaja khasnya dan rakyat jelata secara umum.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Begitulah komitednya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang kini sedang berkhidmat dalam situasi berisiko tinggi seperti wabak Covid-19 semasa.
Sebelum ini, tarikh 25 Mac amat sinonim dengan peringatan Hari Polis di mana kita mengenang jasa wira terdahulu dan sekarang yang berkorban untuk keamanan Malaysia.
Berlainan pada tahun ini, anggota PDRM meneruskan pengorbanan mereka – literally – semasa hari istimewa ini.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menerusi akaun Facebook beliau, kesediaan anggota meletakkan diri dalam situasi berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak adalah satu amanah yang perlu dipikul.
“Sesungguhnya inilah jihad kita, demi agama, bangsa dan negara.
“Meskipun terpaksa berdepan dengan risiko yang boleh mengancam nyawa sendiri, walaupun badai datang melanda, bercerai jasad dan nyawa, kita sanggup melakukan apa sahaja demi kesejahteraan dan kepentingan masyarakat seluruhnya,” kata beliau.
Beliau turut meminta agar setiap anggota PDRM terus bersemangat melaksanakan PKP agar rantaian penularan COVID-19 berjaya diputuskan.
“Ini adalah kali pertama dalam sejarah, peringatan Hari Polis tidak disambut kerana ancaman COVID-19.
“Walaupun program yang direncanakan tidak dapat dilaksanakan, saya mengajak seluruh warga pasukan untuk pasakkan tekad dan membulatkan iltizam bagi mengelakkan berlakunya gelombang ketiga, yang berupaya membawa implikasi yang lebih serius kepada kesejahteraan rakyat Malaysia.”
Terima kasih PDRM!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.