Tiga pelakon popular K-movie telahpun dipilih sebagai pelakon Korea dengan perangai paling bermasalah sepanjang tahun 2022 oleh para wartawan di sana.

Carian (survey) yang diinspirasikan daripada ‘Golden Raspberry Awards’ di Amerika Syarikat ini telah dilakukan oleh portal media Sports Kyunghyang.

Ia melibatkan 34 orang wartawan industri perfileman yang akan memilih tiga orang ‘pemenang’ menerusi beberapa kategori berbeza.

Bagi kategori ‘Pelakon dengan Perangai Paling Bermasalah pada 2022’, pelakon yang popular menerusi filem Train To Busan iaitu Ma Dong-seok telahpun mendapat undian tertinggi apabila 20 daripada 34 juri memilih beliau.

Kim Tae Ri, Nam Joo Hyuk Diundi ‘Pelakon Filem Bermasalah 2022’ Oleh Wartawan Korea
Ma Dong-seok

Menurut mereka, Dong-seok enggan terlibat dalam mana-mana temubual bersama media sewaktu minggu promosi filem Men of Plastic pada November lalu dengan alasan jadual sibuk.

Sebaliknya, agensi yang mewakili pelakon itu akan menyediakan senarai soalan serta jawapan kepada semua rakan media. Justeru, para wartawan Korea mengkritik cara pelakon tersebut sebagai tidak profesional dan tidak menunjukkan contoh yang baik.

IKLAN

Menariknya, tangga kedua dan ketiga bagi kategori ‘Pelakon dengan Perangai Paling Bermasalah pada 2022’ juga bukanlah calang-calang pelakon.

Aktres Kim Tae Ri (Alienoid, Twenty-Five Twenty-One) menduduki tangga kedua dengan 11 undi manakala Nam Joo Hyuk (Twenty-Five Twenty-One, Start-Up) pula memperolehi 6 undi untuk berada di tangga ketiga.

Kim Tae Ri, Nam Joo Hyuk Diundi ‘Pelakon Filem Bermasalah 2022’ Oleh Wartawan Korea
Kim Tae Ri

Kim Tae Ri dikatakan tidak mengambil sesi temubual dengan wartawan secara serius apabila dilihat lebih khusyuk ‘doodle’ pada kertas; lalu dilabel sebagai seseorang yang tidak memberikan perhatian.

ARTIKEL BERKAITAN: Pegang Watak Pelajar Sekolah Dalam ‘Twenty Five, Twenty One’, Rupanya Kim Tae Ri Sudah 31 Tahun! – REMAJA

IKLAN

Nam Joo Hyuk pula dipilih akibat ketiadaannya semasa tempoh promosi filem Remember dan ia dikaitkan dengan kontroversi minum alkohol biarpun belum mencapai usia minimum untuk berbuat demikian.

Kim Tae Ri, Nam Joo Hyuk Diundi ‘Pelakon Filem Bermasalah 2022’ Oleh Wartawan Korea
Nam Joo Hyuk.

Macam-macam ya!

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi Individu Tampil Pernah Jadi Mangsa Buli Nam Joo-hyuk, Ini Respon Agensinya – REMAJA

IKLAN

Selain kategori ‘Pelakon dengan Perangai Paling Bermasalah pada 2022’ ini, dua lagi kategori yang dipertaruhkan adalah kategori ‘Filem Paling Teruk bagi 2022’ yang dimenangi oleh Serve The people dan kategori ‘Pelakon Paling Teruk bagi 2022’ yang menjadi milik Ji Ahn menerusi filem Serve The People.

SUMBER: (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI