
Pelakon terkenal, Zara Zya baru-baru ini mencuri perhatian masyarakat selepas membuat satu pendedahan apabila seorang pegawai perubatan mendakwa dirinya memakai susuk beberapa tahun lalu.
Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi Threads, pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd Zainuddin (40), memuat naik gambar imbasan X-ray yang memperlihatkan terdapat objek seakan jarum di bawah bahagian pipinya.
“Tengah kemas gallery, terjumpa gambar xray ni masa saya buat check up gigi beberapa tahun lepas. Korang nampak tak sesuatu kat bawah pipi tu?”
“Beria dia suruh staff semua keluar bilik. Dan dia pun mula lah susun ayat untuk bertanya pada saya. Dia bisik, (padahal dah tak ada orang lain dalam bilik rawatan tu) Dulu ada pakai “susuk” ke?,” tulisnya.
Dalam pada itu, Zara turut menjelaskan objek tersebut bukanlah jarum melainkan pin peninggalan daripada prosedur operasi pembedahan dari pipi ke leher yang pernah dilakukan sebelum ini.
“Doktor tak baik eh fikir saya pakai susuk. Saya cakap, itu pin sebab saya buat operation lah. Dari pipi ke leher. Hahaha,” ujarnya berseloroh.
Walaupun sudah menjelaskan situasi sebenar kepada pegawai perubatan berkenaan, Zara berkongsi bahawa reaksi yang diberikan seakan masih tidak mempercayai pelakon yang popular menerusi drama berjudul ‘Love You Mr Arrogant’ itu.
“Tapi lepas saya explain dan cerita pun, muka dia masih macam antara nak percaya dengan tak. Dia sibuk pula cerita kisah orang lain yang datang klinik dia. Bila X-ray ada nampak seakan macam tu juga tapi lebih banyak dan mereka mengaku pakai sesuatu tu,” jelas Zara.
“Part kelakar, dari elok pasang lagu Sheila On 7, terus pasang zikir. Ingat aku hantu ke doktor oi? Hahahaha,” tambahnya.
Terdahulu, Zara Zya pernah dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dan menjalani rawatan dua sindrom dihadapinya iaitu ‘Cervical Facet’ dan ‘Lumbar Facet Syndrome’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.