Pelakon terkenal, Zara Zya baru-baru ini mencuri perhatian masyarakat selepas membuat satu pendedahan apabila seorang pegawai perubatan mendakwa dirinya memakai susuk beberapa tahun lalu.
Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi Threads, pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd Zainuddin (40), memuat naik gambar imbasan X-ray yang memperlihatkan terdapat objek seakan jarum di bawah bahagian pipinya.
“Tengah kemas gallery, terjumpa gambar xray ni masa saya buat check up gigi beberapa tahun lepas. Korang nampak tak sesuatu kat bawah pipi tu?”
“Beria dia suruh staff semua keluar bilik. Dan dia pun mula lah susun ayat untuk bertanya pada saya. Dia bisik, (padahal dah tak ada orang lain dalam bilik rawatan tu) Dulu ada pakai “susuk” ke?,” tulisnya.
Ads
Kredit: Threads Zara Zya
Dalam pada itu, Zara turut menjelaskan objek tersebut bukanlah jarum melainkan pin peninggalan daripada prosedur operasi pembedahan dari pipi ke leher yang pernah dilakukan sebelum ini.
“Doktor tak baik eh fikir saya pakai susuk. Saya cakap, itu pin sebab saya buat operation lah. Dari pipi ke leher. Hahaha,” ujarnya berseloroh.
Ads
Walaupun sudah menjelaskan situasi sebenar kepada pegawai perubatan berkenaan, Zara berkongsi bahawa reaksi yang diberikan seakan masih tidak mempercayai pelakon yang popular menerusi drama berjudul ‘Love You Mr Arrogant’ itu.
“Tapi lepas saya explain dan cerita pun, muka dia masih macam antara nak percaya dengan tak. Dia sibuk pula cerita kisah orang lain yang datang klinik dia. Bila X-ray ada nampak seakan macam tu juga tapi lebih banyak dan mereka mengaku pakai sesuatu tu,” jelas Zara.
Ads
Kredit: Threads Zara Zya
Lebih melucukan, Zara juga berkongsi bahawa klinik tersebut juga langsung menukar lagu kepada bacaan zikir.
“Part kelakar, dari elok pasang lagu Sheila On 7, terus pasang zikir. Ingat aku hantu ke doktor oi? Hahahaha,” tambahnya.
Terdahulu, Zara Zya pernah dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dan menjalani rawatan dua sindrom dihadapinya iaitu ‘Cervical Facet’ dan ‘Lumbar Facet Syndrome’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kurang dari 24 jam, teaser kedua BTS Boy With Luv sudah mendapat jumlah tontonan lebih dari 10 juta. WOW! Lebih menarik lagi, penyanyi Halsey merupakan kolaborasi terbaru Beyond The Scene (BTS) dengan penyanyi antarabangsa.
Semalam, Big Hit Entertainment memuat naik teaser kedua grup yang popular dengan lagu Idol itu bersama Halsey dengan lagu bertajuk Boy With Luv. Teaser pertama telah dikeluarkan 9 April lalu, dan mendapat respon dari peminat kpop di seluruh dunia. Tentu saja Army (kelab peminat BTS) tak keruan selepas melihat wajah terbaru dari 7 jejaka di bawah label Big Hit Entertainment ini.
Dalam pada itu, kelihatan ramai yang teruja dengan kolaborasi tersebut malah tidak sabar menantikan lagu tersebut. Dijangkakan, kolaborasi julung kali bersama selebriti antarabangsa akan dikeluarkan dalam bulan April ini. Alahai, tak sabarnya nak tunggu!
TAHNIAH ARMY!!!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, pelakon popular Korea Selatan yang pernah membintangi drama Bloodhounds, filem The Man from Nowhere dan The Neighbours, Kim Sae Ron ditemui meninggal dunia pada usia 24 tahun di rumahnya di Seongsu-dong, timur Seoul, semalam.
Menurut seorang rakan yang merancang untuk bertemu dengannya, Sae Ron ditemui sekitar jam 4.55 petang (waktu tempatan).
Disebabkan gagal menghubungi Sae Ron, rakannya kemudian terus mengambil keputusan untuk menelefon polis.
“Kami tidak menemui tanda-tanda perbuatan jenayah setakat ini tetapi kami sedang menyiasat punca kematiannya,” kata pihak polis dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Sae Ron pernah ditangkap kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam tahun 2022 selepas keretanya melanggar besi penghadang jalan dan sebuah transformer sehingga menyebabkan dia didenda sebanyak 20 juta won (RM54,000).
Pada April lalu, pelakon tersebut cuba kembali ke dunia lakonan dengan mengambil bahagian pada satu pementasan tetapi susulan satu kontroversi, dia menarik diri disebabkan masalah kesihatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Industri penerbangan merupakan satu industri yang terkesan teruk dek pandemic Covid-19. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada syarikat-syarikat penerbangan di negara kita, rata-rata terpaksa mengecilkan operasi dan membuang ribuan pekerja.
Singapore Airlines tidak kurang juga menerima tamparan dek situasi ini, dikala keuntungan yang jatuh menjunam disebabkan pendemik, syarikat penerbangan negara kecil itu mengubah dua buah kapal terbang A380 menjadi restoran selama dua hari pada 24, 25, 31 Oktober dan 1 November ini.
Sumber gambar: Singapore Airlines A380 via straitstime.com
Apa yang mengejutkan, idea ini ternyata menjadi popular dan menurut laporan Bloomberg, semua tempat duduk dijual dalam masa 30 minit selepas pembukaan. Nampaknya, memang ramai yang rindukan suasana untuk duduk di dalam kapal terbang dan disaji oleh pramugari.
Harga makanan di kelas suite adalah S$ 642 (RM 1958.52), sementara tempat duduk di kelas perniagaan pula berharga S$ 321 (RM 979) dan kemudian turun menjadi S$ 96.30 (RM 293.78) untuk ekonomi premium dan S$ 53.50 (RM 163.21)untuk ekonomi. Pelanggan juga boleh membayar dengan menggunakan poin menerusi program penerbangan kerap yang mereka miliki.
Sumber gambar: Menu Suite via Singapore Airlines
Biarpun kapal terbang ini boleh memuatkan sehingga 471 penumpang, namun hanya separuh kerusi akan digunakan bagi mengamalkan penjarakan sosial, bahkan penjagaan rapi seperti pembersihan dan proses nyahkuman dilakukan demi kesejahteraan semua.
Menurut laporan Straits Times Singapura, jenis menu yang akan ditawarkan oleh restoran sementara ini merangkumi masakan antarabangsa dan juga masakan peranakan yang disediakan khas untuk restoran sementara ini.
***P/S- Rindunya nak travel! Makan makanan dalam kapal terbang antara highlight bagi penulis. Semoga pandemik Covid-19 ini segera hilang dan kita mampu untuk terbang semula ke destinasi pelancongan yang diimpikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alif Rakib menerima sumbangan RM20,000 daripada Kerajaan Negeri Kelantan selepas mencipta sejarah sebagai Juara Dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE Championship.