Pelakon terkenal, Zara Zya baru-baru ini mencuri perhatian masyarakat selepas membuat satu pendedahan apabila seorang pegawai perubatan mendakwa dirinya memakai susuk beberapa tahun lalu.
Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi Threads, pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd Zainuddin (40), memuat naik gambar imbasan X-ray yang memperlihatkan terdapat objek seakan jarum di bawah bahagian pipinya.
“Tengah kemas gallery, terjumpa gambar xray ni masa saya buat check up gigi beberapa tahun lepas. Korang nampak tak sesuatu kat bawah pipi tu?”
“Beria dia suruh staff semua keluar bilik. Dan dia pun mula lah susun ayat untuk bertanya pada saya. Dia bisik, (padahal dah tak ada orang lain dalam bilik rawatan tu) Dulu ada pakai “susuk” ke?,” tulisnya.
Ads
Kredit: Threads Zara Zya
Dalam pada itu, Zara turut menjelaskan objek tersebut bukanlah jarum melainkan pin peninggalan daripada prosedur operasi pembedahan dari pipi ke leher yang pernah dilakukan sebelum ini.
“Doktor tak baik eh fikir saya pakai susuk. Saya cakap, itu pin sebab saya buat operation lah. Dari pipi ke leher. Hahaha,” ujarnya berseloroh.
Ads
Walaupun sudah menjelaskan situasi sebenar kepada pegawai perubatan berkenaan, Zara berkongsi bahawa reaksi yang diberikan seakan masih tidak mempercayai pelakon yang popular menerusi drama berjudul ‘Love You Mr Arrogant’ itu.
“Tapi lepas saya explain dan cerita pun, muka dia masih macam antara nak percaya dengan tak. Dia sibuk pula cerita kisah orang lain yang datang klinik dia. Bila X-ray ada nampak seakan macam tu juga tapi lebih banyak dan mereka mengaku pakai sesuatu tu,” jelas Zara.
Ads
Kredit: Threads Zara Zya
Lebih melucukan, Zara juga berkongsi bahawa klinik tersebut juga langsung menukar lagu kepada bacaan zikir.
“Part kelakar, dari elok pasang lagu Sheila On 7, terus pasang zikir. Ingat aku hantu ke doktor oi? Hahahaha,” tambahnya.
Terdahulu, Zara Zya pernah dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dan menjalani rawatan dua sindrom dihadapinya iaitu ‘Cervical Facet’ dan ‘Lumbar Facet Syndrome’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Raha mewarisi darah ‘Kapoor’ yang sering disinonimkan dengan genetik mata biru.
Terbaharu, wajah si kecil berusia 13 bulan itu ditunjukkan Alia ketika muncul dalam sebuah acara bersempena sambutan Krismas.
Raha mencuri perhatian ramai terutama paparazi yang tidak berhenti merakam gambar serta video wajah comel dengan matanya yang berwarna biru.
Alia mengahwini Ranbir pada April, 2022.
Ketika itu, si kecil yang dilahirkan pada 6 November 2022 didukung Ranbir sambil diiringi Alia.
Wajah Karisma Kapoor ketika muda.
Video keluarga kecil terbabit tular sehingga meraih pelbagai komen yang memuji Raha mewarisi baka generasi Kapoor terutama menyamakannya dengan Karisma Kapoor.
Malah tidak kurang juga mengatakan permata hati Alia dan Ranbir tidak ubah seperti datuknya Rishi Kapoor dan serta moyang, Raj Kapoor.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: Kosmo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang dah PUAS muat naik gambar jari di Instagram dan Facebook? Jadi sekarang tiba masa untuk hilangkan dakwat kekal pada jari telunjuk.
Cukuplah seharian jari rasa kering kerana dakwat ini, we want our finger back!
Apa yang korang perlu sediakan adalah mangkuk kecil, serbuk atau cecair Clorox, air suam, buah lemon dan krim pelembab atau moisturizer.
01
Bancuh Clorox dan air suam di dalam mangkuk. Masukkan jari telunjuk ke dalam bancuhan itu dan ratakan pada jari.
02
Ambil sedikit potongan buah lemon dan gosok pada jari. Sambil gosok, sambil bilas jari. Kemudian, ulang kembali langkah sebelumnya.
03
By now, jari mesti dah kurang dengan kesan dakwat kekal. Nak hilang semua tu, belum lagi lah. Tapi sekurang-kurangnya, jari dah tak nampak seperti memakai inai!
Ambil moisturizer dan apply pada jari tersebut kerana kandungan asid pada Clorox dan buah lemon membuat kulit jari terasa kering. Rasa kering je, apply moisturizer okay.
Jika kita perhatikan ‘air tangan’ pengarah berbakat besar tanah air, Syafiq Yusof ini sudah pastinya dia akan membawa sesuatu kelainan dalam setiap hasil karya seninya.
Menerusi naskhah aksi terbaharunya berjudul Special Force: Anarchy, pengarah ini mencari kelainan tersendiri dengan mengetengahkan aktres wanita, Puteri Aishah sebagai watak utama dalam drama tersebut.
“Saya dan pasukan produksi mengambil cabaran membuat kelainan dengan mengetengahkan pelakon wanita sebagai watak utama. Inspirasi drama ini diambil menerusi filem arahan saya, KL Special Force pada 2018.
“Corak persembahan dalam drama ini juga boleh dikatakan lebih kurang dengan filem berkenaan. Bagaimanapun, ia bukanlah siri sambungan. Drama aksi Special Force: Anarchy ini memaparkan aksi kepolisan berbeza jalan cerita.
“Saya juga memerlukan karakter yang boleh melakukan aksi dan memberikan emosi. Kalau lihat dalam filem, hero sarat dengan babak pergaduhan. Tetapi, kami lakukan pembaharuan jalan cerita dengan mengetengahkan pelakon wanita selaku watak utama. Ini antara kelainan ditonjolkan,” ujarnya panjang.
Dalam pada itu, pengarah filem Abang Long Fadil itu berkongsi dia turut berdepan beberapa cabaran apabila mahu menghasilkan drama yang memiliki latar belakang negara berbeza.
“Agak sukar untuk mengubah menjadi sesebuah negara lain. Disebabkan penggambaran dijalankan di ibu kota, jadi banyak logo dan bangunan ikonik Malaysia dapat dilihat. Banyak rakaman nampak seperti di Kuala Lumpur.
“Jadi, apa yang kami lakukan menggunakan kesan khas visual (VFX) untuk mengubah suasana. Itulah cabaran saya ketika proses suntingan. Kami perlu buat seperti berada di negara berbeza kerana mahu mengelakkan daripada sebarang isu sensitif,” katanya lagi.
Sekadar informasi, drama aksi ini mengisahkan Iman lakonan Puteri Aishah seorang pegawai polis yang berani menempuh cabaran menghadapi sebuah organisasi kumpulan kongsi gelap.
Ia bagi merungkai misteri dan pelan mereka untuk merompak Bank Negara dalam sebuah negara fiksyen bernama Tenggara. Ia telah mula ditayangkan pada 14 Januari menerusi penstriman Disney+ Hotstar.
Drama terbitan Skop Productions ini menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk M Nasir, Hasnul Rahmat, Elizabeth Tan, Alvin Wong, Johan As’ari, Yusuf Bahrin, Fify Azmi, Chacha Maembong dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Cha Eun Woo akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung kontroversi cukai dan pendaftaran tenteranya, sekali gus mencetuskan perhatian serta perdebatan hangat dalam kalangan peminat dan masyarakat.