
Pengawal keselamatan yang bertugas pada malam insiden membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir mendedahkan kepada Mahkamah Koroner hari ini bahawa beliau telah cuba menyedarkan remaja itu dengan memanggil nama sambil memegang pipinya, namun Zara Qairina tidak memberi sebarang reaksi.
Linah Mansoding @ Jaliha, 65, berkata ketika kejadian, pelajar Tingkatan Satu itu menarik dan menghembus nafas dengan kuat seolah-olah sedang “berdengkur”.

Ibu kepada empat anak itu memberitahu keadaan Zara Qairina ketika menjawab soalan peguam keluarga remaja berkenaan, Shahlan Jufri, pada hari ketujuh prosiding inkues berhubung kematian tragis itu.
“Dia macam tidur berdengkur… dia dalam keadaan terlentang, kasihan dia,” kata Linah di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Prosiding inkues berkenaan masih berjalan untuk menelusuri punca kematian Zara Qairina dan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai insiden tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beg Mewah Isteri Bekas PTD Curi Perhatian, Anggaran Harga Cecah RM15,000 Buat Warganet Terkejut

Pertuduhan kes menerima wang hasil aktiviti haram melibatkan isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan suaminya pada hari ini telah mencuri tumpuan warganet disebabkan pangkat tertuduh dan jumlah wang yang direkodkan.
Isteri kepada bekas PTD, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain yang dikenali sebagai Salwani Anuar didakwa atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM77,000 ketika bergelar pengawal sebuah syarikat bernama Syarikat Wany Venture.
Pertuduhan ke atas wanita berusia 27 tahun itu melibatkan dakwaan menerima wang hasil aktiviti haram sebanyak RM50,000, RM7,000, RM10,000 dan RM10,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik syarikat berkenaan di cawangan Damansara Heights, Wisma UOA II.

Di atas empat kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 dibaca bersama Seksyen 87(1)(a) akta sama yang boleh dihukum mengikut Subseksyen 4(1) akta sama.
Salwani, bagaimanapun mengaku tidak bersalah seperti mana pengakuan yang dibuat oleh suaminya yang terlebih dahulu dituduh di Mahkamah Sesyen berasingan.
Kehadiran Berkerusi Roda Tarik Perhatian
Tumpuan warganet yang beru mengenali gerangan diri Salwani pada hari ini turut terarah kepada keadaannya yang hadir berkerusi roda.
Peguamnya, Fahmi Abd Moin memaklumkan di hadapan Hakim Rosli Ahmad bahawa tertuduh menghidap penyakit bisul kronik di paha yang menyebabkannya tidak boleh berdiri lama.

Tidak cukup dengan itu, warganet juga tertarik dengan dua beg berjenama mewah yang dipegang oleh Salwani dan pembantunya yang menolak kerusi roda yang dinaikinya.
Anggaran Harga Beg Mengejutkan
Beg yang kelihatan persis beg kulit mewah jenis Extra Pocket L27 daripada jenama Loro Piana itu difahamkan boleh mencecah harga sehingga RM15,300.
Butiran di laman web jenama mewah dari Itali itu hadir dalam tiga rona berbeza dan diperbuat daripada kulit anak lembu premium.


Sementara itu, beg yang dijinjing oleh pembantunya pula adalah keluaran jenama Fendi (juga dari Itali) jenis Shopper Bag daripada fabrik jacquard dan bermotifkan monogram FF popularnya. Turut kelihatan adalah skaf ‘wrappy’ dari Fendi yang membaluti bahagian pemegang beg berharga kira-kira RM1,050.
Model beg tersebut tidak lagi terjual di di laman web rasmi Fendi Malaysia, namun satu lagi model beg yang seakan sama kini dijual pada harga RM9,100.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet yang sebelum ini tidak pernah mengenali dua jenama beg mewah itu terkejut dengan harganya.
Sebagai info, tarikh sebutan semula kes serta penyerahan dokumen telah ditetapkan pada 30 Mac 2026 oleh Hakim Rosli Ahmad.
SUMBER FOTO: Harian Metro & Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Remaja 13 Tahun Maut Lepas Makan 3 Paket Mi Segera Mentah

Insiden mengejutkan berlaku apabila seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dikenali sebagai Hamza dilaporkan meninggal dunia selepas makan tiga paket mi segera mentah jenama popular. Tragedi ini bukan sahaja menggemparkan keluarganya, malah menjadi topik hangat di media sosial kerana melibatkan makanan segera yang begitu dekat dengan kehidupan remaja.
Menurut laporan, Hamza makan mi segera mentah itu sejurus pulang dari kelas hafazan al-Quran dan solat Maghrib. Namun hanya 30 minit kemudian, dia mula muntah berulang kali, berpeluh dan mengadu sakit perut yang teramat.
REBAH SELEPAS MAKAN MI MENTAH
Bapanya segera membawa Hamza ke hospital. Doktor yang merawat mengesyaki keracunan makanan dan mengarahkan pemindahan ke pusat toksikologi. Malangnya, Hamza disahkan meninggal dunia dalam ambulans pada Sabtu, 16 Ogos.
Media tempatan melaporkan remaja itu rebah di rumah keluarganya di daerah El-Marg, Kaherah. Walaupun ada laporan awal mendakwa dia meninggal di rumah, bapanya menegaskan bahawa anaknya menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan.

Ujian perubatan mengesahkan tiada sebarang bahan terlarang ditemui dalam tubuhnya. Sampel mi segera turut diambil untuk dianalisis, manakala bedah siasat dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian.
PRODUK DISIASAT, PEMILIK KEDAI DITAHAN
Kes ini kini mendapat perhatian serius pihak pendakwa raya Mesir. Pemilik kedai yang menjual mi segera tersebut telah ditahan untuk membantu siasatan. Pemeriksaan lanjut terhadap produk berkenaan juga sedang dijalankan.
Di media sosial, tragedi ini mencetuskan perdebatan hebat. Ada yang menyeru agar produk mi segera tertentu diboikot, sementara ada yang mempertahankannya dengan mengatakan ia selamat jika dimasak mengikut arahan.
PAKAR AMARAN TENTANG MI SEGERA
Mi segera memang popular di kalangan remaja kerana murah, mudah dan cepat dimakan. Tetapi pakar pemakanan sejak lama sudah memberi amaran: pengambilan berlebihan boleh membawa risiko gastrousus, alahan, serta menjejaskan fungsi hati dan buah pinggang. Lebih membimbangkan, memakannya mentah membuatkan sistem penghadaman sukar memproses kandungan mi yang tinggi pengawet dan garam.
Bapa Hamza dengan nada sebak menegaskan:
“Apa yang berlaku kepada anak saya adalah satu tragedi. Ia sepatutnya menjadi amaran kepada semua keluarga agar lebih berhati-hati.”
Kisah ini menjadi peringatan besar kepada remaja di Malaysia juga. Jangan jadikan mi segera mentah sebagai snek harian. Kesihatan adalah pelaburan paling penting untuk masa depan jangan biarkan sesuatu yang kelihatan remeh meragut nyawa.
Sumber: Ynet News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kanak-Kanak Dipukul Tukul, Meninggal Dunia Selepas Seminggu Bertarung Nyawa

Satu lagi tragedi menyayat hati berlaku apabila seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Ammar Muhammad Badrul, 7 tahun, meninggal dunia selepas seminggu bertarung nyawa akibat dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya sendiri.
Ammar disahkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.02 petang di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), selepas melalui keadaan kritikal sejak kejadian malang itu minggu lalu.
Kisah Yang Mengundang Sebak
Menurut laporan Harian Metro, berita pemergian Ammar dikongsikan oleh ibu bapanya melalui hantaran status WhatsApp yang penuh sebak. Bapanya, Muhammad Badrul, menulis:
“Anak saya Muhammad Ammar dah kembali ke negeri asal… sama-sama sedekahkan Al-Fatihah.”
Ibunya, Nur Ayuni, yang sebelum ini tidak pernah berhenti berharap anaknya kembali pulih meskipun doktor sudah memberi isyarat awal, reda menerima ketentuan Ilahi. Ammar sebelum ini pernah terhenti jantung selama 14 minit dan menerima lebih 50 jahitan di kepala akibat dipukul berulang kali.

Kejadian Yang Menggegarkan Negara
Kejadian berlaku di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat, Bachok. Mangsa dipukul menggunakan tukul oleh bapa saudaranya yang berusia 46 tahun hingga menyebabkan kecederaan parah di kepala. Selepas kejadian, suspek melarikan diri sebelum ditemui meninggal dunia di Pantai Melawi.
Pengajaran Untuk Generasi Muda
Tragedi ini memberi mesej besar buat kita semua — tentang pentingnya keselamatan dan perlindungan kanak-kanak. Sebagai masyarakat, kita perlu lebih peka dengan isu penderaan dan tidak membiarkan ia berlalu tanpa tindakan.
Bagi generasi remaja khususnya, inilah masanya untuk lebih cakna dan berani bersuara sekiranya menyaksikan atau mengetahui kes penderaan. Ammar pergi sebagai seorang anak syurga, namun kisahnya harus menjadi pengajaran buat kita semua.
BACA LAGI : Pelajar PPR Bergelar Doktor & Pelajar Terbaik UIAM, Buktikan Janji Kepada Bapa
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

