Begitulah begitu murni dan murah hati Youtuber terkenal warga Amerika Syarikat yang dikenali sebagai MrBeast dilaporkan bermurah hati membiayai pembedahan 1,000 orang buta atau hampir buta untuk memulihkan penglihatan mereka, lapor CNN.
MrBeast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson berkongsi mengenai perkara itu dalam sebuah rakaman video pada Sabtu yang mencapai lebih 54 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
“Kami akan membantu menyembuhkan seribu orang buta,” kata MrBeast dalam video tersebut.
Ads
Video itu memaparkan keadaan pesakit ‘sebelum dan selepas’ menerima pembedahan penglihatan dan turut menerima sumbangan wang tunai serta hadiah lain daripada MrBeast.
Content creator MrBeast goes viral after paying for 1,000 surgeries to cure blindness in patients around the world.
He also gave away $10K to a select number of patients, $50K to an incoming college student, and a new Tesla to one patient who has always wanted a car. pic.twitter.com/myq24yn9RV
Pakar oftalmologi dan pakar bedah, Jeff Levenson yang melakukan pembedahan tersebut telah menjadi penyelaras bagi program Gift of Sight selama lebih 20 tahun, yang menyediakan pembedahan katarak percuma untuk pesakit buta akibat mengalami masalah katarak.
“Separuh daripada orang buta di dunia ini memerlukan pembedahan selama 10 minit,” ujar Levenson dalam video itu merujuk kepada pembedahan pembuangan katarak.
Wah bagus juga ‘content’ membantu orang yang memerlukan sebegini kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka niat seorang pelawak, Dr Jason Leong untuk melahirkan rasa terharunya telah disalah tafsir oleh segelintir netizen hanya kerana menggunakan peribahasa dalam bahasa Inggeris.
Kisahnya, dia memuat naik status di laman Twitternya ingin berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia khususnya mereka yang beragama Islam kerana mempertahankan kaum Cina saat kerana ada yang memanggil mereka sebagai ‘tetamu’ dan bukan penduduk asal Malaysia.
“Everytime a Malay Muslim says stuff like, “Mereka bukan tetamu tapi keluarga saya”, there is a lump in my throat,” tulisnya.
Bagaimanapun, ada yang tersalah anggap dengan kenyataan ‘lump in my throat’ kerana menyangkakan ia adalah satu frasa yang negatif.
Susulan itu, kelihatan netizen lain yang mempertahankan kenyataan Jason dengan menerangkan maksud sebenar frasa tersebut.
Oh my…Semoga lepas ini netizen akan take note dan google dulu ya peribahasa Bahasa Inggeris yang anda tidak faham. Anyway, spread love, not hate gais!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
HANA TAJIMA, bukan nama asing yang perlu untuk diperkenalkan lagi.
Dari golongan remaja di universiti sehinggalah ke perempuan muda yang sedang bekerja, stail Hana Tajima sentiasa dapat dilihat pada cara kita menata gaya stail harian.
Memeluk Islam sejak berusia 18 tahun dan lebih 10 tahun mencipta identiti sebagai seorang pereka fesyen dan fesyenista berhijab, tempias stail Hana Tajima turut dapat dirasai di Malaysia..
Hana Tajima juga telah beberapa kali berkolaborasi bersama jenama fesyen dari Jepun, Uniqlo termasuklah untuk koleksi 2021, pasti korang pun ada koleksi daripada Hana untuk dimuatkan ke dalam gerobok masing-masing.
Namun, satu berita yang tidak ‘sedap’ didengari daripada wanita kacukan Jepun dan Amerika Syarikat ini. Hana Tajima mengakui sudah lagi tidak bertudung disebabkan tertekan untuk menjadi Muslimah mengikut perspektif dikehendaki masyarakat. Menurutnya, beliau juga membawa beban tidak dikehendaki kerana ia membuka ruang untuk dirinya terus menerus menjadi mangsa kritikan umum.
Melalui perkongsian video di laman sosial Instagramnya lagi, Hana menyatakan yang dia berasa agak sukar untuk membincangkan hal ini dan beliau sudah memikirkan perkara berkenaan dalam satu tempoh yang agak lama. Tambahnya, sukar untuk mencari keseimbangan di dalam dirinya dan hijab serta bukan mudah untuk terus menutup auratnya semata-mata demi memuaskan hati orang lain.
Menurutnya lagi, dia ingin berubah menjadi seseorang yang lebih menghargai diri dan cuba mengalihkan fokus terhadap pendapat yang mengatakan tudung sebagai kayu pengukur kepada kebaikan. Walaupun Hana suka akan hijabnya dan masih belajar untuk menyukainya, namun ia bukannya sebahagian daripada identiti luarannya lagi dan lebih kepada sebahagian daripada dalam dirinya.
Menyengah ke laman instagramnya, Hana turut berterima-kasih kepada semua kerana memberikan kata-kata semangat dan sokongan buat dirinya.
Hmm…secara jujurnya penulis agak kecewa mendengar perkhabaran dari Hana Tajima ini, tapi tak apalah kita doakan jela yang terbaik untuk Hana Tajima dan moga Allah berikan hidayah kepadanya untuk berhijab dan menjadi ikon hijab kembali…Mudah-mudahan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umat Islam baru saja menyambut Awal Muharram atau disebut juga sebagai Maal Hijrah iaitu permulaan tahun baru 1441 H. Jika kita hanya memikirkan Awal Muharram adalah sekadar hari cuti biasa, sebenarnya ada sesuatu yang lebih daripada itu.
Awal Muharram adalah hari penting bagi umat Islam kerana pada tarikh ini berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Banyak kejadian-kejadian penting terjadi dalam bulan Muharram ini termasuklah Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (kalender Hijrah). Jika di zaman sekolah dahulu, kita diajar bahawa segala buka-buku amalan iaitu dosa dan pahala yang kita lakukan selama setahun diangkat ke langit untuk disimpan sebelum dibuka semula pada hari akhirat.
Jika Awal Muharram begitu penting, ada lagi hari penting dalam bulan Muharram yang wajib umat Islam faham dan ambil tahu iaitu 9 dan 10 Muharram atau disebut sebagai Hari Asyura di mana kita digalakkan untuk berpuasa.
Peristiwa berpuasa sunat ini dapat dilihat bila mana Rasulullah SAW sewaktu berhijrah ke Madinah di mana Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Namun bagi membezakan umat Islam dengan orang Yahudi maka Nabi mengajar kita berpuasa pada 9 Muharram atau disebut hari Tasu’a.
Kelebihan berpuasa pada 9 & 10 Muharram atau jatuh pada hari Isnin iaitu 9 September dan Selasa 10 September ini turut dinyatakan dalam beberapa hadis sohih.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadan ialah puasadalam bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Imam Muslim)
Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadan.
Malah dalam sebuah hadis riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.
Nabi SAW bersabda: “Tidak hanya manusia meraikan Asyura dengan puasa bahkan haiwan pun berpuasa. Di antara haiwan yang disebut berpuasa pada hari Asyura adalah burung ashurad, semut dan binatang buas.”(Riwayat Abu Musa al-Madini, al-Fath dan al-Khatib).
KELEBIHAN PUASA ASYURA’
Baginda bersabda: “Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya”. Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : ” Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.
Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka.”
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : ” Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?”. Maka berkata Rasulullah S.A.W : ” Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir’aun pada hari Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s pada hari Asyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura !”.
Ini niat puasa hari Asyura
Inilah niat puasa hari Asyura dan tasu’a. Sumber Fb Majlis Ilmu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.