Persembahan Sufian Suhaimi di pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL) masih lagi menjadi bualan di media sosial kerana ramai yang tersentuh dengan nyanyian penuh emosinya malam itu.
Tidak hairan bila penyanyi lelaki itu mendapat sorokan gemuruh peminat kerana lagu Di Matamu sememangnya hits dan mendapat tontonan lebih 50 juta di YouTube.
Dan kerana itu juga, viral sebuah video lagu Di Matamu yang dinyanyikan semula dalam versi Korea oleh YouTuber disana, dikenali sebagai GTI.
Kumpulan GTI ini sudah agak popular di negara jiran kita, Indonesia kerana mereka banyak membuat cover lagu-lagu seberang. Anak muda yang dikenali sebagai Sibong, Dong Hyun dan Aoora ini merupakan anak kelahiran Korea Selatan dan baru-baru ini, mereka juga turut merakamkan lagu cover Di Matamu.
Ads
Ya, mungkin di Malaysia masih ramai yang belum mengenali kumpulan GTI ini tapi apa kata kalau korang dengar sendiri nyanyian cover oleh mereka ini.
Reaksi netizen
Pelbagai reaksi diterima dan rata-rata daripada mereka terkejut bila YouTuber dari Korea ini menyanyikan lagu Melayu.
Isu peperiksaan di sekolah nampaknya masih hangat diperkatakan kerana terdapat permintaan ibu bapa yang mahu peperiksaan dimansuhkan dikembalikan semula.
Namun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa pihak mereka kekal dengan keputusan untuk tidak mengembalikan peperiksaan awam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) semula.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, UPSR dan PT3 dimansuhkan kerana KPM mahu melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan tidak terhad dalam bidang akademik sahaja.
Jelasnya lagi, sudah banyak penerangan yang diberikan bahawa mereka mengambil pendekatan yang lebih inklusif, bukan hanya eksklusif berdasarkan peperiksaan semata-mata kerana ingin melahirkan modal insan yang berkebolehan dalam banyak bidang lain.
“Malaysia bergerak ke arah negara yang lebih maju, kami ingin membekalkan negara dengan modal insan dalam pelbagai kepakaran. Itu tujuan utamanya, jadi percayalah kita akan membantu negara melahirkan Malaysia yang lebih berkebolehan,” tambahnya lagi.
Foto: Kosmo (Gambar hiasan)
Untuk info, KPM telah memansuhkan sepenuhnya UPSR pada 28 April lepas dan memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan PBD, manakala Jun lalu kementerian itu juga turut mengumumkan PT3 dimansuhkan bermula tahun ini dan digantikan dengan pengukuhan PBS.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah keluarga Diraja England sememangnya menjadi perhatian ramai. Lihat sahajalah pada karya-karya moden popular menerusi siri televisyen, naskhah dalam talian dan filem seperti The Crown dan Spencer yang banyak mengambil inspirasi dari sejarah, konflik dan juga kegemilangan keluarga terkenal ini.
Jika anda penonton tegar siri The Crown yang disiarkan di Netflix, pastinya anda akan kenal dengan figura Camilla Parker-Bowles yang merupakan kekasih gelap Putera Charles yang kini bergelar isterinya sejak tahun 2005.
Biarpun hubungan mereka mencetus kontroversi dalam keluarga Diraja kerana mengadakal skandal cinta saat Putera Chales masih bergelar suami kepada Puteri Diana, namun kasih yang teguh sehingga kini membuktikan bahawa bakal Raja England itu benar-benar telah menemui cinta sejatinya.
Camilla yang merupakan seorang janda anak dua sebelum berkahwin dengan Putera Charles. Beliau sebelum ini tidak disukai ramai dan kerap dibandingkan dengan Puteri Diana, namun begitu kini perlahan-lahan diterima baik bukan sahaja dalam keluarga Diraja bahkan oleh rakyat jelata juga.
Camilla bersama ibu mentua dan menantunya. Kredit foto: Instagram Clarence House
Terbaharu, dalam ucapan sempena Acsession Day, Ratu Elizabeth II telah bertitah yang dia mahu Camilla digelar queen consort atau permaisuri apabila Putera Charles menaiki takhta kerajaan itu nanti.
Titah baginda, “’Lambat laun, anak saya Charles akan menjadi Raja, saya tahu anda akan memberikan dia dan isterinya Camilla sokongan yang sama seperti yang telah anda berikan kepada saya; dan saya sangat berharap, apabila tiba masanya, Camilla akan dikenali sebagai Permaisuri dan dia akan meneruskan perkhidmatan dengan setia.”
Baginda dikatakan kagum dengan kerja keras yang ditunjukkan oleh menantunya dan sokongan yang ditunjukkan kepada Putera Charles tanpa berbelah bahagi.
Kini, Camilla digelar sebagai Duchess of Cornwall mengambil gelaran kebesaran suaminya. Walaupun Putera Charles digelar Duke of Wales, namun Camilla tidak digelar Duchess of Wales kerana sebagai tanda hormat kepada mendiang Puteri Diana yang digelar Princess of Wales sebelum ini.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kalau korang sayangkan RM1000, jangan sesekali berapa hisap rokok atau vape di taman awam di Selangor ya. Juga amaran ini khusus untuk mereka yang suka minum arak.
Ini kerana berkuat kuasa hari ini, Selangor menjadi negeri pertama yang menguatkuasakan larangan aktiviti merokok termasuk rokok elektronik serta meminum arak di taman awam di seluruh negeri ini berkuat kuasa serta merta.
EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata penguatkuasaan larangan baharu itu dimasukkan ke senarai kesalahan di Undang-Undang Kecil (UUK) Taman 2005 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Selangor.
"Pada masa ini, senarai kesalahan di UUK Taman tidak dinyatakan berkenaan aktiviti meminum arak dan merokok sebagai satu aktiviti yang dilarang.
"Dengan pindaan UUK Taman 2005 ini, Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang melarang meminum arak dan merokok di taman permainan serta taman rekreasi di seluruh negeri ini," katanya pada sidang media di hari ini.
Beliau berkata, gaya hidup yang sihat semakin menjadi amalan dan keutamaan rakyat justeru taman permainan dan taman rekreasi semakin kerap dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan warga emas untuk beriadah, bersukan serta melakukan aktiviti kekeluargaan.
"Demi keselesaan dan kesihatan pengunjung lebih-lebih lagi pada pasca Covid-19, maka kini tiba masa untuk melarang aktiviti minum arak dan merokok di taman permainan dan taman rekreasi mengikut UUK Taman.
"Penguatkuasaan undang-undang berkenaan akan dilaksanakan oleh PBT dan saman maksimum RM1,000 boleh dikenakan kepada pengunjung yang ingkar dengan larangan yang ditetapkan," katanya.
Sze Han berkata, penguatkuasa PBT akan mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagaimanapun, orang ramai juga boleh membuat aduan kepada PBT masing-masing sekiranya melihat salah laku berkenaan di taman awam.
"Sebagai permulaan, kita mungkin akan memberi amaran terlebih dahulu sebelum tindakan saman dikenakan kepada pelaku," katanya. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!