Dalam suasana politik yang sering dikaitkan dengan layanan istimewa dan kelebihan status, pendirian yang dibawa oleh YB Syerleena Abdul Rashid tampil ringkas tetapi jelas ahli politik juga tertakluk kepada peraturan yang sama seperti rakyat biasa.
Ahli Parlimen Bukit Bendera itu secara terbuka menyatakan sokongan terhadap polisi tempahan online Khairul Aming, seorang usahawan dan personaliti makanan terkenal, yang sebelum ini menegaskan bahawa tiada konsep ‘walk-in’ termasuk untuk ahli politik.
Sebaliknya, semua pelanggan perlu membuat tempahan secara dalam talian mengikut sistem yang telah ditetapkan.
Menurut YB Syerleena Abdul Rashid, prinsip tersebut bukan sahaja wajar, malah selari dengan nilai asas integriti dan akauntabiliti yang sepatutnya dipegang oleh setiap wakil rakyat.
Baginya, peraturan yang dicipta adalah untuk memastikan keadilan, bukannya untuk memberi kelebihan kepada golongan tertentu.
“Sebagai ahli politik, kami sepatutnya dilayan sama seperti orang lain. Malah, kamilah yang patut berada di barisan hadapan dalam mematuhi peraturan dan memastikan sistem berjalan dengan adil,” katanya.
Tolak Budaya Layanan Istimewa
Beliau menegaskan bahawa jawatan atau kedudukan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mendapatkan layanan khas, walaupun dalam urusan harian yang kelihatan remeh seperti mengunjungi restoran.
Ads
Sokongan terhadap polisi tempahan online Khairul Aming dilihat sebagai simbol penolakan terhadap budaya keistimewaan yang sering menjadi rungutan masyarakat.
Dalam konteks ini, YB Syerleena Abdul Rashid menekankan bahawa sikap meminta keutamaan hanya akan merosakkan kepercayaan rakyat terhadap sistem dan institusi.
Sebaliknya, kepimpinan yang baik perlu ditunjukkan melalui teladan dan tindakan yang konsisten.
Pengalaman Peribadi Tanpa Keistimewaan
Dalam nada lebih santai, beliau turut berkongsi bahawa hasratnya untuk berkunjung ke restoran milik Khairul Aming masih belum kesampaian.
Ads
Namun, perkara itu bukan berpunca daripada isu layanan, sebaliknya disebabkan kekangan masa dan komitmen kerja sebagai wakil rakyat.
“Kalau saya nak pergi pun, saya akan buat tempahan macam orang lain. Tak ada apa-apa yang istimewa,” ujarnya ringkas, sekali gus menguatkan sokongannya terhadap polisi tempahan online Khairul Aming yang diamalkan secara konsisten.
Tambah beliau, masyarakat juga tidak seharusnya meletakkan sesiapa termasuk ahli politik di atas peraturan atau undang-undang.
Prinsip ini dianggap penting bagi memastikan keadilan sosial dan mengelakkan penyalahgunaan kuasa.
“Tak ada siapa lebih besar daripada peraturan, dan tak ada siapa lebih tinggi daripada rakyat,” katanya lagi, merujuk kepada keperluan semua pihak menghormati sistem yang telah diwujudkan.
Ads
Mesej Kepimpinan Yang Realistik
Kenyataan tersebut dilihat sebagai satu mesej simbolik yang lebih besar, mencerminkan pendekatan kepimpinan yang berpijak di bumi nyata serta menolak budaya layanan khas.
Sokongan terbuka terhadap polisi tempahan online Khairul Aming turut memberi isyarat bahawa keadilan boleh bermula daripada perkara kecil dalam kehidupan seharian.
Sumber : Tiktok YB Syerleena_Rashid
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa semua rangkaian pembayaran menggunakan kod QR persendirian (proprietary QR) akan dimansuhkan secara berperingkat menjelang 30 Jun 2028.
Difahamkan, langkah itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Rangka Kerja Pemindahan Dana Saling Kendali (Interoperable Fund Transfer Framework, IFTF) yang bertujuan mewujudkan sistem pembayaran digital lebih tersusun, cekap dan saling berhubung di seluruh negara.
Menurut BNM dalam satu kenyataan, dasar tersebut akan memastikan semua pembayaran QR domestik menggunakan infrastruktur pembayaran bersama yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia (PayNet). Sepanjang tempoh peralihan selama dua tahun, institusi kewangan yang terlibat juga tidak lagi dibenarkan mendaftarkan peniaga baharu ke dalam rangkaian QR persendirian masing-masing sebelum ia dihentikan sepenuhnya pada 2028.
Satu Kod QR, Semua Aplikasi Boleh Guna
Melalui pelaksanaan dasar baharu ini, pengguna tidak lagi perlu berdepan situasi di mana sesuatu kod QR hanya boleh digunakan menerusi aplikasi bank atau e-dompet tertentu. Sebaliknya, mana-mana aplikasi pembayaran yang mengambil bahagian dalam rangkaian DuitNow QR boleh digunakan untuk membuat transaksi di premis yang sama.
Pada masa sama, semua bank yang menawarkan pembayaran QR diwajibkan menyertai rangkaian pembayaran bersama, manakala ‘merchant acquirer’ perlu memastikan peniaga di bawah kendalian mereka boleh menerima bayaran daripada pelanggan mana-mana institusi kewangan yang mengambil bahagian. Langkah ini sekaligus mewujudkan ekosistem pembayaran yang lebih terbuka dan saling kendali.
Kredit foto: BNM
Lebih Mudah Untuk Pengguna & Peniaga
Bagi pengguna, pelaksanaan sistem ini dijangka menjadikan pengalaman pembayaran lebih lancar kerana tidak lagi perlu memuat turun pelbagai aplikasi semata-mata untuk membuat bayaran di premis tertentu. Cukup sekadar menggunakan aplikasi bank atau e-dompet pilihan yang menyokong DuitNow QR.
Manakala, peniaga bakal menikmati proses penerimaan pembayaran yang lebih mudah apabila tidak lagi perlu memaparkan beberapa kod QR daripada penyedia berbeza di kaunter. Selain mengurangkan kekeliruan pelanggan, pendekatan ini turut membantu memudahkan pengurusan transaksi harian.
Program Ganjaran Masih Boleh Diteruskan
Walaupun terdapat kebimbangan dalam kalangan pemain industri mengenai kos peralihan dan pelaksanaan sistem baharu, BNM memaklumkan bahawa PayNet telah memberi jaminan penyedia pembayaran masih mempunyai fleksibiliti untuk menawarkan program kesetiaan pelanggan, ganjaran, promosi serta pelbagai perkhidmatan nilai tambah menerusi platform masing-masing.
Selain itu, penggunaan pembayaran elektronik di Malaysia terus menunjukkan perkembangan positif dengan setiap rakyat Malaysia kini melakukan sekurang-kurangnya 1.5 transaksi pembayaran elektronik setiap hari.
Sementara itu, menerusi pelaksanaan dasar ini, BNM berharap sistem pembayaran QR negara akan menjadi lebih seragam, cekap dan bersedia menyokong perkembangan transaksi digital termasuk pembayaran rentas sempadan pada masa hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan kadar obesiti yang membimbangkan di negara ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengumumkan pengurangan sebanyak 80 peratus bagi bayaran lesen gimnasium di Kuala Lumpur sebagai langkah proaktif memperkukuh agenda bandar sihat.
Menurut Hannah dalam sebuah perkongsian di Facebook, kadar terbaru lesen operasi gimnasium ditetapkan pada RM10 bagi setiap meter persegi berbanding RM50 sebelum ini, sekaligus menandakan pengurangan sebanyak 80 peratus hasil sesi libat urus bersama pemain industri termasuk Persatuan Pengusaha Gimnasium Malaysia (PPGM).
“Sebelum ini, pengusaha gimnasium membayar kira-kira RM5,000 setahun untuk bayaran lesen. Kini, mereka hanya perlu bayar RM1,000. Ini merupakan pengurangan sebanyak 80%,” katanya.
Pada masa yang sama, Hannah menegaskan bahawa premis yang menyediakan perkhidmatan tambahan seperti spa, urutan atau elemen komersial lain masih tertakluk kepada lesen berasingan.
“Untuk gimnasium ‘tulen’, (pengusaha) nikmati kadar RM10 per meter persegi. Sekiranya ditambah elemen seperti spa, kafe atau komponen komersial, perlu bayar (fi) lesen yang berbeza,” jelasnya.
Mengulas rasional keputusan tersebut, beliau berkata kes penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes dan hipertensi terus menunjukkan tren membimbangkan, khususnya di kawasan bandar yang berdepan gaya hidup tidak aktif serta kekangan masa untuk melakukan aktiviti fizikal secara konsisten.
Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, kadar rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang berlebihan berat badan mencecah 32.6 peratus, manakala 21.8 peratus lagi dikategorikan sebagai obes. Kuala Lumpur merekodkan kadar tertinggi iaitu 40.6 peratus, diikuti Putrajaya (35.5 peratus) dan Labuan (34.8 peratus).
Berdasarkan statistik yang membimbangkan, beliau turut menegaskan keperluan tindakan drastik kerana beban kesihatan awam kini lebih tertumpu di kawasan metropolitan dan Wilayah Persekutuan, sekaligus memerlukan dasar yang lebih responsif di peringkat bandar.
Bagaimanapun, jelas Hannah, kerajaan tidak akan memaksa pengusaha menurunkan harga keahlian. Sebaliknya, kerajaan menggalakkan mereka menyalurkan manfaat pengurangan bayaran lesen operasi ini kepada komuniti melalui tawaran diskaun keahlian pada waktu luar puncak seperti 6.00 hingga 8.00 pagi dan 5.00 hingga 7.00 petang, selain menyediakan kadar istimewa untuk warga emas bagi menyokong penuaan aktif dan sihat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, tidak menghalang Mohammad Syafizul Zolkurnin, untuk mencapai kejayaan akademik yang cemerlang.
Bapanya hanya bekerja sebagai pemandu forklift di sebuah kilang, namun minat dan kesungguhan dalam bidang kejuruteraan membawanya meraih Anugerah Pingat Emas Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
Mohammad Syafizul yang berasal dari Pantai Merdeka, Kedah, dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik, berkongsi bahawa minatnya terhadap kejuruteraan bermula sejak kecil.
Pencapaian cemerlang ini turut diraih ketika dia menerima Anugerah Pingat Emas Canselor UniMAP semasa Istiadat Konvokesyen UniMAP Ke-19 yang diadakan di Dewan Ilmu Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, baru-baru ini.
Selain kejayaan akademik, Mohammad Syafizul kini bekerja sebagai jurutera proses di sebuah syarikat multinasional. Dia menzahirkan kesyukuran kerana gaji yang diterimanya kini setara dengan pendapatan kedua ibu bapanya, yang mana ibunya bekerja sebagai kerani.
“Saya sangat gembira kerana kini saya dapat meringankan beban keluarga dan memberi mereka kehidupan yang lebih baik,” ujarnya dengan nada penuh syukur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Utusan online.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selamat disemadikan di Pusara Negara, Presint 20,...