Warganegara asing yang menonton video tersebut juga memberikan respon positif terhadap usaha Lee Hsien Loong itu.
Hampir 3 minggu Perdana Menteri Singapura tidak muncul untuk memberikan perutusan rasmi berkenaan situasi semasa wabak Covid-19 di negara itu. Lalu, perutusan beliau 2 hari lepas sememangnya dinanti-nantikan.
Buktinya, sehingga kini 1.3 juta tontonan telah dicatat di YouTube bagi video perutusan tersebut.
Sekali lagi, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mencuri tumpuan apabila beliau membahagikan ucapan kepada 3 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin.
Ini demi memastikan sejagat masyarakat Singapura memahami mesej yang ingin disampaikan dan tiada benteng bahasa (language barrier) di antara pemimpin dengan rakyat – terutamanya di kalangan warga emas yang tidak begitu fasih berbahasa Inggeris.
Menariknya, warganegara asing yang menonton video tersebut juga memberikan respon positif terhadap usaha Lee Hsien Loong itu.
Ads
“Suara penyampaian beliau jelas dan menenangkan. Saya tak teragak-agak untuk berkongsi video ini dalam grup mesej keluarga,” kata salah seorang netizen.
Untuk pengetahuan korang, Lee Hsien Loong sememangnya fasih berbahasa Melayu dan sering bertutur dalam bahasa tersebut apabila bertemu masyarakat Melayu Singapura dan semasa berucap di persindangan Parlimen.
Sejak usia 5 tahun lagi, beliau telah didedahkan kepada tulisan jawi oleh mendiang ayahnya, Lee Kuan Yew (Perdana Menteri pertama Singapura) menerusi akhbar Utusan Melayu.
Disebabkan kefasihan berbahasa ini jugalah, kedua-dua Perdana Menteri ini dihormati di kalangan generasi berusia.
Ads
Thank you Mr. PM @leehsienloong
Terima kasih.
We really appreciate this. At least what i can learn from your beautiful caring speech is that i understand how very serious we all should be in combating Covid19.
Antara intipati perutusan beliau adalah mengenai bagaimana rakyat Singapura perlu serius mengambil langkah berjaga-jaga sekarang.
“Saya faham sepenuhnya perkara ini. Tetapi saya berharap anda juga akan memahami
kenapa kita semua perlu ambil serius langkah-langkah memastikan jarak selamat dalam tempoh ini.
“Ini adalah satu-satunya cara berkesan untuk memperlahankan penularan virus ini, supaya kita dapat mengurangkan bilangan kes jangkitan virus secara beransur-ansur. Ia adalah cara terbaik untuk memastikan keluarga kita selamat, dan terutamanya untuk melindungi warga emas kita daripada jatuh sakit.
Ads
“Oleh itu, bersabarlah dengan penyesuaian sukar yang perlu kita buat. Setiap seorang daripada kita boleh, dan harus memainkan peranan kita, untuk memastikan semua di Singapura selamat daripada COVID-19,” jelas beliau.
*
Hebat kan?
Walaupun mendapat pendidikan di sekolah Katolik di Singapura dan seterusnya meneruskan pengajian di Rusia, Universiti Cambridge dan Universiti Harvard, beliau masih ingat asal-usul bahasa beliau.
Walaupun kita dalam situasi pandemik akibat penularan wabak Covid-19 sekarang, sekurang-kurangnya rakyat tenang setelah mendengar perutusan Perdana Menteri dari Malaysia dan Singapura.
REMAJA pasti ramai antara korang yang bergelar pelajar kini tinggal di rumah sewa dan ramai juga akan merasai pengalaman ini nanti terutamanya bila sudah bergelar senior.
Hidup sebagai pelajar bersama-sama dengan rakan-rakan sekuliah atau universiti sebagai housemate pastinya membawa seribu satu pengalaman baru.
Setiap orang mempunyai berbeza pembawakan cara dia hidup. Ini kerana semua orang tidak sama dan berbeza cara masing-masing dibesarkan.
Akan tetapi janganlah jadikan perbezaan sebagai sempadan sebaliknya raikanlah cara dan budaya masing-masing.
Untuk hidup aman sebagai rakan-rakan rumah yang memahami, kamu perlu ada 10 perkara di bawah ini. Nak tahu apa dia? Jom sama-sama kita ikuti.
Hormati privasi housemate
Ini perkara yang agak sukar untuk diperolehi jika tinggal lebih daripada seorang dalam bilik sama. Berkongsi bilik memang sukar untuk dapatkan privasi secara total. Tetapi sebagai rakan sebilik kamu perlulah peka dengan keperluan rakan-rakan. Kalau sudah nampak dia tengah tekun baca buku, janganlah pula dibuka radio sehabis kuat sehingga 10 blok pun boleh dengar.
Tolak ansur
Berkongsi tandas memang perkara lumrah hidup di rumah sewa. Terutamanya di waktu pagi di mana semua pun akan kalut nak ke kelas. Jadi, bertolak ansurlah. Janganlah berendam dalam bilik air itu sampaikan satu album Blackpink pun boleh habis.
Kebersihan
Rumah yang bersih membawa kepada jiwa yang bersih lalu melahirkan insan yang bijak pandai serta bergaya. Pandai-pandailah jaga kebersihan dan buang sampah di tempat sepatutnya. Tidak guna kalau hanya seorang dua sahaja yang rajin membersihkan rumah. Ia memerlukan effort daripada semua. Nak tahu rumah tu bersih atau tak tengok sahaja sinki di dapur.
Ya, mungkin kamu pun faham sebagai pelajar terutamanya pasti masa tidak akan sentiasa cukup. Untuk berpakatlah buat jadual untuk masing-masing jalankan tugas rumah seperti sapu sampah, buang sampah dan sebagainya. Dan jangan biarkan pakaian bersepah di atas lantai dan katil dijadikan ‘almari’ ya!
Jujur & amanah
Bila dah tinggal serumah pastinya setiap orang mempunyai beberapa barang berharga. Dan di sinilah pentingnya untuk semua orang jujur dan amanah. Selain barang berharga setiap orang juga perlu menjaga perbaot atau perkakasan elektrik yang disediakan oleh tuan rumah dengan sebaiknya.
Senang bersama, susah bersama
Tak dapat dinafikan hidup sebagai pelajar dan orang bujang kadangkala ada pasang surutnya terutama dari segi kewangan. Jadilah rakan serumah yang peka dengan kebajikan kawan-kawan. Mungkin ada antara mereka yang kelaparan dan mengikat perut kerana tidak ada duit.
Minta izin
Ini perkara yang simple tapi jangan diambil ringan. Kalau buka peti ais ada makanan yang begitu memikat selera kamu, janganlah berat mulut untuk bertanya dahulu. Mintalah kebenaran sebelum kamu ambil rasanya. Begitu juga barang-barang keperluan yang lain. Lebih elok jika tuan punya tahu dahulu.
Pandai berjimat
Tiba masa muncul bil semua garu kepala. Kenapa? Sebab bil melambung tinggi. Inilah sebabnya bila tidak ada disiplin dalam penggunaan elektrik dan air. Hadkan masa untuk tutup lampu. Janganlah 24 jam sehari kipas bepusing saja. Lainlah kalau tiba musim pperiksaan dan perlu menyiapkan assignment penting.
Simpan rahsia
Apa yang berlaku dalam rumah, stay dalam rumah! Ini benda penting dan tidak perlu dicampuri oleh orang luar. Apa jua masalah yang dihadapi perlulah diselesaikan dengan perbincangan semua ahli rumah . Semua orang mempunyai suara bukannya orang luar.
Jangan abai tanggungjawab
Bab duit memang antara perkara paling sensitif. Especially melibatkan perkara paling penting iaitu sewa rumah. Jangalah sampai tuan rumah datang ketuk pintu rumah baru nak tergadah mencari duit. Setiap orang ada tanggungjawab untuk sediakan sewa rumah tepat pada masanya. Dan jangalah bila ketua rumah minta baru kalut nak bagi. Disiplin harus ada!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keempat-empat ahli terakhir dari kumpulan K-Pop terkenal, BTS yang masih belum menjalani perkhidmatan tentera wajib mereka dikhabarkan telah memulakan proses pendaftaran.
Buat makluman, semua lelaki yang sempurna tubuh badan di Korea Selatan diwajibkan berkhidmat sekurang-kurangnya 18 bulan dalam tentera.
Meskipun sering kali isu berkaitan sama ada BTS layak mendapat pengecualian dibangkitkan dalam kalangan peminat, Jin, ahli tertua dalam kumpulan itu sudahpun mendaftar khidmatnya tahun lalu, diikuti oleh rakan sepasukannya J-Hope pada bulan April.
Manakala, ahli ketiga mereka iaitu Suga bakal memulakan perkhidmatannya pada bulan September.
Kini, keempat-empat ahli kumpulan tersebut yang masih tinggal iaitu RM, Jimin, V, dan Jung Kook turut dilaporkan akan segera memulakan perkhidmatan mereka, menurut kenyataan label mereka, BIGHIT MUSIC.
“Kami ingin memberitahu peminat bahawa RM, Jimin, V, dan Jung Kook telah memulakan proses pendaftaran tentera,” jelas label syarikat tersebut.
“Kami meminta agar anda teruskan memberi sokongan kepada RM, Jimin, V, dan Jung Kook sehingga mereka berjaya menamatkan perkhidmatan tentera mereka dan kembali dengan selamat,” sambung kenyataan itu.
Hmmmmm…kwenchana ARMY! Pejam celik, pejam celik BTS pasti akan kembali menghiburkan kalian semua sebagai satu kumpulan lengkap okay!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan senang apabila 20 pelajar berkumpul dalam sebuah kelas yang sama selama 20 episod. Sudah lah tak boleh keluar berjumpa orang luar, mereka juga digertak oleh cikgu kelas sendiri untuk tidak berhubung dengan orang luar menerusi teks mesej di telefon masing-masing. Kalau tidak ikut cakap… nyawa jadi bayaran!
Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh para pelajar Cikgu Hiragi yang ditahan dalam kelas mereka sendiri sehingga tercipta fenomena di seluruh Malaysia.
Cikgu Hiragi lakonan Nadhir Nasar
Cuma yang peliknya baru-baru ini, tular beberapa tangkap layar yang seakan menampakkan perbualan di antara 20 orang pelajar Kelas 5A itu.
Aik, kata tak boleh berhubung menerusi telefon pintar mereka. Malah, telefon mereka juga dilaporkan dirampas oleh Cikgu Hiragi sendiri. Bagaimana pula sebahagian besar daripada mereka boleh berkomunikasi seperti ini?
Jelas dalam perbualan tersebut, setiap pelakon yang menukar nama mereka menggunakan nama karakter yang diberi mula merasakan Cikgu Hiragi lakonan Nadhir Nasar seakan lain macam sewaktu di dalam kelas. Tidak seperti hari-hari sebelumnya.
Tambahan pula, Cikgu Hiragi mula bertanyakan soalan yang anah-aneh kepada pelajarnya kerana salah seorang cuba menyorokkan sesuatu yang serius daripada pengetahuan yang lain.
Eh, ter-speku pula!
Nah, korang bacalah sendiri perbualan mereka yang tular itu.
“Woi, jangan aa! Goosebumps siot. Aku tak nak mati!”
“I dah penat doh fikir pasal semua benda ni.” – Siew May
Pula dahh…
Apapun, sama ada ia merupakan group chat sebenar yang ada dalam kalangan para pelakon Kelas Tahanan Cikgu Hiragi atapun sekadar gimik drama tersebut sahaja… korang tentukan sendiri.
Yang penting, peminat mereka sememangnya mencari peluang untuk menyertai group chat tersebut!
Agak-agak, apa tindakan Cikgu Hiragi sekiranya dia tahu para pelajar tahanannya itu telah melanggar arahan dengan berkomunikasi menerusi group chat ini?
Kelas Tahanan Cikgu Hiragi bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis menerusi slot Dramavaganza sejak 25 September lalu, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104). Korang juga boleh menontonnya menerusi On Demand, Astro GO dan di platform sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alyssa Dezek mencuri perhatian apabila berjaya meraih 9A bagi SPM 2025 sekaligus membuktikan tidak salah untuk seorang remaja sambil mengimbangi kerjaya dan pelajaran.