REMAJA pasti ramai antara korang yang bergelar pelajar kini tinggal di rumah sewa dan ramai juga akan merasai pengalaman ini nanti terutamanya bila sudah bergelar senior.
Hidup sebagai pelajar bersama-sama dengan rakan-rakan sekuliah atau universiti sebagai housemate pastinya membawa seribu satu pengalaman baru.
Setiap orang mempunyai berbeza pembawakan cara dia hidup. Ini kerana semua orang tidak sama dan berbeza cara masing-masing dibesarkan.
Akan tetapi janganlah jadikan perbezaan sebagai sempadan sebaliknya raikanlah cara dan budaya masing-masing.
Untuk hidup aman sebagai rakan-rakan rumah yang memahami, kamu perlu ada 10 perkara di bawah ini. Nak tahu apa dia? Jom sama-sama kita ikuti.
Hormati privasi housemate
Ini perkara yang agak sukar untuk diperolehi jika tinggal lebih daripada seorang dalam bilik sama. Berkongsi bilik memang sukar untuk dapatkan privasi secara total. Tetapi sebagai rakan sebilik kamu perlulah peka dengan keperluan rakan-rakan. Kalau sudah nampak dia tengah tekun baca buku, janganlah pula dibuka radio sehabis kuat sehingga 10 blok pun boleh dengar.
Tolak ansur
Ads
Berkongsi tandas memang perkara lumrah hidup di rumah sewa. Terutamanya di waktu pagi di mana semua pun akan kalut nak ke kelas. Jadi, bertolak ansurlah. Janganlah berendam dalam bilik air itu sampaikan satu album Blackpink pun boleh habis.
Kebersihan
Rumah yang bersih membawa kepada jiwa yang bersih lalu melahirkan insan yang bijak pandai serta bergaya. Pandai-pandailah jaga kebersihan dan buang sampah di tempat sepatutnya. Tidak guna kalau hanya seorang dua sahaja yang rajin membersihkan rumah. Ia memerlukan effort daripada semua. Nak tahu rumah tu bersih atau tak tengok sahaja sinki di dapur.
Ya, mungkin kamu pun faham sebagai pelajar terutamanya pasti masa tidak akan sentiasa cukup. Untuk berpakatlah buat jadual untuk masing-masing jalankan tugas rumah seperti sapu sampah, buang sampah dan sebagainya. Dan jangan biarkan pakaian bersepah di atas lantai dan katil dijadikan ‘almari’ ya!
Jujur & amanah
Bila dah tinggal serumah pastinya setiap orang mempunyai beberapa barang berharga. Dan di sinilah pentingnya untuk semua orang jujur dan amanah. Selain barang berharga setiap orang juga perlu menjaga perbaot atau perkakasan elektrik yang disediakan oleh tuan rumah dengan sebaiknya.
Senang bersama, susah bersama
Ads
Tak dapat dinafikan hidup sebagai pelajar dan orang bujang kadangkala ada pasang surutnya terutama dari segi kewangan. Jadilah rakan serumah yang peka dengan kebajikan kawan-kawan. Mungkin ada antara mereka yang kelaparan dan mengikat perut kerana tidak ada duit.
Ini perkara yang simple tapi jangan diambil ringan. Kalau buka peti ais ada makanan yang begitu memikat selera kamu, janganlah berat mulut untuk bertanya dahulu. Mintalah kebenaran sebelum kamu ambil rasanya. Begitu juga barang-barang keperluan yang lain. Lebih elok jika tuan punya tahu dahulu.
Pandai berjimat
Tiba masa muncul bil semua garu kepala. Kenapa? Sebab bil melambung tinggi. Inilah sebabnya bila tidak ada disiplin dalam penggunaan elektrik dan air. Hadkan masa untuk tutup lampu. Janganlah 24 jam sehari kipas bepusing saja. Lainlah kalau tiba musim pperiksaan dan perlu menyiapkan assignment penting.
Simpan rahsia
Apa yang berlaku dalam rumah, stay dalam rumah! Ini benda penting dan tidak perlu dicampuri oleh orang luar. Apa jua masalah yang dihadapi perlulah diselesaikan dengan perbincangan semua ahli rumah . Semua orang mempunyai suara bukannya orang luar.
Jangan abai tanggungjawab
Bab duit memang antara perkara paling sensitif. Especially melibatkan perkara paling penting iaitu sewa rumah. Jangalah sampai tuan rumah datang ketuk pintu rumah baru nak tergadah mencari duit. Setiap orang ada tanggungjawab untuk sediakan sewa rumah tepat pada masanya. Dan jangalah bila ketua rumah minta baru kalut nak bagi. Disiplin harus ada!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampak, tiada sesiapa boleh menyekat kemaraan pelakon Korea yang popular menerusi drama terbitan Netflix, Squid Game iaitu Lee Jung-jae.
Setelah meraikan kemenangan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) di acara berprestij Screen Actors Guild Awards 27 Februari, pelakon berusia 49 tahun ini sekali lagi memahat sejarah dalam industri lakonan Korea Selatan apabila beliau menjadi pelakon pertama dalam sejarah negara tersebut yang membawa pulang trofi Critics Choice Awards ke-27, pagi ini.
Beliau yang dicalonkan bersama Sterling K. Brown (This Is Us), Mike Colter (Evil), Brian Cox (Succession), Billy Porter (Pose) dan Jeremy Strong (Succesion) telah diumumkan sebagai pemenang kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Drama Bersiri.
“Terima kasih, Tuhan.
“Terima kasih kepada semua orang yang telah menyokong Squid Game. Adalah sukar untuk menggambarkan perasaan ini dalam kata-kata. Terima kasih,” simpulnya.
Kemenangan Jung-jae ini sememangnya telah dijangka setelah beliau memenangi kategori sama bukan saja semasa anugerah SAGs tetapi juga di anugeran 2022 Film Independent Spirit Awards di Santa Monica Pier, California, 6 Mac lalu.
Jung-jae yang membawakan watak Seung Gi-hun dalam Squid Game juga meraikan kejayaan drama tersebut yang secara rasminya telah menjadi program terbitan Netflix paling berjaya dalam sejaranya dengan jumlah tontonan selama 1.65 bilion jam dalam tempoh 28 hari pertama ia ditayangkan di platform penstriman itu.
Turut menyertai Jung-jae di acara ini termasuklah Park Hae-soo dan Jung Ho-yeon serta pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk. Drama bersiri itu juga dicalonkan untuk kategori Siri dalam Bahasa Asing Terbaik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon muda yang sebelum ini giat melopori rancangan Astro Ceria seperti Elly & Epit dan Strawberry Karipap The Series kini tular baru-baru ini apabila muncul di uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 hujung minggu lalu.
Rykarl Iskandar atau nama sebenarnya Nor Heidzriq Haikal bin Norhamizan merupakan seorang pelakon kanak-kanak Malaysia yang kini menginjak dewasa.
Kini berusia 18 tahun, kehadirannya di uji bakat tersebut mencuri perhatian ramai pihak terutamanya warganet yang terkejut akan penampilannya yang semakin matang.
“Saya dah lama ‘ditinggalkan’ maka saya merasakan platform Hero Dewi Remaja ini sebagai satu peluang terbaik untuk naikkan balik nama saya di dalam industri.
“Sebab kali terakhir saya berlakon adalah ketika masih kanak-kanak maka mungkin uji bakat ini dapat menjadi peluang baharu kepada saya untuk menjadi lebih dewasa,” komennya menjelaskan sebab utama dirinya hadir ke uji bakat tersebut.
Turut menerujakan apabila pelakon drama Nenek Bongkok Tiga ini juga mahu menonjolkan bakatnya dari aspek nyanyian kepada para juri yang hadir.
“Selain dari berlakon, saya juga sudah lama berjinak-jinak untuk menyanyi,
“Kalau ada perasan di media sosial, saya ada kongsi video nyanyian saya sedikit, main alat muzik sedikit. Jadi mungkin itu antara bakat yang dapat saya kongsikan kepada juri nanti,” jelasnya lagi.
Dirinya turut akui bahawa namanya makin kelam di dalam industri lakonan dan jarang ditawarkan peranan di dalam mana-mana drama mahupun filem.
“Sebab saya tidak sesuai di mana-mana role buat masa sekarang. Selalunya pihak produksi akan sedikit rungsing untuk meletakkan saya di peranan kanak-kanak atau dewasa,
“Bidang lakonan akan sentiasa menjadi passion saya. Kalau saya tiada job sekalipun atau fokus buat perkara lain, lakonan akan sentiasa menjadi fokus utama saya sebab itu jiwa saya,” komennya kepada pihak REMAJA.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Secara rasminya pada 6 Januari 2019, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Sepanjang tempoh pemerintahan Baginda, rakyat begitu menyenangi Baginda yang cukup mesra dengan rakyat di Kelantan dan juga rakyat majmuk selepas dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Jom lihat 5 situasi yang membuatkan kami semua akan rindu dengan Baginda.
01
Sultan Muhammad V terbuka dengan penukaran tampuk kepimpinan kerajaan pada 10 Mei 2018. Walaupun situasi agak tegang pada waktu itu pada kedua-dua belah pihak, Baginda kekal tenang dan neutral walaupun negara bertukar kerajaan.
02
Jun lalu, Sultan Muhammad V memperkenankan agar peruntukan gaji dan emolumen Yang di-Pertuan Agong dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang pemerintahan kerana Baginda prihatin terhadap tahap hutang dan ekonomi negara.
Baginda juga menitahkan agar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada tahun 2018 tidak diadakan di Istana Negara. Peruntukan kos itu diminat untuk membantu golongan kurang bernasib baik.
04
Istiadat Hari Keputeraan Rasmi dan Jamuan Teh Diraja sempena birthday Baginda juga dititah agar dibatalkan. Kos perbelanjaan dua acara rasmi itu kemudian dikembalikan kepada pihak kerajaan dan ia disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia.
05
Baginda memberi kepentingan dalam bidang ketenteraan. Baginda dilantik sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dan Kolonel Yang Di-Pertua Rejimen Artileri DiRaja sehingga sekarang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!