
Lain orang, lain minatnya.
Seperti rakyat kebiasaan, Duchess of Cambridge iaitu Kate Middleton turut mempunyai hobi sendiri. Tak ramai orang yang mengetahui hobi Kate terarah kepada bidang fotografi iaitu hobi yang sama dimiliki oleh Ratu Elizabeth II.
Selain gemar menunggang kuda seperti yang korang selalu tonton sepanjang 4 musim drama popular The Crown, Ratu Elizabeth II juga menggemari mengambil foto.
ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Diraja Britain Gusar The Crown Ungkit Kisah Puteri Diana
Disebabkan oleh masa yang terhad dan selalu sibuk menguruskan pelbagai perkara, Kate ‘melayan’ hobinya itu apabila bersama dengan ahli keluarga diraja terutamanya di samping Putera William, Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis.

Untuk pengetahuan korang, salah satu model kamera yang umum ketahui digunakan oleh Kate adalah model Canon 5D Mark II.
Jom lihat 8 keping gambar momen Kate bersama keluarganya itu.
Foto pertama ini diambil semasa sambutan hari keputeraan Putera William pada bulan Jun lalu.

Foto ini pula adalah sempena hari keputeraan Putera George ketujuh.

Ini adalah bersempena hari keputeraan kedua Putera Louis.


Sekitar tahun 2019.

Momen Puteri Charlotte menjejakkan kaki untuk kali pertama ke sekolah pada tahun 2018 tidak dilepaskan oleh Kate.

*
Foto-foto ini adalah di antara yang dikongsikan untuk tatapan rakyat menerusi akaun Instagram @kensingtonroyal. KLIK SINI untuk melihat lebih banyak foto.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jimin BTS Kena ‘Scam’ Dengan Pelawak Lee Jin Ho, Alami Kerugian Sebanyak 100 Juta Won Kerana Langsaikan Hutang Judi!

Baru-baru ini, pelawak Korea Selatan, Lee Jin Ho telah menerima kritikan orang ramai apabila dia mengungkapkan dirinya telah mengumpul banyak hutang disebabkan perjudian haram dan bertindak dengan mencari ‘bantuan kewangan’ dari pelbagai pihak termasuk rakan selebriti.
Walaupun pengacara rancangan ‘Knowing Brother’ itu mengaku telah membayar dan menyelesaikan beberapa hutang tersebut secara bertahap setiap bulan dan mempunyai niat untuk melunaskan secara penuh, media Ten Asia telah melaporkan bahawa jumlah keseluruhan hutang tersebut dianggarkan bernilai hingga ratusan juta won.
Antara selebriti dan pihak terkesan dalam meminjamkan wang kepada artis komedi berkenaan adalah Jimin BTS, Ha Sung Woon, Lee Soo Geun, Young Tak, serta beberapa pegawai penyiaran, penerbit, dan penulis yang bekerja dalam industri hiburan.

Dalam pada itu, laporan tersebut turut menyatakan bahawa terdapat beberapa lagi selebriti yang memberi kepercayaan kepada Jin Ho dengan memberi pinjaman tanpa surat perjanjian kini berisiko untuk dikenakan cukai yang tinggi dari pihak berkuasa kerana transaksi berkenaan secara automatik diklasifikasikan sebagai hadiah dan bukan sebagai pinjaman.
Selain itu, beberapa orang juga dilaporkan telah memilih untuk mendakwa Jin Ho atas tuntutan penipuan dan menuntut bayaran ganti rugi.
Susulan itu, Ten Asia mengambil kesempatan untuk bertanya secara langsung kepada agensi syarikat BTS Jimin iaitu HYBE mengenai kesahihan berita tersebut dan terbukti bahawa Lee Jin Ho telah mendekati penyanyi lagu ‘Butter’ itu pada tahun 2022.

Pelawak itu juga mengatakan bahawa dia memerlukan sejumlah dana dalam keadaan terdesak dan ingin meminjam 100 juta won (RM 316,000) untuk seminggu. Meskipun sudah menandatangani surat perjanjian, Jin Ho gagal mematuhi perjanjian tersebut dan dianggap tidak berniat untuk membayar kembali hutang berkenaan.
Jimin atau nama sebenar Park Ji Min (29) juga dilaporkan telah memutuskan untuk menunjuk belas kasihan dengan menyatakan Jin Ho boleh membayar wang yang dipinjamkan dalam waktu 10 tahun dan hal tersebut disahkan lagi menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 14 Oktober yang berbunyi,
“Seperti yang dilaporkan, memang benar telah berlaku kerugian dalam bentuk kewangan telah terjadi kepada Jimin. Dia meminjamkan sejumlah wang dengan surat perjanjian yang telah ditandatangani,” jelas HYBE.
Walau apa pun, semoga hal ini dapat diselesaikan secara baik dan teratur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rita Rudaini Terima Pingat Jasa Baik Di Istana Arau, “Hadiah Buat Anak-Anak & Peminat…”

Pelakon popular tanah air, Rita Rudaini terus membuktikan dirinya bukan sekadar wajah glamor dunia hiburan, malah seorang wanita berprinsip yang memberi sumbangan besar dalam bidang seni dan masyarakat.
Terbaru, Rita telahpun menerima Pingat Jasa Baik (PJB) sempena ulang tahun ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, dalam sebuah majlis penuh adat dan istiadat di Istana Arau, Perlis.
Dua Dekad Kekal Berprinsip
Bukan mudah untuk kekal relevan lebih 20 tahun dalam industri hiburan yang sentiasa berubah.
Namun, Rita yang juga merupakan finalis Pencarian Dewi Remaja 1998/99 seiring rakan seangkatan seperti Juliana Banos telah membuktikan bahawa disiplin, konsistensi dan prinsip teguh adalah kunci untuk dirinya terus bertahan serta dihormati.

Rita dikenali sebagai antara pelakon wanita yang sentiasa menjaga imej bersih, berkualiti dalam lakonan dan tidak mudah tunduk dengan kontroversi murahan.
Memetik ulasan kepada MStar tentang pengiktirafan itu, Rita berkata, ia adalah satu penghormatan bukan sahaja kepada dirinya, tetapi buat semua insan yang setia bersamanya sejak awal.
“Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada Raja Perlis atas penganugerahan ini.
“Ia adalah satu penghormatan besar dan saya anggap sebagai rezeki, bukan hanya untuk diri saya tetapi juga buat anak-anak serta semua yang sentiasa menyokong perjalanan seni saya,” ujar Rita.
Anugerah Baharu Tanggungjawab Baharu
Menganggap anugerah ini sebagai pemangkin semangat, Rita tidak melihatnya sekadar simbol kejayaan, tetapi juga sebagai satu amanah untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan industri seni.
“Ini juga menjadi peringatan bahawa setiap usaha yang ikhlas dan jujur akan ada nilainya, lambat atau cepat.
“Saya berharap agar pengiktirafan ini turut menjadi inspirasi kepada anak seni lain supaya terus berkarya dengan penuh dedikasi dan menjaga maruah profesion sebagai insan seni,” katanya.
Rita turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri Perlis serta semua pihak yang sentiasa menghargai usaha dan disiplin seninya, termasuk penerbit, pengarah, rakan pelakon dan media.

“Terima kasih kepada Exco kerajaan negeri yang terbabit atas pengiktirafan ini. Insya-Allah, akan ada banyak aktiviti bersama mereka nanti. Tidak dilupakan kepada semua rakan media dan peminat yang tanpa henti memberi sokongan daripada dulu sampai sekarang.”
Untuk pengetahuan korang, Anugerah Pingat Jasa Baik bukan sekadar suatu anugerah penghargaan peribadi tetapi ia juga dikurniakan sebagai suntikan motivasi kepada seluruh anak muda Malaysia agar berani mengejar impian dan menyumbang kepada masyarakat dengan cara tersendiri.
Tahniah Rita Rudaini!
Semoga terus menjadi ikon wanita yang memberi inspirasi kepada semua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tersenarai Sebagai Pendaki OKU Pertama, Adam Khan Cipta Rekod Merangkak Di Everest

Menjadi individu Orang Kurang Upaya (OKU) sedari kecil lagi bukanlah satu kekurangan bagi insan yang bernama Azzrulkhan Hasrullah Matsah atau lebih dikenali dengan nama samaran Adam Khan.
Menghidap polio, iaitu penyakit saraf yang menyebabkan kelumpuhan kekal sejak bayi lagi, Adam tidak mampu berjalan dan berlari seperti orang lain. Kehidupannya mungkin tidak sama seperti kita, tetapi apa yang hebatnya individu ini walaupun dia bergelar OKU, Adam sudah berjaya menakluk Gunung Everest pada tahun lepas.

Walaupun tidak sampai ke puncak Everest, namun kejayaannya menjejakkan kaki ke Everest Base Camp (EBC) wajar diberi pujian kerana semangat juang yang ada pada dirinya sedikit pun tidak menjadikan kekurangannya itu sebagai satu alasan untuk melakukan apa saja yang dia mahukan.
Hobi ekstrem
Ditanya bagaimanakah individu ini terlintas untuk melakukan aktiviti mendaki, Adam tidak lokek untuk berkongsi ceritanya bersama Remaja.
“Semuanya bermula apabila saya terlihat posting seorang kawan di Facebook, gambar selfie di puncak dan dari situ saya rasa ingin tahu tentang aktiviti mendaki. Saya cuba menghubungi dan meminta sesiapa saja yang boleh membawa saya mendaki untuk melihat sejauh mana kemampuan diri saya,” jelas Adam yang merupakan graduan Sarjana Muda Komunikasi Massa UIAM.

Banyak puncak gunung/bukit yang telah ditawan dan antaranya adalah seperti Bukit Gasing, Saga, Kutu, Gunung Kinabalu dan banyak lagi.
Pergh, rasa kecil ni pula diri ni bila mendengar segala jenis bukit dan gunung yang pernah ditawan Adam. Kita yang cukup sifat ni pun belum tentu dah panjat semua bukit. Betul tak?
Macam mana dapat peluang mendaki ke EBC?
Mungkin korang terfikir bagaimana agaknya Adam mendapat peluang untuk berada di Gunung Everest. Dia telah dihubungi oleh Bang Qobin dari Kelab Tujuh Benua untuk menjalankan misi cabaran kali ini.
“Saya melakukan persediaan fizikal dan mental. Fizikal dengan mendaki bukit sebanyak mungkin dalam seminggu dan kerap ke gimnasium. Selain itu, aktiviti berenang dan menyelam juga membantu mencergaskan badan saya,”

“Dari segi mental pula, saya mendengar penerangan dan nasihat daripada pakar serta membuat rujukan dan membaca tentang hal-hal yang berkaitan pendakian Gunung Everest,” jawabnya lagi.
Pemegang dua rekod Malaysia
Kejayaannya itu membuatkan namanya tertulis dalam Malaysia Book of Record sebagai pendaki OKU pertama merangkak ke puncak Kinabalu dan pendaki OKU pertama merangkak ke Kem Induk Everest.
Sudah tentu Adam dan keluarganya berasa bangga serta gembira dengan pencapaian yang telah dia lakukan.
“Kaum keluarga dan rakan-rakan banyak memberi sokongan yang padu buat saya. Tanpa mereka, mungkin juga saya tidak berjaya sehingga ke tahap ini,”
Lebih membanggakan lagi, kisah pendakiannya ke Everest telah pun dibukukan. Ia adalah buku sulungnya yang diterbitkan Buku Pojok, Karangkraf.

“Buku ini menceritakan keseluruhan kisah hidup saya dari kecil sehingga menjadi pendaki OKU pertama ke kem induk Everest,”
Kalau nak tahu apakah halangan dan cabaran yang dilaluinya sepanjang cabaran pendakian tersebut, korang boleh dapatkan buku Kembara Merangkak Puncak ini di kedai buku terpilih atau boleh saja beli secara online.
Pasti banyak pengajaran yang korang boleh belajar daripada individu hebat ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

