Kalau korang OTW balik ke rumah petang tadi dan asyik terdengar lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza asyik dimainkan di radio, mesti korang dapat agak yang hari ini merupakan hari kelahiran ke-39 penyanyi nombor satu negara itu.
Sekarang, cantik, ceria dan glowing je Tok Ti kalau kita melihat beliau di posting Instagram, di kaca televisyen, akhbar dan muka hadapan majalah. Iyalah, seri bakal ibu orang kata.
Tapi sebenarnya sejak Tok Ti mula menjadi penyanyi selepas memenangi pertandingan Bintang RTM 1995 pada usia 16 tahun saja, Tok Ti memang pandai untuk menjaga kecantikan wajah dan aura sebagai seorang selebriti.
Tak percaya? Cuba korang tengok setiap kali Tok Ti menghiasi cover majalah REMAJA dahulu:
Majalah Remaja September 2002
Tot Ti nampaknya bercerita tentang impian hidupnya. Mungkin tengah merancang untuk membuka empayar kosmetik kot. Pada bulan ini, beliau baru saja selesai dengan persembahan secara langsung lagu ‘Badarsila’ di Anugerah Era 2002.
IKLAN
Imej dengan lilitan shawl ringkas atau bandana juga amat popular pada masa ini, terutamanya foto Jennifer Lopez untuk album ‘This Is Me Then’ dan foto Christina Aguilera untuk album ‘Stripped’.
Majalah Remaja Januari 2003
Isu khas untuk mengenengahkan isu kecantikan, Tok Ti berkongsi rahsia dan petua yang diturunkan oleh ahli keluarga beliau sejak dulu. Ada juga terselit segmen khas bersama Maybelline yang menjadikan Tok Ti sebagai duta mereka pada waktu itu.
IKLAN
Pada tahun ini, Tok Ti tersangatlah sibuk dengan persembahan baik di dalam negara mahupun di luar. Antara yang sempat dijayakan oleh beliau adalah persembahan LIVE in Japan ‘Treasure The World’, LIVE in Indonesia TransTV dan HMI untuk RTM.
Tok Ti pun sempat untuk melancarkan album E.M.A.S dua bulan selepas majalah REMAJA isu Januari ini dikeluarkan
Majalah Remaja Julai 2003
IKLAN
Wow, lain sangat Tok Ti dalam cover ini berbanding cover beliau pada bulan Januari! Isi kandungannya menjawab persoalan Tok Ti yang kononnya dikaitkan dengan berita ‘kacang lupakan kulit’ dan skandal cinta.
Majalah Remaja Jun 2004
Tok Ti nampaknya memang tak dimakan zaman, semakin muda! Dah macam Benjamin Button pula kami tengok hehe. Mengenakan fesyen rambut bertocang, Tok Ti nampaknya sudah mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan.
Pada tahun ini juga, Tok Ti banyak mencapai kejayaan yang kami rasakan masih merupakan antara yang terhebat dalam sejarah karier beliau. Antaranya, penganjuran konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil, kemenangan hebat di Anugerah Planet Muzik, persembahan di Golden Melody Awards Taiwan sebagai artis pertama bukan berbangsa Cina dan pengeluaran album favourite ramai, Prasasti Seni.
REMAJA ambil kesempatan ini untuk mendoakan agar Tok Ti sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan, kegembiraan dan comel je selalu okay! Amin.
Status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia kini terjawab menerusi perutusan khas Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Beliau mengumumkan pelaksanaan fasa baharu iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan menggantikan PKPB yang bakal tamat pada 10 Jun ini.
Rakyat kini dibenarkan untuk merentas negeri dan operasi premis juga dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa. Tapi yang paling menarik ialah melancong dalam negara atau pelancongan domestik sudah dibenarkan. Yayyy…
Jangan sedih korang tak dapat bercuti kekuar negara tu. Eh tapi apa kurangnya Malaysia, ini 11 resort atas air di Malaysia yang boleh korang pilih untuk bercuti bersama orang tersayang! Feeling Maldives terus!
1. AVANI SEPANG RESORT
Terletak di sepanjang pantai, Avani Sepang Resort terkenal dengan vila laut berbentuk kelapa sawit.
Menawarkan lebih 315 bilik yang luas dengan 4 jenis penginapan yang boleh dipilih, resort ini menjanjikan tempat yang tepat untuk korang melepas kerinduan setelah tiga bulan tidak dapat menikmati keindahan pandai. Dikelilingi oleh perairan Selat Melaka, pemandangan matahari terbenam dapat dilihat dari setiap bilik.
2. LEXIS HIBISCUS, PORT DICKSON
Terletak di sepanjang pesisir pantai Pasir Panjang di Port Dickson, Lexis Hibiscus sememangnya popular dengan jolokan vila berbentuk bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya.
Dengan lebih daripada 600 vila dan suite, Lexis antara vila atas air yang sering menjadi wishlist percutian bagi couple yang ingin berbulan madu.
Setiap vila di resort ini dihiasi dengan rekaan dalaman yang moden dan elegan, manakala salah satu bahagian terbaik mengenai vila ini ialah kolam renang peribadi dan saunanya!
3. GAYANA MARINE RESORT, SABAH
Bercuti di sini korang bakal menikmati 2 pakej keindahan semulajadi yang menakjubkan iaitu berada di atas laut dengan menghadap pemandangan mempesonakan gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu.
Terdapat lebih daripada 52 vila tropika yang dikelilingi hutan bakau dan laut yang luas. Pada waktu malam pula hanya ditemani dengan bunyi mendamaikan daripada hempasan ombak-ombak kecil di bawah bilik penginapan anda. Selain aktiviti snorkeling atau menyelam, di sini juga anda boleh melawat Pusat Penyelidikan Ekologi Marin bagi menambahkan pengetahuan mengenai pemeliharaan terumbu karang dan hidupan laut yang semakin terancam.
4. GEM ISLAND RESORT & SPA, TERENGGANU
Resort yang terletak di pulau persendirian, Pulau Gemia ini sangat ekslusif dan romantik buat pasangan yang memilih untuk bermadu kasih di sini.
Resort ini menawarkan kira-kira 45 buah vila yang menghadap ke laut. Menariknya jika bercuti di sini, korang berpeluang untuk melihat secara dekat penyu yang mendarat untuk menetaskan telur di pulau tersebut. Tentunya ia merupakan sebuah pengalaman berharga yang susah untuk didapati di mana-mana.
5. AVILLION, PORT DICKSON
Diilhamkan oleh suasana perkampungan nelayan Melayu, resort bertaraf 5 bintang ini hanya menghidangkan layanan dan servis terbaik buat tetamunya.
Dengan pemandangan Selat Melaka, terdapat lebih 250 bilik yang direka khas sebagai chalet dan vila terapung yang dilengkapi balkoni peribadi menghadap laut, bilik mandi berlangitkan awan biru dan tab jakuzi sendiri!
6. MABUL WATER BUNGALOWS
Terletak di Pulau Mabul, resort terapung ini menjanjikan privasi dan kemewahan kepada para tetamunya. Dengan lebih daripada 16 banglo kayu yang dibina di atas air, tidur malam anda bertambah dingin dan mendamaikan kerana dibelai angin laut yang sepoi-sepoi bahasa.
Kalau korang suka melakukan aktiviti, jangan risau kerana mereka mempunyai begitu banyak aktiviti untuk ditawarkan seperti berkayak di laut dan selam skuba di salah satu lokasi diving terbaik di dunia!
7. SIPADAN KAPALAI DIVE RESORT
Dibina di atas tiang-tiang pasir di terumbu Ligitan, perkampung air mewah ini sangat popular untuk percutian bulan madu dan lokasi perkahwinan, disebabkan suasananya yang cantik ibarat syurga dunia. Menghadap Laut Celebes, setiap chalet kayu dilengkapi balkoni peribadi. Dikenali sebagai salah satu tapak menyelam terbaik di Sabah, Sipadan Kapalai adalah syurga bagi golongan penyelam dari serata dunia.
8. BERJAYA RESORT LANGKAWI
Kalau korang peminat air laut dan pantai berpasir putih, Berjaya Resort adalah tempat terbaik.
Chalet bergaya Malaysia dikelilingi hutan hujan tropika memberikan suasana hijau dan mendamaikan fikiran. Selepas puas meneroka keindahan resort, anda juga boleh menaiki kerata kabel untuk ke Sky Bridge yang menjadi tarikan pelancongan jika ke Langkawi.
9. POM POM ISLAND RESORT
Dikelilingi oleh pantai berpasir putih dan perairan biru Laut Celebes, Pom Pom Island Resort adalah sebuah resort yang menempatkan pelbagai jenis vila, antaranya vila air dan vila taman.
Setiap vila dilengkapi dengan balkoni sendiri. Selain menghabiskan masa berenang dan menyelam di sekitar pulau, terdapat aktiviti lain yang boleh anda lakukan, seperti berkayak, bermain bola sepak pantai atau berbasikal.
10. DRAGON INN FLOATING RESORT, SEMPORNA
Ini satu lagi resort terapung yang cantik di Negeri Bawah Bayu iaitu Dragon Inn Floating Resort atau lebih dikenali sebagai Semporna Floating. Oleh kerana lokasinya yang strategik dengan pusat bandar, resort ini juga sering menjadi pilihan popular di kalangan pelancong yang datang ke Semporna.
Reka bentuk resort ini diilhamkan oleh kampung air tradisional kaum Bajau, kerana Semporna merupakan perkampungan bagi kumpulan etnik Bajau.
11. PANGKOR LAUT RESORT, PERAK
Pangkor Laut Resort cukup terkenal di mata dunia dan pernah dinobatkan sebagai “One of The Top Resort In Asia” oleh Conde Nest Travellers Readers Choice Awards pada tahun 2017!
Bilik di resort ini sangat luas dan mempunyai ciri-ciri tradisional yang tampak eksklusif. Paling penting, landskap di kawasan luar bilik sangat cantik dan menenangkan kerana dikelilingi pokok-pokok hijau dan dihiburkan dengan kicauan burung serta bunyian cengkerik.
Ishh tak sabar la, So korang dah boleh la plan dari sekarang nak bercuti ke mana. Namun jangan dilupa pesanan Perdana Menteri supaya semua orang kekal berdisiplin untuk mengelakkan peningkatan kes COVID-19 kerana tanggungjawab untuk membendung penularan wabak tersebut kini berada di atas bahu kita sendiri.
Pelakon karya terkenal Mukhsin, Yana Alyahya, akhirnya mengumumkan kehamilan bayi pertamanya, selepas lima bulan berahsia kepada umum.
Menurut Yana, dia dan suami tercinta, Jad Hanif Jimmy, menzahirkan rasa teruja bagi menyambut putera sulungnya itu.
“Selepas menanti lima bulan, kami teruja untuk mengumumkan yang kami sedang menantikan kelahiran cahaya mata lelaki.
“la merupakan satu perjalanan yang penuh ‘ups and downs’ dan perjalanan kita sebagai ibu bapa jauh lagi tapi kami teruja untuk menantikan si kecil ini,” tulisnya di Instagram.
Di samping itu, adik kepada pelakon terkenal, Sharifah Amani itu juga memohon doa orang ramai agar bayi mereka sentiasa dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.
“Terima kasih kepada semua pihak yang tahu dan menyimpannya sebagai rahsia. Maafkan kami berdua sekiranya ada tersilap kata dan doakan kami berdua dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan, insya-Allah.
“Saya sangat gementar untuk bergelar seorang ibu namun saya bersyukur kerana punya sistem sokongan yang kuat. Syukur juga bayi saya dalam keadaan baik dan sihat. Alhamdulillah,”katanya lagi.
Untuk rekod, pasangan dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga pada Januari tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hari ini, 12 Mei 2018, seluruh dunia meraikan hari ibu. Tidak kira apa panggilan, Mama, Mummy, Ibu, Mak, Ummi dan lain-lain gelaran, tanpa ibu kita semua takkan lahir di dunia ini.
Jasa dan pengorbanan ibu sangat besar. Mendidik, memberi kasih sayang, menasihat, ada banyak lagi peranan ibu dalam kehidupan seorang anak. Sebab itulah, sekaya mana pun harta, setinggi mana pun pangkat, SYURGA ANAK LELAKI TETAP DI BAWAH DI BAWAH KAKI IBUNYA.
Baca tulisan yang dikongsikan dalam page Tazkirah Ustaz Ebit Lew ini tentang jasa seorang ibu. Raikanlah sementara ada, berilah kasih sayang tanpa batas, insya Allah, setiap anak, akan merasa bahagia di dunia dan akhirat.
Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya adakah mereka gembira atau berduka
ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..
» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.
3 Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami / Isteri
Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.
Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.
Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.
Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam.
Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.
Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.
Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada perntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.
Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.
Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya. Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.1
Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.
ANAK2 BERMASALAH
LARI DARI RUMAH
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.
Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepdanya.
DEGIL
Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK
» Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibubapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.
Dengan niat yg baik ikhlas dan kasih sayang kerna Allah, same2 kita berdoa:
“Yaa Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…. Orang Yg M’baca Ini Adalah Org Yg Baik & Setia, Kuat‥
Sabar‥
Sayangilah Dia Serta Kasihilah Dia‥
Tolong Bantu Tingkatkan Kehidupannya‥
Mudahkan Rezekinya‥
Sihatkan Tubuh Badannya‥
Jika Dia Melangkah‥
Selamatkanlah Dia‥
Mudahkan Langkahnya‥
Aaminn…
Kirim kpd Yg Kmu Sayangi hidupmu Akan Bahagia Kerana mereka Juga akan Mendoakanmu…
Wassalam