Dari pakaian pengantin emas asli, doorgift jam tangan harga sebuah kereta buat ramai terkesima dengan perkahwinan anak lelaki kepada individu terkaya di Asia ini. Kalah perkahwinan anak raja.
Pengantin lelaki, Anant adalah anak bongsu daripada tiga anak jutawan itu Reliance Industries bertemu jodoh dengan anak taikun farmasi, Viren dan Shaila Merchant. Justeru, perkahwinan ini bukan calang-calang mewahnya!
Daripada buah tangan buat tetamu, atur cara majlis yang mewah hingga pakaian pengantin perempuan, segalanya menjadi perhatian ramai.
PAKAIAN SULAM BENANG EMAS ASLI
Penampilan memukau Radhika Merchant yang mengenakan baju berhiaskan emas asli memukau para tetamu. Mengenakan lehenga rekaan pereka fesyen Abu Jani Sandeep Khosla, Radhika menggayakan blaus yang dijahit menggunakan benang emas.
Kemunculan Radhika pada upacara upacara tradisional Hindu turut menjadi tarikan terutama pemakaian barang kemas warisan keluarganya.
Radhika tampil berseri memakai rantai berlian dan zamrud yang terdahulu dipakai oleh kakaknya, Anjali Merchant, pada hari perkahwinannya pada tahun 2020.
JAM TANGAN Mewah Harga Sebuah Kereta
Para tetamu dihidangkan dengan sajian istimewa bertaraf lima bintang kepada hiburan bertaraf dunia. Difahamkan 2,500 menu dari pelbagai pelososk dunia disediakan.
amun, itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan hadiah istimewa yang diterima oleh pengantin lelaki.
Ads
Bingkisan buat tetamu juga bukan calang-calang ya! Difahamkan, Anant Ambani telah menyerahkan hadiah mewah iaitu jam tangan Audemars Piguet Royal Royal Oak Perpetual Calendar 18K Rose Gold yang berharganya dikatakan mencecah US$ 200,000 atau sekitar RM934,650 seutas.
Salah satu hantaran yang tular di laman sosial sosial X memaparkan video rakan Anant menunjukkan jam tangan.
“Jangan terkejut sangat. Kerana ia bukan sekadar jam tangan tetapi kasih sayang yang telah diberikan keluarga Ambani,” tulisnya pada kapsyen.
Ads
Menelan Kos RM732 JUTA
Bapa pengantin lelaki, Pengerusi Reliance Industries, Mukesh Ambani merupakan orang ke-10 terkaya di dunia dengan harta AS$115 bilion, menurut Forbes.
Untuk perkahwinan Anant dan Radhika, keluarga itu tidak mendedahkan namun jumlah itu tular selepas pengguna Reddit mendedahkannya.
Dianggarkan, ia menelan belanja sebanyak sekitar AS$600 ribu atau RM2.8 juta, namun perancang perkahwinan menganggarkan mereka telah membelanjakan antara AS$132 juta (RM620 juta) hingga AS$156 juta (RM732 juta).
Ads
Biarpun tampak mahal, ia tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan kekayaan keseluruhan Mukesh. Ia dianggarkan hanya menelan belanja hanya 0.5 peratus sahaja!
Terdahulu, pasangan muda itu telah meraikan praperkahwinan pada Mac. Antara pengisiannya ialah mengadakan jamuan komuniti termasuk pekerja.
Info tambahan, difahamkan pernikahan Anant Ambani, pewaris kekayaan keluarga Ambani dengan Radhika Merchant disambut tiga hari. Malah, jutawan berkenaan menerbangkan bintang-bintang pop Hollywood seperti Rihanna dan Justin Bieber untuk menghiburkan tetamu jemputan sekali gus menarik perhatian dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kedengaran mengejutkan tetapi inilah realiti yang berlaku di Maryland, Amerika Syarikat.
Pakar pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Maryland telah berjaya melakukan pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik kepada manusia minggu lalu.
Ini merupakan prosedur pertama seumpamanya. Pesakit yang menerima jantung haiwan berkenaan adalah penduduk Mayland yang berusia 57 tahun, David Bennet.
David Bennet (berbaju putih) bersama keluarganya.
Sebelum itu David telah disahkan menghidap penyakit jantung yang boleh membawa maut. Menurut pasukan perubatan yang memantau keadaan lelaki itu, David tiada pilihan lain melainkan menerima prosedur tersebut kerana tubuhnya tidak mampu menerima proses pemindahan jantung yang kebiasaan dilakukan.
“Ia sama ada mati atau melakukan pemindahan ini. Saya mahu hidup. Saya tahu keputusan ini merupakan satu keputusan yang tidak pasti, tetapi ini adalah pilihan terakhir saya. Saya tidak sabar untuk bangun dari katil selepas saya pulih,” ujar Bennett dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh Pusat Perubatan Universiti Maryland.
Jadi bagaimana prosedur ini dilakukan?
Menurut penyelidik, prosedur itu memerlukan 10 suntingan gen unik pada jantung babi bagi mengelakkan penolakan organ itu sebaik sahaja dipindahkan ke dalam tubuh manusia.
Suntingan ini termasuk memadamkan empat gen haiwan yang bertanggungjawab untuk penolakan pengantaraan antibodi terhadap organ babi oleh manusia dan kemudianya memasukkan enam gen manusia ke dalam jujukan genom untuk penerimaan imun.
Dr. Bartley P. Griffith bersama David Bennet.
“Ini adalah pembedahan penting dan membawa kita selangkah lebih dekat untuk menyelesaikan krisis kekurangan organ. Jumlah penderma jantung tidak mencukupi untuk memenuhi senarai panjang mereka yang berada dalam senarai penerima berpotensi,” ujar Dr Bartley P. Griffith, yang memindahkan jantung babi ke dalam pesakit melalui pembedahan.
Seorang lagi doktor pakar yang terlibat yang merupakaan salah seorang pakar terkemuka dunia dalam pemindahan organ haiwan, iaitu Dr.Muhammad M Mohiuddin mengucap rasa gembira dan syukur atas kejayaan tersebut. Katanya, “Prosedur ini merupakan prosedur yang berjaya memberikan maklumat berharga untuk membantu komuniti perubatan memperbaiki kaedah yang berpotensi menyelamatkan nyawa bagi pesakit pada masa hadapan.”
Dr.Muhammad M Mohiuddin (kanan bertopi rona gelap) ketika dalam bilik pembedahan.
Kejayaan pasukan Pusat Perubatan Universiti Maryland ini menjadi satu cara baru untuk membantu penderita penyakit jantung di seluruh dunia.
Untuk rekod, pembedahan ini turut diluluskan secara kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bencana alam satu benda yang tidak boleh diramal dan terbaru, ribut pasir melanda bandar Beijing, China memaparkan langit menjadi warna jingga.
Lapor Reuters, pakar meteorologi menyifatkan kejadian itu sebagai serangan ribut pasir terbesar sepanjang dekad. Ia jelas kelihatan dengan mata kasar, langit yang membiru bertukar menjadi warna oren yang kelihatan sangat ‘menakutkan’.
Dalam rakaman sama, kedengaran suara cemas orang ramai dan tak kurang juga yang sibuk merakam fenomena luar biasa ini.
Sekurang-kurangnya 341 orang dilaporkan hilang di negara jiran Mongolia yang juga dilanda ribut pasir.
Untuk info, Beijing menghadapi ribut pasir pada Mac dan April kerana berdekatan gurun Gobi yang besar serta disebabkan penebangan hutan dan hakisan tanah di seluruh utara China. China berusaha melakukan penghutanan semula dan memulihkan ekologi wilayah tersebut untuk membendung ribut pasir yang bertiup ke ibu kota.
Pada tahun lepas kita dikejutkan dengan kebakaran yang berlaku di Australia dan Amerika Syarikat kini di Beijing pula. Sama-samalah kita doakan agar bumi kembali sihat dan terhindar daripada bencana.
Sebagai seorang manusia, kitalah yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memelihara kehidupan alam sekitar.
Selepas tiga dekad beroperasi dan disulami dengan pelbagai detik terindah bersama pemuzik tempatan dan antarabangsa, Hard Rock Cafe Jakarta akan ditutup secara rasmi bermula 31 Mac depan.
Menurut laporan Suara.com, Pengarah Urusannya, Agaverus Hutagalung berkata, rangkaian kafe dan bar bertemakan rock n roll selain terkenal sebagai lokasi yang menyimpan koleksi peribadi milik pemuzik terkenal seluruh dunia itu ditutup kerana tidak melanjutkan tempoh sewa.
“Saya ingin jelaskan tiada perselisihan faham. Isunya adalah soal sewa sebab sudah 10 tahun berada di sini dan kontrak juga sudah habis.
“Jika kita sambung sewa akan berlaku kendikan serta segala kos lain yang perlu ditanggung,” ujarnya.
Dalam pada itu, Agaverus turut memaklumkan, pihaknya cukup terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 yang berlaku sejak tiga tahun lalu.
“Kita terus terang berdasarkan keadaan kewangan agak berat untuk kita melanjutkan operasi ini. Jadi kita memilih untuk menutup operasi,” katanya.
Selain itu, menurutnya lagi terdapat beberapa barang peribadi milik pemuzik berpengaruh dunia seperti Metallica, Megadeth, Slash dari Gun n Roses yang disimpan di kafe tersebut.
“Semua barangan ini adalah milk pemuzik yang pernah membuat persembahan di Indonesia” katanya.
Selaras penutupan itu, pihak kafe akan memulangkan semula koleksi barangan berharga kepada ibu pejabat di Amerika Syarikat (AS).
“Suka atau tidak kita perlu pulangkan semula barangan itu ke ibu pejabat di Orlando, AS. Barangan peribadi itu merupakan hak milik antarabangsa dan syarat itu terpakai kepada semua cawangan kafe di seluruh dunia,” kongsinya lagi.
Menjengah di ruangan komen pada hantaran yang dimuat naik HRC Worldwide di Instagram, rata-rata warganet melontarkan pelbagai reaksi susulan penutupan kafe dan bar popular itu.
“Ia ditutup hanya kerana alasan bayar sewa mahal, jadi pasti nanti akan buka di tempat baru yang harga sewanya lebih murah. Semoga… Dalam 10 tahun operasi sudah pasti adalah kiraan dan profitnya,” komen seorang pengguna.
“HRC Jakarta pertama di Sarinah; tutup. Pindah ke EX Mall (yang sekarang dikenali PI Extension), tutup lagi. Eh, buka di Pacific Place Mall mahu tutup lagi. Lebih elok jika HRC Jakarta mempunyai tanah sendiri seperti HRC Bali,” komen juga pengguna lain.
“So sad to hear that. Too much fun to remember,” tulis pengunjung tetap kafe tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.