Filem She Said diarahkan oleh Maria Schrader, yang dikenali sebagai pengarah filem Unorthodox (2020). She Said juga akan dibintangi bintang popular Patricia Clarkson, Samantha Morton, dan Andre Braugher dan ramai lagi. Filem ini akan menemui penonton di seluruh pawagam pada 24 November 2022.
She Said mengisahkan dua wartawan New York Times bernama Megan Twohey (lakonan pelakon Carey Mulligan) dan Jodi Kantor (lakonan pelakon Zoe Kazan) yang cuba menyelesaikan skandal seks penerbit terkenal Harvey Weinstein.
She Said ialah sebuah filem berdasarkan adaptasi dari buku oleh Megan Twohey dan Jodi Kantor. Harvey Weinstein sendiri ialah seorang selebriti Hollywood yang namanya tersemat selepas dihujani dengan tuduhan merogol pada 2017. Dia dikatakan melakukan keganasan dan gangguan seksual sejak 30 tahun lalu.
Dia kemudiannya menjalani hukuman penjara selama 23 tahun. Weinstein juga telah dipecat daripada syarikat yang dimiliki dan diasaskannya. Kes Harvey Weinstein juga merupakan pintu masuk untuk melihat lebih mendalam budaya gangguan seksual dan keganasan dalam industri Hollywood.
Ads
Seperti biasa, kami ingin membawa peminat bertuah menonton tayangan perdana filem She Said minggu hadapan dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah.
Ads
Tarikh: 23 November 2022
Masa : 9.00 PM Lokasi: GSC 1 Utama, Hall 3
Ads
Kami ingin memberikan sepasang tiket percuma dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah di instastory Majalah Remaja. Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang bagi memudahkan urusan penebusan tiket.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak pernah makan Tom Yam? Rasanya yang masam dan masin penuh kesegaran membuatkan selera semakin meninggi apatah lagi jika dimakan bersama nasi. Jika anda pernah ke Thailand dan menikmati menu ini di sana, Tom Yum Kung merupakan sup pedas yang dimasak menggunakan pelbagai bahan segar seperti serai, cili padi, jus limau nipis, serai, lengkuas dan juga udang.
Kementerian Kebudayaan Thailand mahu menu tersebut disenaraikan oleh UNESCO sebagai sebahagian dari warisan budaya yang tidak ketara. Ini lantaran Tom Yam Kung merupakan menu yang sudah terkenal di seluruh dunia dan nama Thailand memang sudah sinonim dengan menu tersebut.
Sumber gambar: pexels.com
Tom Yum melambangkan kehidupan ringkas komuniti agrikultur tradisional yang tingal di sepanjang sungai dan terusan di kawasan dataran tengah yang mana seni masakan tradisi yang diamalkan sangat dekat dengan alam semula jadi.
Menurut Menteri Budaya Thailand, Itthipol Kunplome, resipi dan juga skil memasak menu ini sudah diperturunkan dari generasi ke generasi dalam setiap rumah sebagaimana industri kulinari yang merangkumi makanan tempatan dan kebangsaan telah berkembang dan mendapatkan pengetahuan dan skil untuk memasak Tom Yam Kung.
Jika berjaya disenaraikan di dalam senarai UNESCO ia akan menjadikan reputasi makanan Thailand lebih terkenal di peringkat antarabangsa sekaligus mampu memberi peluang perniagaan yang lebih luas kepada industri makanan di Thailand.
Pengalaman dijangkiti COVID-19 merupakan satu memori yang pahit buat Nazhatul Aqilah Mohamad Ramli apabila gadis berusia 25 tahun ini berhadapan dengan situasi dimana dia tidak sedarkan diri selama dua kali ketika berada di hospital.
Bagai ‘mati hidup semula’, Nazhatul atau lebih mesra disapa sebagai Shasha bersyukur kerana dia telah diberi peluang untuk kembali bernafas selepas melalui fasa sulit ketika dijangkiti COVID-19.
Cerita bermula apabila remaja ini dijangkiti COVID-19 di pejabat setelah pengurus tempat kerjanya disahkan positif. Pada waktu itu, dia tidak mempunyai sebarang gejala namun tetap membuat ujian saringan kerana merupakan kontak rapat pesakit.
Namun, selepas menjalani saringan Shasha disahkan positif COVID-19 dan dibawa ke MAEPS untuk dikuarantin. Ceritanya tidak habis disitu, selepas keluar dari MAEPS dia mengalami simptom tidak bermaya dan tidak sedarkan diri, seterusnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Jom kita ikut kisah remaja ini.
“Selepas lebih kurang 12 hari di MAEPS, saya telah dibenarkan pulang ke rumah. Namun, saya dapat merasai badan seperti sangat lemah dan masih belum pulih sepenuhnya. Saya asyik tidur sepanjang hari sampailah ada satu ketika itu pada pukul 12 tengah malam, saya mengalami kesesakan nafas. Keluarga terus membawa saya ke HKL dan pada waktu itu juga saya sudah tidak sedarkan diri,”
“Lebih kurang seminggu juga saya tidak sedarkan diri dan Alhamdulillah, selepas enam hari saya kembali sedar tetapi masih mendapatkan pemantauan ketat daripada doktor. Namun, lebih memburukkan lagi, keadaan paru-paru saya selepas itu dikatakan bernanah. Jadi, doktor terpaksa tidurkan saya untuk mengepam keluar nanah tersebut,”
“Pada ketika itu, saya tidak sedarkan diri dalam seminggu juga. Keluarga yang paling risau tentang tahap kesihatan saya dan adik juga ada berkata yang dia sampai tidak berselera makan dan tidur pun tak lena kerana risaukan saya. Sebelum ditidurkan, saya juga sering menangis kerana rasa ‘down’ sangat, tambahan pun terlalu lama duduk di hospital,” jelasnya lagi.
Kongsi pengalaman ketika ‘ditidurkan’
Bukan semua orang pernah berpengalaman tidak sedarkan diri dan apabila pesakit koma mula sedar dari ‘tidur’, pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana agaknya keadaan ketika kita tidak sedarkan diri itu. Shasha turut berkongsi pengalamannya ketika dia terlantar di katil hospital.
“Pertama kali masa saya masuk hospital tempoh hari, waktu tu saya tidak sedarkan diri tetapi masih dengar situasi di sekeliling. Namun, saya dengar seperti bunyi yang kuat seperti suara askar menjerit. Ketika itu juga bila mata terpejam, saya masih lagi mampu melihat cahaya tetapi ia hanya cahaya putih,”
“Dalam cahaya itu juga saya dapat melihat seperti ada dua jalan, kanan dan kiri. Betul, saya tak tipu,” ceritanya kepada kami.
“Tetapi sewaktu saya ditidurkan dan untuk kali kedua tidak sedarkan diri itu, saya memang tak sedar apa-apa dan tidak dengar sebarang bunyi di sekeliling. Dia memang macam kita sedang tidurlah senang cerita. Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk hidup,” tambahnya lagi.
Peringatan untuk diri sendiri
“Apa yang berlaku pada diri ini banyak mengajar saya dan orang sekeliling untuk sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan lebih-lebih lagi di waktu pandemik ini. Sehingga kini saya masih lagi ‘berpantang’ dan ada makanan-makanan yang tidak boleh disentuh demi menjaga luka tebukan ketika merawat paru-paru bernanah tempoh hari.”
“Saya bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk bernafas dan berjumpa dengan keluarga serta rakan-rakan. InsyaAllah, peluang ini saya akan gunakan dengan baik dan berjanji untuk menjadi seorang individu yang lebih baik,”
“Kepada korang di luar sana, saya ingin berpesan untuk sentiasa berjaga-jaga dan patuhi SOP yang ditetapkan. Jangan lupa ambil vaksin juga. Ketika saya dijangkiti COVID-19 saya masih belum divaksin kerana temu janji saya agak lewat iaitu pada bulan Julai, namun apa kan daya saya terima segala takdir yang telah ditentukan olehNya ini,” jelas Sha.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan tiga orang anakanda Yang di-Pertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, Kuantan telah menarik perhatian ramai warganet pada hari ini.
Tatkala cuaca menunjukkan hujan renyai turun di sebelah pagi, tiga anakanda Baginda itu sedia meredah dengan memayungkan diri sendiri dan tidak menjadikan cuaca sebagai alasan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Terdahulu sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang,Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak terkecuali menunaikan tanggungjawab sebagai seorang warganegara apabila baginda bercemar duli membuang undi di Pekan, Pahang.
Bagaimanapun pada bulan Mac 2022, pindaan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat di mana ia mengecualikan raja, pasangan dan waris mereka daripada didaftarkan secara automatik ke dalam senarai pengundi.
Pilihan sama ada untuk mengundi atau tidak tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Ia adalah untuk memastikan raja-raja kekal berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Perkara 119A Perlembagaan Persekutuan pula menetapkan hanya Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui warta, mengecualikan mana-mana raja dan waris mereka daripada direkodkan dalam senarai pengundi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.