Idris Elba bakal kembali di layar perak menerusi filem Beast arahan Baltasar Kormakur. Dibintangi oleh pelakon lain seperti Sharlto Copley, Riley Keough, Iyana Halley dan Leah Sava Jeffries, filem ini akan menemui penonton di seluruh pawagam pada 18 Ogos 2022.
Menceritakan tentang seorang bapa tunggal, Dr. Nate Samuels yang kembali ke Afrika Selatan di mana lokasi pertama kali bertemu isterinya. Bersama dua anak perempuannya yang masih remaja, dia memenuhi impian isterinya untuk memulakan perjalanan yang telah lama dirancang bersama anak perempuan mereka.
Namun, perjalanan itu menjadi satu perjuangan yang menakutkan apabila mereka perlu melarikan diri daripada seekor singa. Singa itu melihat semua manusia sebagai musuh dan mula menjejaki mereka.
Ads
Seperti biasa, kami ingin membawa peminat bertuah menonton tayangan perdana filem Beast minggu hadapan dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah.
Tarikh: 16 Ogos 2022 Masa: 8.15 malam Lokasi: GSC Starling
Ads
Kami ingin memberikan sepasang tiket percuma dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah di bawah. Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang bagi memudahkan urusan penebusan tiket.
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang iaitu Siti Kharina Mohd Kamarudin pada minggu ini telah menjadi antara topik perbualan hangat netizen.
Bukan saja disebabkan motif pembunuhannya di sebuah kondominium di Cyberjaya. Tetapi disebabkan suspek utama kes yang merupakan seorang lelaki warga Nigeria.
Disclaimer: REMAJA tak mengatakan kesemua warga Afrika yang bertandang ke Malaysia merupakan penjenayah. Namun menurut penganalisis jenayah, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim, beliau yang ditemuramah rakan media di Berita Harian beranggapan kehadiran terlalu ramai warga benua itu ke negara ini wajar dipandang serius.
Ini kerana pemantauan yang dilakukan terhadap kemasukan mereka kini tidak dilakukan secara konsisten. Malah ia hanya dilakukan secara bermusim, terutamanya bila muncul kes seperti ini.
Antara pesalah kes bawa masuk dadah pada tahun lalu.
”Kami harapkan agar Kementerian Pendidikan mengkaji pengeluaran pas pelajar ke atas warga Afrika secara konsisten kerana kemasukan mereka sekarang adalah terlalu ramai.
”Benarkah mereka masuk dengan niat untuk belajar saja? Saya lihat tidak, mereka cuma datang untuk mendapatkan faedah pas berkenaan dan bukannya untuk belajar pun,” katanya ketika dihubungi wartawan.
”Suka atau tak, statistik menunjukkan kehadiran warga Afrika menyumbang kepada kes jenayah membabitkan dadah fan kes penipuan seperti love scam dan black money.
”Justeru kita wajar perketatkan lagi kemasukan mereka. Hanya yang benar-benar komited untuk belajar saja diberikan akses dan mereka perlu melaporkan progres pengajian masing-masing.”
Apa pendapat korang?
Adakah wajar pihak berkuasa mengenakan syarat kemasukan dan tinggal yang lebih ketat kepada pelajar warga Afrika? Ataupun ia akan dilihat seolah-olah diskriminasi terhadap mereka berbanding ke atas pelajar asing dari negara lain?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkongsian pelakon popular, Nabila Huda mengenai perjalanan terakhir kucing kesayangan pertama yang dibela bernama Aoki baru-baru ini telah menarik perhatian ramai terutama di kalangan pencinta kucing.
Menurut Nabila atau nama sebenar Nabila Huda Suhaimi (40) perkongsian yang dibuat sebelum ini adalah semata-mata ingin memberi kesedaran kepada orang ramai tentang belas kasihan terhadap haiwan dan hatinya cukup tergores apabila ada pihak mengambil jalan mudah dengan membuang haiwan peliharaan yang sakit.
“Bagi saya masalah kewangan bukan alasan untuk buang haiwan peliharaan sesuka hati kerana seseorang itu sepatutnya sudah memikirkan semua kebarangkalian apabila memilih membela kucing atau haiwan lain di rumah”
“Kalau anak kita sakit, tak mungkin kita akan buang sewenang-wenangnya anak itu, begitu jugalah dengan haiwan peliharaan kita,” ujar Nabila sebak ketika ditemui di sidang media Hikayat Bawah Putih Bawang Merah yang diadakan di TGV 1 Utama baru-baru ini.
Tambahnya, perkongsian mengenai Aoki bukan hanya sekadar untuk menimbulkan kesedaran tetapi secara tidak langsung dapat berkongsi ilmu mengenai kucing yang mungkin tidak diketahui ramai.
Bahkan ada di antara pengikut yang baru menyedari simptom yang dialami Aoki turut ada pada kucing yang pernah dipelihara.
“Mungkin ada pencinta kucing di luar sana yang tidak tahu tentang penyakit-penyakit dihidapi kucing. Saya sendiri tak tahu tentang simptom yang Aoki tunjuk pada awalnya. Paling menarik bila saya kongsi di media sosial, banyak benda yang pengikut saya jadikan rujukan,” jelasnya.
Terdahulu, Nabila memaklumkan Aoki mati akibat menghidap penyakit buah pinggang kronik tahap empat pada 2 Oktober.
Dalam perkembangan lain, Nabila bakal membintangi drama empat episod Hikayat Bawang Putih Bawang Merah yang akan disiarkan di Astro Ceria bermula 21 Oktober ini. Selain Nabila, Hikayat Bawang Putih turut dibintangi barisan pelakon terkenal termasuk Mira Filzah, Kamal Adli, Amalina Arham dan Datin Lisa Surihani.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah berhadapan pelbagai cabaran dan penundaan, Shiraz Projects Sdn Bh kembali dan dengan bangganya membawakan kembali kepada khalayak sebuah festival yang menggabungkan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi dan kemeriahan pada 8 dan 9 Julai 2023, Sabtu dan Ahad, bermula seawal jam 12 tengahari di Bandar Malaysia, Sungai Besi.
Festival yang pernah tergendala disebabkan pandemik COVID-19 dan berdepan penundaan, kini kembali dengan barisan nama-nama besar dalam industri tiga negara! Sudah lama rasanya, angin nusantara tidak disatukan dalam nada dan irama yang sejalur dan titian persahabatan ini bakal dijalinkan dalam sebuah festival muzik yang dinamakan NUSA FEST.
NUSA FEST ingin mengumumkan, tiga nama besar dalam industri muzik tanahair iaitu SEARCH, WINGS & BUTTERFINGERS sebagai ‘headliner’ di festival ini nanti. Sudah sekian lama Search dan Wings mengadakan persembahan di satu panggung yang sama dan pasti ini dinanti-nantikan oleh para peminat tegar mereka.
Butterfingers juga akan turut serta di NUSA FEST setelah hampir empat tahun tidak muncul menemui peminat mereka.
Pihak Shiraz Projects memohon maaf atas penundaan yang terdahulu dan yakin NUSA FEST kali ini akan berjalan dengan lancar dengan barisan artis-artis yang mempunyai pengikut tegar dan setia.
Pasti peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini di satu festival. Untuk dua hari, para penonton bakal disajikan dengan muzik enak dan berkualiti serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat.
“Saya percaya bahawa dengan sokongan semua, NUSA FEST akan dapat dijayakan dengan meriah dan menepati konsep festival yang dinginkan.
“Dan kali ini kami kembali dengan pengumuman senarai akhir NUSA FEST,” ujar Shiraz selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects.
Hari ini segalanya dikongsikan bersama. Teka teki siapa yang akan membuat persembahan di NUSA FEST dengan senarai akhir terjawab hari ini dan pihak Shiraz Projects terus mengharapkan sokongan serta antusias penonton serta peminat seni untuk menyokong NUSA FEST sehingga ke hari persembahan.
Berikut merupakan senarai yang akan melakukan persembahan:
Malaysia
Wings
Search
Butterfingers
Kugiran Masdo
Salammusik
Forceparkbois lqbal M.
White Percussion Unit
Jemson
Budak Nakal Hujung Simpang
Gerhana Skacinta
Monoloque
Indonesia
Fourtwnty
Barasuara
Pusakata
Efek Rumah Kaca
Kelompok Penerbang Roket
The Changcuters
Burgerkill
Seringai
Diskoria
Dipha Barus
Ras Muhamad
Singapore
The Pinholes
Antara aktiviti yang akan dijalankan di NUSA FEST ialah Panggung Nusa (dua pentas bersebelahan dengan pementasan tapa henti! Festival muzik yang menghadirkan 12 kumpulan Malaysia, 11 penghibur Indonesia, 1 kumpulan Singapura), Warong Nusa (semuanya tentang makanan!) dan Pasar Nusa (seni dan kraftangan dari Nusantara).
Tiket dengan harga RM200 (untuk dua hari/seorang) atau RM700 untuk 4 orang di www.myticket.asia. NUSAFEST ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Son Bhd buat julung kalinya untuk memeriahkan lagi industri muzik nusantara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.