Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Home Hiburan Pernah Gagal Mara Di Indonesian Idol, Semangat ‘Trainee’ Zayyan Buatkan K-poppers Indonesia...

Pernah Gagal Mara Di Indonesian Idol, Semangat ‘Trainee’ Zayyan Buatkan K-poppers Indonesia Bangga

Sejak awal minggu ini, nama Muhammad Zayyan telah meniti di bibir peminat hiburan K-pop di Indonesia.

Remaja lelaki yang mesra dengan panggilan Zayyan itu menjadi sebutan ramai susulan pengumuman dirinya sebagai salah seorang trainee terpilih bagi kumpulan K-pop, OCJ Newbies yang sedang menanti detik debut mereka.

Pernah Gagal Mara Di Indonesian Idol, Semangat ‘Trainee’ Zayyan Buatkan K-poppers Indonesia Bangga Pernah Gagal Mara Di Indonesian Idol, Semangat ‘Trainee’ Zayyan Buatkan K-poppers Indonesia Bangga

Memetik kenyataan di laman web mereka, OCJ Newbies merupakan kumpulan di bawah naungan One Cool Group Limited menerusi pengurusan One Cool Jasco yang diasaskan di Hong Kong dan meliputi dunia hiburan di Korea Selatan, China dan Thailand.

Zayyan disahkan sebagai satu-satunya ahli OCJ Newbies yang berasal dari Indonesia. Manakala lima ahli lain yang dikenali sebagai Sing, Wain, Guohao, Ricky, Sangwoo dan Jihan dan masing-masing juga berasal dari negara berbeza.

“Hello semua, ini ialah Zayyan! Ini adalah content pertama saya brsama Ricky setelah menyertai keluarga OCJ secara rasmi. Saya sangat sukakan keluarga ini. Jadi, mohon sellau menyokong OCJ Newbies. Sayang anda semua,” catatnya.

IKLAN

Pernah Gagal Mara Di Indonesian Idol, Semangat ‘Trainee’ Zayyan Buatkan K-poppers Indonesia BanggaPernah Gagal Mara Di Indonesian Idol, Semangat ‘Trainee’ Zayyan Buatkan K-poppers Indonesia Bangga

Terdahulu sebelum bergelar trainee, remaja berusia 22 tahun ini telahpun meraih perhatian di atas usahanya menyertai beberapa pencarian bakat oleh stesen televisyen di Indonesia. Malah pada tahun 2018, Zayyan telah menyertai program Rising Star Indonesia musim ketiga namun perjalanannya terhenti di episod uji bakat.

Tanpa berputus asa, Zayyan kembali mencuba nasib bagi program Indonesian Idol musim kesepuluh pada tahun 2019. Biarpun memperolehi ‘Golden Ticket’, sekali lagi dia menerima nasib tersingkir awal.

IKLAN

Pernah Gagal Mara Di Indonesian Idol, Semangat ‘Trainee’ Zayyan Buatkan K-poppers Indonesia BanggaPernah Gagal Mara Di Indonesian Idol, Semangat ‘Trainee’ Zayyan Buatkan K-poppers Indonesia Bangga

Bagi korang yang ingin mengenali Zayyan dan bakatnya dengan lebih dekat, korang boleh saja subscribe ke saluran YouTube miliknya, ZYYN di mana pelbagai lagu-lagu cover popular nyanyiannya ada dimuat naik di sana.

Agaknya, bila pula bakat muda dari Malaysia akan diserap masuk oleh agensi hiburan K-pop selepas Isaac Voo dari kumpulan IN2IT?

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN : 8 Pelakon Korea Yang Pandai Menari, Persis Kpop Idol – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI