Pelakon dan penyanyi popular, Naim Daniel mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.
Pengakuan itu dibuat di Mahkamah Sesyen, hari ini, dalam satu prosiding tertutup yang berlangsung di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.
Menurut pertuduhan, penyanyi berusia 28 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah hotel pada jam 8.56 malam, 19 Mei lalu yang membabitkan seorang mangsa remaja perempuan berusia 17 tahun tujuh bulan, untuk tujuan seksual.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin mencadangkan agar mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM15,000 terhadap tertuduh, dengan seorang penjamin.
“Ia termasuk syarat tambahan, tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan,” katanya.
Ads
Pelantun lagu popular Sumpah itu diwakili dua peguam, Mohd Irwan Sumadi dan Amirul Ridzuan Hanif.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan ikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin, serta syarat tambahan seperti yang dicadangkan pihak pendakwaan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Ogos depan.
Ads
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa Pejabat Pendakwa Raya Selangor telah mengeluarkan arahan pertuduhan terhadap suspek, yang disiasat di bawah Seksyen 14(a), Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).
Kesalahan ini melibatkan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.
Ads
Difahamkan, selebriti berkenaan yang baru pertama kali membawa mangsa ke sebuah hotel, mula berkenalan dengan remaja tersebut kira-kira dua bulan lalu. Perkara itu diperoleh hasil siasatan awal oleh pihak polis.
Terdahulu, individu terbabit telah ditahan pada 3 Jun lalu, selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap mangsa di sebuah hotel sekitar Selangor. Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor berpengalaman, Kamal Adli berkongsi bahawa Ramadan tahun ini terasa sangat berbeza, lebih-lebih lagi selepas hidup bersendirian.
“Ramadan tahun ini sangat berbeza sebab bila balik tiada orang. Itu yang terlepas sahur. Hari ketiga sahur dah tak boleh bangun, tidak mampu dah sebab tiada orang kejut.
“Sebelum ini bangun sebab kena kejutkan orang, pastikan orang sahur juga. Tapi tahun ini tak makan pun tak apa, memang tangkap muat saja setakat ini, apa yang ada,” katanya.
Selain itu, Kamal juga sempat berseloroh mengenai keadaan dapurnya yang sudah lama tidak berasap memandangkan jarang memasak.
“Tak ada kepentingan sangat nak fikir macam dahulu. Kalau hari pertama puasa, saya tak reti masak, konon-konon masak. Saya tak tahu mungkin tidak sedap tapi sebab orang nak jaga hati saya, dia katalah sedap.
“Tahun ini tak masak pun, dapur pun saya dah lupa bentuk macam mana sebab lama sangat tak masuk dapur,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Kamal dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu selepas aktres itu memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.
Pasangan ini sebelum itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan mudah untuk anak Malaysia mencipta nama di negara asing dalam bidang seni hiburan. Tambah-tambah lagi di negara seperti China yang mempunyai ribuan bakat-bakat baru yang sedang menunggu masa dan peluang untuk meningkat naik serta dikenali ramai.
Justeru, apabila seorang remaja lelaki berusia 22 tahun mencuri tumpuan selepas lagu nyanyiannya tular di laman sosial Douyin (TikTok versi China) baru-baru ini, masyarakat Malaysia mulai tertarik untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi.
Siapakah lelaki yang mampu mengikut jejak langkah penyanyi, Shila Amzah di negara tersebut?
Remaja yang dikenali sebagai Firdhaus (@fffirhaus) ini mula menjadi bualan mulut sejak Disember tahun lalu apabila dia menyerlahkan kemampuannya untuk mencipta serta menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin. Ini adalah 4 fakta menarik mengenai penyanyi lagu Gulf of Alaska ini.
01
Gulf of Alaska yang berjaya mendapat 170 juta tontonan di TikTok merupakan salah satu daripada empat buah lagu yang dimuatkan di dalam album EP berjudul A Letter; di bawah label Loolala Music Malaysia. Ia baru saja menemui pendengar pada bulan November lalu.
Gulf of Alaska turut meraih tempat di YouTube setelah video tersebut mendapat 1.1 juta tontonan sehingga kini.
02
Sememangnya, semakin ramai remaja berbangsa selain Cina di Malaysia yang mendalami bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan ketiga mereka. Firdhaus sendiri menguasai bahasa tersebut apabila dihantar ke sekolah jenis Cina sejak kecil.
03
Menurut laporan Sin Chew Daily, Firdhaus mendapat minat nyanyian sejak mula mendengar lagu-lagu nyanyian penyanyi popular Taiwan, Jay Chou ketika berusia 12 tahun.
Sumber Foto: Instagram @fffirdhaus
04
Pada mulanya, ibu bapa kepada Firdhaus tidak begitu pasti untuk memberikannya ‘green light’ bagi meneruskan minat dalam bidang muzik memandangkan industri ini cukup competitive. Mereka ingin melihat satu-satunya anak lelaki dalam keluarga mereka itu untuk fokus dengan masa depan yang lebih stabil.
Selepas melihat minat Firdhaus tidak luntur dalam tempoh 10 tahun yang lalu dan melihat kejayaan memperolehi populariti di media sosial, mereka lebih terbuka dan menyokongnya.
05
Selain berbakat dalam bidang muzik, Firdhaus juga nampaknya mempunyai minat dalam seni fotografi! Cer tengok akaun Instagram kedua FIRDHAUS INI.
REMAJA pasti ramai peminat setia MCU (Marvel Cinematic Universe) tak sabar nak tunggu filem tersebut dikeluarkan. Kurang dari 48 jam je lagi filem tersebut bakal menemui pemonton di pawagam.
Filem terakhir siri Marvel akan memulakan tayangan seawal 7.30 pagi pada 24 April ini. Walaupun mendapat dugaan seperti babak-babak dalam filem tersebut tersebar luas, namun ia tidak sesekali mematahkan semangat penonton untuk mengeluarkan duit menonton di pawagam.
Dalam tak sedar, siri ini sudah sampai ke penghujung. REMAJA sempat membuat kronologi filem-filem yang berkait rapat dengan Avengers Endgame ini.
Banyak perubahan wajah pada semua hero-hero ini. Mana tidaknya, dari tahun 2008 Robert Downey Jr telah memegang watak Iron Man ni. Mesti banyak perubahan dalam diri dan personaliti hero-hero ini.
Iron Man (Tony Stark)
Captain America (Steve Rogers)
Thor
Black Widow (Natasha Romanoff)
Hulk (Bruce Banner)
Pepper Potts
Macam sedih pulak bila mengenangkan yang filem ini dah nak melabuhkan tirainya. 😥
Apa-apapun, selamat menonton Endgame. Min tengok hari Jumaat, korang tengok hari apa?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!