Jika sebelum ini wartwan dari Amerika Syarikat mencuri perhatian netizen kerana muncul secara langsung ketika membuat panggil video tanpa memakau seluar, kini wartawan Filipina juga dilaporkan berhadapan dengan situasi awkward apabila kucingnya dilihat sedang bergaduh ketika dia sedang menemubual seorang ahli perniagaan dari rumah.
Semuanya berlaku gara-gara masing-masing mengamalkan work from home akibat pandemik COVID-19.
Wartawan yang dikenali sebagai Doris Bigornia itu dilihat berusaha untuk mengawal wajahnya di kaca televisyen ketika kucingnya, Bella dan Nala sedang bergelut.
Ads
Ads
Memang comel aksi si bulus ni. Kalau manusia boleh jugalah mereka faham yang kita ni sedang buat video call, tapi kalau haiwan peliharaan, kena terima sahajalah tengok gelagat mereka. Hiks!
Satu demi satu kontroversi mengekori penglibatan atlet luncur ais remaja dari Rusia, Kamila Valieva dalam Sukan Olimpik musim sejuk Beijing 2022 kali ini.
Valieva, 15 yang merupakan atlet pilihan ramai untuk meraih emas dalam acara luncur ais individu wanita dan luncur ais berpasukan wanita terpalit dengan kes doping selepas dia didapati menggunakan ubat jantung yang dilarang sebelum menjejakkan kaki ke temasya itu.
Namun, keputusan ujian sampel yang telah diberikan Valieva pada 25 Disember 2021 hanya dikeluarkan pada minggu lalu, iaitu selepas dia dan pasukan Rusia meraih pingat emas berpasukan.
Keputusan ujian yang lambat itu telah mencetuskan perbalahan pendapat. Ada yang berkata pingat emas itu harus ditarik semula sementara ada pihak lain yang mempertahankan Valieva kerana bukan salah atlet itu sekiranya laporan lewat diterima.
Setelah mendengar poin-poin yang diberikan, mahkamah tertinggi sukan iaitu Mahkamah Arbitrasi Sukan (CAS) pada 15 Februari lalu telah mengeluarkan keputusan bahawa Valieva tidak seharusnya digantung susulan gagal ujian dadah dan dibenarkan untuk terus bertanding dalam acara individu yang bermula pada 16 Februari (Rabu).
Begitupun, segala kontroversi yang melanda Valieva ini seakan telah meletakkan beban dan tekanan yang berat di atas bahunya. Sama ada keadaan emosinya tidak stabil disebabkan oleh isu doping tersebut, hanya Valieva dan pasukannya yang lebih tahu.
Apa yang pasti, persembahan Valieva sewaktu acara individu yang berlangsung selama dua hari lepas adalah tidak memuaskan.
Setelah dua kali terjatuh dalam rutin figure skating-nya dan beberapa kali melakukan kesilapan lain, Valieva terus dilayan sebagai ‘atlet gagal’ oleh jurulatihnya, Eteri Tutberidze.
Momen yang disiarkan secara langsung itu telah dikritik oleh pemerhati sukan kerana pasukan Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC) dianggap tidak menampilkan semangat kesukanan kepada para atlet mereka.
Momen di bangku menunggu itu juga mendapat perhatian presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach yang terkejut melihat tingkah laku jurulatih pasukan ROC, Etiri Tutberidze yang menjerit kepada Valieva sebaik saja dia keluar dari gelanggang ais.
“Mengapa kamu tidak bertahan? Jelaskan pada saya, mengapa? Mengapa kamu berhenti berikan tentangan. Kamu terus menyerah selepas lompatan axel. Mengapa?”
Kata Thomas, pasukan ROC sepatutnya bertindak lebih wajar dan memahami tekanan yang dihadapi atlet remaja itu setelah segala kontroversi berkaitan isu doping yang melandanya sepanjang minggu ini.
Tambahan pula, Valieva baru berusia 15 tahun dan tidak harus berdepan lebih banyak tekanan pada usia semuda ini.
Thomas Bach sewaktu memberikan ucapan pada upacara pembukaan Sukan Olimpik musim sejuk Beijing 2022, minggu lalu.
“Saya lihat dia bergelut di atas gelanggang ais, saya lihat bagaimana dia cuba menenangkan dirinya.. semua orang boleh merasakan tekanan mental yang amat hebat sedang dihadapinya.
“Saya terkejut melihat bagaimana pasukannya bertindak dingin terhadapnya. Tanpa memastikan atlet itu okay, anda boleh melihat dari bahasa badan pasukan ROC yang seakan-akan membuat gerak geri meremehkan usaha dan persembahan (Valieva) sewaktu saya menonton di kaca TV,” kata Thomas yang jarang sekali memberikan komen sedemikian lantang terhadap isu yang dihadapi mana-mana atlet.
Foto dan klip yang menampakkan air mata Valieva bercucuran sebaik keluar dari gelanggang kini telah tular di media sosial. Akibat kesilapan terjatuh sebanyak dua kali semalam, Valieva terpaksa berpuas hati pada kedudukan keempat dengan kutipan markah 224.09.
Dua lagi atlet ROC, Anna Shcherbakova dan Alexandra Trusova masing-masing memperolehi pingat emas dan perak. Manakala pingat gangsa telah dimenangi oleh Kaori Sakamoto dari Jepun.
Alexandra Trusova dalam pada itu telah berteriak dan menangis tanda tidak puas hati setelah terlepas peluang memiliki pingat emas.
Tanpa mengendahkan jurukamera yang ada di situ, atlet berusia 17 tahun itu menjerit,
“Semua orang ada pingat emas kecuali saya,” lalu membuatkan orang di sekeliling sedikit terkejut. “Saya benci meluncur. Saya bencikannya. Saya benci sukan ini. Saya tak akan jejakkan kaki di atas ais lain. Tak akan! Saya benci! Ini adalah mustahil, ini adalah mustahil. Kamu tak boleh lakukan ini terhadap saya.”
Whoa.
Tidak lama kemudian, Trusova dapat ditenangkan biarpun masih tidak gembira dengan keputusan juri.
Berbalik kepada Kamila Valieva, dia kini perlu keputusan mahkamah berkaitan kes doping ini. Dia masih mempunyai peluang untuk terlepas daripada hukuman anti-doping dan mengekalkan pingat emas yang dimenanginya dalam acara berpasukan bersama ROC.
*
Ini bukanlah kali pertama jurulatih luncur ais ROC didakwa terlalu tegas pada atlet di bawah jagaannya.
Menurut pautan video di bawah, ia didedahkan Eteri Tutberidze sebagai punca utama kejatuhan kebanyakan atlet luncur ais di dalam pasukan Rusia (aka ROC) walaupun Eteri telah menolong negara itu memperolehi banyak pingat emas sebelum ini di kejohanan antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika sebelum ini, pengeluaran duit dari ATM bank dan MEPS dikecualikan caj pengeluaran antara bank sebanyak RM1 sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Terkini, beberapa pihak bank telah mula mengeluarkan notis bahawa ianya akan ditamatkan pada tahun 2022.
Secara ringkasnya, boleh dikatakan semua bank di Malaysia akan mengenakan caj ini semula nanti. Antara bank yang telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang ini ialah seperti :
CIMB BANK/CIMB ISLAMIC
Kuwait Bank
MAYBANK
BANK ISLAM
HONG LEONG BANK
AMBANK
HSBC BANK
PUBLIC BANK
Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan bermula bulan Mac 2020, bank mengenakan caj RM1 kepada pelanggan jika mereka mengeluarkan wang tunai di mesin ATM bank lain. Jika anda pelanggan Maybank dan mengeluarkan wang di mesin ATM CIMB, RM1 akan ditolak dari akaun anda. Tetapi jika anda mengeluarkan wang di mesin ATM Maybank, tiada caj dikenakan.
Pengecualian caj RM1 di mesin ATM berlainan bank ini diberikan sejak April 2020 selepas PKP diumum, bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di mesin ATM bank tertentu walaupun ada mesin ATM bank lain berhampiran. Ia untuk mengelakkan penyebaran wabak COVID-19 dengan menjaga jarak antara satu sama lain.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini Perdana Menteri Malaysia, berkata sebarang keputusan sama ada sehingga bila ia akan diteruskan atau ditamatkan bergantung kepada Kementerian Kewangan.
Tapi, nampak gayanya faedah yang dinikmati rakyat selama hampir 20 bulan bakal berakhir Februari tahun depan…huhuhu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini tular video individu yang melaporkan bahawa sijil vaksin akan diberikan secara kad fizikal mengikut jenis vaksin yang diterima oleh orang ramai.
Namun, kerajaan telah menafikan pengunaan kad fizikal bercetak itu bagi individu yang lengkap suntikan vaksin COVID-19 seperti yang dijual di pasaran.
Kerajaan menjelaskan kad fizikal yang dijual itu tidak diiktiraf atau diterima sebagai bukti melengkapkan dos suntikan vaksin buat masa ini dan masih menunggu kelulusan Kabinet untuk mengeluarkan MY Covid-19 Vaccination Badge.
Untuk pengetahuan umum, setakat ini hanya sijil digital menerusi aplikasi MySejahtera dan kad vaksinasi diterima oleh individu di pusat pemberian vaksin (PPV) boleh digunakan. Orang ramai disaran merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk mendapatkan maklumat terkini yang sahih.
Jadi, janganlah korang terpedaya sekiranya ada individu yang tidak bertanggungjawab menjual kad fizikal yang dikatakan sebagai sijil lengkap suntikan vaksin COVID-19.
Dalam keadaan seperti ini ramai yang ingin ambil kesempatan. Hati-hati ya guys!